Gosip Artis Malaysia
Gosip Artis Malaysia |
- Jamal Abdillah Bersumpah Tidak Risik Nas Adila
- The Online Revolution dari LAZADA
- Saya Ialah Mizz Nina Yang Baru – Mizz Nina
- Datuk Seri Jalani Sidek Langsungkan Perkahwinan Semalam
- Hanez Suraya – Pembedahan Plastik Untuk Cantik, Kenapa Tidak?
Jamal Abdillah Bersumpah Tidak Risik Nas Adila Posted: 10 Nov 2013 11:22 PM PST Baru-baru ini terdengar desas desus yang penyanyi Datuk Jamal Abdillah, 54, berminat untuk menyunting Nas Adila, seorang penyanyi berusia 27 tahun dan telah pun merisik wanita itu untuk dijadikan isteri. Namun begitu, melalui Kosmo!, Jamal menafikan dia telah merisik wanita itu.
Mendakwa dia berasa terharu dengan nasihat serta sokongan yang diberikan peminatnya berhubung isu ini, Jamal memberikan bayangan semuanya hanya salah faham.
Jamal memberitahu besar kemungkinan dia digosipkan dengan Nas kerana foto yang dimuat naik oleh penyanyi itu di laman sosialnya.
Begitulah kisah yang sebenarnya. Mungkin Jamal masih belum bertemu dengan wanita yang dikira sesuai untuk menjadi isterinya. Dengan penjelasan ini maka terungkailah segala persoalan mengenai hubungan Jamal dengan Nas Adila yang menjadi perbualan hangat sebelum ini. Semuanya salah faham saja ya. Apa pun diharapkan abang Jamal akan terus sukses dan semoga ketemu juga wanita yang sesuai sebagai isteri suatu hari nanti. Festival Kesenian Remaja 2013 bakal berlangsung di perkarangan Panggung Bandaraya, Jalan Raja bersempena Bazar Industri Kreatif pada 16 – 17 November (Sabtu dan Ahad) ini. Pelbagai aktiviti menarik menanti remaja, antaranya pertandingan breakdance, persembahan brass-band, demonstrasi airbush untuk topi keledar, seni pertahanan diri remaja, peragaan fesyen remaja dan banyak lagi. Mulai 2.00 petang hingga 11.00 malam. Jom ke sana! Baca Yang Ini Pulak:- |
The Online Revolution dari LAZADA Posted: 10 Nov 2013 10:39 PM PST
Itulah gambaran yang diberikan oleh pelanggan tegar online shopping apabila topik ini diperkatakan. Stigma pembeli masa kini yang tidak suka kepada keletihan ketika berbelanja atau menghabiskan masa berjam-jam di pusat beli-belah, sangat sesuai kepada mereka yang sangat sibuk dan golongan peringkat umur pertengahan. Mengambilkira fenomena ini, LAZADA, pusat beli belah atas talian yang TERBESAR di Malaysia, kini kembali dengan kempen mesra pelanggan The Online Revolution bermula 11 Nov 2013 sehingga 12 Dis 2013. LAZADA telah meluaskan rangkaian mereka pada tahun ini dengan menampilkan Yahoo sebagai rakan media mereka bagi The Online Revolution dan Hitz.FM sebagai penaja Re-VOTE-lution, GDex sebagai rakan logistik rasmi dan Bcard sebagai rakan program tawaran loyalti. 1) Tawaran Istimewa di Abad ini ! Setiap minggu (bermula 11 Nov 2013 – 12 Dis 2013), pelanggan LAZADA akan ditawarkan dengan 111 jumlah tawaran istimewa yang merupakan potongan diskaun hebat ke atas semua produk-produk dalam kategori Mobiles, Tablets, Home Appliances, Fashion dan Home & Living. Inilah masa untuk membeli produk berjenama dan terbaik pada harga yang sangat murah. 2) Re-VOTE-lusi: Undi & Beli ! Produk yang diimpikan dengan harga cuma RM11? Mudah sahaja. Cuma undi !! Selama 30 hari , layari laman http://www.lazada.com.my/hitzvote dan letak undian ke atas salah satu produk yang tersenarai dalam 11 produk yang diiklankan bermula jam 11.00 pagi – 11.00 malam. Keesokan harinya pada jam 11.00 pagi, anda berpeluang menjadi pembeli bertuah ke atas produk yang mendapat undi tertinggi dengan hanya RM11! Untuk pengetahuan korang, seleksi produk untuk voting akan ditukar setiap hari. Kena cuba nie, manalah tahu ada rezeki. Jimat sakan tu. 3) Tawaran Unggul Kepada Pelanggan Tegar ! Pada hari terakhir kempen The Online Revolution pada 12 Dis 2013, 11 pelanggan yang berbelanja paling banyak dalam tempoh kempen akan memenangi satu di antara 11 produk yang menerima jumlah undian yang tertinggi ketika tempoh kempen berlangsung.
Yang Ini Pun Best Jugak:- |
Saya Ialah Mizz Nina Yang Baru – Mizz Nina Posted: 10 Nov 2013 08:53 PM PST Perubahan imej yang ditampilkan oleh penyanyi hip-hop yang dikenali di peringkat antarabangsa, Mizz Nina mengejutkan banyak pihak. Kalau dulu dia dikenali dengan imej lincah dan seksi, sejak kembali dari menunaikan haji di Makkah sebulan lepas, Mizz Nina telah tampil dengan imej bertudung dan lebih sopan.
Menurut Mizz Nina juga, dia tidak kisah jika video atau lagunya semasa masih dengan imej lama dimainkan oleh mana-mana pihak kerana itu diluar kawalannya
Kami bersetuju dengan Mizz Nina. Perkara lepas biarlah lepas dan semoga Mizz Nina dengan imej baru akan lebih sukses. Ternyata imej menutup aurat bukan merupakan halangan untuk berjaya dalam seni nyanyian seperti yang telah dibuktikan oleh Yuna sebelum ini. Bersama kita doakan. P.S:BestBuy-World kembali lagi. Kini dengan lebih banyak barangan baru dengan tawaran yang semakin menarik. Memang murah dan semuanya berjenama. Original lagi tu. Dan dapatkan 500 mata ganjaran semasa mendaftar. Jom berjimat dengan melayari http://my.bestbuy-world.com/ atau FB BestBuyWorldMalaysia Baca Yang Ini Pulak:- |
Datuk Seri Jalani Sidek Langsungkan Perkahwinan Semalam Posted: 10 Nov 2013 05:42 PM PST Sebelum ini Raja Azmi telah melangsungkan perkahwinan dengan Eddie CRK di Laman Santai Istana Budaya, malam semalam, bekas suami beliau iaitu Datuk Seri Haji Jalani Sidek yang telah melangsungkan majlis perkahwinan dengan Datin Seri Hajah Zaleha Mohd Khalid. Tahniah diucapkan kepada pasangan ini. Majlis mereka berlangsung di Hotel Hilton, Kuala Lumpur. Pasangan ini diiringi dan diraikan oleh anak-anak mereka dan antara yang turut hadir ialah Datin Paduka Umie Aida dan Norshila Amin, penyanyi popular 80′an. Bersamalah kita mendoakan perkahwinan mereka akan kekal ke akhir hayat. Kredit gambar Datin Zaleha. Teater Bangsawan "Panji Asmara" pada 15, 16 dan 17 November 2013 (Jumaat, Sabtu dan Ahad), 8.30 malam. Tiket biasa berharga RM 5 manakala tiket PREMIER boleh didapati dengan harga RM 50 (tempat duduk eksklusif terhad + makan malam). Berminat? Hubungi 03-2614 8262 untuk tempahan tiket! Baca Yang Ini Pulak:- |
Hanez Suraya – Pembedahan Plastik Untuk Cantik, Kenapa Tidak? Posted: 10 Nov 2013 04:24 PM PST Di awal kemunculannya, penampilan Hanez Suraya tidak begitu menyerlah. Namun semakin lama, wajahnya tampak semakin jelita sehingga timbul khabar angin yang dia telah menjalani pembedahan plastik pada bahagian hidung di sebuah pusat kecantikan di Bali, Indonesia.
Namun begitu, pelakon itu juga berpendapat melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan cantik tidak salah dan kini ia adalah sesuatu praktik yang normal.
Hanez juga mendakwa lakonannya dalam Love You Mr. Arrogant telah menyebabkan dirinya dihamburkan dengan kata-kata kesat oleh peminat yang besar kemungkinan menyamakannya dengan watak itu yang merupakan watak antagonis yang seksi dalam drama tersebut. Dia juga meminta agar peminat tidak terus berbuat demikian. Apabila lagu makyong Rosnan Rahman disatukan bersama Rebab, piano, suara soprano Syafinaz Selamat dan gandingan harmoni suara ahli Koir Kebangsaan Malaysia (OFFICIAL) . Nantikan persembahan kami dalam Konsert Koir Kebangsaan pada 23 & 24 November 2013 di Dewan Tunku Abdul Rahman, Matic,Kuala Lumpur, 8.30 malam. Dapatkan tiket anda sekarang di www.ticket2u.biz Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment