Masukkan Email Anda : Berita Terbaru

Powered by Blogger.

Mustapha Maarof Berada Di Dalam Kritikal



Mustapha Maarof Berada Di Dalam Kritikal
Rozana Misbun Buat Laporan Polis Dakwa Sijil Nikah 9 Tahun Lalu Adalah Palsu
Isu Ustaz/Ustazah Ekspress, Dr Mashitah Beri Penerangan Lanjut
Khaty Fauziah Disaman Guna Plat MOMMY
Kamal Adli Terkejut Lihat Gambar Intan Ladyana Ditemani Kekasih Baharu Di Venice
Selesa Hidup Solo, Johan As’ari Mahu Fokus Kerjaya


Sama-samalah kita mendoakan kesihatan seniman Datuk Mustapha Maarof yang kini berada di dalam kritikal. Beliau kini sedang menjalani rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju. Untuk makluman, beliau Institut telah dimasukkan Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 25 November lalu selepas mengalami kesukaran bernafas akibat komplikasi masalah paru-paru.



Datuk Mustapha Maarof kemudiannya dipindahkan ke tempat rawatan sekarang pada Selasa lalu. Menurut produser filem Pansha Nalliah, Datuk Mustapha Maarof kini bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan. Sama-samalah kita berdoa agar beliau dipanjangkan umur dan diberi kesihatan semula. Sumber Mstar Online.

P.S: Gadis cantik ditoreh muka, si tunang tetap akan kahwini seperti dijanjikan
















Rozana Misbun Buat Laporan Polis Dakwa Sijil Nikah 9 Tahun Lalu Adalah Palsu


9 tahun. Lama juga kan? Namun orang kata biar lambat asal buat ‘report’ polis. Isteri kepada vokalis Wings, Awie, Rozana Misbun telah membuat laporan polis berhubung dakwaan sijil perakuan nikah palsu yang dikeluarkan Pejabat Agama Daerah Bukit Mertajam, sembilan tahun lalu.

Selepas mendapat khidmat nasihat di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Rozana membuat laporan di buat di Balai Polis Butterworth kira-kira jam 3.30 petang semalam bagi membolehkan pihaknya mendapatkan pengesahan berhubung sijil nikah yang diragui kesahihannya itu.
“Ini berkait dengan kes yang difailkan dan dokumen itu digunakan di mahkamah. Dokumen itu tidak betul dan diragui. Kami sudah refer dan pihak polis hendak tentukan dokumen yang kita ragui supaya boleh diambil tindakan terhadap orang yang keluarkan dokumen itu,” ujar peguam Rozana, Nor Azmi Mohd Arif.

Ketiadaan pengesahan dokumen berkenaan menyukarkan Rozana untuk berurusan mengenai kes-kes berkaitan hak penjagaan anak yang telah difailkan sebelum ini. Sumber Astro Awani


Isu Ustaz/Ustazah Ekspress, Dr Mashitah Beri Penerangan Lanjut


Isu ustaz dan ustazah ekspress yang dibangkitkan oleh Datuk Dr Mashitah Ibrahim ketika Perhimpunan Agung Umno 2014 yang lalu telah pun menjadi isu hangat. Salah seorang yang digelar ustazah ekspress iaitu Abby Abadi telah tampil menempelak kenyataan tersebut. Ramai yang menyokong kenyataan Abby Abadi dan mempersoalkan kewibawaan Dr Mashitah untuk bercakap dalam ini.

Tidak mahu disalahertikan, Dr Mashitah telah tampil untuk menjelaskan maksud sebenar di sebalik ucapannya. Mendengar penjelasan Dr Mashitah, Abang Nara bersetuju dengan pendapat beliau. Kongsi kisah penghijrahan memang bagus, namun kalau dah sampai cakap bab hukum-hakam, mungkin ustaz/ustazah ekspress ini kena pergi belajar terlebih dahulu. Kata Dr Mashitah:-


Dalam ucapan saya, tidak salah mereka yang berhijrah berkongsi pengalaman dan semangat Islam tetapi sewajarnya mereka tidak sentuh soal hukum hakam apalagi menghukum orang lain. Yang saya bangkitkan ialah keadaan di mana mereka mengeluarkan pandangan atau bercakap mengenai perkara yang mereka tidak berapa tahu, sehingga menimbulkan kecelaruan masyarakat.

Inilah antara punca masalah, apabila perkara asas dan penting dalam Islam dianggap remeh. Saya bangkitkan, eloklah kita elak berbincang masalah khilafiah kecuali mereka yang benar-benar layak iaitu ulama. Biarlah ulama bincang perkara-pekara khilafiah kerana mereka lebih pakar. Mereka yang tak berapa faham walaupun berkedudukan, janganlah ulas dan mengelirukan orang ramai.



Pada pandangan Abang Nara memang apa yang dikatakan oleh Dr Mashitah adalah tepat dan jitu sekali. Kalau ustaz/ustazah ekspress ini naik ke atas pentas dan berbicara mengenai penghijrahan mereka SAHAJA, memang tak ada masalah. Tapi kalau dah keluar hukum hakam, kafirkan orang sana sini, itu memang tak wajar. Alim ulamak yang dah belajar berpuluh tahun pun kena berbincang sesama mereka sebelum mengeluarkan sebarang hukum, inikan pula ustaz/ustazah ekspress ini. Tak gitu?


Khaty Fauziah Disaman Guna Plat MOMMY


Perghhh~~ Smart jugak nombor plat kereta Khaty Fauziah ini. MCM1774 ditukarkan sehingga menjadi MOMMY. Sekali pandang pun tau ia menyalahi peraturan. Tidak mengikut spesifikasi JPJ. Akibatnya, Khaty telah disaman ketika memandu kereta Audi Q5nya yang dihadiahkan oleh anaknya, Shaheizy Sam di Lebuhraya DUKE.



Apa pun Abang Nara respek dengan Khaty Fauziah yang jelas tenang menyedari kesalahan yang dilakukan olehnya. Kata Khaty:-


Selepas ini mummy agak takut untuk memandu lagi. Mummy sedar dan akur dengan kesalahan ini. Sebagai artis kita juga harus patuh dengan undang-undang yang ditetapkan kerajaan. Tiada hak keistimewaan kepada golongan seni dan polis hanya menjalankan tugas mengikut undang.undang.

Mummy akan minta Sam untuk segera menukar plat nombor pendaftaran ini. Nasihat Mummy kepada golongan seni, siapa pun kita, undang-undang harus dipatuhi.



Semoga kes ini mejadi pengajaran untuk kita semua. Abang Nara juga berharap agar pihak polis lebih tegas mengambil tindakan kepada para VVIP yang membawa kereta besar dan nombor plat yang sekali tengok pun dah tahu memang tak ikut kriteria ditetapkan. Janganlah rakyat marhaen seperti kami ini sahaja disaman. Semoga lebih adil dan telus di masa hadapan. Sumber Berita Harian.

P.S: Dengan harga SERENDAH RM1400, anda boleh mendapatkan khidmat jurugambar terkenal,Ryaniez Moments Photography untuk memastikan hari perkahwinan anda diabadikan dengan begitu indah sekali. Jangan lepaskan peluang promosi hebat ini. Abang Nara pernah dapatkan khidmat mereka. Memang orangnya baik, menepati janji dan gambar yang dibidik sangat berkualiti. Untuk melihat hasil kerja mereka, layari Facebook Ryaniez Moments Photography.


Kamal Adli Terkejut Lihat Gambar Intan Ladyana Ditemani Kekasih Baharu Di Venice



Fuh~~ Pasti hancur remuk hati Kamal Adli. Walaupun sudah putus cinta dengan Intan Ladyana, Kamal Adli melahirkan rasa terkejutnya apabila melihat gambar Intan Ladyana bersama ‘kekasih baharu’ di Venice, Itali. Walaupun ditemani oleh rakan-rakan lain, kehadiran si lelaki ini sehingga di Itali pastinya menggambarkan kerapatan hubungan yang sudah terjalin antara dirinya dan Intan Ladyana. Iyerlah, takkan kalau ‘kawan biasa’ nak gi teman bercuti sampai ke Itali. Ye tak?




ini gambar kat Venice

Sebelum ini juga beberapa gambar Intan Ladyana bersama lelaki ini telah pun tersebar di laman sosial. Namun Intan sekadar memaklumkan yang si lelaki itu adalah kawan biasa. Hmmm. Mungkin mereka masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Mungkin juga si lelaki yang diperkenalkan oleh Liyana Jasmay ini ada ‘business trip’ di Venice. Alang-alang pergilah teman Intan Ladyana sekali kan?




ini gambar kat Malaysia

Kamal Adli juga melahirkan rasa kekecewaannya kerana bekas kekasihnya itu begitu pantas bertemu pengganti dirinya. Malah pelakon ini juga kesal kerana Liyana Jasmay memperkenalkan lelaki tersebut kepada Intan tatkala dia sedang cuba memujuk rayu. Kata Kamal:-


Dalam tempoh saya baik pulih semula hati ini, saya cuba lupakan kisah kami tetapi saya di tagged pula gambar dia bersama kekasih baru di Instagram bersama teman-teman lain di Venice.Tambahan pula kami baru sahaja beberapa bulan berpisah dan dia pula sudah temui cinta baru. Memang saya tak nak lagi fikir mengenai hal kami yang lepas tapi bila dah jadi seperti ini, hati saya bertambah sedih.

Apabila saya dengar Intan mengenali seorang jejaka menerusi Liyana, saya rasa sedikit kecewa. Bukannya saya marah tapi saya tidak faham kenapa dia perlu lakukan begitu sedangkan saya betul-betul ingin berbaik semula dengan Intan. Saya tidak mahu hal seperti ini menyebabkan saya dan Liyana tidak berkawan pula. Jadi biarlah saya undur diri. Intan pun kini sudah jadi milik orang



Tak apalah Kamal Adli. Sememangnya ubat putus cinta yang terbaik ialah mencari pengganti terbaik. Nak buat macam mana kan? Intan pun dah jumpa orang lain, kini tiba masa anda cari kekasih lain juga. Tak payah nak makan hati sangat. Jadi lelaki kena macho. Buktikan kemachoan anda. Good luck and all the best. Lagi beberapa gambar percutian Intan Ladyana di Venice dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
P.S: TORMJON adalah 'one stop centre' untuk anda mendapatkan 100% beg tangan authentic yang mampu dimiliki seperti H&M, Zara, Charles & Keith, Mango dan banyak lagi. Tormjon menawarkan potongan harga sehingga 70% berbanding harga di butik. Tormjon juga berkolaborasi dengan pereka fesyen tempatan iaitu ERIN ZAMREE didalam rekaan pakaian kasual dan ‘custom made’ .Layari Instagram Tormjon dan juga Instagram Erin Zamree untuk melihat dengan mata anda sendiri.
























Selesa Hidup Solo, Johan As’ari Mahu Fokus Kerjaya


Satu ketika dahulu, apabila menyebut nama Johan As’ari, pasti akan ada nama seorang wanita yang turut sama terpalit. Senang cerita, pelakon ini dan wanita tidak boleh dipisahkan. Namun selepas gagal beberapa kali dalam percintaan, semenjak dua menjak ini Johan tidak lagi dikaitkan dengan mana-mana wanita. Tiada lagi kontroversi bercinta 2,3 bulan dan kemudian putus. Nama Johan kini lebih bersih dan bebas kisah-kisah cinta sendu.



Walaupun begitu, baru-baru ini Johan As’ari telah berkongsi sekeping gambar kaki Nora Danish di Instagramnya membuatkan para peminat mempersoalkan tindakannya. Iyerlah, selama ini Johan sering memuatnaik gambar dengan hashtag seperti #niatbelajar #ikhlaskeranaAllah dan juga sering berkongsi kata-kata madah Islamik. Tup-tup pergi kongsi gambar yang tak kena dengan tindakan-tindakan sebelum ini. Hmmm. Mungkin Johan terlepas pandang kot?



Apa pun, buat masa ini Johan As’ari lebih selesa untuk hidup solo daripada mempunyai seorang kekasih. Itu satu keputusan yang bijak pada pendapat Abang Nara. Selalu hidup Johan nampak tak keruan je bila ada awek. Perlahan-lahan cari awek yang boleh dijadikan isteri. Jangan kelam kabut sangat. Kata Johan menerusi Kosmo:-


Jujur, tiada apa mahu disorokkan. Sekarang saya masih sendiri, masih tiada bertemu pengganti. Bagi saya, belum masanya untuk saya bercinta. Sekarang saya selesa hidup secara solo.

Apa yang penting, saya mahu fokuskan kepada kerjaya. Saya betul-betul mahu mencari motif sebenar, mengapa saya menceburi bidang lakonan. Soal hati dan perasaan, saya mahu tolak ke tepi dulu. Kalau diikutkan, kawan perempuan memang ada, tetapi mereka semua hanya rakan sekerja, bukannya teman yang istimewa.

Kalau sudah kekasih nanti, saya tidak keberatan untuk berkongsi dengan semua orang. Sejak dahulu, saya letak target mahu tamatkan zaman bujang paling lewat pada usia 30 tahun. Tetapi, jika jodoh saya datang awal daripada sasaran itu, saya tidak menolak. Jika jodoh saya tiba ketika usia saya sudah melebihi 30 tahun, saya tidak akan merungut. Itu semua kerja Tuhan.

Insya Allah niat yang baik pasti akan dipermudahkan. Perlahan-lahan kayuh. Yang penting niat kena ikhlas. Pasti akan ditemui juga seorang wanita yang betul-betul serasi dengan diri kita kelak. Sama-samalah kita doakan.

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar tentera terputus hubungan zamani