Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
- Curi Mayat Untuk Dijadikan Pengantin
- Main Tarik Tali Dengan Harimau Dalam Zoo
- Caj Perkhidmatan Astro Naik 24 November Ini
- Video 'Sayang Papa Arul', Remaja Bercium Di Khalayak Ramai
- Blogger Gay Dedah Video Hubungan Seks Dengan Remaja Bawah Umur
- Sharifah Sakinah Dihantar Ke Pusat Rawatan Mental Sg. Buloh?
- Motor Hilang 46 Tahun Ditemui Semula
- Budak 4 Tahun Maut Dibaham Anjing Sendiri
- Dua Anak Harimau Diuji Berenang
- Obor Olimpik Dibawa Ke Angkasa Lepas
- Fauzi Nawawi Tangguh Tayang Filem 'Pak Pung'
- Mamat Sepah Enggan Bersama Fida Ibrahim Dalam MLM 2013
- Saintis Sahkan Yasser Arafat Diracun
Curi Mayat Untuk Dijadikan Pengantin Posted: 08 Nov 2013 11:00 AM PST ![]() Di China, empat orang dilaporkan telah dipenjarakan kerana menggali mayat-mayat untuk dijual sebagai pengantin wanita, dalam apa yang mereka namakan sebagai tradisi perkahwinan hantu, dimana lelaki tunggal yang meninggal dikubur bersama mayat seorang wanita sebagai jodohnya di akhirat. Perkahwinan hantu sudah semakin jarang, tapi masih diamalkan oleh beberapa keluarga yang anak lelakinya meninggal dunia sebelum sempat berkahwin. Biasanya pekara ini diluluskan antara kedua-dua keluarga dari yang meninggal, tapi Xian Evening News melaporkan, kumpulan empat orang itu. mencuri beberapa mayat wanita, dan setelah memandikannya, mereka menipu data perubatan dari orang yang meninggal dan menjualnya dengan harga yang tinggi. Mahkamah di Wilayah Shaanxi mengganjar keempat orang itu dengan hukuman penjara antara 28 hingga 32 bulan, dan berkata, mereka memanfaatkan "tradisi buruk" perkahwinan hantu di beberapa kawasan Shaanxi dan di Wilayah Shanxi yang bersebelahan. Mahkamah, laporan itu mengatakan, keempat orang tadi mengaut keuntungan 240,000 yuan dari jualan 10 mayat. semoga tidak ada lagi kejadian kes sama berlaku. |
Main Tarik Tali Dengan Harimau Dalam Zoo Posted: 07 Nov 2013 10:47 PM PST China: Siapa yang akan menang dalam pertarungan antara seorang lelaki dan harimau ? Bagaimana pula dengan seorang lelaki, harimau dan ayam ? Beberapa pelawat ingin tahu daripada Zoo Changsha ekologi yang bermain tarik tali dengan harimau dalam sangkar menggunakan ayam hidup . Menurut kakitangan zoo , apabila berbaring di persekitaran tanpa apa-apa yang perlu dilakukan dan mempunyai makanan yang dihidangkan kepada mereka , haiwan zoo sering menjadi malas , berat badan berlebihan dan juga hilang minat dalam mana-mana jenis rangsangan fizikal atau intelektual . Zoo dengan idea kreatif, cara yang sangat menarik tetapi kontroversi menjaga haiwan dalam bentuk melalui permainan perang. Permainan ini adalah mudah kerana ia memerlukan pengunjung menarik pada satu hujung tali dan pada hujung yang satu lagi, harimau akan menggigit dan menarik pada beg guni yang diisi dengan ayam hidup di dalam. Ayam ini merupakan bonus tambahan bertujuan untuk melibatkan kepentingan harimau. Selain daripada melatih haiwan, permainan ini telah direka sebagai satu cara hiburan untuk Hari cuti Kebangsaan. Sebanyak 45 yuan ($ 7) , di kenakan dan sesiapa sahaja boleh bermain dan ianya mendapat banyak reaksi orang ramai yang bersedia untuk menguji kekuatan mereka terhadap binatang yang kuat. Setakat ini, harimau memenangi kebanyakan tarik tali, harimau Siberia berusia 4 tahun yang menunjukkan keunggulan otot beliau dengan mengatasi 7 lelaki pada masa yang sama . |
Caj Perkhidmatan Astro Naik 24 November Ini Posted: 07 Nov 2013 09:15 PM PST ![]() Peneraju perkhidmatan televisyen berbayar, Astro mempertahankan keputusan mereka untuk menaikkan kadar caj bulanan kerana ia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan lagi. Salah satu punca utamanya adalah kerana sebahagian besar program siaran langsung sukan yang dibawa oleh Astro melibatkan kos yang sangat tinggi. Ia kata Astro adalah satu fenomena global yang terpaksa ditanggung oleh para pembayar dan Malaysia tidak terlepas daripada dikenakan caj yang sama. Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan berkata, kos untuk membawa siaran langsung Liga Perdana Inggeris telah meningkat sehingga 2000 peratus sejak ia mula ditayangkan pada tahun 1997. Malah katanya, apabila kos tersebut telah capai ke satu tahap yang tidak boleh lagi ditanggung oleh penyedia perkhidmatan, ia terpaksa dikongsi bersama oleh para pelanggan. Misalnya, Astro terpaksa mengenakan caj tambahan sebanyak RM6 lagi ke atas pakej saluran sukannya dan RM2 lagi ke atas pakej familinya. Ia kata Tan tidak dapat dielakkan lagi. Ini bermakna bermula 24 November ini, Pakej Famili Astro akan dicaj pada kadar RM39.95 daripada harga sekarang sebanyak RM37.95 manakala Pakej Sukan Astro akan dinaikkan menjadi RM82.95 berbanding RM74.95 sekarang. Tambah beliau, persaingan untuk memperolehi hak eksklusif penyiaran turut menambah kepada tambahan kos tersebut kerana permintaan ke atas siaran langsung Liga Perdana Inggeris misalnya sangat tinggi di negara Asia khususnya di Malaysia, Thailand, Hong Kong dan Singapura. Rantau ini sahaja merangkumi 43 peratus daripada kos hak penyiaran di luar Britain. Bagaimanapun Tan menegaskan yang Astro adalah rangkaian penyiaran yang memberikan pakej liputan terbaik untuk saluran sukan berbanding dengan negara-negara Asia yang lain. Astro perlu melabur berbilion ringgit untuk membawa pelbagai siaran langsung acara sukan khususnya bolasepak ke kaca televisyen dan kepada para pelanggannya. ps: Nampaknya mak cik kampung juga terpaksa menanggung kos saluran sukan yang biasa membawa keuntungan restoran mamak! |
Video 'Sayang Papa Arul', Remaja Bercium Di Khalayak Ramai Posted: 07 Nov 2013 08:13 PM PST Koleksi video geli 2013 – SAYANG PAPA ARUL. Sebelum ini kita dikejutkan dengan video Couple Seminggu oleh Puteri Awani Ahmad, diikuti dengan video Kisah Cinta Alang dan Fatein dan muncul pula video Gadis Menyanyi Sambil Tayang Lurah Dendam dan terbaru, Video Syasya Awek Legoland Macam Comel je Macam cantik je. Nampaknya kekreatifan dan kedajalan anak muda kita tak berakhir di situ, buktinya video terbaru lakonan anak muda Malaysia berjaya dimuat naik dengan jayanga oleh pasangan remaja ini, video pasangan remaja bercium di khalayak ramai yang bakal membuat anda semua muntah dan sedar betapa bahayanya anak-anak muda jika tidak dikawal. |
Blogger Gay Dedah Video Hubungan Seks Dengan Remaja Bawah Umur Posted: 07 Nov 2013 07:47 PM PST Blog yang selalu dikemaskini seorang lelaki lembut yang menggelar dirinya 'bonda' dikesan memaut naik video melakukan seks bersama seorang remaja lelaki yang baru berumur 16 tahun.. Kandungan blog tersebut juga amat memualkan kerana memaparkan gambar-gambar dan video lucah lelaki lembut tersebut berasmara bersama dengan beberapa lelaki yang berlainan. Lebih memalukan semua gambar lucah lelaki tersebut adalah berbangsa Melayu. Terkini, Lelaki lembut berkenaan telah mengemaskini blognya pada 4 Nov 2013, dan terdapat dua rakaman video lelaki lembut tersebut berasmara bersama seorang remaja lelaki yang baru berumur 16 tahun. Blogger yang menggunakan nama samaran Ita Lembut, seorang pondan berstatus gay menyatakan dengan bangga serta jelas, remaja dijadikan mangsa kerakusan seksnya baru selesai menduduki peperiksaan PMR tahun lalu, berusia sekitar 16 tahun. Dalam erti kata lain, mangsanya, remaja di bawah umur. Justeru pihak berkuasa dan SKMM seharusnya meneliti kandungan rakaman disiarkan di sini (BLOG BOLEH DIAKSES OLEH INVITED READERS ONLY) melalui Youtube dan mengambil tindakan tegas. Blogger porno itu amat dikenali di kalangan kelompok pondan dan kali ini dia bersikap terlampu tatkala melampiaskan nafsu serakahnya. Mangsa yang masih berstatus kanak-kanak itu masih tidak layak membuat keputusan dan diperlakukan sebegitu rupa oleh seorang individu dewasa. Kepada ibu bapa, berhati-hati agar anak tidak terjerumus dan terperangkap dalam kegiatan seks songsang. Zaman skang, bukan orang perempuan boleh kena rogol, orang lelaki pun dah senasib dah skang. Menyedari kandungan entri di blognya dijadikan isu hangat, blogger terbabit telah mengeluarkan rakaman dia mengadakan hubungan seks songsang bersama remaja berusia 16 tahun Namun rakaman porno lain masih bersepah dan tentunya boleh diakses oleh sesiapa sahaja di dunia ini. Mamat pondan ni semakin berbahaya, kalau tak dicegah, mungkin lebih ramai jadi mangsa, korang tengok la berapa ramai follower dia. Selagi tak ditangkap, taku mamat ni jadi ikutan dan sumber inspirasi GAY dan BAKAL GAY di Malaysia. MazidulAkmal |
Sharifah Sakinah Dihantar Ke Pusat Rawatan Mental Sg. Buloh? Posted: 07 Nov 2013 07:00 PM PST Dia memang terkenal dengan aksi gilanya, dan semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Dari isu coli sampai ke menari di depan CCTV. Sharifah Sakinah baru-baru ini kelihatan di dalam sekeping gambar dia di dalam van yang tertulis Pusat Rawatan Mental Sg.Buloh, banyak spekulasi dan komentar yang boleh dibaca di internet megenai gambar ini. |
Motor Hilang 46 Tahun Ditemui Semula Posted: 07 Nov 2013 05:23 PM PST ![]() Di Los Angeles, pihak berkuasa melaporkan seorang lelaki dari Nebraska bakal mendapat kembali motosikalnya 46 tahun selepas kenderaan itu dicuri dari rumahnya. Kastam AS berkata motosikal Triumph Tiger 100 1953 berwarna hitam dan biru itu ditemui minggu lalu di Pelabuhan Los Angeles untuk dihantar ke Jepun dengan nilai disenaraikan sebagai AS$9,000 (RM29,000). Ketika dilaporkan hilang pada Februari 1967, motosikal itu bernilai AS$300 dan tidak diinsuranskan. Peronda Lebuh Raya California akan memulangkan motosikal itu kepada pemilik asalnya yang kini berusia 70-an di Omaha, Nebraska. Namanya tidak didedahkan. |
Budak 4 Tahun Maut Dibaham Anjing Sendiri Posted: 07 Nov 2013 05:09 PM PST Seorang kanak-kanak perempuan empat tahun maut apabila digigit dan dibaham anjing peliharaannya sendiri yang bersaiz agak besar. Lexi Hudson ketika kejadian sedang bermain-main bersama anjing mereka itu daripada spesis French Mastiff sebelum anjing besar itu mula menyerangnya. Menurut jirannya yang juga saksi kejadian, tubuh kanak-kanak itu digoncang seperti anak patung ketika diserang di luar kawasan rumahnya semalam. Ibu, Lexi, Jodi Hudson, 30, berjaya menikam anjing berkenaan hingga mati ketika bergelut dengan haiwan itu bagi menyelamatkan anaknya dari mulut anjing berkenaan. Petugas perubatan kecemasan mengejarkan Lexi Pusat Perubatan Queen's di Nottingham malangnya kanak-kanak itu meninggal dunia akibat kecederaan teruk. Anjing berkenaan yang diselamatkan keluarga itu baru sahaja tinggal bersama mereka selama beberapa minggu di sebuah rumah pangsa di perkampungan Mountsorrel di Leicestershire. Anjing peliharaan keluarga berkenaan bukan datang dari jenis anjing yang dilarang untuk dipelihara di bawah Akta Anjing Berbayaha. |
Dua Anak Harimau Diuji Berenang Posted: 07 Nov 2013 05:11 PM PST ![]() Washington D. C - Kemampuan dua anak harimau Sumatera berenang diuji oleh beberapa orang kakitangan Zoo Negara Smithsonian. Kedua-dua harimau itu yang bernama Bandar dan Sukacita dilahirkan pada 5 Ogos lalu berenang di dalam sebuah parit di zoo tersebut. Bandar merupakan anak harimau jantan manakala Sukacita pula harimau betina. Beberapa pekerja zoo itu akan memastikan haiwan tersebut mampu berenang dengan muka kedua-dua harimau tersebut sentiasa berada di atas permukaan air. Semua harimau di zoo itu perlu menjalani ujian berenang sebelum ia boleh diletakkan dalam kandang pameran. ![]() ![]() ![]() |
Obor Olimpik Dibawa Ke Angkasa Lepas Posted: 07 Nov 2013 05:05 PM PST ![]() Sebuah roket membawa obor Sukan Olimpik berlepas dari Bumi semalam menjelang Sukan Musim Sejuk Sochi 2014 di Rusia. Siaran langsung Televi- syen Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menunjukkan roket Soyuz TMA-11M yang tertera dengan logo Sochi 2014 itu dilancar pada waktu pagi dari pusat pelancaran roket Baikonur di Kazakhstan. Obor itu akan berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS). Ia kemudian akan dibawa keluar dari ISS oleh seorang angkasawan yang berjalan di angkasa lepas. Aksi itu adalah yang pertama kali dibuat sepanjang sejarah Sukan Olimpik. Roket Soyuz itu turut membawa angkasawan Rusia, Mikhail Tyurin; angkasawan NASA, Rick Mastracchio dan Koichi Wakata dari Jepun. Bagaimanapun, obor itu tidak mengandungi api demi keselamatan angkasawan di dalam roket dan di ISS. Obor Olimpik sebelum ini pernah dibawa ke angkasa lepas iaitu pada tahun 1996 di dalam kapal angkasa Atlantis menjelang Sukan Olimpik Musim Panas di Atlanta. Roket Soyuz itu tiba di ISS semalam enam jam selepas ia berlepas dari pusat pelancaran tersebut. "Ia merupakan satu kegembiraan dan menjadi tanggungjawab kami untuk membawa obor yang menjadi simbol keamanan ini," kata Tyurin kepada wartawan menjelang pelancaran Soyuz kelmarin. Obor tersebut akan berada di angkasa lepas selama lima hari. Dua lagi angkasawan Rusia yang sudah berada di ISS, Oleg Kotov dan Sergei Ryazanskiy akan membawa obor tersebut untuk acara berjalan kaki di angkasa lepas esok sebelum ia dibawa pulang ke Bumi oleh tiga angkasawan berkenaan pada Isnin ini. Acara membawa obor Sukan Olimpik Sochi selama empat bulan yang bermula di sini pada 7 Oktober lalu merupakan yang terpanjang dalam sejarah temasya Sukan Olimpik. |
Fauzi Nawawi Tangguh Tayang Filem 'Pak Pung' Posted: 07 Nov 2013 04:57 PM PST ![]() Pelakon dan pengarah filem Fauzi Nawawi terpaksa menunda tayangan filem pertamanya berjudul Pak Pung pada tahun hadapan kerana bimbang ia gagal mendapat sambutan daripada penonton. Fauzi, 40, berkata, keputusan itu dibuat kerana pasaran filem tempatan yang agak lembap ketika ini dan tidak mahu mengambil risiko untuk menayangkan filem itu. Filem yang menelan kos sebanyak RM2 juta terbitan 9 Country Sdn Bhd itu menampilkan barisan pelakon seperti Izreen Azmidar, Siti Saleha, Marsha Milan Londoh, Syawal, Jasmin Hamid, Datuk Eizlan Yusof, Saiful Apek, Lisdawati selain penampilan istimewa model popular, Amber Chia. Dalam perkembangan sama, Fauzi berkata, dia lebih berhati-hati agar filem berkenaan tidak tersebar di Internet seperti mana berlaku kepada KL Gangster 2 selain memastikan salinan asal filem itu sentiasa ada padanya. Jelas Fauzi, kejadian yang menimpa karya arahan Syamsul Yusof itu memberikan pengajaran kepada pembikin filem baharu sepertinya untuk lebih berhati-hati. |
Mamat Sepah Enggan Bersama Fida Ibrahim Dalam MLM 2013 Posted: 07 Nov 2013 04:55 PM PST ![]() Pelakon dan penyanyi Fida Ibrahim pernah meminta bekas kekasihnya Mamat (Sepah) untuk bergandingan bersama dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013). Bagaimanapun Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Noor Murad, berkata, dia menolak ajakan Fida itu kerana menganggap kedua-dua mereka tiada keserasian dalam membuat persembahan lawak. Tambah Mamat, penolakan itu juga bukan disebabkan dia risau sekiranya memori kenangan cinta lama mungkin akan kembali sebaliknya apa yang telah berlaku hanya dianggap sekadar pengalaman hidup. Dalam pada itu Mamat memberitahu, dia lebih serasi bergandingan dengan Munir dan Arin dengan membentuk kumpulan Kucai untuk berentap di MLM 2013. Dalam pada itu, Fida turut berentap dalam pertandingan lawak itu bergandingan bersama Datuk Ali Mamak dan Aziz Kota dengan menubuhkan kumpulan bernama Santan. |
Saintis Sahkan Yasser Arafat Diracun Posted: 07 Nov 2013 04:50 PM PST ![]() Switzerland - Seorang saintis Switzerland, Profesor Francois Bochud dari Institut Radiofizik Lausanne menyatakan, terdapat bahan polonium dalam kuantiti yang tinggi pada tulang bekas pemimpin Palestin, Yasser Arafat. Menurut Bochud, bahan beracun itu juga ditemui pada barang-barang peribadi milik Arafat sekali gus menunjukkan terdapat pihak ketiga yang menyebabkan kematiannya pada tahun 2004. "Ia menunjukkan terdapat pihak ketiga yang terlibat (yang menyebabkan kematian Arafat)," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. Bagaimanapun, pasukan itu hanya memberikan sokongan pada tahap sederhana tentang idea bahawa Arafat telah diracun dengan bahan radioaktif itu "Hasil kajian kami menyokong teori beliau diracun," tambahnya. Menurut Pengarah Pusat Forensik Hospital Universiti Lausanne, Patrice Mangin, bahan beracun itu tidak menyerap masuk ke dalam badan Arafat secara semula jadi. Ekoran pendedahan itu, balu Arafat, Suha menyatakan, beliau yakin terdapat orang yang dekat dengan bekas pemimpin tersebut yang meracunnya. Beliau menganggap kematian Arafat adalah disebabkan pembunuhan politik. Kadar kandungan polonium itu adalah 20 kali lebih tinggi daripada yang digunakan untuk tujuan penyelidikan. Selepas pendedahan itu, seorang pegawai kanan Pertubuhan Pembebasan Palestin menyatakan, tiada keraguan lagi bahawa Arafat telah mati diracun. Pegawai itu, Wasel Abu Yusef berkata, pihaknya meminta satu jawatankuasa antarabangsa menyiasat tentang pembunuhan itu. Arafat meninggal dunia di sebuah hospital di Perancis pada tahun 2004. Punca kematiannya menjadi misteri dan masih belum disahkan. Pada tahun lalu, sebuah makmal di sini menemui kesan polonium-210 pada pakaian pemimpin itu yang diserahkan oleh balunya, Soha. Lebih banyak sampel telah diambil pada jenazahnya di Tebing Barat. Polonium-210 merupakan bahan radio aktif beracun yang sukar dikesan menggunakan alat pengesan radio aktif kerana susunan zarahnya. Kurang satu gram serbuk polonium-210 berwarna perak boleh menyebabkan kegagalan organ yang membawa kepada kematian. Racun tersebut biasanya dicampur ke dalam minuman dan makanan dengan tujuan untuk membunuh mangsa. Dalam pada itu, ramai penduduk Palestin percaya Israel telah meracun Arafat tetapi dinafikan oleh regim Zionis. "Kami tidak pernah membuat keputusan untuk memudaratkan Arafat secara fizikal," kata Menteri Tenaga Israel, Silvan Shalom yang berkhidmat sebagai Menteri Luar pada tahun 2004 ketika diwawancara Radio Israel. "Pada pendapat saya, tuduhan ini telah digembar-gemburkan. Namun, jika benar beliau (Arafat) diracun, ia bukan kerja Israel," kata Shalom. "Mungkin ada orang dalam yang mempunyai niat atau kepentingan untuk membunuhnya," tambah menteri berkenaan. - Agensi |
You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment