Powered by Blogger.

Spa Koboi Tawar Seks Di K/Kinabalu Pula..

Spa Koboi Tawar Seks Di K/Kinabalu Pula..


Spa Koboi Tawar Seks Di K/Kinabalu Pula..

Posted: 02 Sep 2014 06:42 PM PDT


Ibnu Hasyim

Spa Koboi Tawar Seks Di K/Kinabalu Pula..

DUA wanita warga asing menunggu pelanggan di premis urut di Kota Kinabalu baru-baru ini.







KOTA KINABALU - Hanya bermodalkan wajah menarik, pakaian seksi dan jelingan manja berahi sudah cukup mencairkan hati lelaki bermata keranjang yang terdesak mengharapkan belaian gadis luar negara.

Lelaki seperti ini juga dikatakan sanggup berbelanja besar hingga mencecah RM300 semata-mata untuk mendapatkan urutan seks selama 60 minit di spa itu yang juga popular sebagai 'spa koboi'.

Caranya sangat mudah iaitu pelanggan akan dibawa ke ruang menunggu di tingkat dua premis berkenaan sebelum dijamu dengan minuman oleh beberapa pekerja lelaki.

Untuk memilih pasangan, pelanggan hanya perlu meninjau ke sebuah bilik yang menyajikan beberapa wanita lengkap berpakaian seksi sebelum diiring menuju ke tingkat tiga yang menempatkan bilik kosong.

Tinjauan Kosmo! di sebuah pusat spa di bandar raya ini turut mendapati, kira-kira 20 tukang urut yang bekerja di premis berkenaan merupakan warga Thailand dan Filipina dipercayai memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial.
Tempoh tiga bulan yang dibenarkan untuk berada di negeri ini digunakan sebaiknya oleh mereka bagi mengaut keuntungan ribuan ringgit sebelum pulang. (Kosmo)


Paksa Isteri Bersetubuh Dengan Bangla, Kes Rogol?

Posted: 02 Sep 2014 05:02 PM PDT


Ibnu Hasyim

Paksa Isteri Bersetubuh Dengan Bangla, Kes Rogol?





PETALING JAYA: Seorang wanita mengandung tidak dapat menanggung derita selepas suaminya berulang kali memaksanya mengadakan hubungan seks dengan seorang pekerja Bangladesh untuk memenuhi nafsu seksualnya.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad pada Selasa berkata wanita berusia 27 tahun itu melarikan diri dari rumah selepas menerima panggilan daripada suaminya yang berusia 34 tahun kira-kira pukul 10.30 malam Ahad yang memberitahunya bahawa dia akan membawa pulang seorang lelaki Bangladesh untuk tidur dengannya.

"Takut dengan permintaan suaminya, wanita itu meninggalkan rumah dan meminta bantuan daripada pihak polis.
"Ini bukan kali pertama suaminya memaksa dia mengadakan hubungan seks dengan pekerja Bangladesh berusia 26 tahun itu yang hanya dikenali sebagai Nizam.
"Sebelum ini dia dipaksa mengadakan hubungan seks dengan Nizam sebanyak dua hingga tiga kali.
"Dia sedang mengandung tujuh bulan apabila suaminya meminta dia tidur dengan lelaki itu pada bulan Julai," katanya.

Wanita itu mendakwa suaminya akan terangsang dengan melihat mereka melakukan seks dan kemudiannya akan mengadakan hubungan seks dengannya. Dia juga berkata Nizam tidak dikenakan sebarang bayaran untuk tidur dengannya. Dia telah dihantar ke Hospital Selayang untuk penilaian perubatan, menurut laporan.

"Kami menahan Nizam di kedai mainan di Chow Kit pada hari Isnin, manakala suami wanita itu ditahan di rumah pasangan itu di Taman Daya Kepong.
"Kedua-dua lelaki itu ditahan selama seminggu bagi membantu siasatan," kata Ali.

Kes ini diklasifikasikan sebagai rogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. (mStar)


Rocker Perempuan Asal England Ini Gabung Dengan ISIS.

Posted: 02 Sep 2014 02:48 PM PDT


Ibnu Hasyim

Rocker Perempuan Asal England Ini Gabung Dengan ISIS.

Rocker perempuan asal Inggris gabung dengan ISIS
Sally Jones saat masih bermain di grup musik rock (kiri) dan sesudah bergabung dengan ISIS (kanan). alarabiya.net

HALAMAN HIBURAN

SEORANG wanita separuh baya asal Inggeris, yang sebelum ini bercita-cita menjadi pemuzik rock, dikatakan telah bergabung dengan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) bersama suaminya berusia 20 tahun.

Sally Jones dilaporkan telah menyelinap masuk ke Syria setelah terlibat asmara di dunia maya dengan lelaki Inggeris, Junaid Hussain, yang juga suspek dalam pembunuhan wartawan Amerika Syarikat James Foley.


Demikian seperti yang dilaporkan oleh stesen televisyen Al Arabiya, Isnin (1/9), memetik laporan akhbar the Daily Mail.

Sally, seorang mualaf dan ibu dari dua anak lelaki yang ditinggalkan di Inggeris. Kini menyebut dirinya sebagai Sakinah Hussain dan mengenakan hijab, seperti yang terdapat di akaun Twitternya. Dia menjadi penganggur dan hidup dari faedah kerajaan, Sally digambarkan oleh para jirannya sebagai perempuan yang kerap bertindak "gila-gilaan".

"Segala sesuatunya selalu tentang drama. Bahasanya tidak baik, anak-anaknya susah diatur dan dia sangat keras. Lelaki datang dan pergi tetapi dia hidup sebagai ibu tunggal dengan dua anak-anaknya," kata salah satu tetangga Sally.
"Dia (Sally) adalah mimpi buruk. Segala sesuatu tentang dia adalah ekstrem. Dia punya masalah dengan hutang. Bahkan dia mula berfikir dirinya adalah seorang ahli silap mata," ujar jiran lain.

Akhbar the Daily Mail mengatakan pada tahun 1990an Sally pernah menjadi pemain gitar di kumpulan muzik bernama Krunch, sebuah kumpulan muzik rock yang anggotanya semua wanita dan telah memainkan beberapa persembahan di Tenggara England.

Sebuah video di dunia maya memperlihatkan Sally, sekarang berusia 52 tahun, mengenakan skirt kulit pendek dan rambut pirangAkhbar the Daily Mail juga melaporkan dalam beberapa tahun terakhir dia menerima pakai pelbagai watak di dunia maya dan menjadi bahagian dalam forum teori konspirasi, sihir dan ilmu hitam.

Sally juga telah berkicau dengan isi kalimat kasar dan mengancam di samping foto dirinya sambil mengenakan cadar dan berpose dengan senjata.

"Suami saya sedang pergi ke kem latihan saat ini untuk menyegarkan 'kemahiran membunuh orang kafir'.  Jangan menangis sebab dia akan segera kembali," tulis Sally di Twitter dengan akaun UmmHussainAlBritani (@ UmmHussain101) pada 25 Ogos lalu.

Di bawah nama Umm Hussain al-Britani, dia telah menghantar mesej ancaman kepada pengguna Twitter Yahudi dan mengagumi Usamah Bin Ladin.

"Kamu orang Kristian semuanya perlu dipenggal dengan pisau tumpul dan dipamerkan di pagar-pagar sepanjang Raqqa. Datang ke sini saya akan melakukannya untuk anda!" kicau Sally yang diunggahnya beberapa hari lalu. Namun the Daily Mail menyebut kicauan itu kini telah dikeluarkan.

 (IH) 


Tawar Telefon Pintar. Sebenarnya Rompak Bukan Niaga.. Jaga-jaga!

Posted: 02 Sep 2014 12:55 PM PDT


Ibnu Hasyim

Tawar Telefon Pintar. Sebenarnya Rompak Bukan Niaga.. Jaga-jaga!



PENGGUNA
KL: Sekumpulan peniaga samseng dikesan memasang jerat dengan menawarkan telefon pintar pada harga serendah RM599 sebelum mangsa dipaksa membuat bayaran tambahan mencecah RM1,500.
Bayaran tambahan berkenaan kononnya perlu dibayar mangsa sebagai pakej bayaran perisian, antivirus, pelan Internet, ganti rugi dan pelbagai kos tersembunyi yang sebelum itu tidak dinyatakan pada mangsa.

Lebih buruk lagi, ada antara pelanggan yang mendakwa pernah diserang beberapa samseng daripada kumpulan terbabit kerana tidak mahu membayar duit tambahan diminta. Sumber Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur berkata, kumpulan jurujual telefon pintar itu yang bergerak aktif di beberapa pusat beli-belah menggunakan strategi membuat promosi jualan tidak masuk akal.

Katanya, kumpulan itu menawarkan telefon pintar model terbaru pada harga jauh lebih murah dari pasaran.

"Sebagai contoh telefon pintar model Samsung S4 pada harga RM599 padahal harga sebenar sekitar RM1,499.
"Selepas pelanggan berminat dan membayar harga telefon itu, mereka akan menunjukkan belang dengan meminta pembeli membuat bayaran tambahan RM1,000 hingga RM1,500 kononnya untuk bayaran perisian, antivirus, pelan Internet, ganti rugi dan sebagainya," katanya.

Menurutnya, pembeli yang mahu membatalkan niat membeli telefon pintar berkenaan bagaimanapun akan ditunjukkan rekod pada komputer bahawa urusan pembelian itu sudah didaftarkan dan tidak boleh dibatalkan.

Katanya, pelanggan yang berkeras mahu membatalkan pembelian mereka hanya dibenarkan mendapat pengembalian 20 peratus dari wang dibayar.

"Mereka langsung tidak menyatakan bayaran tambahan sebelum menjual telefon pintar terbabit dan lebih mengejutkan apabila telefon bimbit itu adalah model tiruan," katanya.
"Dari pemerhatian, setiap premis itu akan sentiasa menukar pekerja setiap bulan mungkin bagi mengelakkan pelanggan datang untuk menuntut ganti rugi dengan hanya mendakwa tidak tahu menahu mengenai perkara itu dan pekerja terbabit juga sudah menghilangkan diri," katanya.

Menurutnya, kebanyakan sasaran kumpulan ini adalah orang berpendapatan rendah, pekerja asing dan pelancong asing.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur Rosli Ahmad berkata, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan tawaran harga yang jauh lebih murah dari harga pasaran semasa.

Katanya, pastikan terlebih dahulu ketulenan telefon bimbit berkenaan dan pakej yang ditawarkan sebelum membuat pembayaran. (myMetro)


MH17: Petugas Media Ditumbuk Ahli Keluarga Mangsa

Posted: 02 Sep 2014 11:42 AM PDT


Ibnu Hasyim

MH17: Petugas Media Ditumbuk Ahli Keluarga Mangsa



PETALING JAYA: Seorang petugas media yang membuat liputan kepulangan jenazah nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 mengalami kecederaan selepas dipercayai dipukul oleh ahli keluarga mangsa di Pusat Peringatan Nirvana Sungai Besi dekat sini pada Selasa.

Jurugambar daripada kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Aizuddin Saad dipercayai ditumbuk dalam kejadian itu sehingga menyebabkan kecederaan manakala kameranya turut rosak.

Difahamkan, orang ramai termasuk petugas pusat peringatan berkenaan berjaya meredakan keadaan.
Aizuddin kemudian dihantar ke sebuah klinik berdekatan oleh kakitangan pusat peringatan itu untuk mendapatkan rawatan.

Aizuddin yang cedera di hidung akibat ditumbuk menunjukkan peralatan yang rosak akibat insiden itu.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Mohd Isa mengesahkan ada menerima satu laporan mengenai insiden pergaduhan di antara jurugambar akhbar New Straits Times, Aizuddin Saad dengan salah seorang ahli keluarga mangsa MH17.

Tajuddin berkata, kejadian dilaporkan berlaku di Pusat Peringatan Nirwana Sungat Besi pada Selasa dan pihaknya masih menjalankan siasatan.

"Dilaporkan ada insiden tolak menolak dan berlaku kekasaran.
"Peringkat awal ini kita percaya insiden ini timbul disebabkan sikap tidak berpuas hati keluarga mangsa yang inginkan sedikit 'privacy', manakala pemberita (media) pula cuba mendapat maklumat.
"Siasatan juga masih di peringkat awal bagi menentukan apa sebenarnya yang berlaku," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahunan 2013.

Aizuddin dikatakan sedang membuat liputan ketibaan abu mayat mangsa nahas pesawat MH17 dari Amsterdam. Berdasarkan rakaman video dan gambar dari tempat kejadian, Aizuddin dilihat mengalami kecederaan di bahagian muka dan kerosakan pada kamera akibat ditumbuk salah seorang anggota keluarga mangsa.

Dalam rakaman video kejadian tersebut, kelihatan seorang anggota keluarga mangsa meluru dan menumbuk muka Aizuddin yang berada bersama sekumpulan jurugambar yang sedang bertugas. Sementara itu Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA), mengutuk insiden ganas tersebut dan menyifatkan ia perbuatan yang tidak berperikemanusiaan.

Sehubungan itu presidennya, Zainal Abdul Halim menggesa pihak polis mengambil tindakan segera berhubung insiden itu.

"Pergerakan dan tugas jurugambar media dalam sebuah tugasan mengikut etika kewartawanan.
"Jurugambar dan pihak media bertugas boleh menerima budi bicara pihak keluarga sekiranya tidak dibenarkan membuat liputan tetapi bukan cara mengasari keadaan sedemikian," katanya menerusi kenyataan pada Selasa. (mStar)


Khalwat: Pelakon Nafi, Pasangannya Mengaku..

Posted: 02 Sep 2014 09:50 AM PDT


Ibnu Hasyim

Khalwat: Pelakon Nafi, Pasangannya Mengaku..


Foto

HALAMAN HIBURAN

Petaling Jaya: Pelakon kontroversi, Shah Jaszle mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah, atas tuduhan berkhalwat di dalam bilik di sebuah rumah pada Mei lalu.

Shah Jaszle atau nama sebenarnya, Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin, 25, yang diwakili peguam, Asyraf A Ranee membuat pengakuan terhadap pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie Abd Halim Abu Samah. Terdahulu pada prosiding semalam, Asyraf memaklumkan pihaknya akan menghantar notis representasi berhubung kes itu kepada pihak pendakwaan.

Pegawai Pendakwa Syarie dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shafezan Rusli berkata, pihaknya tiada masalah sekiranya tertuduh ingin berbuat demikian kerana ia adalah mengikut prosedur, namun berharap ia diserahkan segera untuk penelitian Ketua Pendakwa Syarie.

Pelakon yang hadir memakai kemeja hitam, bersongkok dan berseluar coklat itu kemudian dibebaskan dengan ikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan 21 Januari tahun depan untuk sebutan kes.

Bagaimanapun wanita yang didakwa bersamanya, Farah Nurizzati Salleh, 21, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu dan didenda RM3,000. Sebelum menjatuhkan hukuman, Hakim Abd Halim berkata kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius dan fakta kes juga tidak dibantah oleh tertuduh wanita.

Bekas pegawai bank itu turut berdepan hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda. Dia yang memakai jubah hitam dan berselendang hitam membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, Shah Jaszle yang ketika itu masih tunangan orang dan Farah Nurizzati didakwa berkhalwat di dalam bilik 2, sebuah rumah beralamat KC-01-16 Blok C, Kayangan Apartment, Jalan PJS 1-/24, Taman Sri Subang, dekat sini, jam 3.50 pagi pada 16 Mei 2013.

Bagi pertuduhan itu mereka masing-masing didakwa mengikut Seksyen 29 (1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) Tahun 1995 dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Berdasarkan fakta kes, kedua-dua tertuduh ditahan oleh pegawai penguat kuasa agama (PPA) JAIS yang bertindak atas aduan orang awam.

Ketika pemeriksaan di dalam bilik kedua rumah berkenaan, mereka menemui Farah Nurizzati yang berbaju singlet dan seluar pendek manakala Shah Jaszle memakai seluar pendek tanpa baju sedang berbaring di atas katil dengan berselimut dalam keadaan bilik yang gelap.

Hasil siasatan pihak berkuasa mendapati mereka tidak mempunyai hubungan suami isteri ataupun mahram yang sah. Sementara itu, dalam rayuannya, Farah Nurizzati memohon mahkamah mengenakan denda yang rendah terhadapnya kerana selepas kejadian itu, dia dibuang kerja.

"Selepas perkara itu terjadi saya dibuang kerja dalam tempoh 24 jam.
"Sekarang saya hilang punca pendapatan untuk menanggung ibu dan membayar ansuran kereta. Saya mohon denda dikurangkan," rayu wanita itu.

Bagaimanapun, Shafezan berhujah hukuman yang akan diterima Farah Nurizzati perlu diambil sebagai hikmah kerana jika tidak ditangkap, mungkin perbuatan tidak elok itu akan berleluasa.

"Bagi masyarakat yang biasa dengan pergaulan bebas, ini adalah perkara biasa selagi tidak diadakan hubungan kelamin.
"Wanita yang terbabit dengan perbuatan yang boleh menimbulkan syak perlu menjaga diri sendiri. Maruah mereka sangat berharga dan tidak wajar diberi percuma kepada mana-mana lelaki yang bukan muhrim," katanya.

Kejadian itu menyebabkan pertunangan Shah Jaszle dengan Redzwani Puteri, 25, terpaksa diputuskan oleh keluarga perempuan, tetapi disambung semula pada hari raya Aidiladha lalu. (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis


Punca Sebenar Jurugambar Dibelasah Waris Mangsa MH17 Tersebar?

Posted: 02 Sep 2014 09:33 AM PDT


Addin

Punca Sebenar Jurugambar Dibelasah Waris Mangsa MH17 Tersebar?


KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini meminta para pengamal media dalam usaha menghasilkan berita agar tidak mendesak waris mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 sehingga boleh mencetus suasana tidak harmonis.

Beliau berkata pihak media harus memahami keadaan kaum keluarga dan waris mangsa yang masih dalam trauma kerana kehilangan orang-orang tersayang.

"Para media termasuk wartawan dan jurugambar janganlah mendesak sangat anggota keluarga mangsa MH17 sehingga menaikkan emosi mereka.

"Begitu juga kepada anggota keluarga mangsa janganlah terlalu beremosi hingga bertindak secara berlebihan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.

Beliau mengulas insiden seorang jurufoto akhbar New Straits Times (NST) yang dikasari oleh seorang anggota keluarga mangsa MH17 di Pusat Peringatan Nirvana Sungai Besi di sini hari ini.

Dalam kejadian 10.45 pagi itu, jurugambar NST Mohd Aizuddin Akmal Saad, 29, ditumbuk di bahagian muka oleh seorang anggota keluarga mangsa hingga menyebabkan kecederaan pada hidung.

Aizuddin kemudian membuat aduan di Balai Polis Sungai Besi.

Khalid berkata polis akan mengambil tindakan terhadap lelaki yang menyebabkan kecederaan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata polis sedang menyiasat insiden itu bagi mengenalpasti punca kejadian.

"Setakat ini kita belum dapat merakam keterangan mangsa...pelaku akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan," katanya.

Pada 17 Julai lepas, kesemua 298 penumpang dan anak kapal Penerbangan MH17 maut apabila pesawat itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di timur Ukraine. ~awani



Iklan C (ii)










Mahfuz Omar Dedah Punca Zahid Hamidi Tunjuk Belang

Posted: 02 Sep 2014 08:19 AM PDT


Addin

Mahfuz Omar Dedah Punca Zahid Hamidi Tunjuk Belang


KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hanya cuba meraih populariti dalam Umno apabila membayangkan kemungkinan mengambil tindakan ke atas Unit Amal PAS seperti mana badan sukarela lain.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar, berkata sikap Zahid itu hanya menunjukkan kedangkalan sendiri, dengan situasi yang menekan berkenaan kedudukan beliau dalam kabinet BN.

"Saya harap kawan saya ini bertenang. Jangan kerana berhadapan dengan suasana ketidaktentuan dalam politik Umno, beliau mengambil tindakan yang hanya membodohkan dirinya sendiri," kata beliau pada satu sidang media, di Pusat Media PAS, pagi tadi.

Dakwa Mahfuz, sememangnya Zahid memang ingin naik lebih tinggi dalam kabinet BN, bagaimanapun dibantah oleh ramai pihak.

"Dia memang hendak naik lebih tinggi, BN memang bantah Zahid diangkat Timbalan Perdana Menteri. Jauh lagi dengan sikap rasisnya...sebab itu dia cari popular dalam Umno.

"Dalam Umno dia memang popular. Umno lihat dia berani lawan gangster, lawan kongsi gelap.  Sedangkan hakikatnya dia berhadapan dengan suasana ketidaktentuan karier politiknya," tegas Mahfuz.

Justeru, beliau meminta Zahid agar bertenang dalam menghadapi ujian karier politiknya hari ini.

Desas-desus rombakan kabinet Datuk Seri Najib kini sedang bertiup kencang dan Zahid didakwa bakal disisihkan dari menjaga Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menteri KDN adalah antara portfolio kanan dalam kabinet dan biasanya dijadikan antara laluan untuk ke jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut mengingatkan Zahid bahawa Umno sendiri mempunyai Bridged Kesatria di bawah Pemuda Umno, dan juga Bridged Puteri dalam Puteri Umno.

"Sepatutnya Zahid berterima kasih kerana Unit Amal dan badan sukarela lain bertindak membantu kerja polis. Mereka bukan hendak ambil tugas polis, tapi bekerjasama dengan polis," kata Mahfuz.

Sebelum ini, Zahid dalam kenyataannya menyatakan mana-mana pasukan atau pertubuhan yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) akan dikenakan tindakan sama seperti terhadap PPS di Pulau Pinang semalam.

Semalam, polis menahan 156 anggota PPS termasuk pengerusi pasukan itu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh kerana ingkar amaran supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas pasukan itu didapati tidak berdaftar dengan ROS. ~hrkh



Iklan C (ii)










Pas Kerja Tukang Masak Tapi Jadi GRO. Lagi Jenayah Premis Hiburan...

Posted: 02 Sep 2014 07:58 AM PDT


Ibnu Hasyim

Pas Kerja Tukang Masak Tapi Jadi GRO. Lagi Jenayah Premis Hiburan...

Foto SEBAHAGIAN daripada pelayan warga asing yang dicekup.

Butterworth: Pas kerja dimilikinya sebagai tukang masak, namun seorang wanita warga Vietnam menyalahgunakannya dengan menjadi pelayan pelanggan (GRO) sebelum ditahan bersama 23 lagi rakan senegaranya dalam Op Sayang di sebuah premis hiburan di Georgetown, di sini, kelmarin.

Dalam serbuan dilakukan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Pulau Pinang bermula jam 9.30 malam itu, seramai 31 individu termasuk rakyat Indonesia dan China ditahan untuk siasatan lanjut selain semakan mendapati 24 wanita Vietnam berusia antara 18 hingga 26 tahun disyaki bekerja sebagai GRO.

Turut ditahan dalam serbuan sama ialah seorang lelaki warga tempatan berusia 30-an yang disyaki sebagai penjaga premis berkenaan dan keterangannya diambil untuk membantu siasatan. Pengarah Imigresen negeri Hasbullah Abd Rashid berkata, serbuan dilakukan hasil aduan orang ramai berhubung tindakan gadis berkenaan yang disyaki menawarkan perkhidmatan tidak bermoral kepada pelanggan.

"Ketika serbuan dijalankan, premis berkenaan baru saja beroperasi menyebabkan wanita berkenaan yang leka melayan pelanggan dalam ruang karaoke langsung tidak menyedari kehadiran kami untuk melakukan pemeriksaan.
"Siasatan awal mendapati sebahagian besar daripada mereka memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial manakala sebahagian lagi menyalahgunakan pas pekerjaaan yang dikeluarkan untuk mereka bekerja dalam bidang lain," katanya pada sidang media, di sini, semalam.
Hasbullah berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan wanita berkenaan menggunakan taktik pusing balik iaitu pergi ke negara jiran sebelum masuk semula ke negeri ini melalui sempadan bagi memperbaharui pas lawatan sosial masing-masing.

Beliau berkata, taktik sama diulang bagi membolehkan mereka terus berada di negara ini dan bekerja sebagai GRO berikutan tempoh laku pas lawatan sosial dikeluarkan kepada warga negara asing berada di negara ini hanya untuk 30 hari.

"Semua wanita yang ditahan memiliki dokumen perjalanan sah dan mereka didapati sering berulang-alik dari negara ini ke negara jiran dipercayai salah satu taktik memperbaharui pas lawatan sosial.
"Seorang daripada mereka dikesan menggunakan taktik sama sejak 2009 dan siasatan lanjut dilakukan untuk mengesan sama ada terdapat dalam kalangan mereka yang pernah ditahan sebelum ini atau sebaliknya," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/28

Komen Weblog Ibnu HasyimMenyalahgunakan Pas kerja adalah salah. Mewujudkan pusat hiburan sebagai pusat maksiat yang menjadi sarang GRO dan pemaksiat-pemaksiat lain adalah lebih salah lagi. Percuma menangkap pemaksiat, sedangkan sarangnya masih selesa dari ganggu gugat dan terus diperbesarkan. 

Seperti arahan menghapuskan gagak dengan menembaknya, sedangkan pusat kotoran tempat pembiakan gagak masih tidak diusik, bagaimana gagak nak hapus? Hapuskan pusat pembiakan kotoran, gagak akan hilang dengan sendirinya. 

Begitu juga dengan jenayah kewujudan premis hiburan!
(IH)


Patutlah Zahid Hamidi Suka Tangkap Orang Sekarang.. Ini Sebabnya?

Posted: 02 Sep 2014 07:33 AM PDT


Addin

Patutlah Zahid Hamidi Suka Tangkap Orang Sekarang.. Ini Sebabnya?


KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hanya cuba meraih populariti dalam Umno apabila membayangkan kemungkinan mengambil tindakan ke atas Unit Amal PAS seperti mana badan sukarela lain.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar, berkata sikap Zahid itu hanya menunjukkan kedangkalan sendiri, dengan situasi yang menekan berkenaan kedudukan beliau dalam kabinet BN.

"Saya harap kawan saya ini bertenang. Jangan kerana berhadapan dengan suasana ketidaktentuan dalam politik Umno, beliau mengambil tindakan yang hanya membodohkan dirinya sendiri," kata beliau pada satu sidang media, di Pusat Media PAS, pagi tadi.

Dakwa Mahfuz, sememangnya Zahid memang ingin naik lebih tinggi dalam kabinet BN, bagaimanapun dibantah oleh ramai pihak.

"Dia memang hendak naik lebih tinggi, BN memang bantah Zahid diangkat Timbalan Perdana Menteri. Jauh lagi dengan sikap rasisnya...sebab itu dia cari popular dalam Umno.

"Dalam Umno dia memang popular. Umno lihat dia berani lawan gangster, lawan kongsi gelap.  Sedangkan hakikatnya dia berhadapan dengan suasana ketidaktentuan karier politiknya," tegas Mahfuz.

Justeru, beliau meminta Zahid agar bertenang dalam menghadapi ujian karier politiknya hari ini.

Desas-desus rombakan kabinet Datuk Seri Najib kini sedang bertiup kencang dan Zahid didakwa bakal disisihkan dari menjaga Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menteri KDN adalah antara portfolio kanan dalam kabinet dan biasanya dijadikan antara laluan untuk ke jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut mengingatkan Zahid bahawa Umno sendiri mempunyai Bridged Kesatria di bawah Pemuda Umno, dan juga Bridged Puteri dalam Puteri Umno.

"Sepatutnya Zahid berterima kasih kerana Unit Amal dan badan sukarela lain bertindak membantu kerja polis. Mereka bukan hendak ambil tugas polis, tapi bekerjasama dengan polis," kata Mahfuz.

Sebelum ini, Zahid dalam kenyataannya menyatakan mana-mana pasukan atau pertubuhan yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) akan dikenakan tindakan sama seperti terhadap PPS di Pulau Pinang semalam.

Semalam, polis menahan 156 anggota PPS termasuk pengerusi pasukan itu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh kerana ingkar amaran supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas pasukan itu didapati tidak berdaftar dengan ROS. ~hrkh



Iklan C (ii)










'Penggal kepala'Dayak: Laporan Polis Dibuat.

Posted: 02 Sep 2014 06:54 AM PDT


Ibnu Hasyim

'Penggal kepala'Dayak: Laporan Polis Dibuat.

 
NGO Kongres Kebangsaan Dayak (DNC) hari ini membuat laporan polis berhubung dua tulisan di Facebook yang mengajak supaya kepala golongan Dayak dipenggal.

Tulisan di Facebook "JIM - Jemaah ISIS Malaysia" itu antaranya menyebut: "Sabah Sarawak adalah negeri kafir maka wajib ke atas umat Islam menyembelih rakyat mereka di sana."

Sementara sebuah lagi mengaitkan penduduk pribumi Borneo itu sebagai "golongan yang berpakaian tetapi bertelanjang dan mereka akan menghuni api neraka", seperti disebut dalam hadis.

"Yang dimaksudkan itu adalah Dayak. Mereka bercawat tapi masih nampak kemaluan. Barang siapa bertemu dengan golongan ini. Penggallah kepalanya," demikian tulisan itu.

Semakan Malaysiakini pada 5.20 petang mendapati Facebook itu telah tiada.

Bercakap di balai polis Sungai Maong, Kuching, Setiausaha DNC Alim Mideh (kanan) menuntut polis menjalankan siasatan segera kerana tulisan itu bukan sahaja menghasut tetapi juga boleh mencetuskan rusuhan kaum dan agama.

"Masyarakat Dayak sangat marah dengan kenyataan ini. Bagi mengelakkan insiden tidak diingini, bagi menjamin keharmonian kaum di tahap terbaik, polis harus menjalankan siasatan segera dan menghentikan kenyataan menghasut ini.

"Jika polis tidak bertindak, anggota masyarakat Dayak lain yang terlalu emosional mungkin meletakkan undang-undang di tangan mereka sendiri," kata Alim. (MK)


Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Weblog ini telah menerbitkan artikel catatan perjalanan  Ibnu Hasyim ke Kalimantan,  menceritakan kisah kaum Dayak di Kalimantan, sebanyak 21 siri. Siri ke 10 ..

Sampit Berdarah: Pertempuran Dayak dan Madura. siri 10 ..disiarkan pada 7 Mc 2012 mempunyai 105 ulasan setakat ini. Mempunyai pembaca tertinggi berjumlah 132,608 pelawat.  Terima kasih kepada pembaca sekalian. Kalau perlu, sila tuan lihat dan beri komen.
(IH)

Lihat  semua siri..
E-Buku IH-51: Perjalanan Ke Kalimantan
E-Buku IH-51: Perjalanan Ke Kalimantan


Perbuatan suami paksa isteri sarat mengandung layan Bangla terbongkar

Posted: 02 Sep 2014 06:27 AM PDT


Tengok TV Online

Perbuatan suami paksa isteri sarat mengandung layan Bangla terbongkar


Gombak: Seorang wanita sarat mengandung dipercayai menjadi mangsa s#ks luar tabii suaminya berjaya menyelamatkan diri, Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, wanita malang berusia 26 tahun dikatakan sudah tidak tahan menjadi mangsa nafsu suaminya apabila lelaki berusia 34 tahun itu memaksa mangsa bers#tubuh dengan seorang lelaki warga Bangladesh dikenali sebagai Nizam sebelum suspek kembali bers#tubuh dengannya di kediaman mereka di Kepong, di sini.


Gambar Hiasan

Difahamkan, wanita terbabit berjaya melarikan diri selepas dipercayai dipaksa suaminya sebanyak tiga kali untuk mengadakan hubungan s#ks dengan Nizam sejak tiga bulan lalu sebelum membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Ali Ahmad berkata, lelaki warga Bangladesh berusia 26 tahun bersama suami mangsa telah ditahan di dua lokasi berasingan semalam.

Beliau berkata, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. -Hmetro


Tak Mampu Selesai Pelacuran & Pondan Lrg Hj Taib, Ikutlah Ini..

Posted: 02 Sep 2014 01:35 AM PDT


Ibnu Hasyim

Tak Mampu Selesai Pelacuran & Pondan Lrg Hj Taib, Ikutlah Ini..


KL:Aktiviti pelacuran dan pondan di Lorong Haji Taib di sini bagai tiada kesudahan. Jika dahulu kawasan itu dibanjiri pelacur dan pondan warga tempatan, kini ia mula dikuasai warga asing.

Antara pelacur warga asing yang dikesan menjaja tubuh di lorong berkenaan ialah warga Indonesia, India, Vietnam dan terbaharu wanita Filipina. Mereka beroperasi di situ seolah-olah tanpa takut kepada pihak berkuasa walaupun terdapat sebuah balai polis yang terletak berhampiran kawasan itu.

Wartawan Kosmo! yang melakukan tinjauan di lorong berkenaan mendapati golongan tersebut pada mulanya agak malu-malu apabila berselindung di sebalik pintu namun mula memenuhi kaki lima jalan berkenaan mencari lelaki hidung belang mulai pukul 2 pagi.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Bila lagi Kerajaan BN nak selesaikan masalah ini? Kalau tak mampu berhenti jadi kerajaan. Sila belajar dan baca ini..  dan banyak lagi kisah-kisah penutupan pusat lacur Dolly S'baya,
Ramadhan: Berakhirnya Pusat Pelacuran Terbesar A/T...


Berita Gempar Dari KDN.. Menteri Bakal Didakwa?

Posted: 02 Sep 2014 01:35 AM PDT


Addin

Berita Gempar Dari KDN.. Menteri Bakal Didakwa?


Pemuda Gerakan hari ini menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi didakwa menghasut kerana kenyataannya yang mendakwa orang bukan Melayu kini angkuh kerana diberi muka oleh orang Melayu.

Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong membuat perbandingan di antara kenyataan Zahid itu dengan tuduhan terhadap pensyarah undang-undang, Dr Azmi Sharom yang didakwa di bawah seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan pagi ini.

Menurut Andy (kanan), kenyataan Zahid itu menepati maksud "kecenderungan menghasut" yang dijelaskan dalam seksyen 3(1)(e) akta yang sama.

Kecenderungan menghasut dalam seksyen itu didefinisikan sebagai "mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia".

"Walaupun saya tidak menggemari undang-undang itu, saya tak nampak sebarang sebab tindakan yang sama tidak boleh dikenakan terhadap Zahid," katanya dalam kenyataan hari ini.

Portal The Sun Daily semalam melaporkan Zahid berkata orang-orang Melayu kini "membayar harga" akibat terlalu baik kepada orang bukan Melayu.

Naib presiden Umno itu mendakwa orang bukan Melayu kini semakin angkuh dan menghina bumiputera, Raja dan Islam.

Kenyataan dilaporkan dibuat Zahid sewaktu merasmikan mesyuarat Umno bahagian Segambut.

Menurut Andy, Zahid sama sekali tidak perlu mengeluarkan kenyataan demikian sama ada di depan sekumpulan orang Melayu atau pun dengan tujuan menjadikan orang bukan Melayu secara keseluruhannya sebagai sasaran.

"Malah, kenyataan demikian menggalakkan lagi kebencian antara kaum dan mempolitikkan dominasi kaum yang tidak sihat dalam negara ini," katanya. ~mk




Iklan C (ii)










Punca Sebenar Jurugambar NST ditumbuk keluarga mangsa MH17 (4 Gambar/Video)

Posted: 02 Sep 2014 01:35 AM PDT


Tengok TV Online

Punca Sebenar Jurugambar NST ditumbuk keluarga mangsa MH17 (4 Gambar/Video)


PETALING JAYA: Seorang petugas media yang membuat liputan kepulangan jenazah nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 mengalami kecederaan selepas dipercayai dipukul oleh ahli keluarga mangsa di Pusat Peringatan Nirvana Sungai Besi dekat sini pada Selasa.

Jurugambar daripada kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Aizuddin Saad dipercayai ditumbuk dalam kejadian itu sehingga menyebabkan kecederaan manakala kameranya turut rosak.

Seorang lelaki dipercayai kenalan ahli keluarga mendiang Subashni Jretnam dikatakan bertindak demikian bagi menghalang Aizuddin Saad mengambil gambar mereka.

Aizuddin dilaporkan cedera ringan dan kameranya rosak akibat kejadian itu. Sebelum itu, wakil-wakil media dilarang keras dan dihalau oleh ahli keluarga Subashni daripada membuat liputan.

Punca sebenar mungkin disebabkan serbuan secara beramai-ramai jurugambar yang bertugas menimbulkan rasa tidak disenangi ahli keluarga yang dilanda kesedihan akibat kehilangan orang kesayangan dalam tragedi MH17
Difahamkan, orang ramai termasuk petugas pusat peringatan berkenaan berjaya meredakan keadaan.

Aizuddin kemudian dihantar ke sebuah klinik berdekatan oleh kakitangan pusat peringatan itu untuk mendapatkan rawatan.





VIDEO:


Ibu mohon maaf kes anak ditampar cikgu. Ramai guru saran teruskan saman


Akhirnya, kes murid ditampar cikgu ternyata satu rekaan sahaja apabila ibu kepada murid tersebut tampil memohon maaf. Selain itu, bapa saudara kepada murid itu yang tampil membuat laporan Polis turut memohon maaf secara terbuka di dalam satu status Facebook beliau.

Georgetown :"Saya ingin memohon maaf kepada semua tenaga pengajar Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong," kata Norhafizah Abu Bakar, 27, yang kesal dengan insiden anak lelakinya, Muhammad Azrul Danish, 7, ditampar guru Bahasa Inggeris kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.

Kesal dengan apa yang berlaku Norhafizah, tampil membuat permohonan maaf itu kepada semua tenaga pengajar sekolah terbabit terutama pengetuanya.

Katanya, pihaknya membuat permohonan maaf secara terbuka kerana ingin menyelesaikan masalah berkenaan secara baik selain turut mengaku kejadian berpunca akibat sikap yang terlalu terburu-buru.

"Tindakan terburu-buru kami mengakibatkan berlaku salah faham selain mendengar sebelah pihak semata-mata, saya meminta maaf kepada guru besar, Aliasa Abdul Rahman, guru bahasa Inggeris dan semua guru Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong.

NORHAFIZAH membuat permohonan maaf secara terbuka kepada guru Sekolah Kebangsaan Tanjung Tokong, Pulau Pinang kerana dakwaan anaknya dipukul.

Permohonan maaf bapa saudara murid tersebut turut dibuat di ruangan status Facebook beliau.

"Saya mengaku atas kesilapan dalam menangani masalah itu dan demi menjaga nama baik sekolah serta mempertahankan kredibiliti, integriti dan maruah semua tenaga pengajar sekolah permohonan maaf ini dibuat," katanya, semalam.

Dia dan suami turut melahirkan rasa kesal di atas apa yang berlaku selain berhasrat menemui guru besar termasuk guru wanita untuk meminta maaf sekali gus menyelesaikan masalah itu. -Hmetro

Walau bagaiamanapun, melalui satu page Facebook khas dicipta untuk menyokong cikgu yang dituduh tersebut tetap menyarankan agar saman diteruskan kepada pihak penjaga murid itu sebagai pengajaran kepada ibu-bapa yang lain. Ini berikutan mereka merasakan maruah profesion perguruan semakin dipijak-pijak dan dipandang rendah oleh masyarakat ekoran fitnah yang kerap timbul kepada rakan sejawat mereka. 




0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani