Powered by Blogger.

Kata-Kata Ifa Raziah Terhadap Rosyam Nor Ini Memang Amat Pedas Sekali


Kata-Kata Ifa Raziah Terhadap Rosyam Nor Ini Memang Amat Pedas Sekali
Ifa Raziah Mohon Maaf Atas Kesilapan Ketika Konsert Akhir Gegar Vaganza Hairul Azreen Sudah Buktikan Dia Lelaki Sebenar & Ikhlas Pada Saya – Hanis Zalikha
aSaya Tak Pegang Atau Raba Pun Hisyam Hamid – Ifa Raziah
Saya Anggap Nazrief Macam Adik Sendiri – Izreen Azminda
Ifa Raziah Terkilan Ditegur Rosyam, Berpeluk Di Pentas Hanya Lakonan (GAMBAR)Bayi Che Ta Jadi Mangsa Berita Palsu Pengguna Twitter Indonesia

Kata-Kata Ifa Raziah Terhadap Rosyam Nor Ini Memang Amat Pedas Sekali Selepas persembahan Ifa Raziah di konsert akhir Gegar Vaganza, Datuk Rosyam Nor telah bertanggungjawab memberikan komen kepada penyanyi tersebut. Komen yang diberikan mendapat pujian dan sokongan daripada orang ramai yang kurang menggemari aksi yang ditonjolkan oleh Ifa Raziah dan Hisyam Hamid. Namun Ifa Raziah sempat memaklumkan yang itu semua hanyalah lakonan semata-mata dan mereka berdua telah mendapat kebenaran daripada suami/isteri masing-masing. Antara isipati komen Rosyam Nor ialah aksi yang ditunjukkan tidak sesuai untuk tontonan ramai.



Enggan berdiam diri apabila dikritik sebegitu rupa, Ifa Raziah menerusi Berita Harian telah mengeluarkan kata-kata yang amat pedas sekali buat Datuk Rosyam Nor. Kata Ifa:-

Dia (Rosyam) cakap persembahan saya tak sesuai untuk tontonan umum. Habis itu selama ini dia jadi pelakon… takkan tak pernah pegang tangan heroin dia.

Kalau dia cakap tak sesuai, lebih baik dia jangan berlakon. Apa yang saya lakukan hanya sekadar seni lakonan.

Apa yang saya dan Hisyam lakukan atas paksi profesional. Malah kalau nak dibandingkan ada persembahan lain di anugerah tertentu lebih daring daripada apa yang saya lakukan.

Saya bukan nak menggatal, meraba dan bercumbu dengannya pun. Saya dan Hisyam saling menghormati kerja kami. Saya sendiri pun seorang pelakon.




Ifa Raziah Mohon Maaf Atas Kesilapan Ketika Konsert Akhir Gegar Vaganza Akhirnya setelah menonton kembali persembahannya pada konsert akhir Gegar Vaganza menerusi YouTube, Ifa Raziah telah tampil memohon maaf atas kesilapan yang berlaku pada malam itu. Rupa-rupanya ada kesilapan yang berlaku ketika aksinya bersama Hisyam Hamid. Malam itu juga menyaksikan Ifa Raziah hilang fokus kerana masalah teknikal dan juga ubat-ubatan yang dimakan olehnya. Sedih pula Abang Nara membaca tulisan Ifa Raziah.



Ifa baru tgk persembahan Ifa di Youtube pkl 12 mlm tadi. Terdapat sedikit kesilapan dalam step tarian yg dilakukan. Ifa sepatutnya habiskan nyayian, angkat kaki & jatuhkan badan ( ending tarian ). Tapi Ifa dah tersilap, nyanyian belum habis lagi, kaki dah naik dulu…tak sengaja. Jadi terpaksalah habiskan nyanyian, baru jatuhkan badan.

Kami hanya sempat practise dibilik make up, sebelum persembahan bermula, akibat kesuntukan masa. Ifa sebenarnya dah tak ingat & hilang fokus, disebabkan masalah teknikal yg menimpa Ifa sebanyak 2 kali. Semangat Ifa dah runtuh ketika itu. Dan mungkin juga kesan dari ubat2 yg Ifa makan sebelum persembahan. Ubat batuk sahaja ada 3 jenis, Antibiotic lagi, ubat selsema, inhaler dll. Tekanan menunggu diatas pentas hampir 10 minit…

Diburukkan lagi dengan terhidu asap dari bunga api…Ifa sesak nafas ketika itu dan hampir batuk. Semua faktor ini telah membuatkan Ifa huru hara diatas pentas. Ifa telah cuba mengawal emosi sebaik mungkin, tetapi akhirnya…kaki naik secara luar kawalan. Mungkin semua ini tak disedari oleh Juri yang sangat professional…yang mengatakan Ifa terjerit2 ketika menyanyi??? Wow hebat…(selepas ini harap tidak akan ada lagi adegan berpeluk2 antara hero & heroin di filem atau drama untuk tontonan umum)…

Ifa ingin mengucapkan terima kasih kepada @hisyamhamid7 kerana lakonan yang sangat baik dan sikap yg professional. Jadi Ifa nak memohon maaf atas kesilapan yg berlaku. Dan Ifa harap semua faham tekanan yang Ifa hadapi ketika itu…Mohon Maaf Dipinta




Hairul Azreen Sudah Buktikan Dia Lelaki Sebenar & Ikhlas Pada Saya – Hanis Zalikha Ramai yang membuat anggapan Hanis Zalikha terpaksa berkata ‘yes’ ketika dilamar oleh Hairul Azreen di konsert final Gegar Vaganza baru-baru ini. Iyerlah pada mulanya perkataan ‘yes’ tidak terkeluar sebaliknya lamaran tersebut dijawab dengan ‘Insya Allah thank you’. Kalau Abang Nara jadi Hanis Zalikha pun mesti gementar dan tak tahu nak cakap apa. Iyerlah, dilamar di depan ribuan penonton secara ‘live’. Pasti jantung berdegup lebih pantas daripada biasa.



Walaupun lamaran tersebut mendapat kecaman hebat di laman sosial, Hanis Zalikha melahirkan sokongan dan persetujuan dengan apa yang dilakukan oleh kekasihnya itu. Bagi Hanis, tindakan melamar di hadapan orang ramai oleh Hairul membuktikan keikhlasannya. Kata Hanis:-


Bila montaj dia berjumpa ibu bapa saya ditayangkan, saya sedar dia sudah melakukan perkara yang betul seperti yang diharapkan. Jadi apa orang lain nak cakap tak kisahlah. Saya dan keluarga sendiri tak ambil peduli mengenai kritikan orang asalkan kita tahu apa yang kita buat. Ibu bapa juga faham benda macam ini perkara biasa dalam bidang seni.

Sebagai perempuan saya tahu niat dan tujuannya untuk buat saya gembira. Dia sudah membuktikan dia lelaki sebenar dan ikhlas pada saya. Saya terharu kerana niat dia sampai, Alhamdulillah. Jadi apa pun orang lain nak kata, saya setuju dan sokong tindakannya.



Kalau si penerima lamaran telah bersetuju dan menyokong apa yang dilakukan, siapalah kita ini untuk menyatakan yang tak patut kepada mereka kan? Yang penting, Hanis dan Hairul masing-masing gembira dengan apa yang dilakukan. Bukan senang untuk peluang melamar secara ‘live’ dapat dilakukan. Pasti ia akan menjadi kenangan terindah buat Hairul dan Hanis sehingga bila-bila. Sumber Harian Metro.


Saya Tak Pegang Atau Raba Pun Hisyam Hamid – Ifa Raziah Amboi. Amboi. Amboi, Memang makin marah lah orang ramai apabila membaca kenyataan Ifa Raziah ini. Siap suruh para penonton buka minda dan jangan fikir negatif sahaja. Walaupun telah ditegur oleh Datuk Rosyam Nor, nampaknya Ifa Raziah masih bertegas yang persembahannya pada malam itu adalah atas nama seni semata-mata. Hmmmmm. Macam pernah dengar kan alasan klise sebegini?
Apa pun Abang Nara suka dengan teguran Rosyam Nor yang aksi sebegitu tidak sesuai dipertontonkan kerana Gegar Vaganza ditonton oleh rakyat Malaysia tanpa mengira umur. Mak dan bapa mertua Abang Nara pun mengucap panjang melihat aksi Ifa Raziah. Namun ini adalah penjelasan penyanyi itu:-


Saya tak rasa ia perbuatan yang 'over' (keterlaluan) pun. Saya tak pegang atau raba pun Hisyam dan dia pun tak buat begitu pada saya. Kami hanya menari ala-ala ballet mengikut konsep persembahan.

Sebagai manusia kita kenalah buka minda dan berfikiran positif sikit. Ia sebahagian seni persembahan saja. Kalau kita fikir negatif dan kotor maka negatiflah jadinya. Bukan saya saja buat begitu (tatapan umum), dalam mana-mana drama dan filem (tempatan) pun banyak aksi begitu.

Saya dan Hisyam buat aksi itu sebagaimana kami berlatih. Masalahnya tempoh latihan antara saya dan Hisyam pun terhad sebenarnya. Hisyam tak datang awal pada sebelah siang agar kami dapat berlatih. Kalau dapat berlatih dari siang dapatlah saya perbaiki mana-mana aksi kami yang kurang sesuai atau tak sedap dipandang.

Bagi Abang Nara memang tak sesuai persembahan sebegini dipertontonkan. Orang lain boleh je buat persembahan tanpa pegang-pegang dan peluk-peluk. Siap boleh jadi juara lagi. Mungkin Ifa Raziah merasakan kekuatan persembahannya adalah daripada segi lakonan. Di masa hadapan harap lebih berhati-hati dan sensitif. Jangan sampai timbul lagi kontroversi sebegini. Sumber Harian Metro.


Saya Anggap Nazrief Macam Adik Sendiri – Izreen Azminda Untunglah Nazrief Nazri ada seorang pelakon jelita yang menganggap dirinya macam adik. Abang Nara pun teringin nak jadi adik Izreen kalau dapat gambar mesra macam ini. Sayangnya Abang Nara tak sehensem Nazrief Nazri. Pasti permintaan Abang Nara untuk menjadi adik Izreen tak akan dilayan. Abang Nara ingatkan zaman-zaman sekolah je ada adik angkat kakak angkat nie. Rupa-rupanya dah besar panjang macam ini pun ada lagi.



Susulan perkongsian gambar yang agak mesra ini (jangan fikir bukan-bukan, adik dan kakak je diorang nie), ramai yang tertanya-tanya adakah Izreen sudah bersedia untuk bercinta kembali. Ada juga yang tertanya-tanya sama ada Nazrief Nazri menjadi pengganti Amar Baharin yang pernah dikaitkan dengan Izreen sebelum ini. Ternyata itu semua adalah tanggapan palsu. Terang Izreen:-


Tidak mungkin saya bercinta dengan Nazrief kerana menganggap dia seperti adik sendiri dan gambar itu diambil oleh salah seorang teman kami semasa keluar makan.Dia seorang yang baik dan mempunyai masa depan yang cerah sebagai pelakon jika dia benar-benar fokus terhadap kerjayanya.

Sebelum ini saya boleh terima lagi jika ada orang cuba mengaitkan saya dengan mana-mana lelaki tetapi semakin lama ia membuatkan saya berasa rimas… jadi hentikanlah.

Tidak mungkin saya akan bercinta dalam masa terdekat ini kerana kehidupan selepas bercerai baru sahaja stabil dan biarlah saya fokus kepada kerjaya dan anak terlebih dahulu.

Tambahan pula pengalaman dan kesilapan lalu banyak mengajar saya untuk lebih berhati-hati dalam memilih pasangan.



Hmmmm. Kalau dah diri sendiri yang kongsi gambar bersama seorang lelaki dengan aksi yang agak mesra, confirmlah para peminat akan membuat telahan sendiri. Kalau taknak dikaitkan dengan mana-mana lelaki, janganlah upload gambar anda dengan mana-mana lelaki. Kan senang je? Uploadlah gambar selfie, gambar dengan anak dan sebagainya. Barulah orang tak ada nak buat gosip-gosip sebegini. Tak gitu? Sumber Mstar Online.


Ifa Raziah Terkilan Ditegur Rosyam, Berpeluk Di Pentas Hanya Lakonan Semalam, Ifa Raziah menerima kritikan hebat di laman sosial tempatan kerana persembahannya untuk finale Gegarvaganza yang menampilkan dirinya berpeluk dengan Hisyam Hamid.

Malahan pada malam terserbut, dia juga menerima kritikan dari Datuk Rosyam Noor selaku juri pertandingan yang berpendapat persembahannya tidak sesuai untuk dipertontonkan kepada masyarakat.




Melalui mStar Online, Ifa telah menyuarakan rasa terkilan terhadap teguran itu kerana dirinya tiada niat untuk menggatal dengan Hisyam Hamid.

Saya terima dengan hati terbuka komen dibuat oleh Rosyam cuma berasa sedih kerana beliau sendiri seorang pelakon berpengalaman yang sepatutnya faham apa yang saya lakukan itu hanyalah lakonan dan sebahagian daripada persembahan.

Tidak terlintas dihati saya hendak menggatal dengan Hisyam mahupun menimbulkan situasi kurang senang dikalangan penonton atau juri kerana setiap minggu saya memang tampil dengan perceritaan menerusi lakonan dalam nyanyian saya.

Sesiapa yang mengikut program tersebut pasti tahu yang saya setiap minggu akan menyelitkan lakonan dalam persembahan saya malah ada lebih dahsyat saya buat berbanding peringkat akhir ini.



Ifa Raziah telah menampilkan kebolehannya menyanyi dengan bersungguh-sungguh dalam program Gegarvaganza. Selama ini dia lebih dikenali sebagai penyanyi dangdut. Gimik Ifa khabarnya mendapat keizinan dari suaminya serta mendapat sorakan penonton. Namun begitu, dia dikecam hebat di laman sosial kemudiannya untuk aksi tersebut.

Mungkin Ifa perlu lebih berhati-hati untuk gimik dalam persembahan selepas ini dan bersikap lebih sensitif dengan norma dan budaya masyarakat Malaysia.

Tapi apa pun, persembahan Ifa memang menghiburkan, setuju tak?

Foto: Malaysia Gazette


(GAMBAR)Bayi Che Ta Jadi Mangsa Berita Palsu Pengguna Twitter Indonesia Kecomelan bayi Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang diberi nama Aaisyah Dhia Rhana tidak dapat dinafikan lagi. Bukan saja Aaisyah mendapat perhatian di laman sosial Malaysia, malah di laman sosial negara seberang. Namun begitu, perhatian yang diterima bukan dalam bentuk yang sepatutnya.

Kami menerima tip yang gambar Aaisyah tersebar di kalangan pengguna laman sosial Indonesia. Kononnya Aaisyah ditinggalkan kedua ibu bapanya dan dirawat di salah sebuah pusat perubatan di negara itu.

Inilah bahana penyalahgunaan media sosial apabila ramai mereka-reka cerita palsu dan kemudian ramai lagi yang menyebarkan tanpa mengetahui kesahihan berita itu.

Perkara ini diperhatikan turut berlaku semasa kejadian banjir sangat serius tempoh hari sehingga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia terpaksa mengambil tindakan.

Buat pengguna laman sosial di luar sana, pesan kami agar menjadi penguna yang bertanggungjawab. Kasihan anak artis dijaga bagai menatang minyak yang penuh oleh kedua ibu bapanya menjadi mangsa berita palsu yang tiada asas.

Sementara itu, jom kita tatap wajah comel terbaru Aaisyah Dhia Rana untuk ketenangan di pagi hari.

1 comments:

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani