(9 GAMBAR)Pasangan Bahagia, Fizo Omar Dan Mawar Abdul Karim
(9 GAMBAR)Pasangan Bahagia, Fizo Omar Dan Mawar Abdul Karim |
- (9 GAMBAR)Pasangan Bahagia, Fizo Omar Dan Mawar Abdul Karim
- Rantai Bentuk Pedang Suami Daphne Iking Timbulkan Kontroversi
- Tidak Pernah Ada Perasaan Cinta Terhadap Johan – Shila Amzah
- Erma Fatima Sindir Rebecca Di Instagram Kerana Enggan Terima Syiling 5 Sen
- (13 GAMBAR)Sekitar Majlis Pernikahan Imam Muda Naufal
(9 GAMBAR)Pasangan Bahagia, Fizo Omar Dan Mawar Abdul Karim Posted: 04 Dec 2013 06:27 PM PST Sweet sangat pasangan pengantin baru Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim ini. Memang jelas terserlah sinar kebahagiaan di wajah masing-masing. Pasti mereka berdua merasai kehidupan yang lebih sempurna setelah sah bergelar suami isteri. Fasa yang dilalui oleh mereka sekarang ini bolehlah dikatakan fasa “honeymoon” lagi. Fizo dan Mawar telah pun terbang ke Dubai baru-baru ini untuk berbulan madu. Daripada perkongsian di Instagram, selepas Dubai, mereka berdua akan terbang ke London pula untuk jalan-jalan di sana. Pasti seronok sangat-sangat lebih-lebih lagi London sekarang ini adalah musim sejuk. Harap-harap ada berita gembira apabila pulang kelak. Semoga masjid yang dibina oleh mereka berdua akan berkekalan sehingga akhir hayat sambil diceriakan dengan kehadiran cahaya mata yang ramai. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Baca Yang Ini Pulak:- |
Rantai Bentuk Pedang Suami Daphne Iking Timbulkan Kontroversi Posted: 04 Dec 2013 06:10 PM PST Sekali pandang, memang nampak seperti rantai salib. 2 kali pandang, pun masih nampak seperti salib. Namun 3 kali pandang, barulah Abang Nara perasan bahawa rantai yang dipakai oleh suami Daphne Iking ini adalah berbentuk pedang sebenarnya. Itupun selepas Abang Nara membaca penerangan yang dibuat oleh Daphne sendiri. Kalau tak memang Abang Nara ingat rantai salib dah. Ternyata gambar yang dikongsi menerusi akaun Instagram Daphne Iking ini telah menimbulkan kontroversi di kalangan para pengikutnya. Ramai yang menegur dan melahirkan rasa kecewa kerana suami Daphne tidak peka dengan status dirinya sebagai seorang beragama Islam. Namun kontroversi itu ditamatkan menerusi penerangan Daphne menerusi gambar di bawah dengan caption “Kenneth and Denise! We must do this more often. For those who have commented on my last few posts, @joelebosi’s pendant is a sword. And yes. As sharp as his tongue.” Semoga semua orang yang tertanya-tanya berpuas hati selepas membaca penerangan daripada Daphne Iking. Nak lagi senang lepas ini tak payah pakai rantai apa-apa dah. Terus tak ada kontroversi langsung. Hehehe. Lagipun suami Daphne Iking memang dah macho dah. Tak perlu rantai untuk tambah kemachoannya. Hehehe. Baca Yang Ini Pulak:- |
Tidak Pernah Ada Perasaan Cinta Terhadap Johan – Shila Amzah Posted: 04 Dec 2013 05:08 PM PST Hmmmmmm. Macam tak logik pun ada juga kenyataan Shila Amzah ini. Namun itulah yang ditulis oleh tuan punya badan menerusi kolum “Tinta Shila Amzah” di Harian Metro semalam. Shila sendiri membuat kenyataan bahawa dirinya tidak pernah ada perasaan cinta terhadap Johan As’ari. Sebaliknya mereka berdua hanyalah sahabat semata-mata. Adakah ini satu coverline yang cuba dilakukan oleh Shila? Iyerlah rasanya hari itu semua orang boleh baca luahan kata-kata kecewa Shila di akaun sosial miliknya. Tup-tup kata tak pernah ada rasa cinta. Pelik jugak kan? Antara kata-kata yang diluahkan oleh Shila semalam ialah:-
Alasan yang diberikan oleh Shila Amzah untuk perbuatannya itu memang masuk akal jugak. Kalau Lana Nordin tertengok gambar-gambar Johan dan Shila sebelum ini, memang boleh bikin cemburu. Pandai juga Shila ini menjaga hati orang lain. Terang Shila lagi:-
Hmmmmm… Diharap dengan penerangan ini, maka jelas dan teranglah apa sebenarnya hubungan Shila dan Johan selama ini. Marilah kita bersama-sama menghormati permintaan Shila dan tidak lagi mengaitkan dirinya dengan Johan. Mereka berdua hanya “sahabat” selama ini. Abang Nara pasti suatu hari nanti Shila akan bertemu dengan seseorang yang akan menjadi lebih daripada “sahabat” buat dirinya. P.S: Kuantan lumpuh, banjir semakin teruk Baca Yang Ini Pulak:- |
Erma Fatima Sindir Rebecca Di Instagram Kerana Enggan Terima Syiling 5 Sen Posted: 04 Dec 2013 04:46 PM PST Secara jujur, kalau Abang Nara jadi Rebecca Nur Islam pun memang panas juga hati dibuatnya apabila menerima duit syiling 5 sen sebagai bayaran denda bernilai RM11,200. Berat kot nak bawak pergi bank. Silap-silap boleh terpatah bahu dibuatnya. Bukan nak menyebelahi Rebecca, tetapi perbuatan Erma ini nampak seperti tidak dapat menerima keputusan mahkamah yang tidak menyebelahi dirinya. Semalam menerusi akaun Instagram miliknya, Erma Fatima telah berkongsi beberapa gambar beserta caption yang menyindir Rebecca Nur Islam. Untuk makluman anda, Rebecca akan memulangkan kembali duit syiling 5 sen dan senaskhah Al Quran yang diterima daripada Erma. Antara petikan kata Erma ialah “Tak baik you reject coin 5 sen dan Al-Quran, 5 sen pun duit tuntutan you juga, nilainya tetap sama, seems Al-Quran pun you reject maka I tetap nak you tahu apa yang tertulis dalam Al-Quran itu untuk you, so I post di sini sebab I tahu you akan baca“. Malah selain daripada syiling 5 sen dan senaskhah Al Quran, Erma Fatima turut menyelitkan sekeping kad beserta ucapan khas kepada Rebecca. Kata-kata dalam kad tersebut berbunyi “Rabecca, kita mampu membohongi satu dunia tapi kita tidak akan mampu berbohong pada diri kita dan Allah. Andai ini (wang berkenaan) hak awak maka halallah ia, tetapi kalau bukan hak awak maka saya haramkan dunia akhirat, selamat menikmati kemenangan.” Namun begitu, malam semalam kesemua gambar-gambar ini telah pun dibuang daripada akaun Instagram Erma Fatima. Apabila dihubungi oleh wartawan Mstar Online mengenai gambar-gambar dan status sindiran tersebut, Erma Fatima membalas menerusi SMS:-
Setiap orang pastinya tidak mahu mengaku kesalahan yang dilakukan. Walaupun anda mungkin berada di pihak yang benar, namun keputusan mahkamah perlu diambil kira. Don’t be a sore loser. Jadilah orang dewasa yang matang. Kalau kita cakap orang tak matang tetapi perbuatan kita sendiri pun lebih kurang dengan orang itu, nampak sangat kita ini sebenarnya tak matang. Tak gitu? Apa pendapat anda? P.S: Korea Selatan bina bangunan halimunan Baca Yang Ini Pulak:- |
(13 GAMBAR)Sekitar Majlis Pernikahan Imam Muda Naufal Posted: 04 Dec 2013 04:06 PM PST Pada 30 November lepas, telah berlangsung majlis pernikahan salah seorang peserta Imam Muda 2012 yang dikenali sebagai Imam Muda Naufal atau nama sebenarnya Abdul Rahman Naufal Mohd Hatta, 22, dengan seorang wanita bernama YM Tengku Hasanah. Majlis ini telah berlangsung di Taman Hillview, Ampang dalam dalam majlis yang bermula jam 10.30 pagi. Gambar-gambar yang cantik ini ialah hasil bidikan Nadia Studio. Sila ke Fanpage Nadia Studio untuk melihat hasil kerja beliau dan pakej fotografi yang ditawarkan. Lagi 12 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment