Powered by Blogger.

(Advertorial) Produk Vxgra

(Advertorial) Produk Vxgra


(Advertorial) Produk Vxgra

Posted: 16 Aug 2014 07:37 PM PDT


Addin

(Advertorial) Produk Vxgra


Produk VXGRA keluaran pengilang melayu bumiputra #1 jenama bertaraf antarabangsa mampu bersaing di pasaran global.

Dengan pengalaman lebih 15 tahun dalam mengeluarkan produk kesihatan & skincare, kini dengan kajian RND terhadap herba-herba khasiat lelaki maka hasilnya jenama VXGRA mengeluarkan 4 produk utama lelaki :

1. Vxgra Men Cream – Segar & Bertahan

2. Vxgra Men Attraction – Pewangi Rangsangan Wanita

3. Vxgra Men CafĂ© – Pembekal Mineral & Testerone.

4. Vxgra Men Booster – Penjana Ghairah Lelaki

Dengan kajian RND dan teknologi terkini digabungan dengan herba-herba terpilih kaya dengan mineral penjana rangsangan sexual lelaki mampu membantu meningkatkan daya kesihatan lelaki 100% .

Bahan-bahan herba antaranya :

1. Catuaba – Pencetus Rasa Sexsual

2. Butea Superba – Tingkatkan Sperma

3. Panax Ginseng – Tenaga Batin

4. Tongkat Ali – Hormon Seksual

5. Maca – Rangsangan Sex

6. Tribulus – Booster Sexsual





Klik laman web rasmi Vxgra : www.vxgra.com

Tiada sebarang bahan terlarang racun atau sebagainya, pemgambilan yang berterusan akan meningkatkan prestasi kelakian dan kesihatan yang baik. Anda PASTI TERUJA !!

Pihak Vxgra menawarkan SATU peluang perniagaan kepada individu yang ingin menjadi ejen / stokis Vxgra bagi pasaran tempatan dan global.

Anda boleh layari laman web kami www.vxgra.com untuk peluang menjana pendapatan dan informasi lengkap.

VXGRA MEN HERBS TECHNOLOGY



Pengurusan Asia Pacific
Encik Fakhri Hashim
+60103235777





4 Kemungkinan Keputusan Mesyuarat PAS Hari Ini.. -M/ Insider

Posted: 16 Aug 2014 06:49 PM PDT


Ibnu Hasyim

4 Kemungkinan Keputusan Mesyuarat PAS Hari Ini.. -M/ Insider


Dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat hari ini, parti itu dijangka akan kekal bersama Pakatan Rakyat bersama calon lain selain Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar Selangor. – Gambar The Malaysian Insider, 17 Ogos, 2014.  
Dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat hari ini, parti itu dijangka akan kekal bersama Pakatan Rakyat bersama calon lain selain Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar Selangor. – Gambar The Malaysian Insider, 17 Ogos, 2014.  

Jawatankuasa PAS Pusat yang bermesyuarat hari ini mempunyai 4 kemungkinan dalam menentukan masa depan parti Islam itu dan dijangka PAS akan memilih untuk terus bersama Pakatan Rakyat (PR), namun menolak cadangan PKR meletakkan Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Antara 4 kemungkinan pilihan parti itu adalah:
Kekal bersama Pakatan dan menyerahkan nama calon lain sebagai menteri besar Selangor kepada PKR. Meninggalkan Pakatan dan berdiri sebagai sebuah parti secara individu. Meninggalkan Pakatan dan menyertai Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membentuk kerajaan Selangor; atau Menyokong pilihan calon PKR, Dr Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar dan kekal bersama Pakatan.Seramai 38 anggota jawatankuasa pusat parti itu dijangka memilih pilihan pertama berdasarkan keputusan Majlis Syura sebelum ini yang menyuarakan sokongan kepada Khalid. Selepas pemecatan Khalid daripada PKR, PAS bagaimanapun perlu berkompromi antara kehendak parti dan keperluannya untuk kekal dalam Pakatan.

Ini kerana selain menyokong Khalid, Majlis Syura juga mahu PAS kekal dalam pakatan pembangkang, seperti mana Muktamar PAS sebelum ini memutuskan – untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat.

"Ustaz Hadi bersetuju untuk menggantikan Khalid tetapi PKR perlu berkompromi dan meletakkan calon lain selain Dr Wan Azizah," kata pemimpin kanan PAS, merujuk kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Jika Anwar (Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim) berkeras mahukan Dr Wan Azizah, ini menunjukkan beliau bukan tidak mahukan Khalid, tetapi tetap mahukan Dr Wan Azizah."

Pandangan ini bagaimanapun dirosakkan sedikit apabila PKR menarik 2 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS – Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) – untuk menghadiri sidang media Dr Wan Azizah pada Khamis dan menyuarakan sokongan membentuk majoriti 30 Adun kepadanya, daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Nathaniel Tan, seorang penganalisis politik yang sebelum ini bekerja di pejabat menteri besar berkata, "Khalid khianat parti, PKR pecat. Kemudian jika ahli PAS ingkar arahan parti... err", merujuk kepada keputusan PKR  menarik 2 Adun PAS untuk menyokong Dr Wan Azizah.
Kesan daripada perkara itu, PAS boleh jadi akan mengambil pendirian kedua, iaitu meninggalkan PR kerana tidak begitu senang dengan tindakan PKR.

Tindakan itu mencetuskan kemarahan dalam PAS. Sebahagian dalam PAS dilihat memihak kepada "pro-UG" (kerajaan campuran) yang mahukan PAS bekerjasama dengan Umno. Tindakan PKR menarik Hasnul dan Saari menjadi senjata utama kumpulan pro-UG untuk mengajak  kepimpinan PAS meninggalkan Pakatan, sama ada bersama Khalid dan Umno membentuk kerajaan di Selangor atau berdiri sendiri.

Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan dalam komen di laman Facebook miliknya berkata: "Budaya ancaman politik merebak ke dalam PAS. Adakah proses tapisan dilakukan secara semulajadi?"

Sementara itu, pemimpin PAS yang lain berkata: "Jika PAS berhenti memikirkan rasional dan marah dengan tindakan PKR, PAS akan meninggalkan Pakatan dan berjuang bersendirian."
Apa sahaja keputusan kepimpinan PAS hari ini, ahli jawatankuasa pusat menjangkakan isu meninggalkan Pakatan pasti hangat diperdebatkan memandangkan perbezaan antara pemimpinnya berlarutan terlalu lama.

"Saya pasti akan ada percanggahan antara mereka yang mahu kekal bersama Pakatan dan mereka yang marahkan PKR dan DAP," kata pemimpin PAS yang akan menyertai pertemuan itu hari ini kepada The Malaysian Insider.

Ekoran itu, mereka dijangka fokus terhadap tindakan Hasnul dan Saari. Satu kumpulan berkata, kedua-dua Adun itu mahu menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat yang kini ditadbir Khalid, manakala satu kumpulan lain mendakwa mereka mendahului keputusan parti yang hanya bakal ditentukan hari ini.

Sentimen ini dicerminkan dalam kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang menggesa semua pihak menantikan keputusan mesyuarat 17 Ogos.

"Melawan keputusan jawatankuasa tidak akan mendapat restu dan jika ada sebarang masalah, parti tidak akan bertanggungjawab," katanya dipetik media PAS Harakahdaily.

Bagaimanapun, seorang pemimpin PAS berkata kepada The Malaysian Insider, tindakan kedua-dua Adun itu adalah untuk menyelamatkan maruah Pakatan Rakyat yang kini dimusnahkan Khalid.
Ini kerana tindakan mereka berdua memusnahkan sama sekali harapan Khalid untuk mendapat majoriti mudah apabila harapannya kini tinggal 26 kerusi sahaja dari 56 kerusi dalam DUN iaitu 12 BN, 13 PAS dan Khalid sendiri. – 17 Ogos, 2014. (TMI)

Sila lihat.. 
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?


4 Kemungkinan Keputusam Mesyuarat AJK PAS Pusat Hari Ini

Posted: 16 Aug 2014 06:36 PM PDT


Addin

4 Kemungkinan Keputusam Mesyuarat AJK PAS Pusat Hari Ini


Jawatankuasa PAS Pusat yang bermesyuarat hari ini mempunyai 4 kemungkinan dalam menentukan masa depan parti Islam itu dan dijangka PAS akan memilih untuk terus bersama Pakatan Rakyat (PR), namun menolak cadangan PKR meletakkan Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Antara 4 kemungkinan pilihan parti itu adalah:

Kekal bersama Pakatan dan menyerahkan nama calon lain sebagai menteri besar Selangor kepada PKR.Meninggalkan Pakatan dan berdiri sebagai sebuah parti secara individu.Meninggalkan Pakatan dan menyertai Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membentuk kerajaan Selangor; atauMenyokong pilihan calon PKR, Dr Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar dan kekal bersama Pakatan.Seramai 38 anggota jawatankuasa pusat parti itu dijangka memilih pilihan pertama berdasarkan keputusan Majlis Syura sebelum ini yang menyuarakan sokongan kepada Khalid.

Selepas pemecatan Khalid daripada PKR, PAS bagaimanapun perlu berkompromi antara kehendak parti dan keperluannya untuk kekal dalam Pakatan.Ini kerana selain menyokong Khalid, Majlis Syura juga mahu PAS kekal dalam pakatan pembangkang, seperti mana Muktamar PAS sebelum ini memutuskan – untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat.

"Ustaz Hadi bersetuju untuk menggantikan Khalid tetapi PKR perlu berkompromi dan meletakkan calon lain selain Dr Wan Azizah," kata pemimpin kanan PAS, merujuk kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Jika Anwar (Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim) berkeras mahukan Dr Wan Azizah, ini menunjukkan beliau bukan tidak mahukan Khalid, tetapi tetap mahukan Dr Wan Azizah.

"Pandangan ini bagaimanapun dirosakkan sedikit apabila PKR menarik 2 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS – Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) – untuk menghadiri sidang media Dr Wan Azizah pada Khamis dan menyuarakan sokongan membentuk majoriti 30 Adun kepadanya, daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Nathaniel Tan, seorang penganalisis politik yang sebelum ini bekerja di pejabat menteri besar berkata, "Khalid khianat parti, PKR pecat. Kemudian jika ahli PAS ingkar arahan parti... err", merujuk kepada keputusan PKR  menarik 2 Adun PAS untuk menyokong Dr Wan Azizah.

Kesan daripada perkara itu, PAS boleh jadi akan mengambil pendirian kedua, iaitu meninggalkan PR kerana tidak begitu senang dengan tindakan PKR.Tindakan itu mencetuskan kemarahan dalam PAS. 

Sebahagian dalam PAS dilihat memihak kepada "pro-UG" (kerajaan campuran) yang mahukan PAS bekerjasama dengan Umno.Tindakan PKR menarik Hasnul dan Saari menjadi senjata utama kumpulan pro-UG untuk mengajak  kepimpinan PAS meninggalkan Pakatan, sama ada bersama Khalid dan Umno membentuk kerajaan di Selangor atau berdiri sendiri.

Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan dalam komen di laman Facebook miliknya berkata: "Budaya ancaman politik merebak ke dalam PAS. Adakah proses tapisan dilakukan secara semulajadi?"Sementara itu, pemimpin PAS yang lain berkata: "Jika PAS berhenti memikirkan rasional dan marah dengan tindakan PKR, PAS akan meninggalkan Pakatan dan berjuang bersendirian.

"Apa sahaja keputusan kepimpinan PAS hari ini, ahli jawatankuasa pusat menjangkakan isu meninggalkan Pakatan pasti hangat diperdebatkan memandangkan perbezaan antara pemimpinnya berlarutan terlalu lama."Saya pasti akan ada percanggahan antara mereka yang mahu kekal bersama Pakatan dan mereka yang marahkan PKR dan DAP," kata pemimpin PAS yang akan menyertai pertemuan itu hari ini kepada The Malaysian Insider.

Ekoran itu, mereka dijangka fokus terhadap tindakan Hasnul dan Saari.Satu kumpulan berkata, kedua-dua Adun itu mahu menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat yang kini ditadbir Khalid, manakala satu kumpulan lain mendakwa mereka mendahului keputusan parti yang hanya bakal ditentukan hari ini.

Sentimen ini dicerminkan dalam kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang menggesa semua pihak menantikan keputusan mesyuarat 17 Ogos."Melawan keputusan jawatankuasa tidak akan mendapat restu dan jika ada sebarang masalah, parti tidak akan bertanggungjawab," katanya dipetik media PAS Harakahdaily.

Bagaimanapun, seorang pemimpin PAS berkata kepada The Malaysian Insider, tindakan kedua-dua Adun itu adalah untuk menyelamatkan maruah Pakatan Rakyat yang kini dimusnahkan Khalid.Ini kerana tindakan mereka berdua memusnahkan sama sekali harapan Khalid untuk mendapat majoriti mudah apabila harapannya kini tinggal 26 kerusi sahaja dari 56 kerusi dalam DUN iaitu 12 BN, 13 PAS dan Khalid sendiri. ~tmi





Iklan C (ii)





Jilboobs Kini Amat Menakutkan. Bagaimana Tangani?

Posted: 16 Aug 2014 03:51 AM PDT


Ibnu Hasyim

Jilboobs Kini Amat Menakutkan. Bagaimana Tangani?


PERKEMBANGAN Jilboobs kini amat menakutkan. Muncul istilah Jilboobs di sosial media. Jilboobs kadang -kadang dijadikan sebutan untuk menyindir wanita yang memakai tudung tapi tetap berpakaian ketat hingga bentuk tubuh dicetak jelas. Tutup tapi tertonjol. 

Maraknya jilboobs atau tudung ketat yang menjadi sebuah fenomena di Indonesia dan mulai di Malaysia. Hal ini menjadi kebimbangan tersendiri bagi seorang isteri bernama Pipik Dian Irawati (gambar) dari Jakarta.. Dia kesal dengan banyaknya pemakaian tudung yang tidak benar.
 
Komentar Pipik Dian Irawati soal jilboobs
Pipik Dian Irawati / @ Foto: KapanLagi.com®

"Rasul pernah mengatakan bahawa saat menutup aurat jangan seperti orang telanjang, masih telus. Kiranya niat menutup aurat itu kerana perintah Allah," ujarnya ketika ditemui di Soul Kitchen, Jalan Kemang Raya, Jakarya Selatan, Jumaat (15/8) malam.

Beliau memberikan kenyataan mengenai jilboobs serta bagaimana memakai tudung yang benar. Tak ingin menghakimi dia menceritakan bahawa dulu juga pernah salah dalam memakai tudung, namun proses yang akhirnya membimbingnya menjadi lebih baik.

"Dulu saya nggak seperti ini tapi ada proses untuk memakai tudung. Saya pernah lepas, saya pernah gantungkan saja di baju, pernah pakai seluar jeans. Dari situ saya akhirnya tahu kalau untuk menutup aurat, ya benar-benar menutup sehingga lekuk tubuh nggak kelihatan, "katanya.

Pipik menambah bahawa setiap kebaikan semua ada prosesnya. Dia berharap suatu saat proses ini akan menggiring seseorang untuk berhijab lebih baik.

"Saya baik sangka, mudah-mudahan dengan fenomena ini menyedarkan. Saya nggak berani menjudge keimanan seseorang, tapi suatu saat mereka akan tahu apa erti hijab," tegasnya.
  

Sosiologi Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah Jakarta, Musni Umar juga memandang tidak seharusnya semua orang menyalahkan para remaja yang berpakaian seperti ini. Sebagai remaja, mereka perlulah diberikan sokongan kerana telah membuat keputusan memakai tudung.

"Ini suatu proses yang bagus untuk anak-anak muda untuk pakai tudung, toh seterusnya boleh diberikan kesedaran agar jangan erotik, ada proses lanjutannya," tegasnya.

Sokongan tentunya sangat diperlukan mereka agar bersemangat dan meneruskan niatnya untuk terus bertudung. Jika sejak awal sudah mendapat cercaan atau kritikan, bukan tidak mungkin kaum remaja putri tersebut menarik kembali niatnya.

"Jangan baru apa-apa sudah cela mereka, sudah tidak memberi penghargaan pada anak-anak remaja, malah memalukan mereka di depan umum, kritikan mereka. Ini proses perubahan sisi lama ke kehidupan baru, diberi pengertian agar tidak merangsang lawan jenis," pinta Musni Umar.
  (IH)
Lihat sebelum ini..
Jilboobs, Tutup Tapi Tonjol. Trend Baru Pakaian Mu...Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis


Patutlah Dr.Asri Tak Setuju Wan Azizah Jadi MB.. Ini Punca Sebenar

Posted: 16 Aug 2014 03:31 AM PDT


Addin

Patutlah Dr.Asri Tak Setuju Wan Azizah Jadi MB.. Ini Punca Sebenar


Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata, beliau tidak bersetuju Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dipilih sebagai menteri besar Selangor bukan kerana beliau wanita tetapi kerana sebab-sebab lain."Saya tidak pernah kata setuju Dr Wan Azizah jadi menteri besar Selangor. Ada beberapa sebab lain untuk beliau tidak menjadi pilihan.

"Namun saya tidak setuju tafsiran sesetengah ustaz bahawa wanita tidak boleh menjadi MB menurut Islam, bahkan mereka kata dalam semua urusan.Walaupun lelaki lebih afdal atas beberapa keadaan, namun mengharamkan wanita memegang jawatan menteri besar perlu dinilai semua," katanya menerusi blog DrMaza.com.

Hadis Rasulullah yang menyelar kaum wanita untuk diangkat sebagai pemimpin perlu dilihat dalam konteks yang sebenarnya dan tidak boleh disandarkan secara umum, kata beliau.

Bekas mufti Perlis itu berkata pandangan sesetengah ulama yang merujuk hadis "Tidak akan berjaya satu kaum yang melantik wanita mengurus urusan mereka" secara umum akan memberi sekatan kepada wanita terlibat dalam kepimpinan organisasi secara keseluruhannya.

Semalam, sebuah blog Pena Minang menerangkan secara terperinci mengapa wanita tidak sesuai untuk diangkat sebagai pemimpin menerusi perspektif Islam.Hujah yang diutarakan oleh M Afifuddin menerusi portal itu turut menyandarkan kepada hadis riwayat Al-Bukhari berkenaan dan memberikan pandangan secara menyeluruh mengenai perspektif wanita sebagai pemimpin.Asri berkata hadis yang dijadikan hujah itu mempunyai teks dan konteksnya yang tersendiri iaitu isu anak perempuan Kisra Parsi yang menjadi maharani.

Katanya, Abu Bakrah juga menggunakan hadis ini untuk menolak kepimpinan isteri Rasulullah, Siti Aishah dalam isu membantah pembunuh Uthman Al-Affan di zaman pemerintahan khalifah Ali Ibni Abi Talib."Jika hadis ini dianggap terpakai secara umumnya, wanita bukan sahaja tidak boleh jadi MB, bahkan pengetua, ketua pejabat, pengarah, exco, senator, menteri dan seumpamanya juga tidak boleh.

"Al-Quran dalam surah Al-Naml dalam penceritaannya memuji Ratu Saba atau dalam riwayat Yahudi dengan nama Balqis."Kebijaksanaannya mengatasi menteri lelaki kabinet kerajaannya. 

Hasil kebijaksanaan itu membawanya beriman bersama Nabi Sulaiman. Ia bukti kejayaan wanita," katanya.Asri berkata Umar Al-Khattab juga pernah melantik Syifa binti Abdillah sebagai menteri yang mengurus pasar di zamannya."Banyak juga wanita dalam dunia ini menjadi pemimpin lebih baik dari sebahagian lelaki," katanya menguatkan lagi hujahnya. ~tmi



Iklan C (ii)





Simbol '4 Jari Rabaa' Terus Hantui Rejim As-Sisi

Posted: 16 Aug 2014 02:36 AM PDT


Ibnu Hasyim

Simbol '4 Jari Rabaa' Terus Hantui Rejim As-Sisi

Oleh DR SYED AZMAN SYED AHMAD

Presiden Turki, Recep Tayyib Erdogan mempopularkan simbol '4 jari Rabaa' dalam satu kempen menyokong rakyat Mesir yang berlangsung di Turki pada Ogos 2013.
TARIKH 14hb Ogos merupakan genapnya setahun peristiwa pembunuhan berdarah di Dataran Raba'ah Adawiah, yang membawa kepada rampasan kuasa pemerintahan Presiden Mohamad Morsi di tangan rejim tentera di Mesir.

Setahun yang lalu, dataran bersejarah ini merupakan tempat berhimpun ratusan ribu penyokong Presiden Morsi yang mendirikan khemah-khemah sementara serta tempat himpunan utama mereka selama hampir dua bulan bagi menentang rampasan kuasa oleh rejim tentera yang diketuai Jeneral Abdul Fattah As-Sisi.

Pada tarikh ini, Dataran yang terletak di pinggir Kota Kaherah telah diserang bertubi-tubi dan dimusnahkan dengan kejam oleh beribu-ribu tentera dan polis khas junta tanpa sebarang perikemanusiaan.

Adalah dianggarkan jumlah angka korban serangan kejam di Dataran Rabaa' ini melebihi 3,000 orang awam yang tidak berdosa dan lebih 10,000 lagi dilaporkan cedera.

Pada hari itu, polis dan tentera Mesir telah bertindak melancarkan operasi pembersihan di dua kem utama penunjuk perasaan pro-Presiden Mohammed Morsi. Turut terbunuh 65 kanak-kanak dan ramai lagi di tahap kritikal dan dirawat di hospital-hospital sekitar Kaherah.

Polis dan tentera Mesir yang turut disokong dengan kereta perisai, helikopter, penembak tepat serta jentolak telah bertindak menggempur kem penyokong Morsi di Dataran Rabaa al-Adawiya dan Dataran al-Nahda di Kaherah.

Mereka menggunakan peluru hidup dan gas pemedih mata yang beracun untuk menyuraikan ratusan ribu rakyat awam yang berhimpun. Kebanyakan mangsa maut akibat terkena tembakan di kepala.

Bagi penulis yang pernah bersama-sama berada di Dataran Rabaa' yang bersejarah ini, tiada bahasa yang dapat digambarkan kerana berpengalaman melihat sendiri kesan kemusnahan serta kebakaran terhadap dataran ini serta Masjid Rabaa' dan hospital sementara yang terletak bersebelahannya.

Serangan tentera dan polis yang ganas itu telah mengakibatkan Masjid Rabaa terbakar serta bangunan hospital sementara bersebelahan dengan masjid juga telah dibakar oleh tentera yang bertindak ganas terhadap rakyat awam yang tidak berdosa.

Namun sehingga kini, simbol empat jari Rabaa' yang pada mulanya ditunjukkan oleh Perdana Menteri Turki, Recap Tayyib Erdogan sewaktu berucap dalam satu himpunan di Istanbul kini menjadi lambang protes seluruh rakyat Mesir terhadap kekejaman junta tentera yang membunuh rakyat awam.

Perdana Menteri Erdogan yang mencetus simbol empat jari tersebut, menyebutnya sebagai simbol bagi mengenang medan Rabiatul Adawiyah (Raba'ah) yang telah dihancurkan oleh rejim tentera Mesir secara rakus.

Simbol empat jari ini memberi maksud Rabi'ah. Rabi'ah/arba'ah bererti Empat. Oleh sebab itu, angka 4 dijadikan sebagai simbol mengenang peristiwa di Rabaah sekaligus membawa maksud keteguhan, kekuatan serta solidariti terhadap rakyat Mesir yang dibunuh dengan kejam.

Setelah setahun peristiwa berdarah ini, ke mana-mana sahaja kita pergi di seluruh dunia, lambang empat jari Rabaa' ini dapat dilihat ditampal di merata-rata tempat termasuk juga yang dibawa oleh rakyat awam di dalam demonstrasi-demonstrasi aman yang dianjurkan di seluruh pelosok dunia.

Penyokong Presiden Morsi serta NGO-NGO yang menentang rampasan kuasa tentera di Mesir melihat lambang '4 jari Rabaa' ini sebagai sumber inspirasi dan kekuatan kepada mereka bagi berhadapan dengan kekejaman junta tentera.

Simbol '4 jari Rabaa' ini juga kini terus menjadi minat anak-anak muda di seluruh dunia yang membantah kekejaman junta tentera Mesir dan ia tersebar luas melalui media sosial seperti Facebook, Instagram dan twitter.

Lambang ini menjadi simbol tanda sokongan anak-anak muda seluruh dunia terhadap rakyat Mesir yang menentang rampasan kuasa junta tentera serta tanda bantahan terhadap pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Dataran Rabaa.

Inilah realiti yang sedang berlaku di Mesir terkini. Simbol '4 jari Rabaa' yang di tunjukkan oleh rakyat di seluruh dunia terus menjadi sumber inspirasi dan senjata bagi berhadapan dengan rejim junta tentera pimpinan As Sisi yang terus melakukan pelbagai kekejaman di Mesir.

Demonstrasi-demonstrasi bagi membantah rampasan kuasa tentera terus diadakan di seluruh Mesir hampir setiap minggu oleh anak-anak muda dan rakyat awam.

Sehingga kini adalah dianggarkan lebih 30,000 tahanan politik dipenjarakan seluruh Mesir. Mereka termasuk juga pemimpin tertinggi pergerakan Ikhwan Muslimin yang merupakan pergerakan paling berpengaruh di Mesir.

Selain dari Presiden Mohamad Morsi, antara pemimpin Ikhwan lain yang ditahan ialah Mursyid Ikhwan, Mohamed Al-Badie', speaker parlimen, Saad El-Katatni, menteri-menteri kanan serta Dr. Issam Errian, dan Dr. Mehdi Akif.

Semoga kita tidak lupa dengan nasib saudara-saudara kita di Mesir ini di tengah-tengah kesibukan kita membantu saudara-saudara kita di Gaza dan di Syria.

Mereka juga sedang menghadapi ujian besar di dalam perjuangan dan ada yang diseksa di penjara-penjara di seluruh Mesir.

Sebahagiannya pula sedang menunggu hukuman gantung yang dijatuhkan ke atas mereka oleh Mahkamah rejim tentera yang di dokong kuat oleh Arab Saudi, UAE dan Amerika Syarikat serta sekutu mereka. - HARAKAHDAILY, 14/8/2014
__________________
Dr Syed Azman Syed Ahmad ialah Pengerusi Hal Ehwal Antarabangsa PAS Pusat. Beliau boleh dihubungi menerusi emel, syedazmans@yahoo.co.uk dan twitter, @syedazman


Solat Di Runtuhan Masjid, M'sia Masih Sekongkol Dengan Pengebomnya?

Posted: 16 Aug 2014 01:48 AM PDT


Ibnu Hasyim

Solat Di Runtuhan Masjid, M'sia Masih Sekongkol Dengan Pengebomnya?

Para muslim di Gaza tetap menghadiri salat Jumat meski keadaan masjid rusak dan penuh puing-puing bangunan.
Muslim di Gaza saat menghadiri salat Jumaat di runtuhan masjid yang hancur oleh serangan Israel, Jumaat (15/8). Selain penempatan awam, tempat-tempat penting seperti masjid juga menjadi sasaran serangan Israel dengan alasan menyerang Hamas.


JOM lihat rakyat Gaza salat Jumaat di runtuhan masjid mereka yang dibom-musnahkan oleh Zionis bangsat bersama Amerika Syarikat pengganaas itu. Masihkah Malaysia berkerjasam dengan mereka?
Para muslim di Gaza tetap menghadiri salat Jumat meski keadaan masjid rusak dan penuh puing-puing bangunan.

Para muslim di Gaza tetap menghadiri salat Jumat meski keadaan masjid rusak dan penuh puing-puing bangunan.
Para muslim di Gaza tetap menghadiri salat Jumat meski keadaan masjid rusak dan penuh puing-puing bangunan. 
Para muslim di Gaza tetap menghadiri salat Jumat meski keadaan masjid rusak dan penuh puing-puing bangunan.
Gambat bawah sekali: Lepas solat Jumaat mereka sempat membeli manisan Knafeh yang dijual di kawasan masjid di situ.  

Kesimpulan:
Malaysia adalah destinasi eksport ke-11 terbesar bagi Israel, seperti ditunjukkan laporan Biro Statistik Pusat Israel ini. 

Malaysia adalah destinasi eksport ke-11 terbesar bagi Israel, seperti ditunjukkan laporan Biro Statistik Pusat Israel ini. Jadi, desakan banyak pihak sejak akhir-akhir ini supaya Malaysia menghentikan hubungan dagangan dengan Israel ada asasnya.
Hakikatnya, bagi tahun 2013, Malaysia adalah destinasi eksport ke-11 terbesar bagi Israel, dengan nilai eksport hampir AS$1.5 bilion (RM4.8 bilion), seperti laporan Biro Statistik Pusat Israel.Ini yang menggemukkan mereka.

Dalam banyak hal Malaysia boleh, berjiwa besar.  Tetapi dalam menghadapi musuh-musuh penghancur Islam, jiwa besar Malaysia sudah hancur. Jiwa sudah kerdil. Malaysia Tak Boleh! Bolehnya, cuma menikus! Pengecut!  (IH)


Nik Abdul Aziz Nik Mat, Sokong 100% Boikot Barangan Israel

Posted: 15 Aug 2014 10:58 PM PDT


Ibnu Hasyim

Nik Abdul Aziz Nik Mat, Sokong 100% Boikot Barangan Israel



KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyokong seratus peratus tindakan boikot barangan zionis Israel yang kini sedang mengganas dan bermaharaja lela di bumi Palestin.

Bagaimanapun menurutnya, jenis barangan boikot perlu dikenal pasti oleh satu jawatankuasa yang ditubuh khas dalam mengenali produk Israel atau yang sekutu dengannya. Katanya, dengan memboikot produk Israel bererti umat Islam khususnya di seluruh dunia dapat mengurangkan kekuatan rejim Israel.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan di Balai Seni Lukis  Kelantan untuk menyaksikan pameran kartun Gaza, semalam. (Foto atas oleh UKMB) Pada masa yang sama, menurutnya umat Islam tanpa mengira bangsa setiap kali selepas solat mendoakan keselamatan umat Islam di Gaza dan semoga Allah memberikan petunjuk-Nya.

Beliau turut menyalahkan pihak Arab dari segi sejarahnya kerana membiarkan tanah Palestin itu dirampas zionis Israel walaupun telah mengetahui ia hak milik masyarakat itu.

"Kalau Yahudi nak tumpang duduk juga, duduk sama-sama dengan Arab tak boleh nak jadikan hak sendiri sehingga menghalau yang hak macam tu," ujarnya. - HARAKAHDAILY 16/8/2014


0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani