Powered by Blogger.

Persembahan Hambar MLM2014, Tema Susah Bukan Alasan

Persembahan Hambar MLM2014, Tema Susah Bukan Alasan

Persembahan Hambar MLM2014, Tema Susah Bukan Alasan
Inilah Nama Anak Kembar Sepasang Nurul Syuhada Nurul Ain & Raja Amir
(9 GAMBAR)Sekitar Majlis Resepsi Perkahwinan Atilia Dan Adam Sofian
Filem Lelaki Harapan Dunia Cetus Kontroversi
Tayang Badan Di Instagram, Zain Saidin Mahu Beri Contoh Kesihatan Yang Baik
(TAHNIAH)Johan & Ozlyn Timang Cahaya Mata Perempuan
(2 GAMBAR)Tahniah, Rosma Kini Sudah Berhijab!
Apa Erti Kecantikan Sebenar Buat Seorang Wanita?
Abby Abadi Kesal Kenyataan Dr. Mashitah Mengenai Ustaz Dan Ustazah Ekspres
Senarai 12 Lagu Yang Akan Bersaing Di AJL29


Persembahan Hambar MLM2014, Tema Susah Bukan Alasan

Posted: 01 Dec 2014 12:55 AM PST


Memang hambar. Serius Abang Nara kecewa dengan mutu persembahan kebanyakan kumpulan pada minggu ketiga MLM2014 Jumaat lalu. Abang Nara hanya gelak dengan lawak kumpulan Bocey je. Yang lain-lain kalau gelak pun sekadar gelak tak ikhlas. Untuk makluman, tema minggu lalu ialah “Retro Kilauan Emas”. Sesetengah peserta menggunakan alasan tema susah sebagai punca persembahan hambar yang ditunjukkan.



Abang Nara sebenarnya kecewa juga bila alasan tema susah digunakan. Iyerlah, ada beberapa kumpulan dapat buat persembahan bagus kenapa sesetengahnya tak mampu pula? Abang Nara suka dengan kenyataan Ketua Komedi & Sitkom Bahagian Perniagaan Melayu Astro Bob Azrai Kamaruddin yang mengingatkan para peserta bahawa MLM2014 bukanlah pertandingan lawak biasa. Kata Bob:-


Maharaja Lawak Mega 2014 bukan pertandingan biasa. Ia melibatkan para pelawak profesional yang sudah mempunyai tempat mereka sendiri dalam industri hiburan tanah air. Bila sebut 'Maharaja' pun kita sudah tahu pentas MLM 2014 bukan tempat pertarungan biasa.

Tidak dinafikan juri ada menyebut tema berat, dan sukar tetapipertandingan ini melibatkan profesional player. Jadi isu tema susah atau berat tidak wujud kerana semua profesional sudah profesional, malah ada yang sudah empat kali berturut-turut menyertai pertandingan ini. Mereka sepatutnya tahu apa yang patut dilakukan.

Tema Retro sebenarnya 'simple' tetapi sayang kebanyakan peserta hanya menjadikan lagu sebagai bahan lawak. Sedangkan banyak aspek lain yang boleh diketengahkan. Antaranya persekitaran, komuniti, mindset dan lain-lain lagi.

Kalau susah, kenapa kumpulan Bocey, Zero, Ekzos dan Sepahtu boleh memberikan persembahan yang terbaik, malah mereka berada di tangga empat teratas pada malam ini.

Diharap teguran oleh boss besar ini diambil berat oleh kesemua peserta Maharaja Lawak Mega 2014. Jangan mengharapkan populariti semata-mata sedangkan persembahan yang ditunjukkan tidak bermutu. Kualiti mestilah seiring dengan populariti. Diharap minggu ini persembahan lebih mantap akan dipertontonkan oleh para peserta MLM2014. Sama-sama kita nantikan. Sumber Astro Gempak.

P.S: Kerana melawan, wajah gadis cantik ini ditoreh oleh penjenayah


Inilah Nama Anak Kembar Sepasang Nurul Syuhada Nurul Ain & Raja Amir

Posted: 01 Dec 2014 12:35 AM PST


Murah rezeki sungguh pasangan suami isteri Nurul Syuhada Nurul Ain dan Raja Amir ini. Buat anda yang tidak tahu, mereka telah dikurniakan sepasang caya mata kembar, seorang lelaki dan seorang perempuan pada bulan September yang lalu. Abang Nara pernah berkongsi gambar comel kedua-dua permata hati Nurul dan suaminya ini dahulu. Kali ini menerusi akaun Instagramnya, Nurul Syuhada telah memaklumkan nama yang telah dipilih untuk kembarnya ini.



Hehehe. Comel kan? Si baby boy telah diberi nama Raja Abdul Mateen manakala si baby girl pula dinamakan Raja Nour Emaan. Cantik kedua-dua nama yang dipilih. Semoga Mateen dan Emaan membesar dengan sihat dan sempurna sehingga dewasa kelak. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Best Buy World Malaysia adalah ‘one stop centre’ untuk anda mendapatkan 100% barangan authentic seperti minyak wangi, beg tangan, pencuci muka, kosmetik dan banyak lagi. Kepopularitian Best Buy World telah dinikmati dan dirasai di Singapura, Malaysia, Hong Kong dan Indonesia. Antara jenama popular yang ada untuk anda ialah SK-II, Estee Lauder, Clinique, Christian Dior, Chanel dan Calvin Klein. Layari Facebook Best Buy World Malaysia, Instagram Best Buy dan juga laman web Best Buy Malaysia untuk melihat dengan mata anda sendiri.




(9 GAMBAR)Sekitar Majlis Resepsi Perkahwinan Atilia Dan Adam Sofian

Posted: 01 Dec 2014 12:00 AM PST


Semalam telah berlangsung majlis resepsi perkahwinan penyanyi Atilia Haron, 40, dengan suaminya, Adam Sofian Mazlan, 37, di Dewan Wisma Perkasa Mindef, Kuala Lumpur. Kedua pengantin mengenakan busana pengantin rekaan Rico Rinaldi. Kira-kira 800 orang tetamu telah hadir ke majlis tersebut. Menurut mStar Online, Atilia telah membeli berbungkus-bungkus alat penguji kehamilan dan tidak sabar untuk menimang cahaya mata. Atilia juga memberitahu dia kepingin dua pasang anak kembar jika diberi rezeki.


Set gambar ini ialah dari jurugambar rasmi, REDPhotography. Lagi lapan gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


















Filem Lelaki Harapan Dunia Cetus Kontroversi

Posted: 30 Nov 2014 06:53 PM PST


Filem Lelaki Harapan Dunia sememangnya antara filem-filem yang dinantikan ramai. Diarahkan oleh pengarah berbangsa Cina bernama Liew Seng Tat, filem bergenrekan satira komedi ini mengisahkan beberapa kejadian malang yang menimpa sebuah perkampungan Melayu yang aman yang mengakibatkan salah faham, tuduhan palsu dan suasana riuh sekampung.Untuk makluman, filem ini telah pun mula ditayangkan di pawagam bermula 27 November lalu.
Menariknya filem Lelaki Harapan Dunia ini telah membuat kemunculan terlebih dahulu di Festival Filem Antarabangsa Locarno pada Ogos 2014, kemudian di tayangan perdana di Amerika Utara (Festival Filem Antarabangsa Toronto) pada September 2014, diikuti tayangan perdana Asia di Festival Filem Antarabangsa Nara di Jepun seterusnya pada bulan Oktober lepas, ia terus maju di festival filem antarabangsa dan telah menyertai Festival Filem Antarabangsa Vancouver yang ke-33 serta Festival Filem Antarabangsa Busan yang ke-19 (merupakan salah satu festival filem yang paling penting di Asia).

Bukan senang untuk filem Malaysia memasuki festival-festival sebesar ini. Jadi ini bermakna filem Lelaki Harapan Dunia ini mempunyai nilainya yang tersendiri. Namun semenjak dua menjak ini, filem ini telah dikritik dengan hebat oleh beberapa nama besar dalam industri perfileman kerana dikatakan terlalu menyindir orang Melayu dan Islam. Kritikan pertama bermula daripada pengarah Ahmad Idham.



Pelbagai kecaman telah diterima oleh Ahmad Idham kerana statusnya di atas. Ada yang kecewa kerana Ahmad Idham tidak memahami genre satira walaupun dirinya bergelar pengarah. Tidak lama kemudian, seorang pelakon iaitu Khir Rahman turut meluahkan rasa kurang senangnya dengan filem Lelaki Harapan Dunia.



Hmmmm. Abang Nara masih belum berkesempatan menonton filem Lelaki Harapan Dunia ini jadi nak bagi komen pun tak boleh. Masing-masing ada pendapat sendiri tapi sayang sungguh kalau filem-filem sebegini mendapat kontroversi yang dikaitkan dengan kaum. Susah juga sebenarnya jadi pengarah filem kat Malaysia ini. Nak buat filem yang bagus kena fikir sensitiviti pelbagai kaum. Mungkin sebab itu ramai yang mengambil jalan mudah untuk buat filem rempit, gangster, hantu dan cinta 3 segi. Hmmmmm. Apa pendapat anda?


Tayang Badan Di Instagram, Zain Saidin Mahu Beri Contoh Kesihatan Yang Baik

Posted: 30 Nov 2014 06:32 PM PST


Gambar Zain Saidin memegang botol susu dengan tidak memakai baju baru-baru ini ternyata menyebabkan ramai yang terpana dengan ke’tough’an badan suami kepada Che Ta ini. Abang Nara yang lelaki ini pun mengkagumi bentuk badan Zain yang penuh sasa, inikan pula wanita-wanita di luar sana. Pasti ada yang terembes. Memang Abang Nara mengidam juga nak dapat badan macam si Zain nie. Macho kot.



Namun seperti biasa ada juga yang kurang menggemari tayangan percuma yang ditunjukkan oleh Zain ini. Ada yang melahirkan rasa geli, tak sesuai untuk tatapan umum dan beberapa pendapat lagi. Masing-masing punyai pendapat mereka yang tersendiri. Namun menurut Zain, tujuannya berkongsi gambar sebegitu adalah untuk menunjukkan contoh kecergasan dan kesihatan yang baik buat para pengikutnya. Kata Zain:-


Saya tak kisah orang nak cakap diri ini menunjuk badan atau tak. Tapi saya secara tak langsung mahu memberi contoh kecergasan dan kesihatan yang baik untuk pengikut di laman bergambar popular itu. Malah saya sendiri sudah membuka akaun Instagram khas di bawah nama @nozainnogain.

Saya nak menunjuk pun sebagai bukti dengan usaha keras dan jitu kita boleh mendapat badan yang diingini. Selama ini pun isteri selalu cakap saya gemuk dan sekarang saya buktikan. Hajat nak jadi daddy fit kepada anak kami Aaisyah Dhia Rana juga kian dipenuhi.

Setakat ini nak cakap saya puas hati dengan hasil mendapatkan badan sasa baru 80 peratus. Saya perlu kejar lagi 20 peratus untuk melengkapkan sasaran.



Sememangnya sejak kebelakangan ini lebih ramai orang muda terutamanya yang gemar pergi ke gimnasium untuk menjaga kesihatan mereka. Badan semua tough tough belaka. Abang Nara ingat tahun 2015 nanti pun nak mulakan gaya hidup yang sihat seperti Zain. Mana tahu boleh dapat badan macam pelakon ini. Mesti wife Abang Nara suka. Hehehe. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Sumber Berita Harian.










(TAHNIAH)Johan & Ozlyn Timang Cahaya Mata Perempuan

Posted: 30 Nov 2014 05:30 PM PST


Setelah mendapat 3 cahaya mata lelaki, akhirnya Johan dan Ozlyn telah pun dikurniakan cahaya mata perempuan pertama mereka pada 25 November 2014 yang lalu. Dilahirkan dengan berat 4.11kg, berita gembira ini telah pun disampaikan oleh Johan sendiri menerusi akaun Instagram mereka. Jutaan tahniah diucapkan kepada pasangan suami isteri. Pasti kedua-duanya sedang excited menerima kehadiran orang baru dalam hidup mereka.



Namun begitu di kala bergembira dengan kehadiran si ‘princess’, Johan dan Ozlyn turut sama diuji dengan berita pemergian nenda kesayangan mereka. Tulis Johan:-


Assalammualaikum semua.. pertama skali sya nk ucapkan alhamdulillah dan syukur pd Allah s.w.t krn telah mempermudahkan segala2nya.. isteri sya telah pon selamat melahirkan puteri sulung dan merupakan anak ke 4 kami pd 25hb nov dgn berat 4.11kg.. seperti biasa sya x pernah kongsikan wajah penuh anak2 sya.. rezeki memsg kalau dpt jumpa dpn2.. dpt la tatap wajah anak2 sya..

maaf jika ada yg x terreply wassap atau text dgn kata2 tahniah.. sya perlu beri isteri sya ruang utk berehat memandangkan ketika menyambut berita gembira kelahiran kami juga diuji dgn berita yg sedih.. nenda kesygan kami telah kembali kerahmatullah dan selamat dikebumikan semlm.. harap semua memahami situasi kami sekeluarga terima kasih atas doa dr kalian.. moga Allah melindungi kita semua dunia akhirat amin..



Semoga Johan dan Ozlyn bersabar dengan ujian yang menimpa mereka. Apa pun, sekali lagi tahniah diucapkan. Semoga si ‘princess’ membesar dengan sihat dan sempurna. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Bangunan terapung di London yang amat menakjubkan


(2 GAMBAR)Tahniah, Rosma Kini Sudah Berhijab!

Posted: 30 Nov 2014 05:08 PM PST


Sudah agak lama juga kita tidak mendengar berita mengenai penyanyi Rosma dan suaminya Khai. Perkembangan terbaru mengenai mereka ialah Rosma kini sudah bertudung. Ini merupakan satu perkembangan yang baik, apatah lagi semakin ramai selebriti berhijrah sejak kebelakangan ini.


A photo posted by KHAI & ROSMA (@khai_rosma) on Nov 11, 2014 at 7:41pm PST


Keduanya kini sedang giat mempromosikan produk bagi menguruskan badan dan tenaga di Instagram dan juga di bazar sekitar Kuala Lumpur.


A photo posted by KHAI & ROSMA (@khai_rosma) on Nov 11, 2014 at 3:20pm PST


Tahniah diucapkan kepada Rosma di atas penghijrahan ini, semoga terus Istiqamah!





Post by Bazar Seni Industri Budaya.


Apa Erti Kecantikan Sebenar Buat Seorang Wanita?

Posted: 30 Nov 2014 05:00 PM PST


Berdasarkan statistik yang Abang Nara ada, 70% daripada pembaca BeautifulNara adalah wanita. Apabila bercakap mengenai wanita, satu perkara yang tidak dapat dipisahkan daripada mereka ialah kecantikan. Tak pernah lagi Abang Nara jumpa seorang wanita yang tidak mementingkan kecantikan. Kesemuanya mahu tampil berseri-seri, jelita dan sedap mata memandang. Tak gitu?




kalau boleh semua orang pun nak jadi secantik Lisa Surihani kan?

Abang Nara sebagai seorang lelaki berpendapat bahawa kecantikan seorang wanita itu bukan hanya bergantung pada luaran semata-mata. Kulit mulus, tiada jerawat, gigi putih berseri, rambut ikal mayang dan sebagainya memang penting untuk 'first impression'. Namun kecantikan dalaman juga perlu seiring dengan kecantikan luaran. Iyerlah, kalau muka je cun tapi personaliti tak menarik, cakap pun tak berkeyakinan, tak matang bila berkawan, sedikit sebanyak ia memberikan impak negatif kepada penampilan seorang wanita.

Bak kata orang, kecantikan yang sempurna bermula dari dalam. Kalau bahagian dalaman seorang wanita itu berada dalam kondisi terbaik, pastinya ia akan turut terpancar pada bahagian luaran. Abang Nara ada terbaca beberapa tips untuk mendapatkan kecantikan dalaman yang sempurna. Antaranya ialah:-

1. Minum sekurang-kurangnya 8 gelar air sehari
2. Makan banyak buah
3. Tidur kena cukup. Sekurang-kurangnya 8 jam sehari
4. Jangan lupa basuh muka setiap hari
5. Gunakan LACTACYD untuk pastikan V anda segar sepanjang hari



Lactacyd adalah jenama nombor 1 di Malaysia untuk alat penjagaan wanita. Sudah lebih 25 tahun Lactacyd menjadi peneman setia kaum Hawa di Malaysia. Kalau anda seorang wanita, pastinya anda pernah dengan tentang Lactacyd. Daripada pembacaan Abang Nara, memang tak cukup untuk membasuh V hanya dengan air kerana bahagian tersebut paling sensitif untuk seorang wanita. Sebab itulah Lactacyd menjadi pilihan ramai untuk memastikan kebersihan dan kesegaran sepanjang hari.



Lactacyd White Intimate dan Lactacyd Revitalize merupakan gabungan terbaik untuk penjagaan V seorang wanita. Dengan 'milk essences' yang ada di dalamnya, Lactacyd White Intimate dan Revitalize ini bukan sahaja membersihkan malah turut memberikan 'natural lightening' dan 'firming' kepada V anda. Abang Nara nak terang pun bukannya tahu sangat. Cuba korang tengok video-video di bawah ini.

Lactacyd White Intimate

Lactacyd White Revitalize



Abang Nara ada juga terbaca yang sesetengah kaum Hawa menggunakan 'antiseptic' untuk membersihkan V mereka. Sebenarnya antiseptic tak bagus digunakan kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada V anda. Guna Lactacyd je dah cukup. Tak percaya? Tengok video kat bawah nie.



Banyak lagi informasi menarik mengenai Lactacyd dan V anda yang ada dikongsikan di www.lactacyd.com.my dan Facebook Lactacyd. Kalau anda seorang wanita, anda WAJIB membacanya. Kalau anda seorang lelaki (lebih-lebih lagi yang dah berkahwin) boleh turut sama membaca untuk dijadikan panduan. Mana tahu terkeluar topik ini dengan isteri anda. Tak gitu?





Sempurnakan kewanitaanmu dengan Lactacyd hari ini juga.


Abby Abadi Kesal Kenyataan Dr. Mashitah Mengenai Ustaz Dan Ustazah Ekspres

Posted: 30 Nov 2014 04:37 PM PST


Tidak dinafikan semakin ramai selebriti tanah air yang berhijrah sejak kebelakangan ini. Biasanya penghijrahan selebriti diberi publisiti meluas, dan boleh dikatakan majoriti dari mereka kemudiannya sering diundang untuk memberikan ceramah agama atau mengendalikan program berunsur keagamaan atau dirujuk tentang hal-hal keagaamaan.

Ada juga yang mempersoalkan tentang perkara ini, bila mana selebriti dilihat masih belum mempunyai ilmu yang mencukupi namun memberikan ceramah agama kepada orang ramai. Ia dipanggil fenomena ‘ustaz dan ustazah ekspres’.



Baru-baru ini, melalui Perhimpunan UMNO, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dengan lantang menyuarakan mengenai beberapa isu, namun yang mendapat perhatian ialah mengenai fenomena ‘ustaz dan ustazah ekspres’ ini. Beliau meminta kerajaan memantau kewujudan golongan ‘ustaz’ dan ‘ustazah ekspres’ terutama di dalam PAS.

Ustazah Dr. Mashitah juga menyentuh mengenai pendakwah yang banyak membuat lawak, katanya jika ingin melihat ceramah lawak baik tonton program lawak macam MLM 2014.

Ucapan Dr. Mashitah mendapat sambutan dan sokongan dari wakil-wakil wanita yang hadir di perhimpunan itu, bagaimanapun ia mendapat kritikan hebat di media sosial. Sudah tentu beberapa selebriti yang dikaitkan dengan fenomena ini memberikan reaksi mereka. Antaranya ialah Abby Abadi. Melalui HarakahDaily, selebriti itu menyuarakan ketidakpuasan hatinya tentang perbahasan Dr. Mashitah.




Kesal bila beliau lebih risaukan dengan wujudnya mereka yang berhijrah mengikut ajaran Islam sedangkan hiburan di televisyen yang semakin melalaikan beliau tidak ambil peduli.

Jika beliau berpendidikan agama sepatutnya berbangga dengan penghijrahan golongan-golongan artis yang semakin ramai mendekati agama.

Saya selalu mengikuti majlis-majlis ilmu yang disampaikan sama ada dalam bentuk hiburan, lawak atau sebagainya, bagi saya itu bukan satu kesalahan.

Malah saya melihat lebih ramai mereka yang hadir mengikuti majlis-majlis ilmu kerana bagi mereka penyampaian tersebut memberi kesan kepada pemahaman tentang apa yang mereka ingin ketahui.

Kalau kita tidak mampu untuk mengajak orang lain kepada Islam kerana menjaga jawatan, kita tidak perlu menghentikan usaha orang lain.

Pada pendapat kami apa yang dikatakan oleh Dr. Mashitah ada betulnya, namun mungkin cara dia mengutarakannya menyebabkan banyak jiwa yang tersentap.

Mungkin selepas ini selebriti yang digelar ‘uataz dan ustazah ekspres’ ini perlu meningkatkan kefahaman dan ilmu berkenaan agama Islam terlebih dahulu sebelum berceramah mengenai agama kepada orang ramai bagi mengelakkan mereka menerima kritikan. Apa kata anda?





Post by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Sabah.


Senarai 12 Lagu Yang Akan Bersaing Di AJL29

Posted: 30 Nov 2014 04:30 PM PST


Jumaat lalu, telah pun berlangsung separuh akhir ketiga Muzik-Muzik sekaligus menyaksikan 12 buah lagu telah dipilih untuk bertarung di Anugerah Juara Lagu yang ke 29 (AJL29). Secara jujur, ada beberapa lagu yang Abang Nara agak kecewa kerana tidak terpilih. Contohnya seperti lagu ‘Mewangi’ nyanyian Akim. Ia sebuah lagu yang hebat pada pendapat Abang Nara.


Namun siapalah diri ini untuk mempertikaikan keputusan para juri profesional. Mereka lebih hebat dan berwibawa. Redha sajalah. Apa pun, kesemua 12 lagu yang terpilih untuk AJL29 kali ini memang power-power belaka. Sukar untuk membuat ramalan lagu mana yang akan dinobatkan sebagai juara. Berikut ialah senarai 12 lagu tersebut.

1. Joe Flizzow dan Sonaone – Apa Khabar
2. Hazama – Malaikat
3. Yuna – Lelaki
4. Alyah – Sesal Separuh Nyawa
5. Bunkface dan Amy Search – Rentak Laguku
6. Hafiz – Matahari
7. Dato Hattan dan Waris – Gadis Jolobu
8. Indah Ruhaila – Percayalah
9. Stacy – Gilalah
10. Mojo – Romancinta
11. Dayang Nurfaizah – Di Pintu Syurga
12. Shila Amzah – Masih Aku Cinta



AJL29 akan berlangsung pada 18 Januari 2015 dan akan disiarkan secara ‘live’ di TV3 bermula jam 9 malam. Nantikan ramalan Abang Nara seperti biasa apabila AJL29 semakin hampir kelak. Apa pendapat anda? Adakah anda berpuas hati dengan kesemua 12 lagu ini? Kongsikan pendapat di ruangan komen.

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani