Powered by Blogger.

Budak 3 tahun parah terjatuh dari tingkat tiga rumah pengasuh! (Gambar)

Budak 3 tahun parah terjatuh dari tingkat tiga rumah pengasuh! (Gambar)


Budak 3 tahun parah terjatuh dari tingkat tiga rumah pengasuh! (Gambar)

Posted: 04 Sep 2014 06:33 PM PDT


Tengok TV Online

Budak 3 tahun parah terjatuh dari tingkat tiga rumah pengasuh! (Gambar)

Ipoh: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, parah dan tidak sedarkan diri selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga kediaman pengasuhnya di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, dekat sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa Norfadhiah Allisa Mohd Faizul, parah di kepala selepas dipercayai terjatuh dari koridor bangunan 10 tingkat berkenaan.


Ibu mangsa, Maziah Basar, 37, berkata, ketika kejadian dia mengajar di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Nan Hwa, Sitiawan, dekat sini dan dikejutkan panggilan telefon oleh pihak Hospital Angkatan Tentera (HAT), Lumut memintanya datang ke Unit Kecemasan kerana anaknya mendapatkan rawatan akibat terjatuh.

"Sebaik mendapat panggilan jam 10.30 pagi itu, saya terus ke hospital dan mendapati anak saya dirawat serta tidak sedarkan diri, selain mengalami pendarahan pada kepala.

MANGSA dipindahkan dari Lumut ke HRPB untuk rawatan lanjut.

"Keadaan anak saya ketika itu kritikal dan pihak hospital memberitahu akan memindahkannya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh dengan menaiki helikopter untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut," katanya ketika ditemui di luar Jabatan Kecemasan HRPB di sini, semalam.

Menurutnya, anaknya diterbangkan bersama doktor dari HAT ke Ipoh jam 1.15 petang, manakala dia menaiki kenderaan disediakan TLDM dan tiba di HRPB jam dua petang. -Hmetro


Patutlah PAS Tak Calonkan Wan Azizah Dan Azmin Sebagai MB Selangor.. Ini Puncanya?

Posted: 04 Sep 2014 06:18 PM PDT


Addin

Patutlah PAS Tak Calonkan Wan Azizah Dan Azmin Sebagai MB Selangor.. Ini Puncanya?


Majlis Syura Ulama, badan tertinggi dalam PAS selepas muktamar membuat keputusan untuk turut menghantar nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di samping nama dua Adun PKR, dedah Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dalam Utusan Malaysia hari ini.

Nama dua Adun PKR yang dihantar kepada istana Selangor bukan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Mohamed Azmin Ali seperti yang dipersetujui jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos lalu.

Difahamkan, dua Adun PKR yang dimaksudkan itu adalah Dr Idris Ahmad (Adun Ijok) dan Dr Yaakob Sapari (Adun Kota Anggerik) manakala Adun PAS ialah Iskandar Abdul Samad, exco kerajaan negeri Selangor yang juga pesuruhjaya PAS Selangor.

Bagaimanapun, setiausaha agung PAS itu tidak mahu mendedahkan nama ketiga-tiga Adun yang dihantar parti itu kepada istana Selangor kerana ia berkaitan dengan Majlis Syura Ulama.

"Tidak seharusnya saya mengulas lanjut. Nama itu terserah kepada pertimbangan saudara sendiri atau bertanyakan kepada Majlis Syura Ulama," katanya kepada Utusan Malaysia.

Mustafa berkata, beliau dimaklumkan mengenai keputusan itu oleh Majlis Syura Ulama yang jelas berbeza dengan pendirian Jawatankuasa PAS Pusat yang hanya mahu mencalonkan Dr Wan Azizah dan Azmin.

"Surat yang dipersembahkan kepada baginda sememangnya ditandatangani Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Pihak presiden yang menguruskan penghantaran, tidak melalui Pejabat Setiausaha Agung PAS.

"Ini suatu amalan biasa, sebagaimana dalam pelantikan menteri besar Selangor selepas Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2008 dan 2013 apabila setiap parti menamakan calon pilihan masing-masing," kata Mustafa, sebagaimana dilaporkan akhbar milik Umno itu.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Syura Ulama Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh ketika dihubungi mengesahkan kepada Utusan Malaysia senarai calon itu dihantar Pejabat Presiden PAS ke istana Selangor, semalam.

Bagaimanapun, beliau enggan memperincikan nama ketiga-tiga calon berkenaan sambil menambah ia terserah kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memuktamadkan perkara itu.

Ditanya kemungkinan salah satu daripada 2 nama calon PKR itu adalah Dr Wan Azizah, beliau hanya menjawab:

"Itu saya tak tahu, saya tak nak komen. Mungkin juga ada (Wan Azizah), mungkin juga tak ada. Tunggulah, kita serah kepada Tuanku Sultan Selangor (putuskan)."

Mustafa memberitahu The Malaysian Insider semalam, pihaknya menafikan laporan The Star Online yang mengatakan PAS menghantar nama tiga Adun mereka sebagai calon menteri besar Selangor.

Menurut laporan portal itu, PAS menghantar nama Iskandar, Sallehen Mukhyi dan Dr Yunus Hairi untuk dipertimbangkan sebagai menteri besar Selangor yang baharu untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat PKR.

"Laporan itu tidak betul kerana cadangan untuk mencadang ketiga-tiga nama itu sudah dibatalkan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun, Mustafa pada masa ini enggan mendedahkan nama yang dicalonkan PAS kepada istana.

Malam tadi selepas mesyuarat biro politiknya PKR berkata akan mengambil "langkah yang perlu dan sesuai" dalam tempoh 48 jam akan datang berikutan teguran pihak istana Selangor kerana hanya mencalonkan presidennya Dr Wan Azizah bagi jawatan menteri besar Selangor.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang enggan menjawab sama ada parti berbilang kaum itu akan menghantar lebih 2 nama seperti yang diminta Sultan Selangor mengakui PKR menerima surat daripada istana dua hari lalu.

"Kami akan mengambil langkah yang perlu dan sesuai. Kami akan bertindak sewajarnya dalam tempoh 48 jam akan datang," katanya di ibu pejabat PKR, di Petaling Jaya malam tadi.

Perkembangan terbaru itu menggugat lagi hubungan parti Pakatan Rakyat (PR) PKR, PAS dan DAP yang sudah tercalar dalam krisis menteri besar Selangor ini.

Pada 6 Ogos lalu, Majlis Syura yang bermesyuarat di Kota Baru membuat keputusan mengekalkan Khalid selepas pendirian itu juga dibuat Hadi dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Keputusan itu dibuat sebelum mesyuarat AJK PAS Pusat yang dijadualkan berlangsung 10 Ogos dan kemudiannya dianjakkan ke 13 Ogos dan seterusnya menjadi kenyataan pada 17 Ogos.

Pada mesyuarat yang sama, majlis syura juga membuat keputusan agar PAS terus kekal bersama Pakatan Rakyat.

Krisis menteri besar Selangor bermula sejak pelantikan Khalid buat kali keduanya selepas pilihan raya umum ke 13 pada Mei 2013 lalu apabila Azmin juga mendesak agar beliau dipilih untuk memegang jawatan itu.

Namun ketiga-tiga parti bertegas mahukan Khalid.

Pada 22 Julai, Anwar mengumumkan keputusan Majlis Pimpinan Pusat PKR untuk mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai MB Selangor. Ia kemudiannya dimaklumkan kepada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada keesokan harinya.

Pimpinan PAS, khasnya Mustafa dan Iskandar sebelum ini mengumumkan PAS tidak akan mencalonkan pemimpinnya sebagai menteri besar.

Namun keputusan kini dibuat Majlis Syura untuk turut mencalonkan Iskandar. Keputusan itu dikatakan diambil berikutan permintaan istana Selangor. ~tmi





Iklan C (ii)







Pemimpin PAS Flip Flop.. Ini Buktinya

Posted: 04 Sep 2014 05:24 PM PDT


Addin

Pemimpin PAS Flip Flop.. Ini Buktinya


Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad mempersoalkan sikap tidak teguh pendirian PAS dalam isu calon menteri besar Selangor.

Beliau membangkitkan keputusan PAS pada 17 Ogos yang mencalonkan dua nama Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Mohamed Azmin Ali untuk diserah kepada Sultan, tetapi selepas bermesyuarat bersama Pakatan Rakyat (PR) keputusan dicapai dengan hanya satu nama dipersetujui untuk diserah kepada Istana.

"Mengapakah wujud surat awal yang diakui oleh setiausaha agung PAS di mana tiga nama pimpinan PAS yang dicalonkan?" kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu dalam satu kenyataan hari ini.

"Mengapakah dalam kenyataan terkini dikatakan satu nama PAS dan dua nama PKR pula yang dihantar? Bukankah ini melanggar persefahaman bahawa calon menteri besar Selangor adalah Adun PKR?"

Istana Selangor sudah meminta ketiga-tiga parti dalam PR - PAS, DAP dan PKR untuk menghantar lebih dua nama semalam tetapi PKR dan DAP kekal dengan keputusan lama di mana Dr Wan Azizah sebagai pengganti tunggal kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor itu berkata, terdapat beberapa persoalan yang timbul selepas kenyataan pemimpin PAS khusus selepas PR sudah membuat keputusan sebulat suara bulan lepas.

"Mengapakah setiausaha agung PAS tidak mahu mengesahkan siapa nama calon-calon yang dihantar? Adakah nama-nama calon PKR yang dihantar di dalam surat kali ini berlainan dengan keputusan PAS pada 17 Ogos 2014?" katanya.

Beliau juga mendesak supaya penjelasan segera diberikan supaya kekeliruan dan tanda tanya dapat dijawab.

Beberapa kenyataan media yang dibuat pimpinan parti Islam itu kemudiannya menunjukkan PAS mahu menghantar lebih daripada satu nama dan akan mencadangkan nama-nama daripada kalangan Adun yang mewakili PKR.

PAS hari ini mengesahkan sudah menghantar tiga nama, dua daripada PKR dan seorang daripada partinya sendiri sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu, lapor lidah rasmi parti itu Harakahdaily.

Menurut portal itu, Mustafa mengesahkan perkara itu tetapi tidak menyebut nama ketiga-tiga Adun berkenaan.

Pada 27 Ogos lalu, Istana Selangor menghantar surat rasmi kepada PKR, PAS dan DAP yang menitahkan supaya menghantar lebih daripada dua nama calon bagi menteri besar sebelum 3 September.

Surat itu dialamatkan kepada presiden PKR, dengan salinan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dengan mengatakan calon yang dinamakan itu mestilah beragama Islam dan berketurunan Melayu mengikut Perkara L1 (2), Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Sehari sebelum itu, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor sehingga pelantikan baru dilakukan.

Baginda menitahkan supaya PAS, DAP dan PKR masing-masing mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu bagi memudahkan baginda menentukan calon berkelayakan. ~tmi




Iklan C (ii)







Berita Tergempar Dari HQ PKR Dan PAS..

Posted: 04 Sep 2014 08:33 AM PDT


Addin

Berita Tergempar Dari HQ PKR Dan PAS..


PAS membuat gempar apabila tidak menamakan dua calon menteri besar Selangor daripada PKR yang dipersetujui dalam mesyuarat jawatankuasa pusatnya sebelum ini.

Beberapa pemimpin kanan PKR memberitahu, bukan sahaja presiden mereka Datuk Seri Wan Azizah Ismail, malah timbalannya Azmin Ali juga tidak dihantar PAS kepada pihak istana.

Perkara itu dimaklumkan beberapa pemimpin kanan PKR kepada Malaysiakini petang ini.

Seorang sumber yang enggan dinamakan menganggap tindakan itu "mempermain-mainkan PKR" dan mereka akan bertemu dengan PAS bagi mendapatkan penjelasannya sebelum ini.

Pertemuan itu dikatakan akan berlangsung sama ada malam ini atau esok.

Biro politik PKR hari ini mengambil masa hampir empat jam untuk membincangkan isu itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifudin Nasution turut ditanya pemberita berhubung kemungkinan nama Azizah dan Azmin tidak dikemukakan kepada istana oleh PAS.

Saifuddin mengakui PKR terpaksa membuat perancangan semula berkenaan isu itu jika ia berlaku.

"Kami bincang semua sekali. Kami kembali ke drawing board," kata beliau kepada wartawan selepas mesyuarat di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini mengesahkan menghantar dua nama ADUN PKR dan satu daripada parti itu sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut nama ketiga-tiga ADUN berkenaan.

Sebuah portal melaporkan hari ini, sumber rapat dengan PAS Selangor menghantar nama tiga exco PAS iaitu Iskandar Ab Samad, Sallehin Mukhyi dan Ahmad Yunus Hairi.

Ini bertentangan dengan pendirian PAS pada 17 Ogos lalu yang memutuskan menyokong Azizah di samping Azmin sebagai calon menteri besar. ~mk




Iklan C (ii)







PKR Jawab Surat Istana Selangor

Posted: 04 Sep 2014 07:27 AM PDT


Addin

PKR Jawab Surat Istana Selangor


PKR akan memberi maklum balas kepada surat dari istana yang meminta dua lagi nama ADUN mereka sebagai calon menteri besar dalam tempoh 48 jam mulai hari ini.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata partinya akan mengeluarkan kenyataan media berkenaan langkah seterusnya yang bakal diambil parti itu.

"Insya-Allah dalam masa terdekat (kami jawab).

"Dalam tempoh 48 jam parti akan memberi maklum balas kepada istana," kata beliau kepada media selepas mesyuarat biro politik PKR di ibu pejabat parti itu hari ini. ~mk





Iklan C (ii)







Ini Adalah MB S'gor Baru Yang Akan Direstui Sultan?

Posted: 04 Sep 2014 05:33 AM PDT


Ibnu Hasyim

Ini Adalah MB S'gor Baru Yang Akan Direstui Sultan?

 Khabar angin mengatakan calon daripada PAS yang dipilih sebagai menteri besar Selangor yang baharu adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 September, 2014. Khabar angin mengatakan calon daripada PAS yang dipilih sebagai menteri besar Selangor yang baharu adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 September, 2014.

Lapor The Malaysian Insider di bawah gambar pemimpin PAS Selangor seperti di atas.. 
"Khabar angin mengatakan calon daripada PAS yang dipilih sebagai menteri besar Selangor yang baharu adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad."Menurut The Malaysian Insider lagi, PAS menghantar tiga nama, dua daripada PKR dan seorang daripada partinya sendiri sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu, lapor lidah rasmi parti itu Harakahdaily. Menurut portal itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengesahkan perkara itu tetapi tidak menyebut nama ketiga-tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) berkenaan.

"Buat masa ini nama tu biarlah dulu," katanya kepada Harakahdaily tetapi khabar angin mengatakan calon daripada PAS adalah Pesuruhjaya Selangor, Iskandar Abdul Samad.

Sementara itu, Malaysiakini melaporkan sebentar tadi..
 "Istana Selangor telah menegur PKR kerana "tidak mengikut" titah sultan dengan hanya mengemukakan nama tunggal bagi jawatan menteri besar, kata sumber dalaman parti itu."Menurut Malaysiakini lagi, teguran itu dibuat melalui surat yang dihantar oleh istana kepada ibu pejabat PKR semalam.

"Ia (surat) itu untuk mengesahkan yang istana itu telah mendapat nama (Presiden PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon untuk jawatan MB, tetapi ia juga 'surat menegur parti itu' kerana tidak menghantar dua lagi nama," kata sumber itu lagi.

Kenyataan akhbar pertama selepas menerima surat dari istana, yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, telah ditarik balik. Bagaimanapun, ia tidak menyebut apa-apa mengenai teguran pihak istana tersebut. 


Sebelum ini, pihak istana meminta Pakatan Rakyat menghantar lebih daripada dua nama untuk jawatan itu. Bagaimanapun, PKR dan DAP bertegas untuk hanya mencalonkan nama Wan Azizah, dengan alasan ianya selaras dengan konvensyen. 

Kini, ada khabar angin yang lebih mengancam lagi mengatakan, "Sultan sedang menunggu untuk merestui calon PAS pula (sebelum ini Khalid Ibrahim dari PKR) sebagai MB Selangor yang baru."

Kalau ini terjadi, maka jelaslah jawatan MB Selangor yang baru adalah jatuh ke tangan Pesuruhjaya PAS Selangor, iaitu Iskandar Abdul Samad. (IH)


Berita Yang Amat Menggemparkan Dari Pejabat Presiden PAS

Posted: 04 Sep 2014 03:45 AM PDT


Addin

Berita Yang Amat Menggemparkan Dari Pejabat Presiden PAS


PAS mengesahkan menghantar dua nama anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR dan satu daripada parti itu sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun tidak menyebut nama ketiga-tiga ADUN berkenaan, lapor Harakahdaily."Buat masa ini nama itu biarlah dulu," katanya ketika dihubungi akhbar PAS itu.

Menurutnya, senarai nama itu dihantar terus oleh Pejabat Presiden PAS kepada istana Selangor.Mustafa turut dilaporkan menjelaskan, PAS menghantar tiga nama kerana istana menitahkan supaya menghantar lebih daripada dua nama.

Rakannya PAS dan DAP bagaimanapun hanya menghantar satu nama, iaitu Datuk Seri Wan Azizah Ismail, seperti dipersetujui dalam mesyuarat Pakatan Rakyat sebelum ini.

Pada 27 Ogos lalu, istana Selangor menghantar surat rasmi kepada PKR, PAS dan DAP yang menitahkan supaya menghantar lebih daripada dua nama calon menteri besar sebelum 3 September.

Surat itu, menurut Harakahdaily, dialamatkan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dengan salinan kepada Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Ia dilapor menyatakan mahukan calon itu beragama Islam dan berketurunan Melayu menurut Perkara L1 (2), Undang-undang Tubuh Negeri Selangor. ~mk




Iklan C (ii)







Cerita sebenar #MH370 ditemui terhempas di Tukun Perak

Posted: 04 Sep 2014 03:42 AM PDT


Tengok TV Online

Cerita sebenar #MH370 ditemui terhempas di Tukun Perak


Heboh media sosial apabila tersebarnya berita penemuan bangkai Pesawat MH370 di sebuah kawasan di Pulau Perak. Salinan mesej yang tersebar seperti dibawah:

MH 370 dah dijumpai di kawasan Pulau Perak.Semua mati..Pukul 11 member saya akan confirmkan sekali lagi.Skrg semua aset TLDM digerakkan ke sana.. Al Fatihah... MH 370 disyaki di hijack berpatah balik menujuk ke Phuket terhempas di Tukun Perak diantara perairan langkawi dan lautan andaman selatan Thailand. Maklumat masih di rahsiakan utk pasukan keselamatan saja Ikut member saya TLDM melalui sonar jumpa bangkai kapalterbang dan cebisan pesawat.Dia org juga nampak ada mayat pakai life jaket terperangkap dlm pesawat... Belum dapat disahkan...pukul 6 pagi tadi semua kapal laut dan kapal terbang dikerahkan ke sana.. Dia org jumpa pukul 6.50 ptg semalam..Lepas tu cuaca gelap.Malam tadi dia org terbang semula kawasan tu tapi cuaca gelap...Pukul 6 pagi tadi semua kapal terbang dan kapal dikerahkan ke tempat tersebut... Bila TUDM plot balik tpt tsbt, kawasan tu dlm perairan Indon.Antara Tukun Perak dgn Acheh... Insyallah kalau betul hari ni kita akan dpt tahu sesuatu yg positif... Wallahualam... copy paste dr group w/up ATM&PDRM. Baru 5 minit tadi astro awani kata akan menghentikan semua rancangan berbentuk hiburan bagi menghormati insiden ni... 99% ketepatan berita ini Adalah benar #‎MH370 #‎PrayForMH370 MH 370 Copy paste untuk makluman .
Walau bagaimanapun, melalui hasil carian kami, berita itu ternyata PALSU dan sebenarnya sudah tersebar pada bulan Mac lagi sejurus selepas kehilangan pesawat MH370 dilaporkan kepada umum.


Berita ini adalah satu lagi rekaan konspirasi oleh orang yang tidak bertanggungjawab. -Tengoktvonline


Istana Tegur PKR 'tak ikut' Titah Sultan.

Posted: 04 Sep 2014 01:57 AM PDT


Ibnu Hasyim

Istana Tegur PKR 'tak ikut' Titah Sultan.


Istana Selangor telah menegur PKR kerana "tidak mengikut" titah sultan dengan hanya mengemukakan nama tunggal bagi jawatan menteri besar, kata sumber dalaman parti itu.

Teguran itu dibuat melalui surat yang dihantar oleh istana kepada ibu pejabat PKR semalam.

"Ia (surat) itu untuk mengesahkan yang istana itu telah mendapat nama (Presiden PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon untuk jawatan MB, tetapi ia juga surat menegur parti itu kerana tidak menghantar dua lagi nama," kata sumber itu lagi.

Surat itu juga, kata sumber itu, membayangkan tiada bantahan terhadap Wan Azizah (menjadi menteri besar) tetapi mereka mahu dua nama lain.

Kenyataan akhbar pertama selepas menerima surat dari istana, yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, telah ditarik balik. Bagaimanapun, ia tidak menyebut apa-apa mengenai teguran pihak istana tersebut.

Sebelum ini, pihak istana meminta Pakatan Rakyat menghantar lebih daripada dua nama untuk jawatan itu. Bagaimanapun, PKR dan DAP bertegas untuk hanya mencalonkan nama Wan Azizah, dengan alasan ianya selaras dengan konvensyen. (MK)


Lihat sebelum ini..E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik? E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik?


PAS Nafi Calonkan 3 Exco Sebagai MB.. Ini Buktinya

Posted: 04 Sep 2014 01:27 AM PDT


Addin

PAS Nafi Calonkan 3 Exco Sebagai MB.. Ini Buktinya


PAS menafikan laporan The Star Online hari ini yang mengatakan parti Islam itu menghantar tiga nama Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) mereka di Selangor untuk dilantik sebagai menteri besar (MB).

Menurut Datuk Mustafa Ali (gambar), laporan portal berkenaan tidak benar dan cadangan menamakan tiga exco berkenaan kepada istana Selangor dibatalkan.

"Laporan itu tidak betul kerana cadangan untuk mencadang ketiga-tiga nama itu sudah dibatalkan," kata setiausaha agung PAS itu kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun, Mustafa enggan mendedahkan buat masa ini nama yang dicalonkan PAS kepada istana.The Star Online melaporkan hari ini Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghantar tiga nama exco Selangor kepada istana untuk dipertimbangkan sebagai calon MB.

Laporan itu berkata seorang pegawai kanan Hadi "tidak menafikan surat sedemikian dihantar" tetapi mengatakan biarlah pemimpin parti yang mengeluarkan kenyataan.

"Ini adalah perkara sulit dan saya tidak boleh berbincang mengenainya," katanya seperti dilaporkan The Star Online.

Sultan Sharafuddin Idris Shah memberikan masa sehingga semalam (3 September) kepada ketiga-tiga parti dalam PR (PAS, PKR dan DAP) menghantar sekurang-kurangnya dua nama kepada baginda untuk dipertimbangkan sebagai MB Selangor yang baru.

Petang semalam, PKR memberitahu ia mendapat pengesahan istana menerima pencalonan parti itu, namun baginda tetap meminta agar lebih dari dua nama dihantar.

Sehingga kini, PKR belum membuat apa-apa pengumuman terbaru selepas kenyataan  Setiausaha Agungnya, Datuk Saifudin Nasution Ismail ditarik balik malam tadi.

Mesyuarat PAS pada 17 Ogos lalu mencalonkan dua nama untuk dipertimbangkan Sultan Selangor, iaitu presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan timbalannya Mohamed Azmin Ali.

Namun The Malaysian Insider difahamkan, pihak istana tetap mahu agar syarat baginda "lebih dari dua nama" dipenuhi.

Menurut undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor, Sultan hendaklah melantik seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sebagai MB di kalangan mereka yang mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri (DUN).

Seorang pensyarah undang-undang, Datuk Salehuddin Saidin dalam rancangan Bual Bicara TV3 malam tadi, berkata Sultan tidak terikat untuk melantik Dr Wan Azizah walaupun mempunyai akuan bersumpah (SD) 30 anggota Adun kerana Adun lain juga boleh jadi mempunyai sokongan sedemikian.

"Sultan tidak terikat dengan seorang nama yang mempunyai sokongan majoriti sahaja kerana boleh jadi orang lain juga mempunyai sokongan sedemikian," kata Salehuddin, yang juga bekas pegawai kanan Pejabat Peguam Negara. ~tmi




Iklan C (ii)







Cerita sebenar gadis kejam pijak kucing sampai mati pakai kasut tinggi! (6 Gambar)

Posted: 04 Sep 2014 01:27 AM PDT


Tengok TV Online

Cerita sebenar gadis kejam pijak kucing sampai mati pakai kasut tinggi! (6 Gambar)


Seorang gadis menimbulkan kemarahan pengguna media sosial apabila memuatnaik beberapa keping gambar kucing dibunuh dengan kejam dengan memijaknya dengan menggunakan kasut tinggi.

Gadis menggunakan nama Amoyy Mongek itu mengatakan dia melakukan tindakan tersebut kerana kucing itu telah mencuri ikan di dapur rumahnya.

"Pagi pagi dah buat orang marah, curi ikan di dapurrr, ni makan dia mampos kau kucingg,, binatang bodoh" - Tulis Amoyy
Walaubagaimanapun, melalui hasil carian kami, perbuatan kejam memijak kucing itu bukanlah dilakukan oleh Amoyy Mongek. Namun sebenarnya ia dilakukan oleh seorang wanita warganegara China. Malahan, gambar itu telah lama dimuatnaik dan telah pernah menjadi viral pada tahun 2009.

Dipercayai juga profile Facebook Amoyy Mongek itu adalah rekaan sahaja dan gambar-gambar yang digunakan diambil daripada gambar pengguna facebook yang lain. Individu seperti ini tidak lain hanya mahu mencari perhatian dengan status berbentuk kontroversi.



PAS Nafi Namakan 3 Exconya Sebagai Calon MB S'gor

Posted: 04 Sep 2014 01:01 AM PDT


Ibnu Hasyim

PAS Nafi Namakan 3 Exconya Sebagai Calon MB S'gor


Datuk Mustafa Ali berkata cadangan menghantar nama exco PAS sebagai calon menteri besar Selangor dibatalkan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 September, 2014. Datuk Mustafa Ali berkata cadangan menghantar nama exco PAS sebagai calon menteri besar Selangor dibatalkan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 September, 2014.


PAS menafikan laporan The Star Online hari ini yang mengatakan parti Islam itu menghantar tiga nama Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) mereka di Selangor untuk dilantik sebagai menteri besar (MB).

Menurut Datuk Mustafa Ali (gambar), laporan portal berkenaan tidak benar dan cadangan menamakan tiga exco berkenaan kepada istana Selangor dibatalkan.

"Laporan itu tidak betul kerana cadangan untuk mencadang ketiga-tiga nama itu sudah dibatalkan," kata setiausaha agung PAS itu kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun, Mustafa enggan mendedahkan buat masa ini nama yang dicalonkan PAS kepada istana.

The Star Online melaporkan hari ini Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghantar tiga nama exco Selangor kepada istana untuk dipertimbangkan sebagai calon MB. Laporan itu berkata seorang pegawai kanan Hadi "tidak menafikan surat sedemikian dihantar" tetapi mengatakan biarlah pemimpin parti yang mengeluarkan kenyataan.

"Ini adalah perkara sulit dan saya tidak boleh berbincang mengenainya," katanya seperti dilaporkan The Star Online.

Sultan Sharafuddin Idris Shah memberikan masa sehingga semalam (3 September) kepada ketiga-tiga parti dalam PR (PAS, PKR dan DAP) menghantar sekurang-kurangnya dua nama kepada baginda untuk dipertimbangkan sebagai MB Selangor yang baru.

Petang semalam, PKR memberitahu ia mendapat pengesahan istana menerima pencalonan parti itu, namun baginda tetap meminta agar lebih dari dua nama dihantar. Sehingga kini, PKR belum membuat apa-apa pengumuman terbaru selepas kenyataan  Setiausaha Agungnya, Datuk Saifudin Nasution Ismail ditarik balik malam tadi.

Mesyuarat PAS pada 17 Ogos lalu mencalonkan dua nama untuk dipertimbangkan Sultan Selangor, iaitu presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan timbalannya Mohamed Azmin Ali. Namun The Malaysian Insider difahamkan, pihak istana tetap mahu agar syarat baginda "lebih dari dua nama" dipenuhi.

Menurut undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor, Sultan hendaklah melantik seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sebagai MB di kalangan mereka yang mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri (DUN).

Seorang pensyarah undang-undang, Datuk Salehuddin Saidin dalam rancangan Bual Bicara TV3 malam tadi, berkata Sultan tidak terikat untuk melantik Dr Wan Azizah walaupun mempunyai akuan bersumpah (SD) 30 anggota Adun kerana Adun lain juga boleh jadi mempunyai sokongan sedemikian.

"Sultan tidak terikat dengan seorang nama yang mempunyai sokongan majoriti sahaja kerana boleh jadi orang lain juga mempunyai sokongan sedemikian," kata Salehuddin, yang juga bekas pegawai kanan Pejabat Peguam Negara. – 4 September, 2014. (TMI)


28 Rahsia Negara Israel

Posted: 04 Sep 2014 12:51 AM PDT


Addin

28 Rahsia Negara Israel


Kita dah sedia maklum bahawa Israel adalah sebuah negara yang sebenarnya tidak ujud, tetapi diberikan kewujudannya. Kesilapan paling besar dunia arab pada ketika itu apabila membenarkan sekelumit tanah diberikan kepada mereka. Tapi tengoklah apa kesannya sekarang!

Yahudi dengan pendekatan regim Zionis benar-benar bersifat kejam dengan pelbagai agenda yang tersurat dan tersirat. Mereka menggunakan pendekatan yang sangat halus sehingga sukar untuk ditafsir. Dan kalau ada yang ditafsirkan, pihak sana masih lagi mampu memutar belitkannya sehingga ia memihak kepadanya.
Regim Zionis memang licik. Mereka seolah kebal dari tindakan dunia. Mereka terlalu berani.... dan dunia pula terlalu pengecut hingga tak dapat menjejaskan dunia mereka.

Mari singkap beberapa rahsia yang mungkin anda tidak tahu. Ini secara amnya berkaitan dengan negara Yahudi itu - Israel.

28 Perkara Mengenai Negara Israel yang Mungkin Anda Tak Tahu
Tahukah anda bahawa selain ras Yahudi, dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?Tahukah anda bahawa setiap ras Yahudi yang ada di seluruh dunia menjadi Negara Israel secara otomatik?Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khusus untuk membezakan antara ras Yahudi dan bukan Yahudi?Tahukah anda bahawa Juruselam bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan Bukit Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya pihak Barat dan Amerika Syarikat sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan bahagian dari Israel.Tahukah anda bahawa Israel membekalkan 85% air bersih hanya utk ras Yahudi dan membahagikan baki 15% utk seluruh penduduk Palestin yang menetap dikawasan Israel? Realitinya, Israel membekalkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk Yahudi di Hebron, sementara baki 15% hanya untuk dibekalkan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu.Tahukah anda bahawa Amerika membekalkan US$5 million daripada pendapatan cukai setiap tahunannya untuk menyumbang kepada Israel?Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar US$1.8 million setiap tahun? Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh negara di benua Afrika?Tahukah anda bahawa Israel juga mendapat bantuan tambahan sebesar US$4 million dari Amerika yang terdiri dari pesawat pejuang F 16, Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan negara penyumbang utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua kemudahan yang diminta Israel utk menjamin kekuasaannya di Timur Tengah.Tahukah anda bahawa pemerintah Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lubnan dan penggunaan senjata nuklear pada thn 1981.Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan pengembangan senjata nuklear? Dan menolak pasukan pemeriksa senjata PBB untuk memeriksa tempat persembunyiannya?Tahukah anda bahawa sebelum tertubuhnya Israel pada tahun 1948, ia sudah memiliki loji pengembangan senjata nuklear?Tahukah anda bahawa Pegawai Tinggi Israel di Jabatan Perang mengakui secara terang-terangan bahawa tetera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?Tahukah anda bahawa Israel meledakan tempat kediaman diplomat Amerika dan menyerang kapal perang induk Amerika, Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967? Walaupun serangan itu membunuh 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan sebarang tindakan terhadap Israel. Hanya dgn alasan bahawa tentera Israel tersalah sasaran. Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh sebuah negara Islam.Tahukah anda bahawa Israel merupakan negara yang paling banyak melanggar resolusi keamanan PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel sebanyak 69 buah. Bayangkan seandainya sebuah negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika Syarikat?Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan sistem politik konservasi terhadap identiti ras Yahudi agar tetap menjadi warga negara itu?Tahukah anda bahawa pada tanggal 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para buruh Palestin yang sedang menunggu bas supaya duduk berbaris di atas tanah. Kemudian tentera itu menembak mereka dari jarak setengah meter? Tahu pulakah anda bahawa pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel?Tahukah anda bahawa sampai tahun 1988, semua kedai di Israel hanya boleh menempelkan keterangan kerja kosong dengan perkataan: kerja kosong hanya utk ras Yahudi, mencari seorang penulis dengan syarat ras Yahudi?Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negara Israel membayar 'dana' kepada media Amerika untuk memunculkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah?Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Israel pertama David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran seluruh ras Arab dari Israel?Tahukah anda bahawa rahib besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti terbesar di Israel) mendukung kekejaman tentera Israel untuk membunuh warga Palestin? Bahkan ia mengeluarkan arahan radikal supaya diteruskan usaha-usaha membunuh warga Palestin.Tahukah anda bahawa pelarian Palestin merupakan pelarian terbesar di dunia?Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah Yahudi?Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agung Israel sedah mengeluarkan keputusan larangan penyeksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan Risikan Israel) tetap terus menyiksa setiap pejuang Palestin dalam proses pemeriksaannya?Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses belajar, mengajar dan merosak seluruh prasarana pendidikan, Palestin tetap menjadi negara terbesar melahirkan doktor?Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak sama yang dijamin oleh undang-undang HAM antarabangsa yang diterbitkan pada 10 Disember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin? Kerana dihalang dengan ditandatangani atas persetujuan Oslo?Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia menyatakan negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang negaranegara Arab terlebih dahulu kemudian merampas kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri.Tahukah anda bahawa Israel sebagai negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan Konvensyen Geneva untuk menjaga hak dan keselamatan warga Palestin?Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 thn yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

Sumber: Tranung.net



Iklan C (ii)







Anggota Tentera berjaya tembak penceroboh di Perairan Pulau Selingan, Sandakan!

Posted: 03 Sep 2014 11:34 PM PDT


Tengok TV Online

Anggota Tentera berjaya tembak penceroboh di Perairan Pulau Selingan, Sandakan!


SANDAKAN: Anggota tentera terpaksa melepaskan tembakan ke arah sebuah bot pam penceroboh yang cuba meluru ke arah mereka sambil pengendalinya mengeluarkan sebilah parang di perairan Pulau Selingan, Rabu.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Abdul Rashid Harun berkata berikutan itu, bot penceroboh yang terkena tembakan itu karam dan suspek terjatuh ke dalam air.

Beliau berkata seorang anggota tentera menyelamatkan suspek dan mendapati pengendali bot pam itu mengalami kecederaan akibat tembakan di bahagian betis kiri dan buku lali sebelah kanan.

Katanya suspek kemudian dibawa ke Pulau Bakungan Kecil (Malaysia) bagi mendapatkan rawatan kecemasan sebelum dihantar ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan untuk rawatan lanjut.

"Suspek kini dalam keadaan stabil dan masih mendapat rawatan," katanya dalam satu kenyataan di sini Khamis.

Sebelum insiden itu, Abdul Rashid berkata anggota tentera yang bertugas di Pulau Bakungan Kecil menerima maklumat bahawa terdapat beberapa bot dari Pulau Bakungan Besar, Filipina sedang menuju ke arah Pulau Selingan yang terletak hampir 25 kilometer dari pusat bandar Sandakan kira-kira pukul 1.45 tengah hari Rabu.

Bertindak atas maklumat berkenaan, enam anggota tentera yang menaiki bot Boston Whaler 54 bergerak ke lokasi itu, katanya.

"Setelah tiba di lokasi berkenaan, anggota tentera mendapati lapan bot pam berada di kawasan perairan negara Malaysia, dan hanya seorang sahaja yang ada dalam setiap bot pam tersebut," katanya.

Abdul Rashid berkata anggota tentera terbabit cuba "menghalau" mereka dengan melepaskan tiga das tembakan amaran namun hanya dua sahaja yang berpatah balik ke perairan Filipina manakala enam pam bot lagi tidak mengendahkan amaran itu.

"Sebaliknya mereka cuba membuat provokasi terhadap bot anggota tentera dan pada masa itu anggota tentera kita ternampak salah sebuah bot pam cuba menghampiri mereka sambil (pengendalinya) mengeluarkan sebilah parang menyebabkan anggota tentera tersebut melepaskan beberapa das tembakan ke arah bot tersebut untuk mempertahankan diri," katanya.

Difahamkan selepas suspek ditembak, lima lagi bot penceroboh itu beredar kembali ke perairan Filipina.

Abdul Rashid berkata siasatan lanjut berhubung insiden itu masih diteruskan termasuk latar belakang kumpulan itu dan menegaskan Esscom akan terus meningkatkan operasi keselamatan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) bagi membendung pencerobohan.

Esszone merangkumi 10 daerah yang meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau. Daerah-daerah terbabit ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau.

Esscom yang ditubuhkan pada 1 April tahun lepas bertanggungjawab menyelaras operasi pelbagai agensi pertahanan dan keselamatan termasuk Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Padah berSMS ketika memandu, punggung wanita tertusuk kayu (Gambar)

HANYA kerana sibuk menghantar mesej menerusi telefon bimbitnya ketika memandu, seorang wanita terpaksa menanggung kesakitan apabila punggong dan pehanya tertusuk tiang kayu.

Kemalangan itu berlaku ketika Christina Jahnz bergegas untuk menghadiri mesyuarat selepas menghantar anak perempuannya ke sekolah di Elizabeth, Colorado, Amerika Syarikat.

Sebaik tunduk dan merakam suara menerusi telefon bimbitnya, tiba-tiba Jahnz hilang kawalan dan terlanggar penyangga jalan.


Hentaman yang kuat menyebabkan tiang kayu penyangga jalan merodok keretanya dan tertusuk peha serta punggung wanita malang itu.

Pasukan bomba terpaksa dipanggil untuk memotong tiang kayu itu sebelum Jahnz dikejarkan ke hospital untuk menjalani pembedahan bagi mengeluarkan tiang itu.

Doktor yang merawatnya berkata, Jahnz yang dimasukkan ke wad selama empat hari bernasib baik kerana tusukan kayu itu tidak mencederakan saluran darah utama.

Berikutan kejadian itu, Jahnz menasihatkan orang ramai supaya mengambil iktibar daripada apa yang berlaku padanya. -mStar


KEMASKINI: MB S'gor. A/Hadi Calon 3 Nama EXCOnya..

Posted: 03 Sep 2014 10:52 PM PDT


Ibnu Hasyim

KEMASKINI: MB S'gor. A/Hadi Calon 3 Nama EXCOnya..




Datuk Seri Abdul Hadi Awang

PETALING JAYA: Krisis menteri besar di Selangor telah menemui kemelut terbaharu apabila PAS dipercayai telah mengemukakan nama tiga ahli majlis eksekutif untuk jawatan itu.

Tiga nama tersebut ialah Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi dan Ahmad Yunus.
Surat daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dihantar sebelum tarikh 3 September bagi mengemukakan lebih daripada dua nama calon jawatan menteri besar berikutan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari PKR, menurut beberapa sumber di negeri ini.
 Mereka berkata Hadi secara peribadi telah menandatangani surat untuk istana, menamakan tiga ahli exco parti itu dalam pentadbiran negeri sebagai calon.

Pembantu kanan Hadi ketika dihubungi The Star untuk mendapatkan komen, tidak menafikan surat itu telah dikemukakan dan berkata terpulang kepada kepimpinan parti untuk membuat kenyataan mengenai perkara itu.

"Ini adalah perkara yang sulit dan oleh itu, saya tidak boleh membincangkannya," katanya.

Surat itu akan dilihat sebagai satu penghinaan kepada konsensus yang dipersetujui oleh sekutu Pakatan Rakyat yang lain iaitu PKR dan DAP yang telah bersetuju untuk mengemukakan hanya satu nama iaitu nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke istana untuk dipertimbangkan.

PAS menegaskan bahawa lebih dari dua nama hendaklah dikemukakan mengikut permintaan istana.(mStar)


Sheera Iskandar, Berhijrah Kerana Gaza. Nak Tunjuk Riyak?

Posted: 03 Sep 2014 08:48 PM PDT


Ibnu Hasyim

Sheera Iskandar, Berhijrah Kerana Gaza. Nak Tunjuk Riyak?


HALAMAN HIBURAN

TIDAK pernah terdetik di hatinya untuk riyak mahupun menunjuk-nunjuk kepada orang apabila tampil berhijab sejak Ramadan lalu. Bagi pelakon berbakat, Sheera Iskandar, penghijrahan dirinya pada bulan yang mulia itu hanya untuk mendapat keredaan Allah SWT semata-mata.

Lapor myMetro hari ini.

"Sebenarnya, sudah lama saya memendam hasrat untuk berhijab dan hanya menunggu masa yang sesuai saja. Saya juga lebih suka membuat perubahan diri secara perlahan-lahan dengan mengenakan selendang pada Ramadan tahun lalu. Hasrat untuk berubah juga lahir dari hati dan tanpa paksaan dari sesiapapun.
"Semuanya bermula ketika saya menjayakan program Gaza bersama rakan artis seperti Yatt Hamzah yang berlangsung di Masjid Shah Alam, tahun ini.
"Selepas majlis itu selesai, saya terus berasa janggal untuk menanggalkan tudung bila keluar rumah. Malah, ada pihak dari Real Hijab yang bermurah hati memberi saya pelbagai jenis selendang untuk digayakan dalam majlis dihadiri," katanya.

Sedikit komen mengenai riyak..

Riya' atau 'menunjuk-nunjuk' adalah antara perangai manusia yang sukar dikesan dengan pancaindera luaran , melainkan mudah dikesan dengan pancaindera dalaman (hati). Walaupun begitu kita tidak digalakkan untuk memandang buruk kepada orang lain dan menuduhnya riya', bahkan kita sendiri yang mesti memperingati diri kita agar jangan bersikap riya' dalam apa soal pun terutamanya dalam hal-hal agama dan amal ibadat.
"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat.  (Iaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya.  orang-orang yang berbuat riya'." Surah Al maa'un : Ayat 4 – 6
Riya' berasal dari perkataan arab iaitu 'ro'a' yang bermaksud melihat. Maka riya' pula bermakna memperlihatkan.  Dan dalam istilah Islam pula bermakna 'menunjuk-nunjuk' dalam melakukan sesuatu amalan, beramal kerana mengharapkan sesuatu balasan duniawi, yang dilakukan secara tidak ikhlas dan penuh kepalsuan.

Riya' berlaku hasil dari hati yang 'tidak ikhlas'. Iblis dan Syaitan menjalankan kerja-kerja menghiasi amalan-amalan kita dengan sifat riya' agar kita mudah menjadi terkenal dengan habuan dunia yang menyeronokkan dan sementara.  Itulah di antara janji-janji Iblis yang penuh dengan kepalsuan.

Riya' terbahagi kepada dua iaitu Riya' Khusus dan Riya' bercampur. Riya' khusus ialah berkehendakkan manfaat dunia semata-mata dari amalan yang dikerjakan, manakala Riya' bercampur ialah berkehendakkan manfaat dunia dan  akhirat.

Mengikut qaul (kata-kata) yang terpilih, tiada kadar tertentu terbatalnya pahala akibat riya' itu. Yang jelas, riya' itu mengakibatkan pahala tidak diterima, ditolak terus atau dikurangkan pahalanya.

Diriwayatkan, apabila hamba Allah yang riyak menuntut pahala amalannya pada hari Kiamat, Allah Taala lalu berfirman: 
"Tidakkah Aku luaskan untukmu tempat kedudukanmu di majlis-majlis? Tidakkah Aku jadikan engkau pemimpin manusia di dunia? Tidakkah Aku murahkan (permudahkan) urusan perniagaanmu? Apakah kamu tidak dimuliakan?"
Riwayat ini bermaksud, tuntutan pahala daripada hamba Allah itu tidak diperkenankan, kerana amalannya tidak ikhlas. Cukuplah untuk dia mendapat manfaat dunia yang menjadi matlamatnya.
Diriwayatkan lagi, bahawa malaikat membawa naik ke langit amalan hamba Allah dengan sukacitanya. Tetapi Allah berfirman:
"Lemparkan amalan itu ke neraka Sijjin. Sesungguhnya dia (hamba Allah itu) mengerjakan amalan itu bukan kerana-Ku".
Mengikut riwayat yang lain: Pada hari Kiamat, kedengaran seruan yang dapat didengar oleh semua makhluk, 
 "Hai, orang-orang yang menyembah manusia! Berdirilah kamu, ambillah pahala daripada orang yang kerananya kamu kerjakan amalan kamu itu. Aku tidak menerima amalan yang dikaitkan dengan yang lain daripada-Ku".
Seterusnya diriwayatkan lagi, Rasulullah saw bersabda, maksudnya: 
"Sesungguhnya syurga itu berbicara, katanya, 'Aku ini haram bagi setiap orang yang bakhil, riyak, pengadu-domba dan pendengki".
Mengikut Imam al-Ghazali: 
"Bakhil dalam Hadis tersebut membawa maksud, bakhil yang sejahat-jahat bakhil, iaitu bakhil daripada mengucapkan La ilaha illallah, Muhammadun Rasulullah. Manakala riya' itu pula ialah sejahat-jahat riya', iaitu riya' orang munafik, menunjuk-nunjuk imannya dan tauhidnya dengan kata-kata dan perbuatan, tetapi di dalam hatinya berlainan.Orang yang tidak mengatasi bakhil dan riya' tersebut atau tidak membebaskan diri daripada serangan kedua-duanya, akan menerima kecelakaan dan akan terjatuh dalam kekufuran, lalu terluput daripada syurga dan berhak kekal dalam neraka".
Dalam satu riwayat yang panjang, Abu Hurairah menyatakan, Rasulullah bersabda, bahawa orang-orang yang mula-mula diseru pada hari Kiamat ialah:
lelaki yang membaca / menghafaznya al-Quran,lelaki yang banyak harta,lelaki yang terkorban dalam perang sabil.
Kepada lelaki yang membaca / menghafaz al-Quran, Allah Taala berfirman, "Tidakkah Aku ajarkan engkau apa yang Aku turunkan melalui Rasul-Ku?".
Apabila lelaki itu menjawab, "Ya, wahai Tuhanku", Allah berfirman lagi, "Apa yang engkau amalkan dengan apa yang engkau ketahui di dalam al-Qur'an itu?".
Jika lelaki itu berbohong, Allah berfirman kepadanya, "Engkau dusta!". Para Malaikat juga turut berkata demikian. "Engkau sebenarnya mahukan sebutan / pujian orang. Sesungguhnya apa yang engkau mahu itu engkau telah dapat dan itulah ganjaran untukmu".

Kepada orang kaya pula Allah berfirman, "Tidakkah Aku kurniakan kekayaan kepada engkau sehingga engkau tidak perlukan bantuan orang lain?".
Jawab orang kaya, "Ya, wahai Tuhanku". Lalu Allah berfirman lagi, "Apakah yang engkau lakukan dengan kekayaan yang Aku kurniakan itu?".
Jika orang kaya itu menjawab, dia gunakan hartanya untuk menghubungkan silaturrahim dan bersedekah, Allah lalu berfirman dan diikuti oleh para malaikat. "Engkau berdusta! Sebenarnya engkau mahu dikatakan orang, bahawa engkau pemurah. Engkau telah memperolehi apa yang engkau mahu itu dan itulah ganjaran untukmu!".

Demikianlah juga, firman Allah kepada lelaki yang terkorban dalam perang sabil, apabila dia berbohong dengan mengatakan, "Engkau perintah kami berjihad fi sabilillah, maka aku berjihad. Dalam perang sabil aku membunuh dan akhirnya aku dibunuh".
Ibnu 'Abbas pula meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya neraka dan penghuninya menjerit-jerit kerana orang-orang riya'".
Ibnu 'Abbas bertanya, "Kenapa mereka menjerit, ya Rasulullah?"
Rasulullah menjawab, "Kerana terlalu panas api yang digunakan untuk menyeksa orang-orang riyak".

Orang yang mengerjakan amal kebajikan kerana berkehendakkan manfaat dunia, walaupun manfaat itu diharapkan daripada Allah (bukan daripada manusia) adalah juga termasuk dalam riyak, iaitu riyak khusus.
Menurut ulama, "riyak" itu adalah berdasarkan apa yang dikehendaki, bukan daripada siapa kehendak itu diminta. Tak kira, sama ada daripada Allah Taala atau daripada manusia, jika manfaat dunia yang dikehendaki, maka itu dikira riyak. Habuannya hanyalah di dunia semata-mata. Oleh sebab itu Rasulullah S.a.w memberi amaran bahawa riyak itu merupakan SYIRIK yang terkecil.
Firman Allah Taala, mafhumnya:
"Barangsiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barangsiapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat." Surah As Syuura : Ayat 20
Jika manfaat dunia yang dikehendaki untuk dijadikan bekalan beribadat, maka itu tidak dikira riyak, kerana manfaat itu bukan bersifat duniawi semata-mata, tetapi bercampur dengan manfaat ukhrawi.
Jadi, niat untuk mencapai matlamat kebajikan ke jalan akhirat bukan dikira riya'. Umpamanya, kita berusaha mencari pengaruh atau berusaha untuk mendapat penghormatan orang ramai dengan cara meninggikan taraf hidup kita, semata-mata dengan tujuan agar kerja kebajikan kita, misalnya kegiatan dakwah, mendapat sokongan dan sambutan yang akan mendatangkan hasil yang diharapkan atau mendapat kejayaan yang cemerlang.
Hal seperti itu dikatakan sebagai usaha untuk mencapai matlamat kebajikan (untuk akhirat), kecuali jika pengaruh dan penghormatan itu untuk memperolehi kemuliaan, kebesaran, kemasyhuran, kemegahan dan keadaan yang bersifat duniawi yang lainnya.
.
Peringkat Riak
1- Riak Akbar
Riak akbar ialah seseorang itu taat melakukan ibadat tetapi untuk mendapatkan sesuatu daripada manusia dan bukanlah untuk beroleh keredhaan Allah SWT. Riak ini adalah berpaling terus daripada Allah pada keseluruhannya kerana hanya berkiblatkan manusia.
2- Riak Asghar
Riak asghar ini pula ialah melakukan sesuatu untuk mendapatkan apa yang ada pada manusia dan apa yang pada Tuhan iaitu melakukan amal kerana Allah dan kerana yang lain daripada-Nya. Riak ini adalah lebih ringan daripada riak akbar kerana orang itu menghadap Allah pada satu segi dan kepada manusia pada satu segi yang lain.
3- Riak Jali ( yang terang )
Riak ini ialah mendorong seseorang itu untuk melakukan amal ibadat. Sehinggakan jika tanpa riak ini dia tidak berminat untuk melakukan amal.
4- Riak Khafi ( yang tersembunyi )
Riak ini pula ialah riak yang tesembunyi dan ianya tersembunyi dalam hati di mana ianya mendorong seseorang itu untuk lebih rajin beribadat.
Peringkat Riya'
Riya' Akbar (Besar). Riya' akbar ialah melakukan ibadat kerana mahu sesuatu dari manusia dan bukannya kerana Allah SWT. Riyak ini adalah berpaling terus daripada Allah secara keseluruhannya.Riya' Asghar (Kecil).  Riyak asghar ini pula ialah melakukan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu dari manusia dan sesuatu dari Tuhan iaitu melakukan amal kerana Allah dan kerana yang lain daripada-Nya. Riyak ini  lebih ringan daripada riyak akbar kerana orang itu masih menghadap pada Allah, cuma ada juga berharap pada manusia dari sudut  lain.Riya' Jali ( yang terang ). Riya' ini ialah menggalakkan seseorang itu untuk melakukan amal ibadat. Sehinggakan jika tanpa riyak ini dia tidak berminat atau tidak mahu langsung untuk melakukan amal ibadat.Riya' Khafi ( yang tersembunyi ). Riya' ini pula ialah ria' yang tersembunyi dan ianya tersembunyi dalam hati di mana ianya mendorong seseorang itu untuk lebih rajin beribadat. Jika tidak ia akan malas-malas dan tidak bersungguh untuk beribadah.

Melindungi diri dari penyakit Riya'
Sesungguhnya penyakit yang paling besar serta mematikan yang menimpa hati manusia , serta dapat menjadikan amalan-amalan sia-sia, juga merosakkan seluruh perbuatan manusia serta melahirkan kekerasan dan kekejian ialah riya'.

Riya' adalah sebahagian dari perbuatan syirik menyekutukan Allah, dan sikap ini bersatu dalam diri orang yang takabbur. Banyak nas yang mencela sikap ini, antaranya;
Sabda Rasulullah S.a.w dalam hadith Haritsah bin Wahab, "Mahukah kalian aku beritahu tentang penghuni neraka, iaitu setiap orang yang berperangai jahat serta kasar,  orang gemuk yang berlebih-lebihan dalam berjalannya dan orang-orang yang sombong." Hadith Riwayat BukhariDan dari Ibnu Mas'ud dari Nabi S.a.w, baginda bersabda, "Tidak akan masuk syurga barangsiapa yang di dalam hatinya terdapat kesombongan sebesar biji zarah (atom) sekalipun." Hadith Riwayat MuslimSyeikhul Islam Ibnu Taimiyyah berkata, seseorang yang melakukan riya' pada hakikatnya ia tidak melakukan firman Allah  (Hanya kepadaMu aku menyembah)  dan orang yang bersikap ujub (bangga pada diri sendiri) pada hakikatnya ia tidak melakukan firman Allah   (Hanya kepadaMu kami mohon pertolongan) . Dan barangsiapa yang melakukan firman Allah (Hanya kepadamu kami menyembah) maka ia telah keluar dari sikap riya', dan barangsiapa yang melaksanakan firman Allah (Hanya kepadaMu kami mohon pertolongan) maka ia telah keluar dari sikap ujub.  (Majmu' Al Fatawa  10/277)Dan Ibnul Qayyim pula berkata, "Sesungguhnya hati manusia dihadapi oleh dua macam penyakit yang amat besar jika orang itu tidak menyedari adanya kedua penyakit itu akan melemparkan dirinya ke dalam kehancuran dan itu  adalah pasti, kedua penyakit itu adalah riya' dan takabbur.  Maka ubat kepada riyak ialah (Hanya kepadaMu kami menyembah)  dan ubat dari penyakit takabbur ialah (Hanya kepadaMu kami memohon pertolongan)".  (Madarijus Salikin  1/54)
Sesuatu Yang Disangka Sebagai Riya', Tetapi Sebenarnya Bukan Riya'

Dari Abu Zar r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. ditanya: "Bagaimanakah pendapat Tuan perihal seseorang lelaki yang mengerjakan suatu amalan yang baik dan ia mendapatkan pujian dari orang ramai kerana amalannya itu?" Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Yang sedemikian itulah kegembiraan seorang mu'min yang diterima secara segera – yakni ketika di dunia sudah dapat merasakan kenikmatannya. (Riwayat Muslim)

Rujukan :
1. AlQuran
2. AlHadith
3. Rayuan, janji dan sumpah Iblis laknatullah  –  Hidayatullah Mohd Syaruf Aziz
4. Riyadhus Sholihin – Bab 289

Sekian. As-salamu 'alaikum.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis


Berita Ini Bakal Menggembirakan Ahli PAS.. Saksikanlah

Posted: 03 Sep 2014 08:36 PM PDT


Addin

Berita Ini Bakal Menggembirakan Ahli PAS.. Saksikanlah


PETALING JAYA: Muktamar Tahunan PAS kali ke-60 yang akan diadakan pada 18 hingga 20 September mungkin akan berpindah semula ke lokasi asal iaitu di satu tanah lapang berhampiran Sutera Mall, Johor Bahru.

Pihak FMT telah menerima informasi yang menyatakan bahawa pihak di Johor Bahru telah mengizinkan semula penganjuran Muktamar PAS berdekatan Sutera Mall dan menghubungi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub bagi mendapatkan pengesahan berkenaan perkembangan tersebut.

"Saya pun dengar macam itu (kelulusan telah diberi untuk penganjuran muktamar PAS berdekatan Sutera Mall).

"PAS Johor akan bermesyuarat pada malam ini dan esok PAS Johor dijangka akan membuat pengumuman rasmi berkaitan hal ini (sama ada muktamar PAS berlangsung di Johor Bahru atau Batu Pahat)," katanya.

Sebelum ini Muktamar Tahunan PAS yang dijadualkan berlangsung di satu tanah lapang berhampiran Sutera Mall dijangka terpaksa dipindahkan ke tempat lain berikutan tindakan tuan tanah memulangkan semula wang deposit kepada pihak PAS setelah mendapat tekanan dari pihak tertentu untuk berbuat demikian.

Semalam, Penolong Setiausaha Agung PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil menjelaskan bahawa Muktamar Tahunan PAS, kali ke 60 terpaksa dipindahkan ke satu lokasi baru.

Menurutnya, ia akan dipindahkan ke Parit Raja di Batu Pahat, dalam kawasan parlimen Sri Gading. Berikutan itu PAS telah memindah lokasi muktamar ke Parit Raja di Batu Pahat. ~fmt





Iklan C (ii)







Gadis terselamat diperk0sa rakan sekelas kerana "tazkirah"

Posted: 03 Sep 2014 08:21 PM PDT


Tengok TV Online

Gadis terselamat diperk0sa rakan sekelas kerana "tazkirah"


Kuala Lumpur: Seorang lelaki yang sudah membogeIkan rakan sekelasnya membatalkan niat memperk0sa mangsa sejurus diberikan 'tazkirah' berhubung dosa besar bakal ditanggung.

Dalam kejadian jam 10 malam kelmarin, suspek yang berusia 20-an sebaliknya meminta maaf, selain membantu mangsa memakai semula jubah yang sebelum itu ditanggalkan.

Sumber polis berkata, kejadian bermula apabila mangsa tertinggal Mykad di dalam kereta suspek yang dinaiki sebaik mangsa pulang dari menghadiri kelas di sebuah kolej swasta di Cheras.

Menurutnya, mangsa yang berusia 23 tahun itu kemudian menghubungi suspek dan meminta Mykad itu dihantar kembali kepadanya

"Bagaimanapun, mangsa diminta berjumpa di restoran berdekatan untuk mengambil semula Mykad itu sejam kemudian.

"Sebaik berjumpa dengan lelaki itu, suspek memberi alasan Mykad mangsa tertinggal di dalam bilik hotel. Dia kemudian meminta mangsa mengikutnya hingga bilik hotel berkenaan," katanya.

Dia berkata, mangsa bagaimanapun ditolak ke atas katil sebelum cuba diperk0sa.


0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani