Powered by Blogger.

(8 GAMBAR)Aksi Nelydia & Uqasha Senrose Menonton Perlawanan Malaysia Menentang Vietnam

(8 GAMBAR)Aksi Nelydia & Uqasha Senrose Menonton Perlawanan Malaysia Menentang Vietnam
Panas hati Abang Nara melihat mutu persembahan yang ditunjukkan oleh pasukan Harimau Malaya semalam ketika menentang Vietnam untuk separuh akhir Piala AFF. Main macam budak sekolah. Langsung tak hidup bahagian tengah. Yang gol kedua pula pemain pertahanan kena ayam tahap tinggi. Sedih juga apabila sokongan padu yang ditunjukkan oleh ribuan rakyat Malaysia di stadium gagal membangkitkan semangat mereka.
Awek-awek cun seperti Nelydia dan Uqasha Senrose turut sama turun padang melaungkan kata-kata semangat buat pemain-pemain Harimau Malaya. Sayangnya ia tidak membuahkan hasil dan Malaysia tewas 1-2 di tangan Vietnam. Tak apa masih ada peluang apabila beraksi di separuh akhir kedua kelak. Namun kalau aksi yang sama ditunjukkkan, memang ada harapan besar kena lauk di Hanoi nanti. Hmmmm.



Comel juga aksi menyokong yang ditunjukkan oleh adik beradik ini. Kalau Safiq Rahim atau Hafiz Kamal tengok, pasti akan lebih semangat mengukuhkan cengkaman bahagian tengah Harimau Malaya. Abang Nara cadangkan agar Nelydia dan Uqasha diserap ke dalam Ultra Malaya. Baru berseri sikit ada bunga camnie. Tak gitu?





A video posted by @uqashasenrose2 on Dec 12, 2014 at 6:48am PST









A video posted by Qi Razali (@qirazali88) on Dec 12, 2014 at 3:37am PST





Kalau Malaysia masuk final nanti, Abang Nara nak gi tengok kat stadium. Untung-untung boleh duduk sebelah Nelydia dan Uqasha. Hehehe. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.














Membeli Belah Di JPO, Rozita Che Wan Nafi Tak Jaga Pantang

Posted: 07 Dec 2014 08:12 PM PST


Aih~~ Memang payah jadi selebriti lebih-lebih lagi kalau selebriti perempuan. Kesian juga Abang Nara terhadap Rozita Che Wan. Macam-macam sungguh orang mengata dia. Terbaru dilihat membeli belah di Johor Premium Outlet (JPO), Che Ta yang baru sebulan lebih melahirkan Aaisyah Dhia Rana dikatakan telah melanggar pantang. Pelik-pelik kan? Mesti pening kepala kalau jadi Che Ta. Semua benda yang dibuat jadi masalah negara.
Setahu Abang Nara, orang Melayu je yang ada pantang-pantang sampai 100 hari tak boleh keluar rumah kena duduk terbaring je. Sebenarnya dunia sekarang dah moden dan sudah terbukti melalui kajian pun yang lepas bersalin kalau rasa diri sihat boleh je keluar. Tak perlu nak duduk rumah je. Kata Che Ta:-


Setakat ini saya tidak pernah pun memberi kenyataan berpantang untuk tidak keluar rumah. Sebaliknya hanya berpantang daripada segi penjagaan makanan dan dalaman badan. Jadi tak perlu nak persoalkan kenapa saya ke sana. Saya ‘pantang orang ajak’ adalah.. hahaha.

Sebenarnya, kalau nak diikutkan saya nak duduk dalam kereta sahaja. Tetapi memandangkan suami, anak-anak dan ibu keluar, maka saya pun ikut sekali. Tak mahulah duduk seorang diri dalam kereta.

Tetapi lain pula jadinya apabila orang mula bercakap tentang kami. Mula-mula kata suami saya sombong kerana tidak mahu ambil gambar. Lepas itu kata saya langgar pantang pula. Macam-macam..



Sabar jerlah Che Ta. Asalkan diri sendiri tahu yang masih tak melanggar pantang cukuplah. Kalau nak dengar cakap orang sampai ke hari 200 pun tak boleh keluar rumah. Lagipun ini bukan pertama kali Che Ta berpantang. Mesti Che Ta tau yang terbaik untuk dirinya. Tak gitu? Apa pendapat anda? Sumber Mstar Online.

P.S: Best Buy World Malaysia adalah 'one stop centre' untuk anda mendapatkan 100% barangan authentic seperti minyak wangi, beg tangan, pencuci muka, kosmetik dan banyak lagi. Kepopularitian Best Buy World telah dinikmati dan dirasai di Singapura, Malaysia, Hong Kong dan Indonesia. Antara jenama popular yang ada untuk anda ialah SK-II, Estee Lauder, Clinique, Christian Dior, Chanel dan Calvin Klein. Layari Facebook Best Buy World Malaysia, Instagram Best Buy dan juga laman web Best Buy Malaysia untuk melihat dengan mata anda sendiri.


(3 GAMBAR)Troli Barangan Yang Dibeli Shaarnaz Ahmad Di Jepun Mengandungi Beer?

Posted: 07 Dec 2014 07:20 PM PST


Satu gambar menunjukkan pelakon Sharnaaz Ahmad dan Hanis Zalikha sedang membeli-belah di sebuah pasaraya di Jepun. Sekali pandang memang tidak ada yang tidak kena dengan gambar ini, namun apabila di zoomkan si satu bahagian, troli Sharnaaz mengandungi pek tin minuman.


Ini mendorong Netizen bertanya milik siapakah pek tin tersebut, yang dikatakan merupakan pakej tin beer jenama Asahi yang terkenal di Jepun.





Perkara ini mula dibincangkan di beberapa forum Internet. Kedua-dua pelakon ini dikatakan berada di jepun untuk penggambaran drama ‘Suamiku Encik Sotong’.





Mungkin Sharnaaz ada penjelasan yang logik tentang perkara ini? Bersama kita ikuti penjelasannya nanti. Buat masa ini, spekulasi sememangnya bertebaran di Internet.







Post by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.


Siti Nurhaliza Menang Besar Dalam AIM21

Posted: 07 Dec 2014 07:11 PM PST


Tiada kejutan besar ketika pengumuman keputusan Anugerah Industri Muzik yang ke 21. Malah kesemua pihak nampak berpuas hati dengan keputusan yang diumumkan. Tiada suara-suara sumbang selepas majlis selesai. Pemenang paling besar kali ini adalah milik Datuk Siti Nurhaliza yang menggondol 3 anugerah iaitu Album Terbaik, anugerah Vokal Terbaik Wanita menerusi lagu Lebih Indah dan Rakaman Album Terbaik melalui Konsert Lentera Timur Bersama Orkestra Tradisional Malaysia.



Turut sama pulang dengan hati gembira ialah Akim Ahmad yang dinobatkan Vokal Lelaki Terbaik menerusi lagu Mewangi. Pastinya terubat kekecewaan hati Akim yang gagal masuk ke AJL29 baru-baru ini. Lagu Sesal Separuh Nyawa nyanyian Alyah juga turut memenangi anugerah lagu Pop Terbaik. Berikut ialah keputusan penuh AIM21.

Album Terbaik : Fragmen – Dato’ Siti Nurhaliza

Lagu Terbaik : No More – SonaOne

Vokal Terbaik Lelaki Dalam Lagu : Akim Ahmad – Mewangi

Vokal Terbaik Wanita Dalam Lagu: Datuk Siti Nurhaliza – Lebih Indah

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara: Salahkan – Hafiz Suip & Datuk Rossa

Video Muzik Terbaik: Yuna – Yuna & Zul Luey

Vokal Terbaik Berkumpulan Dalam Lagu: Azhael – Hujung Waktu

Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Dalam Lagu: Selamanya Bahagia -Nora Feat Mosyi, Alif & Putri

Lagu Pop Terbaik: Alyah – Sesal Separuh Nyawa

Lagu Hip Hop Terbaik: Joe Flizzow feat SonaOne – Apa Khabar

Lagu Rock Terbaik: Bunkface feat Amy Search – Rentak Laguku

Artis Baru Terbaik: Poova

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik: SonaOne – No More

Lagu Nasyid Terbaik: Rindu Allah Sayang Allah – Iwan Syahman & Iwan Junior

Lagu Pop Etnik Terbaik: Ihab Ismail – Akar Kita Zapin

Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu: Mahligai Kayangan – Salamiah Hassan ( Aubrey Suwito)

Rakaman Album Terbaik: Konsert Lentera Timur Bersama Orkestra Tradisional Malaysia – Datuk Siti Nurhaliza

Kulit Album Terbaik: #1 – Stacy (Wan Izhar)





Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua pemenang. Semoga semakin bersemangat untuk berkarya selepas ini. Lagi beberapa gambar Datuk Siti Nurhaliza di malam AIM21 dengan membaca artikel ini sepenuhnya.












Amy Search Buat Keputusan Untuk Tukar Protege Mentor Legend

Posted: 07 Dec 2014 06:30 PM PST


Ya memang Abang Nara ada terdengar desas-desus seorang mentor yang tidak puas hati dengan protege yang dipilihnya. Tertanya-tanya juga sama ada mentor tersebut akan membuat pemilihan semula. Akhirnya persoalan itu terjawab semalam di dalam episod terbaru Mentor Legend. Amy Search telah membuat pusingan u dan menukar protege yang telah dipilihnya minggu lalu.
Untuk makluman, minggu lepas Amy Search telah memilih Zulhimi, seorang penyanyi jalanan. Namun malam semalam, Zulhimi sekali lagi telah bertarung dengan Sarah (protege yang tidak dipilih). Akhirnya Amy Search telah membuat keputusan untuk membimbing Sarah untuk Mentor Legend dan mengenepikan Zulhimi. Ditanya mengenai kejutan ini, Amy Search enggan mengulas lanjut dan menganggap keputusannya ini adalah terbaik.


Apa pun ketika pemilihan Zulhilmi dilakukan minggu lalu, laman sosial Amy Search dihujani dengan kata-kata tidak puas hati oleh para peminat yang mempertikaikan keputusannya. Jadi dengan keputusan ‘u turn’ ini, diharap semua peminat berpuas hati. Selamat berjaya diucapkan kepada Sarah. Kepada Zulhilmi, sila jangan sedih. Insya Allah ada rezeki di tempat lain.

P.S: Umur 28 tapi muka macam nenek


Jom Sama-Sama Kita #DoMoreLah4Malaysia

Posted: 07 Dec 2014 06:00 PM PST


Kelajuan Internet di Malaysia semakin hari semakin pantas. Kat rumah Abang Nara ada Unifi, jadi memang berdesup laju kalau melayari laman web. Internet kat telefon pun dah semakin bagus lebih-lebih lagi sejak ada 4G ini. Kalau tak menghadap laptop, Abang Nara mesti akan online kat telefon. Sehari rasanya tak kurang daripada 6 jam Abang Nara pasti akan menggunakan Internet. Fuh, lama jugak tue.

Namun fikir-fikir balik, apa yang Abang Nara buat selama 6 jam tue sebenarnya? Hmmmm. Selain daripada update blog untuk bacaan anda, selalunya diri ini akan tengok Facebook, Twitter dan Instagram. Itu jerlah kot. Kadang-kadang layan lagu Korea kat YouTube. Sedih juga bila Abang Nara menyedari apa yang diri ini lakukan. 6 jam semata-mata nak tahu perkembangan orang lain dan update perkembangan sendiri untuk orang lain baca. Agak membazir masa juga sebenarnya.




sejak ada baby girl nie rajin plak update Instagram. Hehe

Dengan tahun 2014 yang sudah hampir ke penghujung, Abang Nara telah berazam untuk membuat sesuatu yang lebih berguna dan mampu memberikan impak positif kepada diri sendiri dan juga orang ramai terutamanya rakyat Malaysia. Tapi bukan mudah nak tukar mindset secara tiba-tiba begini. Maka Abang Nara pun cuba mencari inspirasi dengan membaca idea-idea yang telah dihantar bersempena kempen #DoMoreLah4Malaysia di Facebook Digital Malaysia (selaku seorang blogger memang wajib tahu tentang DigitalMalaysia).



Banyak idea-idea yang menarik perhatian Abang Nara. Kreatif juga rakyat Malaysia ini. Ada yang nak bantu badan kebajikan dengan mengambil gambar secara percuma. Ada yang nak letakkan rak buku di tempat-tempat awam untuk mengalakkan budaya membaca. Macam-macam lagilah. Idea yang paling menarik perhatian Abang Nara ialah daripada Naz Biz ini.


Simple dan cukup menarik kan? Brilliant sangat idea ini lebih-lebih negara kita memang perlukan lebih ramai rakyatnya yang mahir dalam bidang IT menjelang tahun 2020. Buat roadtour seluruh negara, anjurkan pameran, buat penerangan, tarik minat orang ramai dan terus boleh buat kursus yang akan berikan sijil apabila graduate. Kadangkala sesetengah rakyat Malaysia bukannya tak nak belajar, cuma tak ada akses serta tak tahu cara untuk mengikuti kursus-kursus sebegini. Dengan idea daripada Nas Biz ini, pasti akan memudahkan lagi orang ramai untuk belajar tentang ICT.

Bijak kan? Banyak lagi idea-idea yang best telah dikongsikan di Facebook Digital Malaysia sempena kempen #DoMoreLah4Malaysia ini. Contoh-contoh kejayaan yang terdahulu pun ada dikongsikan di laman web MDEC. Memang memberikan inspirasi sungguh. Terasa sangat diri ini membazir masa dengan sekadar online Internet dan tidak melakukan sesuatu yang mampu mengubah rakyat Malaysia. Kalau anda seusia dengan Abang Nara (31 tahun), kita kena berubah mulai hari ini jugak. Takkan sampai ke tua nak online tengok Facebook je kot? Selaku belia, inilah peluang kita untuk membuat sesuatu buat negara kita yang tercinta, Malaysia!!!



Disebabkan diri ini tak ada kepakaran lain selain menulis dan sedikit pemahaman mengenai cara-cara berblogging dengan betul, Abang Nara nak buat kelas one to one mengajar mereka yang berminat cara untuk menulis blog dengan betul. Kenapa blog? Sebab Abang Nara dah lihat ramai yang berjaya menerusi blog. Mula-mula hanya sekadar menulis, lepas itu bila dah ramai pengikut, ada yang boleh bukak kedai online, ada yang jadi selebriti, ada yang dapat jana wang dan paling penting, ada yang boleh ajar orang lain jadi blogger jugak. Abang Nara rasa dah tiba masanya untuk diri ini menurunkan ilmu di dada. Apa kata anda? Menarik tak idea Abang Nara nie? Semua nie akan Abang Nara ajar secara PERCUMA je.

Kenapa secara percuma? Sebab konsep yang dibawakan dalam kempen #DoMoreLah4Malaysia ini ialah 'Digital Volunteerism'. Kita buat sesuatu secara sukarela dengan kemahiran kita menggunakan teknologi digital yang ada dengan harapan ia mampu memberi kebaikan kepada orang ramai. Konsep 'Digital Volunteerism‘ ini memang sejajar dengan tagline kempen ini iaitu "Together, we can make a difference with digital". Senang je sebenarnya nak join kempen ini. Cuba tanya diri sendiri apa kepakaran anda? Kalau anda power ambil gambar, mungkin boleh kongsikan gambar yang membawa aura positif di Instagram jadi bila orang tengok akan rasa bersemangat. Jangan lupa gunakan hashtag #DoMoreLah4Malaysia untuk memudahkan orang lain mengikuti apa sahaja yang anda lakukan.



Ini idea Abang Nara untuk memberi sedikit impak positif kepada industri digital Malaysia. Abang Nara percaya ramai lagi rakyat Malaysia terutamanya para belia yang mempunyai idea yang lebih kreatif dan inovatif. Jangan simpan sorang-sorang. Kongsikannya di Facebook Digital Malaysia. Kalau masih tak faham dengan kempen #DoMoreLah4Malaysia ini, boleh lawati laman web Digital Malaysia. Banyak informasi menarik disediakan untuk bacaan. Jom sama-sama kita bantu-membantu untuk memajukan diri kita.


(34 GAMBAR)Sekitar Majlis Perkahwinan Chef Riz & Shikin Maembong Oleh The Photolicious

Posted: 07 Dec 2014 05:30 PM PST


Tahniah diucapkan kepada Chef Riz dan Shikin Maembong yang telah pun selamat disatukan sebagai suami isteri pada hujung minggu lalu. Untuk makluman, ini adalah perkahwinan kedua Chef Riz setelah rumah tangga pertamanya dengan Ana Dahlia berakhir dengan penceraian. Untuk makluman juga, Shikin Maembong adalah kakak kepada pelakon popular, Emma Maembong.



Kedua-dua mempelai kelihatan sama cantik dan sama padan dalam pakaian pengantin serba putih. Majlis pernikahan mereka telah dihadiri oleh kira-kira 200 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga terdekat dan sahabat handai. Semoga perkahwinan kali ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat dan dikurniakan cahaya mata yang ramai. Tahniah diucapkan.



Lagi beberapa keping gambar sekitar majlis perkahwinan Chef Riz dan Shikin Maembong dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar ThePhotolicious.




































































(42 GAMBAR)Sekitar Karpet Merah Malam Anugerah Industri Muzik (AIM) 21

Posted: 07 Dec 2014 04:29 PM PST


Sabtu lalu telah berlangsung majlis Anugerah Industri Muzik yang ke 21. Abang Nara tak sempat tengok sebab kedua-dua anak demam. Terpaksa berkejar ke hospital. Namun daripada apa yang dibaca, AIM21 memang meriah. Persembahan yang paling memukau khabarnya datang daripada Akim & The Magistrate dengan lagu ‘Mewangi’. Ramai yang mengkagumi vokal mantap Akim.

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada semua pemenang. Semoga kemenangan yang diperolehi menjadi pembakar semangat untuk mereka terus berkarya. Jom kita layan gambar selebriti-selebriti tempat di karpet merah AIM21 dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Ryaniez Moments.










































0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani