Gosip Artis Malaysia
Gosip Artis Malaysia |
- (Al-Fatihah)Ahmad Busu, Pelakon Pi Mai Pi Mai Tang Tu Meninggal Dunia
- (18 GAMBAR)Pernikahan Fizo Omar Dan Mawar Abdul Karim
- Tahniah Buat Fizo & Mawar
- Rabecca Menang Saman Terhadap Erma Fatima
(Al-Fatihah)Ahmad Busu, Pelakon Pi Mai Pi Mai Tang Tu Meninggal Dunia Posted: 10 Nov 2013 05:19 AM PST Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada pelakon Ahmad Busu yang telah pun meninggal dunia hari ini. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir selepas Maghrib tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Umur Allahyarham adalah sekitar 60-an. Buat anda yang tidak mengenali Ahmad Busu, Allahyarham sangat popular menerusi sitkom komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu satu ketika dahulu. Watak yang dibawak ialah Mat Deris. Pelakon segenarasi dengannya ialah Imuda. Sama-samalah kita doakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah. Baca Yang Ini Pulak:- |
(18 GAMBAR)Pernikahan Fizo Omar Dan Mawar Abdul Karim Posted: 10 Nov 2013 04:08 AM PST Perkenalan singkat mereka membawa kepada ikatan perkahwinan. Begitulah cerita pelakon Fizo Omar dengan wanita yang sering dilihatnya dalam iklan tudung Fareda, Mawar Abdul Karim. Duta tudung Fareeda itu yang juga anak kepada pengasasnya, telah selamat menjadi isteri Fizo dengan sekali lafaz pada jam 9.32 pagi tadi. Untuk makluman anda, majlis ini turut dibantu oleh ramai pelakon antaranya Datuk Rosyam Noor, Nazim Othman, Iqram Dinzly, Fahrin Ahmad dan Kamal Adli yang segak berbaju melayu hitam dan bersamping songket yang membawakan dulang hantaran bagi pihak Fizo Omar ke majlis pernikahan. Majlis pernikahan Fizo dan Mawar diadakan di rumah pengantin perempuan di Country Heights, Kajang dan dihadiri kira-kira 300 tetamu. Lagi 16 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar, Facebook Fareeda Nyata Jelita.
.
Baca Yang Ini Pulak:- |
Posted: 09 Nov 2013 09:12 PM PST Syukur alhamdullilah, semalam telah berlangsung dengan selamatnya majis pertunangan pasangan ini dan hari ini (10-Nov-2013) Fizo Omar atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Mawar Abdul Karim di rumah pengantin perempuan di Country Height Kajang, tepat jam 9.30 pagi dengan mas kahwin sebanyak RM506.00. Beautifulnara mengucapkan selamat pengantin baru buat pasangan ini dan selamat melayari alam rumahtangga. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Yang Ini Pun Best Jugak:- |
Rabecca Menang Saman Terhadap Erma Fatima Posted: 09 Nov 2013 08:38 PM PST Akhinya, pada Jumaat yang lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah membuat keputusan berkenaan kes tuntutan sebanyak 40% oleh Rabecca Nur Al-Islam terhadap penerbit dan pengarah drama terkenal Erma Fatima. Kes ini difailkan oleh Rabecca pada 23 Julai yang lalu ekoran daripada perlanggaran kontrak dan kegagalan Erma Fatimah melunaskan baki bayaran lakonan drama Dejavu Di Kinabalu kepada Rabecca Nur Islam. Menerusi twitternya , Rabecca bersyukur apabila kes tuntutan itu berpihak kepadanya dan berharap kejadian seperti itu tidak berlaku lagi. Mahkamah Majistret Kuala Lumpur turut mengarahkan Erma mengembalikan baki jumlah wang berkenaan berserta lima peratus faedah daripada bayaran selain membayar kos guaman kepada Rabecca. Baguslah kes pun dah selesai…bolehlah buat kenduri kesyukuran selepas ini. Cuma Mawar Putih berharaplah kes-kes yang seumpama selepas ini tidak lagi berlaku. Bukan apa, industri hiburan Malaysia nie bukannya besar sangat…Pi mai pi mai tang tu gak… P.S: Jangan lupa bermula pada 16 Nov 2013 nanti, Secret Recipe mengadakan promosi Candy Crushing. Potongan RM16 untuk sebarang pembelian kek dan tawaran menarik 6 combo set HANYA pada harga RM16. Memang terbaiklah Secret Recipe. Layari http://www.secretrecipe.com.my atau FB Secret Recipe untuk maklumat lebih lanjut.
Yang Ini Pun Best Jugak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment