Powered by Blogger.

Penampilan Fazura Yang ‘Menonjol’ Buatkan Penonton Ghairah

Penampilan Fazura Yang ‘Menonjol’ Buatkan Penonton Ghairah


Penampilan Fazura Yang ‘Menonjol’ Buatkan Penonton Ghairah

Posted: 26 Aug 2014 04:47 PM PDT

Penampilan Fazura Yang 'Menonjol' Buatkan Penonton Ghairah  |   Fazura memang cun habis! Bukan sahaja penonton yang terkesima, kami yang melihat buat pertama kali juga terpana seketika, huh!

Fazura muncul sebagai model untuk menggayakan fesyen untuk busana hari raya yang lepas yang menampilkan 5 Stars designer.

Walaupun kelibat selebriti-selebriti lain turut menjayakan pertunjukan fesyen kali ini seperti Tasha Shilla, Zaquan Adha, Natasha Hudson dan Tengku Azura, saat kemunculan Fazura telah diberikan 'standing ovation' oleh para penonton yang hadir.

Kenapa ya? Pakaian yang diperagakan oleh artis lain kurang menyerlahkah atau Fazura sendiri punya aset yang menarik perhatian penonton?

Fazura itsmepicture3 Penampilan Fazura Yang Menonjol Buatkan Penonton Ghairah
Fazura itsmepicture4 Penampilan Fazura Yang Menonjol Buatkan Penonton Ghairah
- sumber -

Aaron Aziz Tayang Spender Putih Di Instagram

Posted: 26 Aug 2014 04:31 PM PDT

Aaron Aziz Tayang Spender Putih Di Instagram  |   Ha jangan terkejut sebab kami terkesima apabila melihat sendiri foto yang dimuat naik oleh hero pujaan ramai ni.

Mana taknya, foto yang dimuat naik oleh Aaron pada tengah malam tadi ini bukan lagi sekadar foto biasa-biasa, tetapi foto seluar dalam  @ spender berwarna putih.

La.. tak percaya? Kebanyakan followers Instagram Aaron juga tertanya-tanya apakah punca pelakon itu upload foto seluar dalam dan ada juga yang nakal bila bertanyakan siapakah empunya bagi seluar dalam lelaki itu. Lols.

Foto yang dimuat naik di laman Instagram Aaron Aziz Rasanya macam ada maksud yang tersirat di sebalik foto seluar dalam dan captionnya tu kan? Seperti sudah mengagak bahawa foto ini bakal jadi kontroversi, ada juga peminat yang mempersoalkan tentang tindakan Aaron itu yang dilihat agak tidak sensitif.

Mungkin mereka memikirkan yang followers Aaron bukan sahaja terdiri daripada kalangan orang dewasa, malah golongan kanak-kanak.Screen Shot 2014 08 27 at 2.15.37 AM Aaron Aziz Tayang Spender Putih Di Instagram

Aliff Aziz HILANG lagi!

Posted: 26 Aug 2014 04:14 PM PDT

 Aliff Aziz HILANG lagi!| Penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz, 23, mencetuskan persoalan baharu apabila dia dikhabarkan menghilangkan diri di lokasi yang tidak diketahui sehingga menjejaskan jadual seninya.

Menurut sumber, penyanyi itu juga tidak memberi sebarang respons menerusi mesej yang dihantar oleh pihak syarikat rakamannya, Sony Music sejak sebulan lalu untuk urusan sesi fotografi dan juga persembahan nyanyian.

Lebih memeranjatkan, Aliff didapati memadam semua status dan gambar-gambar yang pernah diumuat naik menerusi akaun Instagram miliknya yang menggambarkan seolah-olah dia sedang menghadapi masalah tertentu.

Semakan  mendapati, status akaun Twitter miliknya kali terakhir ditulis pada 21 Ogos lalu dengan mengatakan dia berada di Bukit Panjang (Singapura) bersama hastag #bored #alone.
 

Sementara itu, pihak pengurusannya Sony Music Malaysia yang dihubungi mengesahkan bahawa pihaknya sudah hampir sebulan tidak dapat berhubung dengan penyanyi itu.

Wakil pihak pengurusan itu turut memberitahu Aliff telah menghantar mesej kepada mereka agar diberikan masa bagi menyelesaikan masalah peribadinya.

 Aliff Aziz HILANG lagi!

Tambahnya, disebabkan perkara itu juga Sony Music terpaksa membatalkan beberapa acara yang telah dijadualkan.

"Buat masa ini pihak kami masih cuba menghubungi Aliff namun tiada sebarang maklum balas dan difahamkan dia kini berada di Singapura.

"Kali terakhir pada Hari Raya kelima lalu dia meminta agar diberi masa untuk selesaikan masalah peribadi, namun tidak diberitahu berapa lama dan apakah masalah berkenaan," ujarnya.

Aliff sebelum ini pernah menimbulkan masalah apabila gagal dihubungi dan seringkali lewat dalam beberapa urusan kerja.

Namun dia berjanji untuk memperbaiki masalah peribadi yang merosakkan kerjaya seninya itu.

Dalam pada itu, adik kepada penyanyi Aliff iaitu Aisyah Aziz turut gagal dihubungi dan difahamkan kini berada Singapura atas urusan kerja.-mStar

Filem Tempatan Kita Gambarkan Betapa Rendah Mentaliti Orang Malaysia?

Posted: 26 Aug 2014 01:10 PM PDT

Filem Tempatan Kita Gambarkan Betapa Rendah Mentaliti Orang Malaysia? | Ini mungkin bukan artikel biasa yang kami keluarkan namun tulisan ringkas Adlan Harith & Amran Zulkifli menerusi akaun Facebook The Patriots baru baru ini menarik perhatian kami untuk ulang siar buat tatapan anda. Mungkin ada sesuatu yang boleh kita belajar.

Saya Google untuk melihat-lihat senarai filem tempatan yang akan ditayangkan sepanjang bulan kemerdekaan ini di sinema kita.

10639693 276068152587217 1655799016531108847 n copy Filem Tempatan Kita Gambarkan Betapa Rendah Mentaliti Orang Malaysia?

1. ADNAN SEMPIT SAWADIKAP (7 Ogos) – Filem komedi dan franchise terbaru filem box office Adnan Sempit. Kali ini Adnan merantau ke Thailand dan membuat kecoh disana.

2. KAWAN AKU MATI DALAM RUMAH SEWA (14 Ogos) – Filem komedi seram mengisahkan seorang kawan yang mati di dalam rumah sewa yang disewa bersama kawan-kawannya.

3. JIN (21 Ogos)- Filem seram, ngeri tentang pasangan yang diganggu jin.

4. MAMAK CUPCAKE (28 Ogos) – Filem komedi tentang mamak yang mengusahakan cupcake.

5. LAGENDA BUDAK SETAN 3 – KASYAH (11 September) – Drama, kisah cinta dan penutup trilogi filem Lagenda Budak Setan.

6. NASI TANGAS (18 September) – Filem seram dan ngeri tentang kehebatan nasi tangas atau nasi kangkang.

7. AMIR & LOQMAN PERGI KE LAUT (25 September) – Filem aksi komedi tentang pengikut ahli kongsi gelap yang mahu insaf.

Sementara itu: Saya Google lagi untuk membuat perbandingan kecil dengan Indonesia yang menyambut kemerdekaan mereka pada 17 Ogos yang lalu. Sekitar pertengahan Julai hingga hujung September bioskop mereka menayangkan banyak juga filem tapi antaranya filem-filem ini yang menarik perhatian.

10639693 276068152587217 1655799016531108847 n Filem Tempatan Kita Gambarkan Betapa Rendah Mentaliti Orang Malaysia?

1. HIJRAH CINTA – Kisah benar tentang perjalanan hidup Ustaz Jefri al-Buchori, & pengalaman hidupnya yang membawanya menjadi seorang pendakwah yang disegani di Indonesia.

2. SOEKARNO (EXTENDED VERSION) – Ini karya pengarah terkenal Hanung Bramantyo tentang kehidupan dan perjuangan Presiden Soekarno dalam merintis kemerdekaan Indonesia. Filem ini diulang tayang dengan versi lebih panjang dan detail. Khusus untuk tayangan hari kemerdekaan.

3. NEGERI TANPA TELINGA – Filem dari pengarah yang disegani di Indonesia, Lola Amaria. Ini sebuah filem komedi satira politik yang secara dalamnya mengkritik penguasa dan institusi di Indonesia yang sering tercemar dengan jenayah kolar biru dan skandal seks.

4. HAJI BACKPACKER – Ini filem spiritual tentang perjalanan seorang anak muda dalam mencari makna diri, makna kewujudan tuhannya. Juga tentang kegigihan apabila pemuda itu berkeinginan menunaikan ibadah haji dengan keterbatasan yang menghambat. Mengikut info filem ini dirakam di sembilan buah negara antaranya India, Iran, Arab Saudi, Indonesia. Dijadualkan untuk tayangan sempena Hari Raya ‘Idiladha.

Apabila kita bercerita tentang patriotisme dan membina semangat jati diri melalui filem. Pada hari mengenang kemerdekaan. Mungkin tayangan ulangan Sarjan Hassan atau Bukit Kepong atau Leftenan Adnan di TV sudah memadai barangkali?

U Wei pernah cakap kalau hendak buat filem bijak, dia perlu audiens yang bijak. Tapi orang Malaysia yang katanya lebih superior daripada Indonesia, filem-filem di bulan kemerdekaan mencerminkan sebaliknya. Industri perfileman Indonesia sememangnya hebat dengan filem filem sarat dengan mesej.

Di Malaysia, kita angkat mat rempit, hantu, lawak bodoh, gengster sebagai modal. Maka, demand creates supply atau… (Hasil Tulisan: Adlan Harith dan Amran Zulkifli)-rotikaya

Sharnaaz Tak Puas Hati dengan Gambar Selfie Azwan Ali

Posted: 26 Aug 2014 12:49 PM PDT

Sharnaaz Tak Puas Hati dengan Gambar Selfie Azwan Ali| Kalau anda belum dengar, sekitar hujung minggu lalu tercetus perbalahan antara Azwan Ali dan Sharnaaz Ahmad dek kerana si muda menegur yang tua kerana mengambil gambar sendiri (selfie) di perhimpunan berkabung rakyat di Dataran Merdeka.

“Apa yang saya tidak boleh terima ialah tindakan biadabnya (rakam gambar) selfie & memanggil Melayu ‘laknatullah’. Melampau!”

“Saya tak peduli apa dia nak cakap atau panggil saya sebab satu Malaysia memang tahu mulut dia macam mana. Untuk benda itu, dia tak payah minta maaf pun. Saya tegur dia cara elok dan saya malas jawab apa dia cakap sebab dia lagi tua. Cuma bila dia sentuh kaum, saya tidak senang,” jelas Sharnaaz Ahmad.

Sharnaaz Ahmad vs. Azwan Ali ROTIKAYA 1000x608 Sharnaaz Tak Puas Hati dengan Gambar Selfie Azwan Ali

Dalam kenyataan menerusi Instagram juga beberapa hari lalu, Sharnaaz Ahmad juga ada berikan nasihat kepada Azwan Ali supaya meminta maaf kepada kaum Melayu yang dihina sebelum terlambat dan berkata tidak kisah jika hanya dirinya dihina, bukan kaum.

“Bukan taknak tegur cara senyap, sebab cara senyap akan bertukar tak senyap juga bila sampai ke tangan Azwan. Ini bukan soal jantina, aib, personal. Ini soal bangsa Melayu yang diinjak kedaulatan! Mohon maaf pada Melayu sebelum terlambat bang,” tulisnya.-rotikaya

2 Sharnaaz Ahmad vs. Azwan Ali ROTIKAYA 1000x611 Sharnaaz Tak Puas Hati dengan Gambar Selfie Azwan Ali

 

Lisa, Yusry rai Baby Lara Seperti Anak Sendiri

Posted: 26 Aug 2014 10:54 AM PDT

Lisa, Yusry rai Baby Lara Seperti Anak Sendiri| DUA tahun mendirikan rumah tangga bukan pengukur kepada mana-mana pasangan suami isteri untuk memiliki cahaya mata.

Malah pasangan selebriti popular ini juga mengakui teruja untuk bergelar ibu dan bapa sementelah belum mempunyai anak sepanjang perkahwinan mereka.

Keterujaan keduanya dapat dilihat apabila mengunjungi rumah rakan seperjuangan, pelakon Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya yang baru sahaja menerima puteri sulung mereka baru-baru ini.

Menerusi gambar yang dimuat naik di laman Instagram milik aktres cantik Lisa Surihani, nampaknya pelakon Istanbul Aku Datang itu sempat meluangkan masa bersama suaminya, Yusry Abdul Halim, bagi meraikan anak Awal dan Scha yang popular dengan nama 'Baby Lara'.

 Lisa, Yusry rai Baby Lara Seperti Anak Sendiri

Lisa turut berkongsi perasaan yang dipetik dari kata-katanya di Instagram, katanya, dia sangat gembira kerana akhirnya dapat berjumpa dengan Baby lara.

Dia juga mengucapkan terima kasih kerana Awal, Scha dan keluarganya yang menerima kunjungan mereka dengan baik.Sebenarnya bukan Baby Lara sahaja, sebelum ini dia pernah melawat Sofia Arissa yang merupakan anak kepada pelakon Liyana Jasmay.Pelakon berusia 28 tahun itu, juga sering kali memuat naik gambarnya bersama anak buah dan kanak-kanak lain.

Lisa pernah memberitahu menyukai kanak-kanak selepas mendapat pengalaman mengajar kanak-kanak selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dahulu.-s.harian

 

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani