Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
- Gambar Telur Lipas Dalam Samurai Burger
- Pulau Yang Paling Menyeramkan Di Jepun
- Ilmu Wang Bawah Sejadah
- Mayat Budak Bangun Dari Keranda Minta Minum
- Video Hukuman Mati Jadi Tontonan Awam Di China
- Lelaki Berjalan Guna Kasut Seberat 405kg
Gambar Telur Lipas Dalam Samurai Burger Posted: 11 Nov 2013 10:54 AM PST Apabila kita bercakap tentang makanan segera, masing-masing ada yang tidak terlepas dari isu kontroversi yang dibangkitkan oleh pelanggan khususnya di Malaysia. Sebelum ini pernah kes di Secret Recipe, KFC dan baru-baru ini pula tentang McD pula. Apa pula kes tentang McD ini? Kami difahamkan isu yang dibangkitkan ini adalah tentang penemuantelur lipas dalam Burger Samurai McD. Hal ini juga turut kecoh di laman-laman sosial seperti Facebbok dan blog. Sejauh manakah kesahihan berita ini? Menerusi laman Lipstiq, beliau telah berkongsikan sebuah foto yang dikirim oleh pembaca dan agak mengejutkan apabila terdapat telus lipas dalam roti burger tersebut. Pada mulanya, pengirim gambar yang dikenali sebagai Jimmy telah membeli burger secara take away untuk pulang ke pejabatnya. Alangkah terkejut apabila ternampak objek kecil dan bujur berwarna hitam dan mengesahkan bahawa itu adalah telur lipas. Foto tersebut juga telah dikirim kepada HQ MCD Mont Kiara namun masih belum mendapat respon daripada pihak cawangan MCD tersebut- amekaw Gambar Telur Lipas Dalam Samurai Burger MCD |
Pulau Yang Paling Menyeramkan Di Jepun Posted: 11 Nov 2013 10:53 AM PST Hashima Island atau yang juga dikenali sebagai Gunkanjima ( Battleship Island ) kerana bentuknya yang menyerupai kapal perang, merupakan sebuah pulau seluas 60,000 meter persegi di laut lepas Nagasaki , Jepun. Pada 1950 , pulau itu merupakan rumah bagi beribu-ribu pekerja lombong arang batu dan ditutup pada 1974. Semenjak itu , pulau tersebut telah terbengkalai hingga filem agen 007 kembali menemuinya . Pulau itu memang ditinggalkan begitu saja hingga menjadi runtuhan , bangunan konkrit kosong, dan kemudahan perlombongan yang mewujudkan suasana seram . Bangunan usang dan barang -barang yang ditinggalkan para pelombong batu arang membuat tempat ini seperti pulau yang paling terpencil di Bumi . Tak menghairankan bila Raoul Silva ( dilakonkan oleh Javier Bardem ) mendirikan markasnya dan berperanan sebagai penggodam mahir di pulau itu. Selain digunakan sebagai lokasi dalam filem , pulau itu sebelumnya pernah menjadi berita utama ketika pada 2008 sebuah organisasi nonprofit mengusulkan agar Pulau Hashima ditetapkan sebagai tapak Warisan Dunia . Hashima seluruhnya ditutup untuk umum hingga pada 2009 pelancong dibenarkan untuk mengunjunginya. Masalahnya, tidak ada banyak yang boleh dilakukan di sana selain mengagumi runtuhan suasana menakutkan yang ternyata menjadi daya tarik tersendiri. |
Posted: 10 Nov 2013 07:55 PM PST Amalan Ilmu Wang Bawah Sejadah, adakah ianya benar?. Jika benar maka manusia tidak perlu kerja lagi. Cukup hanya menyelak sejadah dan wang akan keluar, bukankah kehidupan begitu lebih baik dari berhempas pula kerja?. Tetapi nanti dulu, jangan sempitkan fikiran seperti golongan wahabi. Keilmuan begini memang benar-benar wujud malah telah dibuktikan oleh guru-guru pondok. Tugas guru-guru pondok hanya mengajar murid-muridnya, tetapi beras tidak pernah habis dan wang sentiasa ada?. Siapa yang beri wang tersebut?. Jin, khadam?. Sebelum itu elok dijelaskan, guru-guru pondok dahulukala bukan seperti kebanyakan guru pondok hari ini, didekati oleh anasir politik. Kalau dahulu, sekolah pondok dipimpin oleh golongan ulama-ulama besar, jadi tidak mungkin mereka mengamalkan sesuatu ajaran sihir atau syirik. Anda jangan terlalu cepat menilai dengan mengatakan
Hentikan berfikiran seperti golongan seperti ini, kerana mereka sendiri hanya berlindung di balik nickname internet, mengaku dewasa, sedangkan ilmu biasa pun mereka belum tentu ada. Anda sebagai orang bijak, haruslah memahami dan memandang dari sudut lain. Sekarang, kami berikan anda satu pandangan berbeza untuk keilmuan Wang Di Bawah Sejadah. Kerana ia bukannya seperti yang selalu difikirkan oleh orang, hanya mereka yang belajar akan tahun. Jadi belajarlah..anda boleh bermula di sini - KLIK SINI |
Mayat Budak Bangun Dari Keranda Minta Minum Posted: 10 Nov 2013 07:42 PM PST Di petik dari news.com.au, Kelvin Santos disahkan telah meninggal dunia di hospital Belem, kerana penyakit pneumonia ( radang paru- paru) . Jasad kanak-kanak ini kemudian dibawa pulang ke rumah keluarganya untuk dikebumikan keesokan harinya. Namun , peristiwa mengejutkan terjadi pada keesokan hari, ketika upacara pengebumian Kelvin hendak dilaku . Satu jam sebelum upacara pengebumian, Kelvin secara mengejut terbangun dan duduk di dalam kerandanya . Kemudian dia meminta air minum kepada ayahnya. "Ayah, aku mahu air minum , " ucap Kelvin yang mengejutkan para tetamu. " Semua orang mulai menjerit, kami benar- benar tidak percaya dengan apa yang kami lihat . Kami berfikir , keajaiban telah terjadi dan putra kami telah hidup kembali, " ujar si ayah , Antonio Santos kepada media Brazil , PRO . Tapi malangnya, beberapa saat kemudian Kelvin kembali terbaring di dalam keranda. Ketika ayahnya berusaha membangunkan kembali , Kelvin tidak bertindak balas. "Kemudian Kelvin kembali terbaring , seperti sebelumnya . Kami tidak boleh membangunkannya . Dia meninggal lagi , "terang Antonio . Tidak menyerah , Antonio segera membawa anaknya ke hospital dan berharap kembali ada keajaiban. Namun , doktor yang memeriksa Kelvin menyatakan tidak ada tanda -tanda kehidupan pada tubuh anak kecil tersebut. " Mereka meyakinkan saya bahawa dia benar- benar telah meninggal dan sama sekali tidak dapat memberi penjelasan tentang apa yang baru saja terjadi kepadanya ," tuturnya. Pihak keluarga memutuskan untuk menunda pemakaman Kelvin selama 1 jam dan berharap dia akan terbangun kembali. Tapi pekara itu tak berlaku. Kelvin akhirnya dikebumikan di tanah perkuburan tempatan, pada waktu petang Sabtu. Walaupun demikian , ayah Kelvin tetap merasa ada pekara yang tidak diselesaikan dalam pemeriksaan anaknya. Antonio pun membuat laporan kepada polis soal dugaan penyelewengan dan polis telah memulakan siasatan keatas kes itu. Walaupun pihak berkuasa tempatan menyatakan Kelvin meninggal untuk kedua kali akibat kegagalan jantung. "Lima belas minit selepas berusaha menyedarkan dia kembali , doktor datang kepada saya dan memberitahu bahawa dia telah meninggal dan menyerahkan jasadnya kepada saya. Mungkin mereka tidak memeriksanya dengan betul. Orang mati memang terkadang tidak boleh terbangun begitu saja dan berbicara. Saya hanya ingin mencari kebenarannya, "ujar Antonio . |
Video Hukuman Mati Jadi Tontonan Awam Di China Posted: 10 Nov 2013 06:29 PM PST Beijing: Foto mengerikan pada detik-detik terakhir seorang lelaki yang dihukum mati di depan khalayak ramai di China tersebar dan mendapat kritikan pelbagai pihak. Lelaki tidak dikenali itu dilihat memakai pelekat dibawa keluar dari belakang van polis dengan disaksikan sekumpulan besar orang ramai, termasuk kanak-kanak dari atas bukit. Lelaki itu kemudian dibawa ke tengah kawasan lapang di tengah belukar dan pistol diacukan di belakang kepalanya sebelum dia ditembak mati anggota polis. Menurut laporan Shangaiist.com, video itu dimuat naik di Sina dan ditonton lebih 2.3 juta kali sejak Isnin lalu. Video itu dirakam oleh seorang daripada kumpulan orang ramai yang berdiri melihat hukuman bunuh itu dari atas bukit. Ia bermula dengan paparan sekumpulan kenderaan polis tiba di sepanjang laluan berlumpur di bawah bukit. Sebilangan besar anggota polis kemudian muncul dari kenderaan itu. Lelaki itu kemudian dibawa keluar dari van dan diiringi ke kawasan belukar yang sudah ditebas. Anggota polis kemudian memusingkan muka lelaki itu kepada orang awam seolah-olah untuk menunjukkan wajahnya. Lelaki terbabit diarahkan melutut sebelum ditembak di belakang kepalanya. Klip video itu tidak memaparkan sebarang maklumat mengenai lelaki terbabit atau apakah tuduhan jenayah yang dihadapinya. Dipercayai video itu dirakam pada November tahun lalu. Walaupun China tidak pernah mendedahkan berapa ramai rakyatnya yang dihukum mati setiap tahum, Amnesty Internatinal mendakwa angka mungkin mencecah ribuan. Malah, hukuman terhadap pesalah dalam kes berprofil tinggi juga sering dijalankan secara rahsia tanpa dimaklumkan kepada keluarga pesalah terlebih dulu. - Agensi |
Lelaki Berjalan Guna Kasut Seberat 405kg Posted: 10 Nov 2013 04:44 PM PST Seorang lelaki dalam wilayah Hebei, utara China berhasrat untuk menempah nama dalam buku Guinness of World Records kerana aksinya berjalan kaki dengan memakai sepasang kasut besi seberat 405 kilogram (kg), lapor agensi berita Xinhua. baru-baru ini. Zhang Fuxing, 51, yang merupakan seorang penduduk di daerah Fengnan berlatih bersenam pada setiap hari dengan menggunakan kasut besi berkenaan. Kasut tersebut mempunyai berat lebih tujuh kali ganda daripada badannya sendiri. Setiap kasut tersebut berukuran 30 sentimeter (sm) panjang dengan lebar 20sm lebar manakala tapaknya diperbuat dari ketulan besi kimpal setinggi 40sm. Lapor Xinhua, Fuxing meluangkan masa selama 20 minit setiap pagi untuk berjalan menggunakan kasut besi berkenaan pada jarak purata sejauh beberapa belas meter. Kata Zhang, dia meletakkan kasut tersebut di luar rumahnya tanpa rasa bimbang akan dicuri. "Kasut itu terlalu berat, kerana itu saya tidak berasa bimbang ia akan dicuri," katanya lagi. Pekerja kilang itu pada awalnya telah bersenam dengan menggunakan kasut besi rekaannya sendiri yang mempunyai berat 70kg sejak tujuh tahun lalu. |
You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment