Powered by Blogger.

Malaysia Sensasi

Malaysia Sensasi


Video Tiga Mayat Yang Hendak Dipindahkan Ditemui Masih Utuh, Berbau Wangi

Posted: 09 Nov 2013 11:37 AM PST

ss
SUBHANALLAH…Baru-baru ini sebuah tanah perkuburan di Kampung Batu Badak  Jalan Muar, Segamat terpaksa dialihkan bagi membolehkan pembinaan Lebuh Raya Segamat-Tangkak.Salah sebuah kubur yang terpaksa dipindahkan 'dihuni' seorang wanita yang banyak berjasa semasa hidupnya termasuklah memberi pendidikan agama secara percuma kepada kanak-kanak di kampung.

Walaupun telah dikebumikan lebih lapan tahun yang lalu, ternyata jenazah makcik ini masih berada dalam keadaan baik. Kuku pada jari jenazah dan rambutnya juga dikatakan terus tumbuh panjang seperti orang hidup. Rambut dan kukunya juga tumbuh panjang.

Kain kafan yang digunakan untuk membalut jenazah juga berada dalam keadaan baik dan cuma kelihatan sedikit kekuningan.

Bertambah misteri, kawasan kubur juga dipenuhi dengan bau daun pandan walaupun tumbuh-tumbuhan itu tidak ditanam atau kelihatan di kawasan berhampiran.

Selain jenazah makcik itu, dua jenazah lagi juga ditemui dalam keadaan yang sama. Seorang pegawai dari Jabatan Agama Islam Johor memberitahu kebanyakan jenazah akan reput dalam tempoh dua hingga empat tahun dan keadaan jenazah yang tidak reput selepas lapan tahun adalah jarang ditemui.

Sementara itu, Abdullah Abdul Karim, 74, yang juga menantu kepada arwah Maheran Jaaffar, 74, yang meninggal dunia akibat sakit tua pada 2006 berkata, ketika proses menggali dan mengeluarkan mayat arwah ibu mentua dijalankan semalam, secara tiba-tiba seluruh kawasan tanah perkuburan ini berbau harum.

ss
"Saya sendiri lihat kain kapan ibu mentua masih dalam keadaan sempurna dan tidak reput. Ia hanya dikotori tanah saja," katanya pada Harian Metro.

Ketika dikeluarkan dari liang lahad , mayat arwah Maheran masih dalam keadaan sempurna.
Mayatnya antara 16 mayat yang dikebumikan di tanah perkuburan berkenaan yang masih dalam keadaan sempurna.

Keseluruhannya, 350 kubur terbabit dalam pemindahan berkenaan dan mayat akan disemadikan semula di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alai yang terletak tidak jauh dari lokasi berkenaan.

Menceritakan amalan arwah Maheran sepanjang hayatnya, Abdullah berkata, ibu mentuanya sentiasa mengamalkan bacaan zikir selepas bangun daripada tidur.

"Dia tidak pernah mengambil sarapan sebelum berzikir. Arwah juga sangat patuh kepada suami selain tidak pernah putus ke masjid.

"Sepanjang hayatnya, arwah ibu mentua tidak pernah meninggalkan suruhan agama malah turut mengajar mengaji kepada anak jiran," katanya ketika ditemui.

Selain itu, menurut Abdullah, arwah ibu mentuanya juga seorang yang pemurah dan sering bersedekah.

"Arwah seorang yang agak pendiam namun tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ibu serta isteri.
"Saya bekerja sebagai penjaga kubur di tanah perkuburan ini sejak 20 tahun lalu. Pengalaman melihat keadaan jenazah arwah ibu mentua yang masih sempurna menunjukkan kebesaran Allah SWT dan Dia memang tidak pernah memungkiri janji-Nya," katanya.

Menurut Abdullah, dia bersyukur dengan apa yang ditunjukkan oleh Allah SWT kerana ia boleh dijadikan tauladan kepada dirinya serta masyarakat.

"Syukur segala proses menggali serta mengebumikan semula mayat arwah ibu mentua berjalan lancar," katanya.

Abdullah berkata, selain kubur ibu mentuanya, beberapa kubur saudaranya turut dipindahkan.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka…Al-Fatihah.


The Anglo-Zanzibar War: Perang Paling Singkat Dalam Sejarah

Posted: 09 Nov 2013 11:14 AM PST


The Anglo-Zanzibar War merupakan peperangan aneh antara British melawan Zanzibar pada 27 Ogos 1896, hanya berlangsung selama 40 minit. Ini merupakan perang terpendek dalam catatan sejarah. Penyebab perang ini adalah kematian pro-British, Sultan Hamad bin Thuwaini melawan penggantinya, Sultan Khalid bin Barghash.

Menurut perjanjian yang ditandatangani tahun 1886, pengganti Sultan harus mendapat persetujuan konsul British, namun Khalid melanggar perjanjian tersebut, tanpa persetujuan British Khalid naik takhta. British marah, dan memberi saranan untuk turun takhta, namun Khalid tidak mempedulikannya. Sebaliknya, merespon saranan British, Khalid mengerahkan angkatan bersenjatanya dan mempertahankan istananya dari serangan British.

Sikap menentang Khalid dijawab British dengan serangan pada pukul 9 pagi, 27 Ogos. British membedil istana Khalid dan mencerai beraikan pasukan yang menjaga istana. Sekurangnya 500 terkorban di pihak Khalid, sementara hanya seorang perajurit angkatan laut British yang cedera. Perang singkat itu hanya berlangsung selama 40 minit.

Gadis Bunuh Diri Kerana Dibuli Di Facebook

Posted: 09 Nov 2013 11:11 AM PST


Carolina Picchio, gadis yang berasal dari Itali mengakhiri hidupnya dengan cara yang tragis, selepas video yang memaparkan dirinya sedang mabuk beredar luas di Facebook.

Video yang memaparkan perilakunya yang sedang mabuk tersebut tersebar luas di laman sosial terbesar "Facebook". Remaja berusia 14 tahun tersebut berusaha melaporkannya ke Facebook, agar menghapuskan video itu. Namun gagal.

Kesan dari itu, dirinya mendapatkan komen yang merendahkannya dengan kata-kata kesat. Tidak cuma satu atau dua kali dia di buli, namun terlalu kerap menerima kritikan.

Talita, kakak mangsa, sebelumnya telah memberitahu masalah ini kepada Facebook. Bersama teman-teman Carolina, Talita melaporkan mesej dan komen mengganggu ini kepada laman web ini.

Kerana tidak mendapatkan kata balas dari Facebook, tanpa berfikir panjang Picchio telah mengakhiri hidupnya dengan membunuh diri. Demikian yang dikutip detikINET dari Business Insider, (4/8/2013).

Melihat kes ini, pihak mahkamah Itali merancang untuk menuntut Facebook atas kelalaian yang menyebabkan nyawa orang lain melayang.

Sebelum membunuh diri, Carolina membuat kemaskini status terkini. "Maaf, aku sudah tak kuat lagi."

Bunuh Diri Kerana Keluarga Kecanduan Teknologi

Posted: 09 Nov 2013 11:04 AM PST


Xu Desheng, datuk berusia 53 tahun ini ditemui mati di dalam kereta traknya setelah meneguk ubat pembasmi hama dan membiarkan kenderaanya dipenuhi asap.

Alasan di sebalik bunuh diri disebabkan oleh rasa takut kehilangan keluarganya yang bergantung dengan teknologi.

Dalam surat yang ditinggalkan, Xu menjelaskan bahawa ia sangat menyayangi cucu-cucunya namun tak mampu memperolehi perhatian mereka akibat ketagihan bermain telefon pintar.

Lelaki yang berasal dari kota Changhua ini merasa keluarganya terlalu sibuk dengan peranti masing-masing, sehinggakan menggunakan komputer untuk berinteraksi.

Cuba menyeimbangi, Xu bahkan terpaksa mempelajari sendiri cara menggunakan aplikasi video chat di telefon bimbitnya namun sukar baginya untuk memahami dan menggunakannya.

Dalam suratnya tertulis, "Saya tak mampu melakukan apa pun sekarang, komputer atau pun telefon bimbit. Saya sangat jarang membeli barangan baru dan tak banyak yang dapat saya lakukan. Hidup seperti ini lebih menakutkan daripada mati. Kerana itu, saya memutuskan mengakhiri hidup saya. "

Perisitiwa ini dapat menjadi renungan bagi para pecinta teknologi, jangan sampai peranti kesayangan mengorbankan orang kesayangan anda.

Keadaan Di Dalam Terowong Smart Ketika Banjir

Posted: 09 Nov 2013 04:14 AM PST

Beginilah keadaan lorong SMART ketika berlakunya limpahan air atau banjir kilat di Kuala Lumpur. Memang kenderaan tidak boleh masuk, dan memang itulah tujuannya untuk menampung aliran air yang banyak ketika berlaku hujan yang agak lama walaupun ia dibuka juga untuk laluan kenderaan.
smart-tunnel
Laporan asal Amusing

Isu Perut Kanak-Kanak Ini Terburai Keluar

Posted: 09 Nov 2013 04:09 AM PST


Seorang kanak-kanak Syria terkena serangan bom dan mengakibatkan isi perutnya terburai keluar dan beliau terus mengatakan

"Laa ilaaha illallah.. Laa ilaaha illallah.. Tiada Tuhan selain Allah.."

Puluhan orang kini mengalami cedera berat akibat terkena serangan bom rejim Syiah Assad di kawasan Meliha semalam tadi, 31-10-2013

Bayi Freddie Ditemui Di Taman Tasik Titiwangsa

Posted: 09 Nov 2013 04:03 AM PST


Freddie Joseph, kanak-kanak berusia setahun lapan bulan yang diculik dari rumah ibunya di Bangsar pada Jumaat, dijumpai beberapa orang awam di Taman Tasik Titiwangsa di sini, tengah hari Sabtu.

Ketika ditemui kira-kira 12.20 tengah hari, dia dalam keadaan keletihan dan kelaparan.

Kanak-kanak itu yang memakai baju berwarna hijau dan seluar putih telah diselamatkan oleh seorang pemandu lori dan seorang pemandu teksi yang kebetulan melalui laluan di Taman Tasik Titiwangsa.

Pemandu lori Hamid Md Isa, 57, yang juga pesara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkata beliau melihat kanak-kanak itu berjalan berseorangan dan kelihatan keletihan.

Beliau kemudian segera mendapatkan kanak-kanak itu dan memimpinnya ke tepi padang untuk berehat.

Pemandu teksi Haris Mohd Nor, 48, pula segera membeli keropok dan minuman untuk kanak-kanak itu apabila melihatnya keletihan.

"Pagi tadi saya membaca akhbar dan ada berita mengenai kanak-kanak diculik...tapi tak sangka budak inilah yang diculik itu. Semasa saya mendekatinya, dia diam dan tidak berapa takut tetapi memang nampak dia lesu sangat," katanya kepada Bernama ketika ditemui di lokasi kejadian.

Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zakaria Abdul Wahab yang kebetulan berada di lokasi sama, telah memaklumkan kepada Meja Berita Am agensi itu mengenai penemuan anak lelaki guru bahasa warga Britain itu.

Menurutnya ketika itu beliau dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bersenam di taman itu.

"Dan saya lihat sekumpulan orang awam berkumpul bersama seorang kanak-kanak. Saya dapat merasakan yang dia adalah budak yang diculik semalam berdasarkan wajahnya yang bukan seperti kanak-kanak tempatan.

"Selepas itu saya terus menelefon wartawan Bernama dan menghantar gambarnya yang saya ambil menerusi telefon untuk memastikan sama ada dia budak yang diculik itu," katanya.

Wartawan Bernama kemudian menghantar gambar itu kepada rakan ibu kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Robert dan beliau mengesahkannya.

Polis yang tiba di Taman Tasik Titiwangsa kemudian membawa Freddie ke Balai Polis Jalan Tun Razak di sini.

Bernama difahamkan ibu kanak-kanak itu Sarah Joseph dalam perjalanan ke balai polis berkenaan.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi turut mengesahkan Freddie berada dalam keadaan selamat ketika ditemui.

Dalam kejadian 6.10 petang Jumaat, kanak-kanak itu dilarikan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai warga asing menggunakan kereta Toyota Camry berwarna putih.

Pada masa kejadian, Sarah, 38, masuk sebentar ke dalam rumah selepas memberi anaknya makan di halaman rumah, sebelum beliau terdengar bunyi bising di luar rumahnya.

Ketika itu, beliau nampak seorang lelaki cuba melarikan Freddie lalu menerpa ke arahnya untuk menyelamatkan anaknya sambil menjerit meminta pertolongan sehingga berlaku pergelutan.

Akibat pergelutan itu, Sarah cedera di pergelangan tangan kanannya.

Krisis Loji Tenaga Nuklear Chernobyl

Posted: 08 Nov 2013 10:08 PM PST


Ia antara kesilapan yang paling teruk pernah berlaku dalam sejarah manusia. Kemalangan di Chernobyl berlaku disebabkan peralatan yang rosak dan tidak dibaiki setelah amaran dikeluarkan. Hasilnya, empat reaktor nuklear hilang kawalan semasa ujian kecemasan yang membawa kepada krisis yang terkenal di seluruh dunia ini. Dianggarkan, ia menelan kerugian sebanyak US$38 Billion serta menyebabkan dua orang pekerja terkorban serta merta dan yang lainnya meninggal dunia sekian lama selepas kejadian itu termasuk 28 orang ahli bomba.

9 Kelebihan Kota Suci Madinah

Posted: 08 Nov 2013 10:06 PM PST


Banyak hadis Rasullulah saw yang menyebut tentang kelebihan Madinah dan buminya, kelebihan tinggal dan beramal di dalamnya, juga larang-larang daripada melakukan kejahatan di dalamnya. Di sini akan di sebutkan beberapa hadis mengenai serta beberapa hukum yang berkaitan dengannya, semoga ia dapat menjadi renungan dan panduan kepada semua.

1- Rasullulah Saw Menjadikan Madinah Sebagai Tanah Haram dan berdoa untuk keberkatan ahlinya 

Maksudnya:
"Sesungguhnya Ibrahim telah mengharamkan Mekah dan berdoa untuknya dan aku mengharamkan Madinah sepertimana Ibrahim mengharamkan Mekah dan aku berdoa untuk (keberkatan) cupak dan gantangnya sepertimana Ibrahim as berdoa untuk Mekah."

Menurut riwayat yang lain : "Ya Allah, jadikanlah berkat Madinah dua kali ganda daripada berkat yang Engkau jadikan bagi Mekah." (Hadis Bukhari No.2129,1885.Sahih Muslim No.1360,1369)

Hukum Haram Madinah 

madinah

Menurut Jumhur ulama' (Imam Maliki,Syafie dan Ahmad) haram menangkap binatang perburuan dan memotong pokok-pokok yang tumbuh di Madinah . Ini berdasarkan hadis :

Maksudnya : "…dan aku mengharamkan Madinah di antara dua tanah hitamnya , jangan dipotong pokoknya dan jangan ditangkap bintang perburuannya." (Hadis Muslim No.1362)

Sesiapa yang melakukannya hendaklah meminta ampun dan bersitighfar bertaubat kepada Allah dan tidak dikenakan sebarang denda ke atas mereka.

Namun menurut pendapat Ibnu Abi Zi'b,Ibnu Abi Laila dan Ibnu Al-Munzir; dikenakan denda ke atas mereka seperti denda membunuh perburuan atau memotong pokok di tanah haram Mekkah.

Pendapat qadim (lama) Imam Syafie dan satu riwayat dari Imam Ahmad pula hukuman ke atas mereka yang melakukannya ialah salab: diambil semua barang yang ada bersamanya kecuali pakaian yang menutupi auratnya sahaja. (Imam Nawawi,Syarah Sahih Muslim 9/134-139 Al Hafiz Ibnu Hajar)

2- Amaran atau Ancaman Melakukan Kezaliman atau Maksiat di Madinah. 

Maksudnya: "Madinah adalah tanah haram , letaknya di antara Bukit E'ir dan Bukit Thur, sesiapa yang melakukan kezaliman (maksiat) di dalamnya, maka ke atasnya laknat Allah ,Malaikat dan manusia seluruhnya dan semua amalan baiknya samada yang wajib atau sunat tidak diterima  oleh Allah daripada pada hari kiamat" (Sahih Al-Bukhari No.6755,1870,Sahih Muslim No.1370) .

3- Kelebihan Bersabar Menanggung Kesusahan Yang Dihadapi Di Madinah .

Maksudnya : "Mana-mana individu umatku yang bersabar menanggung kesusahan dan kepayahan di Madinah aku akan memberi syafaat kepadanya pada hari Kiamat atau aku menjadi saksi kepadanya".(Sahih Muslim No.1378)

4- Kelebihan Mati Di Madinah 

Maksudnya : "Sesiapa yang mampu untuk mati di Madinah hendaklah dilakukannya , sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada mereka yang mati di Madinah ." (Dr.Ar-Rifa'i ,Al-Ahadith Al-Waridah Fi Fadhail madinah ms.264)

Mafhum hadis ini, sesiapa yang boleh tinggal di Madinah sampai mati janganlah keluar darinya, demikianlah juga kalau boleh berdoa biar Allah matikan di Madinah seperti doa Saidina Umar bin Al-Khattab ra. :

"Ya Allah rezekikan daku agar mati syahid di jalan Engkau dan jadikan kematianku di negeri rasul Engkau saw.

5- Kelebihan Belajar Di Masjid Nabawi . 

Maksudnya : "Sesiapa yang memasuki masjid kami untuk mempelajari satu kebaikan atau mengajarnya adalah umpama mujahid di jalan Allah , dan sesiapa yang masuk dengan tujuan lain adalah umpama orang yang melihat kecantikan barang orang lain."
(Fadhail Madinah ms 510,Al-Albani , Sahih Al-Jami' As-Soghir No.6184, ahih Sunan Ibnu Majah No.184)

6- Madinah Terpelihara Daripada Ancaman Dajjal dan Wabak Taun ; 

Maksudnya : "Di setiap pintu Madinah terdapat malaikat yang mengawasi wabak taun dan dajjal daripada menyerang Madinah."(Sahih Al-Bukhari No.1890)

7- Madinah Sebagai Tapak Iman .

Maksudnya :"Sesungguhnya iman akan kembali ke Madinah sebagaiman ular kembali ke lubangnya."(Sahih Al-Bukhari No.1876,Sahih Muslim No.147)

8- Kelebihan Bersolat Di Masjid Nabawi. 

Maksudnya : "Pahala sembahyang di Masjid ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali di masjid Masjidil Haram.(Sahih Al-Bukhari No.1190,Sahih Muslim No.1394)
Juhmur Ulama berpendapat : "Semua bangunan tambahan selepas zaman Rasullulah saw adalah termasuk dalam "Masjidku". Ini bermakna sesiapa yang bersolat di mana-mana bahagian tersebut tetap akan mendapat ganjaran seribu kali ganda."
9- Kelebihan Bersolat 40 Solat Di Masjid Nabawi 

Makudnya : "Sesiapa bersolat 40 waktu solat (mengerjakan solat 5 waktu berjemaah selam 8 hari berturut-turut) di masjidku secara berterusan tanpa meninggalkan satu solat pun , maka ditulis untuknya keselamatan daripada api neraka , keselamatan daripada azabnya dan terlepas daripada bahaya nifaq."

Hadis ini dipertikaikan kesahihnya kerana salah seorang daripada perawinya "Nubait bin Umar" dianggap dhaif (lemah) .

Walaupun begitu , perlu diingatkan kepada sesiapa yang berkesempatan , hendaklah mengerjakan solat di majid Nabawi dengan sebanyak mungkin , kerana sebagaimana yang telah disebutkan bahawa satu solat di Masjid Nabawi adalah lebih baik daripada seribu solat di masjid-masjid lain kecuali Masjidil Haram. Solat di  Masjidil Haram Mekah menyamai seratus ribu (100,000) solat.

Syeikh 'Atiyyah ra berkata : Hadis yang menggalakkan bersolat 40 waktu solat di Masjid Nabawi mungkin untuk membiasakan diri dengan solat berjemaah dan beramal soleh yang akan menjadikan dirinya sentiasa terikat dengan masjid. Lebih-lebih lagi jemaah yang datang jauh , semoga selepas pulang ke tempat asal akan istiqamah dengan ibadat solat berjemaah ini. Sekiranya setelah mendapat latihan ini tapi kembali seperti sebelumnya , tidak menunaikan solat dengan baik atau tidak berjemaah maka ini adalah satu kerugian yang besar .  (Tafsir (tatimmah) Adwa' Al-Bayan 8/574) .
Sehubungan dengan ini Imam Abu Isa At-Tirmizi meriwayatkan hadis dari Anas ra.

Maksudnya : "Sesiapa mengerjakan solat berjemaah selama 40 hari dengan sempat bertakbir pertama (takbiratul Ihram), maka ditulis untuknya dua kelepasan; keselamatan daripada api neraka dan terlepas daripada bahaya nifaq ." (Sunan At-Tirmizi 2/7 No.241,Sahih Sunan At-Tirmizi No.200)

Dan banyak lagi hadis lain yang menceritakan tentang kelebihan Madinah. Untuk penjelasan yang lebih tentang kelebihan Madinah , pembaca di sarankan untuk merujuk kitab Al-Hadis Al Ardahatu Fi Fadilal Madinah .

Sumber :

Buku "Kelebihan Kota Suci Madinah"
Halaman 4-11

sumber: mselim3.blogspot.com

Ibu Negara Arab Saudi Lumpuh Sehari

Posted: 08 Nov 2013 10:02 PM PST

Tindakan pihak berkuasa melakukan operasi pembersihan pekerja asing menyebabkan ibu negara Arab Saudi lumpuh sehari.

Penduduk tempatan Muhammad Qassem berkata, operasi tersebut memberi kesan terhadap aktiviti perniagaan dan kehidupan.

"Kedai tutup, jalan dan restoran kosong. Kira-kira 30 kedai telefon bimbit di satu deret jalan juga tutup. Di manakah orang ramai yang selama ini menjadi nadi untuk bandar kami?," katanya.

Seorang penjawat awam di Jazan juga mengeluh apabila terpaksa pergi ke pejabat dengan jubah tidak bercuci.

"Saya ke pejabat dengan jubah semalam dan tidak memakai penutup kepala (shemagh) kerana kedai dobi tutup tanpa notis," katanya dipetik Gulf News

Minggu lalu, pihak berkuasa melakukan operasi besar-besaran menahan pekerja asing yang tidak mempunyai permit dan tinggal melebihi had.

Tindakan itu menyebabkan ramai pekerja asing bertindak tidak keluar rumah kerana takut ditahan dan sebahagian lagi dihantar pulang kerajaan Saudi.

Bunuh Rakan Bercakap Dengan Isteri

Posted: 08 Nov 2013 09:50 PM PST


Seorang lelaki menikam sehingga mati rakannya hanya kerana dia bimbang mangsa akan bercakap dengan isterinya.

Jurucakap polis di Abeokuta berkata, suspek berusia 50 tahun dan sudah ditahan, manakala seorang lelaki lain yang membantu pembunuhan itu sedang diburu. Media melaporkan suspek berang apabila "ternampak mangsa berada di atas katil isterinya." Bagaimanapun, sumber berkata, mangsa pergi ke rumah pasangan terbabit untuk menjemput mereka menghadiri majlis hari lahir ibunya yang ke-80. 
gambar hiasan

‘Bapa Penyayang’ Bunuh 20 Wanita Mirip Ibu

Posted: 08 Nov 2013 09:47 PM PST


Anggota polis yang dikenali sebagai "suami dan bapa penyayang" sebenarnya ialah seorang pembunuh bersiri yang membunuh sekurang-kurangnya 20 wanita di Siberia.

Mikhail Popkov mengapak, menikam atau mencekik wanita yang "kelihatan seperti ibunya" selepas dibayangi sejarah zaman kanak-kanak.

Penyiasat berkata, Popkov kini berusia 49 tahun pernah didera dan dizalimi oleh ibunya ketika kecil. "Setakat ini lelaki terbabit mengaku melakukan 24 pembunuhan walaupun polis percaya dia bertanggungjawab dalam sekurang-kurangnya 29 kes.

"Bagi pakar jenayah, mereka yakin suspek melakukan lebih banyak pembunuhan," katanya.

Digelar dengan pelbagai panggilan termasuk Serigala Jadi-jadian dan Pembunuh Rabu (kerana kebanyakan mayat mangsanya ditemui dalam hutan pada Rabu) - Popkov menyembunyikan perbuatannya selama dua dekad.

Polis pula mengabaikan bukti yang menunjukkan pembunuh misteri yang sedang disiasat mungkin seorang daripada anggota mereka sendiri. Bapa kepada seorang anak itu berdepan hukuman penjara seumur hidup.

Sumber berkata, mangsa dipilih berdasarkan sifat yang menyamai ibu suspek. Katanya, daripada 29 mangsa yang ditemui, 25 berusia antara 19 dan 28 tahun, manakala empat lagi antara 35 hingga 40 tahun. "Sekurang-kurangnya seorang mangsa dipancung dan jantungnya dikeluarkan," katanya. Popkov dilaporkan berhenti membunuh selepas mendapati kejantanan dirinya gagal berfungsi sekali gus membayangkan seks adalah motif jenayahnya. Sumber berkata, mangsa biasanya ditemui dalam bar dan dibiarkan mabuk sebelum dibunuh. "Polis percaya pembunuhan berlaku antara 1992 hingga 2000," katanya. Popkov ditahan pada Jun 2012 selepas 3,500 polis - termasuk di kalangan pesara dipaksa menjalani ujian DNA. - Agensi

Mayat Bangkit Dari Kubur

Posted: 08 Nov 2013 09:45 PM PST

 Seorang wanita yang menziarahi kubur keluarganya menerima kejutan terbesar dalam hidupnya apabila terserempak dengan 'mayat hidup' yang bangkit dari tanah sambil melambai-lambai tangannya.

Media semalam melaporkan wanita terbabit berada di sebuah tanah perkuburan di Ferraz de Vasconcelos apabila dia terdengar bunyi nafas termengah-mengah.

Sejurus kemudian, kata wanita yang enggan dikenali itu, dia ternampak tanah di satu daripada kubur di situ bergerak-gerak.

Tidak lama selepas itu wanita terbabit hampir pengsan melihat kepala dan tangan seorang lelaki muncul dari tanah sambil cuba keluar dari situ.

"Saya ketakutan melihat seorang lelaki yang saya sangka sudah mati cuba keluar dari kubur berkenaan," katanya. Pada awalnya, kata wanita terbabit, dia melarikan diri dari situ tetapi kembali semula dan menghubungi pihak berkuasa.

Namun ia tidak semudah yang disangka.

Kata wanita itu polis menganggap dia bergurau ketika memaklumkan pihak berkuasa ada 'mayat hidup' di kubur berkenaan.

"Mereka asyik bertanya sama ada saya bergurau atau serius," katanya dalam satu kenyataan.

Akhirnya, kata wanita itu dia gagal meyakinkan polis dan terpaksa menemui kakitangan tanah perkuburan berkenaan dan merayu kepadanya supaya menghubungi polis.

Sepasukan pegawai perubatan yang tiba tidak lama kemudian menemui seorang lelaki yang tertanam separuh badannya. Dalam video disiarkan stesen Record TV di Brazil, lelaki terbabit kelihatan hampir tidak bergerak tetapi masih bernafas apabila diperiksa kakitangan perubatan ketika itu. Lelaki itu kini dirawat di hospital dan doktor yakin dia boleh diselamatkan tetapi tertakluk kepada ujian psikologi. Polis pula percaya bekas pekerja perbandaran itu terbabit dalam pergaduhan dan dibelasah teruk sehingga pengsan.

Dia kemudian ditanam penyerangnya dalam sebuah kubur kosong di situ.

Lelaki terbabit kemudian tersedar dan mula berusaha menyelamatkan diri sebelum ditemui wanita berkenaan. 

Rekod Pengapit Pengantin Paling Ramai

Posted: 08 Nov 2013 09:39 PM PST

NEGOMBO, Sri Lanka - Satu pasangan pengantin, Nalin dan isterinya, Nisansala mencipta rekod bagi kategori pengapit pengantin wanita paling ramai.

Pasangan itu melangsungkan perkahwinan di sebuah dewan di Negombo yang terletak 30 kilometer ke utara ibu kota Colombo.

Dalam majlis perkahwinan itu, pasangan tersebut mendapat pengiktirafan Guinness World Records apabila mereka diiringi 126 orang pengapit pengantin wanita, 25 pengapit pengantin lelaki, 20 pembantu pengantin lelaki dan 23 wanita yang membawa bunga.

Pasangan itu memecahkan rekod lama yang dicipta di Bangkok, Thailand dengan catatan 96 pengapit pengantin wanita dalam sebuah majlis perkahwinan. - AFP

Arkitek Menang Duit Emas Selepas Kuruskan Badan

Posted: 08 Nov 2013 09:37 PM PST


Seorang penduduk berketurunan Syria, Ahmad Ibrahiem Al Sheikh memenangi tempat pertama pertandingan menguruskan badan bagi memperoleh emas di Dubai.

Dia yang berusia 27 tahun berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 26 kilogram (kg) menerima sebuah trofi dan emas seberat 63 gram bernilai 10,048 dirham (RM8,696).

Sebelum ini, berat Ahmad yang merupakan seorang arkitek ialah 146.7kg.

Dia merupakan salah seorang daripada 2,648 orang yang menyertai pertandingan menguruskan badan anjuran pihak perbandaran Dubai.

Tempat kedua dimenangi oleh seorang peserta yang berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 23kg.

Pemenang tempat ketiga dibolot oleh seorang peserta yang berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 22kg.

Pertandingan itu bermula pada Julai lalu dan diadakan selama 30 hari.

Ia diadakan sebagai usaha kerajaan untuk mengurangkan bilangan penduduk yang mengalami masalah obesiti. - AFP

Penipuan Yang Mengelirukan Dan Menyakitkan Hati

Posted: 08 Nov 2013 03:30 PM PST

Jam 5.30 petang tadi saya berkunjung ke Bazar Ramadhan, Seksyen 7, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Bazar Ramadhan membuka peluang kepada penduduk tempatan mencari rezeki di bulan mubarak. Peniaga bertungkus-lumus menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Barangkali keuntungan harian diraih tidak mencecah ribuan ringgit tetapi mencukupi untuk menambah rezeki keluarga.


Mereka bukan berniaga secara semberono, lesen perniagaan dikeluarkan secara sah oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Ada harinya mereka untung, mungkin ada hari tertentu mereka kerugian.

Begitulah adat peniaga. Ringkasnya, setiap hari di bulan mulia ini, mereka sentiasa bekerja keras mencari rezeki secara halal.


Hampir jam 6 petang, saya terlihat kelibat pengemis duduk tenang di tengah laluan bazar Ramadhan.  Sewaktu saya menghampirinya dia berkata ...

"Kemboja! Kemboja!"

Biarpun hanya menggunakan bahasa isyarat, dia mendakwa kakinya kudung akibat terkena jerangkap samar di negara asal.


Sewaktu saya mula merakamkan gambar, dia kelihatan kurang selesa. Apabila ditanya berhubung tempat tinggal dan usianya, dia gagal berkongsi informasi terbabit berikutan kekangan bahasa.

Beberapa minit kemudian, dia mula bergerak, rentetan gambarnya saya rekodkan berikutan desakan hati kecil.


Pasti ramai berasa simpati melihat pengemis terbabit ketika dia cuba menyeberangi longkang kecil. Papan gelungsur buatan tangan terpaksa diangkat terlebih dahulu sebelum dia mengesut perlahan.

Ketika itu saya yakin, dia tidak menyedari setiap pergerakannya saya rakamkan dari jarak jauh.


Sewaktu beredar dari bazar, dia sempat berhenti di hadapan deretan kedai untuk mengira hasil kutipannya sejak awal petang. Perlahan tetapi berhati-hati, dia kemudian bergerak ke arah belakang kedai.

Saya mengekorinya dari jauh sambil terus merakamkan gambar.


Islam pada dasarnya tidak menggalakkan penganutnya hidup secara meminta-minta. Bagaimanapun melihatkan kecacatan lelaki itu, ramai pengunjung bazar tanpa teragak-agak menghulurkan derma seikhlas hati kepadanya. Ramadhan, sesungguhnya bulan untuk kita bersedekah.

Ops! Terlebih dahulu, mari bersama kita perhatikan gambar di bawah secara teliti.


Menarik? Pelanduk dua serupa?

Tumpukan perhatian kepada lelaki berbaju belang kelihatan berjalan laju ketika gambarnya saya rakamkan.

Ya, kejadian pelik.

Perangai manusia kekadang lebih mengelirukan berbanding perlakuan entiti paranormal pernah saya rakamkan sebelum ini. 

Saya difahamkan, dia datang mengemis di bazar terbabit menaiki teksi tetapi ketika gambar direkodkan, dia tidak menuju ke arah jalan utama atau perhentian kenderaan.


Sewaktu dia menghampiri van rosak diparkir, saya tercegat berdiri di hadapannya. Biarpun tersentak, dia tetap menguntumkan senyuman.


Papan gelungsur sebelum itu digunakannya dimasukkan ke dalam beg di capai dari bawah van. 

Tadaaaaaaaaaa!


Dia kemudian saya  'jemput' untuk kembali semula ke bazar tetapi kali ini lengkap berkaki. Melihat senyumannya sambil berdiri seperti manusia lain, beberapa peniaga kelihatan terpaksa menahan perasaan geram mereka.


Jam 6.28 petang, tiba-tiba dia mengeluarkan telefon bimbitnya sekaligus menghubungi seseorang. Malangnya, bahasa komunikasi mereka tidak langsung saya fahami. 


Saya kemudian meminta pengemis itu menunjukkan kepada orang ramai, wang hasil kutipan di antara jam 4 dan 5.30 petang. Tanpa membantah, dia mengeluarkan beg kain selempang dari dalam bajunya.


Dia memerhatikan 2 remaja terbabit mengira wang terbabit, hasil simpati pengunjung melihat kaki kudungnya. 

"Enam puluh ringgit, kalau campur duit syiling lebih lagi," ujar remaja berbaju merah.


Itu jumlah 'gajinya', diraih kira-kira dalam tempoh 90 minit sahaja. Jumlah mungkin tidak mampu diraih peniaga tempatan dalam tempoh sama.


Melihat kopiah disumbatkan di poket lelaki itu, saya kemudian membacakan keretan terawal Al-Fatihah dan menyuruh dia menyambungnya. Namun dia tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap bacaan Ummul Kitab itu.

Terlintas di fikiran saya, adakah dia beragama Islam?

Mendengar saya membacakan Al-Fatihah, kenalan saya berkebetulan berdiri di kawasan berhampiran tersenyum lebar sambil merakamkan gambar saya dan pengemis terbabit.


Dia kemudian dinasihatkan agar tidak lagi mengulangi perbuatannya, memperdaya orang ramai.


Pengemis itu kemudian dibenarkan beredar.


Kali ini dia berjalan pantas menuju perhentian bas di kawasan berhampiran. Saya terus mengekorinya sambil merakamkan gambar.


Sebaik teksi ditahannya berhenti, dia terus melambaikan tangan kepada saya. Barangkali dia berasa lega terlepas begitu sahaja.


Melihat senyuman bak mengejek lelaki itu, hati tiba-tiba berasa geram, kesabaran saya tercabar. Lalu tanpa henti saya merakamkan gambar warga Kemboja itu.

Saya percaya tindakan itu sekaligus membuatkan pemandu teksi dinaikinya tidak berasa selesa.

"Saya pun tahu dia nak pergi kemana. Dia kata sepuluh, sepuluh," kata pemandu.

Akhirnya, kami difahamkan, pengemis itu menetap di Damansara Damai.

"Saya tak nak bawa dialah," ujar pemandu.

Lantas lelaki itu diarahkan keluar dari teksi.



Sebaik teksi beredar, saya mendekatinya buat kali terakhir. Dia masih tersenyum. Beberapa saat kemudian warna pipi kiri kelihatan berubah merah.

Barangkali akibat dia berasa malu atau kerana terkena tiupan kencang 'bayu senja' bulan Ramadhan.

Untuk rekod, suatu ketika dahulu, warga Kemboja berhijrah ke Malaysia akibat bahana menimpa negara mereka. Sebilangan warga sama, kini kaya raya, hidup aman dan tenteram berkongsi negara ini bersama kita.

Kita akur, majoriti rakyat Malaysia pemurah tetapi usah sampai kita diperkotak-katik dan diperbodohkan di hadapan mata.

Bertindaklah apabila difikirkan wajar, bukan sepi membisu seribu bahasa.

Itu pesan saya.

Nelayan Tangkap Ikan Aneh Di Miri, Sarawak

Posted: 08 Nov 2013 03:30 PM PST


Seekor ikan aneh yang ditangkap di Tudan, Sarawak menimbulkan kehairanan tentang spesis sebenarnya.

Mempunyai mulut bertaring tajam dan badan tirus berduri, rata-rata nelayan mahu pun penduduk setempat tidak mampu mengecam apakah jenis sebenar ikan yang berukuran kira-kira sekaki panjang itu.

Justeru penduduk setempat menggelarkannya ikan todak buat masa ini kerana muncungnya yang tajam.

Ikan itu ditangkap oleh nelayan Sapar Mansor, 43, dari Taman Ceria, Permyjaya di Laut China Selatan dekat Tudan, Sarawak.

Menurut Sapar kepada Borneo Post, ini merupakan kali pertama dia melihat ikan seperti ini.

Ia ditangkap selepas dia dan rakan memudik bot selama 2 jam dari Sungai Miri ke laut.

Mereka mula memancing sekitar 5 pagi dan tangkapan aneh itu diperolehnya kira-kira setengah jam kemudian.

Isteri Sapar, Siti Kadariah, 35, mengering dan mengawet ikan berkenaan bagi memastikan ia dapat disimpan lama kerana keunikannya.

Sementara itu Pemangku Pengurus Besar Divisyen Perlindungan dan Pemuliharaan, Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), Oswald Braken Tisen berkata, pihaknya kini sedang mengenalpasti spesis sebenar ikan berkenaan. 

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani