Powered by Blogger.

Ada Wanita M'sia ‘Jihad Seks’ Di T/Tengah -Lapor Risikan

Ada Wanita M'sia ‘Jihad Seks’ Di T/Tengah -Lapor Risikan


Ada Wanita M'sia ‘Jihad Seks’ Di T/Tengah -Lapor Risikan

Posted: 27 Aug 2014 05:54 PM PDT


Ibnu Hasyim

Ada Wanita M'sia 'Jihad Seks' Di T/Tengah -Lapor Risikan

jihad seks
Wanita Malaysia dipercayai menyertai pasukan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) untuk menawarkan Jihad Al-Nikah atau jihad seksual, kata pegawai kanan risikan kepada The Malaysian Insider. Pihak berkuasa mengesahkan tiga wanita Malaysia pergi ke Timur Tengah untuk menyertai pasukan Isis. 
Jihad Al-Nikah merujuk kepada konsep kontroversi iaitu wanita Sunni dikatakan menawarkan diri mereka dalam bentuk peranan memenuhi keperluan seksual pejuang yang memperjuangkan undang-undang Islam. Konsep itu berasal daripada fahaman Wahhabi sekitar 2013, yang menyeru penyokong wanita Sunni untuk tampil melakukan jihad seks dan menyemarakkan moral pejuang terhadap regim Bashar al Assad di Syria. 
Polisi Malaysia periksa kebenaran warganya jihad seks untuk ISIS
Pejuang Negara Islam Irak dan Suriah . rt.com
"Wanita ini dipercayai menawarkan diri mereka untuk melakukan hubungan intim kepada pejuang Isis yang cuba memperkenalkan peraturan Islam di Timur Tengah.
"Konsep ini mungkin kelihatan kontroversi tetapi ia semakin berkembang apabila sesetengah wanita Islam di sini bersimpati dengan kepayahan Isis," kata seorang pegawai risikan kepada The Malaysian Insider.

Enggan didedahkan identitinya, pegawai itu berkata seorang wanita Malaysia berlepas ke Timur Tengah pada Disember tahun lalu.

"Wanita itu, berusia 30-an, pergi ke Turki sebelum bertemu dengan orang tengah yang membantunya melengkapkan perjalanan ke Syria melalui jalan darat.
"Seorang lagi wanita Malaysia berusia 40-an dipercayai bekerjasama dengan pasukan Isis pada April tahun ini," kata sumber.

Pegawai risikan berkata, bukan wanita Malaysia saja yang melakukan jihad seksual kerana ada juga wanita Islam lain terbabit.

"Pertukaran risikan dengan beberapa negara mendedahkan wanita Islam Sunni dari Australia dan United Kingdom juga menyertai Isis," katanya.

Pegawai risikan berkata, Isis mengeluarkan fatwa pada Jun tahun ini menawarkan pengerahan Jihad Al-Nikah atau jihad seksual.

"Sebaik saja selepas bandar Mosul di Iraq ditawan pasukan Isis, orang ramai diarahkan menghantar wanita tidak berkahwin berjihad untuk seks," dedah pegawai risikan.
"Dalam pengisytiharannya, Isis mengancam untuk melaksanakan undang-undang syariah terhadap mereka yang gagal mematuhi fatwa itu," kata pegawai berkenaan.

Pegawai risikan berkata, rakan sejawatannya di Britain mendedahkan lebih 600 umat Islam British dipercayai berjuang untuk Isis.

"Jumlah itu termasuk wanita Islam British yang bukan berjuang di barisan hadapan, tetapi masih terbabit dengan melakukan jihad seksual.
"Pegawai risikan Australia mendedahkan lebih 100 wanita Islam Australia berada di Syria berjuang di samping Isis," kata pegawai risikan itu.

Walaupun Putrajaya pada awalnya mendedahkan kira-kira 30 rakyat Malaysia berlepas ke Timur Tengah berjuang untuk Isis, tetapi angka itu dipercayai sebenarnya lebih tinggi.

"Pemeriksaan yang dilakukan dengan rakan sejawatan kami di luar negara mendedahkan mungkin jumlah rakyat Malaysia di Timur Tengah mencecah 50 orang," katanya kepada The Malaysian Insider.

Setakat ini, 3 rakyat Malaysia dilaporkan maut di Syria ketika berperang menentang pasukan Presiden Syria Bashar Al-Assad.
Mat Soh
Mat Soh yang gugur
Mat Soh, 53, dilaporkan terbunuh selepas dilanggar lori tangki ketika pertarungan sengit antara Isis dengan pasukan Syria minggu lalu. Pada Jun, Ahmad Tarmimi Maliki, 26, mati selepas insiden bunuh diri yang menyebabkan lebih 20 askar Iraq maut di pangkalan mereka di Al-Anbar. Identiti rakyat Malaysia ketiga yang maut dalam satu insiden masih belum disahkan oleh pihak berkuasa di sini.
Sejak konflik di Syria meletus pada Mac 2011, lebih 190,000 kematian dilaporkan setakat ini, menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Kejadian pembunuhan paling mengerikan ialah pada 20 Ogos ketika Isis melancarkan satu rakaman menunjukkan seorang lelaki yang dikatakan berjihad, bercakap dengan loghat selatan Inggeris, memenggal kepada seorang wartawan dan jurugambar warganegara Amerika, James Foley.

Foley ditangkap di Syria pada penghujung 2012. Rakaman video itu menunjukkan beliau dibunuh di kawasan padang pasir. Video bertajuk 'Pesanan kepada Amerika' itu dimuat naik di YouTube sebagai amaran kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berhubung serangan terhadap militan di Iraq. Sebelum dibunuh, wartawan berusia 40 tahun itu dipaksa membaca satu kenyataan yang menyalahkan Amerika atas kematiannya. - TMI


'Gadis Gaza' Tegur Kemarahan Bermusim

Posted: 27 Aug 2014 04:36 PM PDT


Ibnu Hasyim

'Gadis Gaza' Tegur Kemarahan Bermusim


Gadis muda Fatin Ilani, 20, memberanikan diri naik ke tingkat 60 sebuah bangunan tinggi di Ampang Kuala Lumpur semata-mata untuk bergambar dengan mesej mengutuk kekejaman Israel di Gaza.

Selepas itu gambarnya disebarkan meluas di Internet dan masa berlalu kemarahan orang ramai terhadap negara Yahudi itu semakin hari semakin pudar.

Tetapi, bagi gadis jelita itu, ia bukan apa yang diharapkannya setelah melakukan aksi nekad itu.

"Isu ini adalah isu berkala, kita tidak boleh kalau jadi sesuatu isu itu baru kita nak boikot, berkempen atau berdoa," katanya.

Fatin berkata, beliau mengambil inisiatif itu bersama seorang jurugambar terkenal kerana sudah menjadi "trend" di Malaysia orang ramai sedar sesuatu isu apabila ia diperkatakan meluas.

"Kalau dah jadi viral (meluas), baru orang akan perasan akan sesuatu isu," kata mahasiswa jurusan perniagaan itu ketika diwawancara di KiniTV di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Gadis pemalu itu hadir ke pejabat Malaysiakini bersama seorang adik lelakinya. Beliau tampak sopan berbaju kurung motif flora dan tudung bawal berwarna peach.

Beliau berharap gambar berlatar belakang ibu negara pada waktu malam yang bergemerlapan itu sedikit sebanyak akan mengingatkan rakyat Malaysia tentang penderitaan penduduk Gaza.

Bukan perkara bodoh

Fatin sebelum ini menarik perhatian ramai apabila bergambar memegang plakad "Save Gaza" (Selamatkan Gaza) di atas koridor tingkat atas sekali Menara IB dengan ketinggian hampir 300 meter di ibu negara.

Beliau ketika itu berbaju kelabu kebiru-biruan dan berkain songket dengan beberapa gaya.

Gambar yang dirakam lensa Keow Wee Loong itu kemudiannya disebarkan meluas di alam maya termasuk melalui Facebook, Twitter dan blog serta mendapat pujian melimpah ruah.

Bagaimanapun terdapat juga reaksi negatif dihamburkan padanya oleh segelintir pihak.

Bagaimanapun, sokongan keluarga membuatkannya tabah menerima.

"(Sokongan) terutamanya daripada keluarga saya. Dalam perkara ini mereka berkata, kamu tidak buat perkara bodoh dan kami syukur kamu selamat" katanya sambil ketawa kecil.

"Kita perlu memberi sokongan terhadap Gaza. Cuba bayangkan kalau Malaysia diserang, apa perasaan kita kalau kita tidak dapat sokongan sesiapa pun?"

Menurut Al Jazeera, rakyat Gaza kini boleh menarik sedikit nafas lega apabila Israel dan kumpulan pejuang Islam Hamas kini bersetuju mengadakan gencatan senjata ke arah menamatkan tujuh minggu pertempuran berdarah di Gaza.

Beribu-ribu rakyat Palestin meraikan kegembiraan itu kini. (MK)

NADIA OTHMAN wartawan pelatih di Malaysiakini.


3 Sept Tarikh Akhir Hantar Nama Calon MB

Posted: 27 Aug 2014 03:57 PM PDT


Ibnu Hasyim

3 Sept Tarikh Akhir Hantar Nama Calon MB


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah
Istana Selangor hari ini menghantar surat rasmi kepada parti-parti Pakatan Rakyat menitahkan mereka menghantar lebih daripada dua nama calon menteri besar sebelum 3 September depan.

Surat itu dihantar oleh pegawai Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan tangan kepada Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya  kira-kira jam 3.15 petang.

Surat yang dialamatkan kepada Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, dengan salinan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut mahukan calon yang dinamakan itu beragama Islam dan berketurunan Melayu menurut Perkara L1 (2), Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.
 

Surat itu ditandatangani Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Abdul Munir Bani itu. Semalam, Sultan menangguh menerima peletakan jawatan Khalid sehingga penggantinya ditentukan. Munir berkata, Sultan Selangor juga menitahkan agar pemimpin PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon  layak menggantikan Khalid. Ia, menurut Munir lagi, bagi memudahkan sultan menentukan dan memberi perkenannya.

Sementara itu, PAS tetap dengan keputusannya sebelum ini untuk menghantar lebih daripada satu nama untuk dicalonkan menjadi menteri besar Selangor walaupun diminta tidak berbuat demikian oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS terikat dengan Mesyuarat AJK PAS Pusat pada 17 Ogos lalu yang mencalonkan dua nama. Beliau berkata, pendirian parti itu yang mahu menamakan juga calon selain Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sememangnya satu fakta yang sudah diketahui umum sejak kemelut krisis Selangor semakin memuncak. (IH)


PAS Berhasrat Tanding Kerusi DUN Pengkalan Kubor

Posted: 27 Aug 2014 02:46 PM PDT


Ibnu Hasyim

PAS Berhasrat Tanding Kerusi DUN Pengkalan Kubor



Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah yakin PAS mampu merampas kerusi DUN Pengkalan Kubor daripada Umno. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Ogos, 2014. 
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah yakin PAS mampu merampas kerusi DUN Pengkalan Kubor daripada Umno. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Ogos, 2014. 

Walaupun kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor ditandingi Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini, rakan pakatannya PAS berhasrat untuk bertanding kerusi DUN itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerana yakin mampu mencapai kemenangan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah berkata kerusi itu, yang diberi kepada PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), hanyalah sebagai pinjaman sahaja dan PAS boleh kembali mempertahan kerusi itu berikutan ada sokongan kuat dari akar umbi.

"Kerusi itu memang milik PAS sebelum ini, tetapi atas dasar pakatan kita beri pinjam kepada PKR untuk bertanding menentang BN dalam PRU-13 lalu," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Kota Sejahtera Chiku di Gua Musang, hari ini.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh Datuk Nozula Mat Diah dan Ketua Jajahan Gua Musang Nazran Mohamad. Mohd Amar berkata hasrat PAS itu akan dibincangkan dengan PKR.

"Kita lihat ada peluang untuk kita menang...soal calon belum dibincangkan lagi setakat ini," katanya.

Kerusi DUN Pengkalan Kubor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, di Guangzhou, China pada 20 Ogos lalu kerana kanser hati.
Allahyarham Noor Zahidi merupakan Adun Pengkalan Kubor selama tiga penggal dan Ketua Umno Bahagian Tumpat selama empat penggal.
Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham yang mewakili Barisan Nasional mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. – Bernama, 27 Ogos, 2014.


Berundur Jika Tak Sokong Pakatan.

Posted: 27 Aug 2014 01:42 PM PDT


Ibnu Hasyim

Berundur Jika Tak Sokong Pakatan.


Anggota jawatankuasa pusat PAS Khalid Samad mencabar anggota parti yang tidak setuju dengan pembabitan dengan Pakatan Rakyat agar keluar parti.

Katanya, langkah itu lebih baik berbanding terus membangkitkan masalah dalaman parti memandangkan kerjasama dalam Pakatan sudahpun diputuskan oleh PAS.

"Tahalluf siyasi (kerjasama politik) adalah keputusan muktamar PAS. Saya gesa mereka yang tidak mahu melaksanakannya agar masuk Umno atau BN atau bergerak sendiri. Tinggalkan PAS dan buatlah apa yang anda mahu," katanya.

Bercakap dalam sidang media hari ini, Khalid berkata anggota berkenaan tidak harus membangkitkan masalah sehingga PAS melencong dari tujuannya. MP Shah Alam itu enggan menamakan individu yang dimaksudkannya namun menggambarkan bahawa beberapa pihak dalam PAS berpendapat bahawa gabungan tersebut tidak bermakna jika tidak memberi keuntungan kepada Islam.

Katanya, individu itu juga membangkitkan bahawa sekutu parti tersebut hanya meminta bantuan PAS semasa pilihan raya atau demonstrasi besar. Beliau menjelaskan, PAS sebenarnya mendapat keuntungan dari hubungan tersebut atas kedudukan politik yang diperolehi – dari tahap ketua kampung sehingga anggota exco.

Ini menyebabkan PAS lebih mudah didekati orang awam berbanding sebelum ini. Tambahnyam, "keuntungan pada Islam" tidak semestinya bermaksud Islam atau sesuatu kumpulan etnik menjadi lebih dominan. Sebaliknya, keuntungan itu lebih kepada usaha membawa keadilan dan kelebihan Islam kepada semua. (MK)


Sistem Intip Telefon Bimbit Boleh Dibeli Mana-mana Negara. Bahaya!

Posted: 27 Aug 2014 12:51 PM PDT


Ibnu Hasyim

Sistem Intip Telefon Bimbit Boleh Dibeli Mana-mana Negara. Bahaya!



AFP SEORANG lelaki menggunakan telefon bimbit di hadapan papan elektronik yang memaparkan harga pasaran saham di Tokyo, Jepun baru-baru ini.

WASHINGTON - Pengeluar sistem pengintipan menawarkan kepada kerajaan di seluruh dunia aplikasi yang berupaya mengesan pergerakan pengguna telefon bimbit tanpa mengira jarak dan lokasi mereka.

Teknologi itu berfungsi dengan mengeksploitasi sistem operasi telefon bimbit.
Akhbar Washington Post melaporkan kelmarin bahawa syarikat pembekal perkhidmatan telefon bimbit perlu menyimpan rekod terkini lokasi pelanggan bagi menghubungkan panggilan dan menyediakan perkhidmatan lain kepada mereka.

Beberapa pakar teknologi pengintipan berkata, aplikasi itu menggodam data berkenaan secara rahsia untuk memetakan pergerakan sasaran selama beberapa hari, minggu atau melibatkan tempoh lebih lama.
Sistem pengintipan telefon bimbit kini diguna pakai oleh agensi-agensi perisikan paling berkuasa di dunia seperti Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) dan GCHQ di Britain.

Namun, pakar-pakar memberitahu, mereka bimbang sistem baharu itu memberikan keupayaan serupa kepada kerajaan yang mempunyai teknologi kurang canggih atau pihak ketiga asalkan mereka mampu membelinya.

Pemilik aplikasi itu cuma perlu menaip nombor telefon sasaran ke dalam portal komputer yang kemudian bertindak mengumpulkan maklumat nombor berkenaan daripada pangkalan data syarikat pembekal perkhidmatan telefon bimbit.

Menerusi cara ini, sistem pengintipan itu dapat mengesan menara telekomunikasi yang digunakan oleh sasaran sekali gus mendedahkan lokasinya sama ada pada jarak beberapa ratus meter di kawasan bandar atau sejauh beberapa kilometer di pedalaman.

Setakat ini, masih tidak dapat dipastikan kerajaan mana yang menggunakan sistem pengintipan dan pengesanan tersebut tetapi seorang pegawai industri berkata, berpuluh-puluh negara telah membeli aplikasi itu sejak beberapa tahun lalu.

"Mana-mana pemerintah yang memiliki wang mencukupi boleh membeli sistem ini untuk mengintip sesiapa sahaja di seluruh dunia," kata Penolong Pengarah kumpulan aktivis Privacy International, Eric King.
Kumpulan aktivis berkenaan giat memberi kesedaran kepada orang ramai berhubung penyalahgunaan teknologi pemantauan tersebut. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Sesebuah negara  membeli sistem intipan kepada syarikat pembekal, nanti bahan negara itu pula jadi intipannya. Tidak mustahil. Itulah bahayanya.


Akhirnya Pegawai Istana Selangor Dedah Tembelang Khalid Ibrahim?

Posted: 27 Aug 2014 05:27 AM PDT


Addin

Akhirnya Pegawai Istana Selangor Dedah Tembelang Khalid Ibrahim?


Istana Selangor hari ini menghantar surat rasmi kepada parti-parti Pakatan Rakyat menitahkan mereka menghantar lebih daripada dua nama calon menteri besar sebelum 3 September depan.

Surat itu dihantar oleh pegawai Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan tangan kepada Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya  kira-kira jam 3.15 petang.Surat yang dialamatkan kepada Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, dengan salinan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut mahukan calon yang dinamakan itu beragama Islam dan berketurunan Melayu menurut Perkara L1 (2), Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Kandungan surat yang dilihat Malaysiakini itu tiada merujuk sebarang nota mengenai jantina calon menteri besar dan ini bermakna Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail masih tidak ditolak Istana.Surat itu ditandatangani Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Abdul Munir Bani itu.

Semalam, Sultan menangguh menerima peletakan jawatan Khalid sehingga penggantinya ditentukan.Munir berkata, Sultan Selangor juga menitahkan agar pemimpin PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon  layak menggantikan Khalid.Ia, menurut Munir lagi, bagi memudahkan sultan menentukan dan memberi perkenannya.

Sementara itu, Malaysiakini mendapati kenyataan media dari Munir bertarikh 14 Mei tahun lalu menyatakan hanya nama Khalid yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat.Kenyataan itu merupakan kenyataan Istana mengiktiraf pelantikan semula Khalid selepas pilihan raya umum lalu.

"Ketua-ketua komponen Pakatan Rakyat iaitu PKR, PAS dan DAP telah mengemukakan hanya satu nama iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai calon menteri besar Selangor," petik kenyataan itu.Surat dari Istana bertarikh 7 Mei sebelum itu turut menjelaskan Sultan meminta empat nama daripada Pakatan Rakyat sebagai calon menteri besar.

Sementara itu Pengerusi DAP Selangor Tony Pua mendakwa Khalid 'mengarut' dan mengesahkan bahawa parti-parti Pakatan Rakyat hanya mengemukakan nama Khalid untuk jawatan menteri besar kepada istana selepas pilihan raya umum 2008 dan 2013.

Dalam SMS kepada Malaysiakini, Pua berkata tidak pernah ada lebih daripada satu nama yang dihantar kepada istana untuk jawatan MB.Petang tadi, Khalid menolak hujah PKR dan DAP bahawa ia akan mengemukakan satu nama sahaja, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kepada istana untuk menjadi menteri besar yang baru, berdasarkan kepada konvensyen yang lalu.

Sebaliknya, Khalid mendakwa parti-parti Pakatan mengemukakan lebih daripada satu nama, termasuk namanya, kepada istana selepas dua pilihan raya umum sebelum ini.Kemudian, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Wan Azizah menafikannya, dengan mendakwa bahawa hanya nama Khalid yang dikemukakan. ~mk



Iklan C (ii)










Konsert Good Vibes: Kemana Generasi Ini Dibawa? Tak Peduli Hujan..

Posted: 27 Aug 2014 05:02 AM PDT


Ibnu Hasyim

Konsert Good Vibes: Kemana Generasi Ini Dibawa? Tak Peduli Hujan..



HALAMAN HIBURAN

HUJAN lebat sejak jam 7 petang tidak menghalang lebih 9,000 penonton membanjiri Litar Kart Antarabangsa Sepang bagi menyaksikan konsert Good Vibes Festival 2014, Sabtu lalu.

Walaupun perkarangan pentas sudah becak dan bertukar menjadi padang lumpur selain beberapa persembahan terpaksa dibatalkan, namun masing-­masing tetap setia menantikan kemunculan artis pujaan terutamanya Ellie Goulding dan Empire Of The Sun. Dalam persekitaran yang tidak selesa, penonton tetap setia menunggu Ellie yang hanya muncul di pentas pada jam 12 malam. Beberapa jam sebelum gilirannya beraksi, Ellie memuat naik gambar di Instagram serta menyatakan kebimbangannya jika berkemungkinan per­sembahannya terpaksa dibatalkan.

Demikian meriahnya seperti lapor myMetro.

Foto
ELLIE Goulding memukau lebih 9,000 penonton dengan suara hebatnya.
Foto SESI akustik Ellie membuai semua hadirin.
Foto PERSEMBAHAN ala teaterikal Empire Of The Sun lain daripada yang lain
Foto

"Kemuncak persembahan itu menjadi lebih 'gila' tatkala lagu hit Alive di mana pada saat itu penonton bukan saja menyanyi bersama malah melompat-lompat menikmati dendangan itu.
"Dibahagikan kepada tiga pentas, selain pentas utama Red Stage, pentas Blue Stage pula tidak ketinggalan menampilkan ramai nama hebat termasuklah penya­nyi sedang meningkat naik, Banks.
"Sebaik penyanyi itu menakluk pentas berkenaan, penonton membanjiri perkarangan pentas itu semata-mata mahu menikmati alunan muzik serta suaranya yang seakan-akan Lorde.

"Namun, malang buat beberapa penghibur seperti Paperplane Pursuit, Bittersweet, +2dB dan Electrico apabila persembahan mereka dibatalkan atas faktor keselamatan.
"Antara artis lain yang turut menjayakan festival itu termasuklah Elizabeth Tan, Narmi, Froya, The Cotton Field Scarecrowes, Faiq & The Manja Mob dan !!!(Chk Chk Chk).
"Tidak ketinggalan di pentas ketiga iaitu Green Stage pula, pengunjung disajikan muzik daripada pelbagai era oleh DJ-DJ terkenal termasuklah Guiboo, Kyoto Protocol (DJ Set), Indiego & Co, Dangerdisko, dan Lapsap.
"Festival berkenaan dianjurkan Future Sound Asia dengan sokongan padu daripada Malaysian Major Events bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014 serta FlyFM sebagai radio rasmi manakala Hotlink sebagai syarikat telekomunikasi rasmi." Begitulah, antara saringan yang dipetik dari berita di atas.

Soalnya sekarang..
Remaja sekarang adalah pemimpin negara di masa akan datang. Beginikah bentuk pemimpin kerajaan Malaysia akan datang seperti yang ditunjukkan oleh kegilaan di atas?Kemana halatuju mereka yang sedang ditarbiahkan oleh pemerintah masa kini?Mampukah mereka menjadi ejen kerajaan untuk membawa pembangunan, rohani dan jasmani, untuk diri, masyarakat dan negara, di dunia dan akhirat?Fikir-fikirlah. Na'auzubillahi min zalik.  (IH)


Sebelum PAS Buat Keputusan Keluar PR.. Wajib Baca Ulasan Pakar

Posted: 27 Aug 2014 03:27 AM PDT


Addin

Sebelum PAS Buat Keputusan Keluar PR.. Wajib Baca Ulasan Pakar


Perlukah Pas kekal dalam Pakatan Rakyat?

Menjawab pertanyaan di atas, penyokong Pas akan terbelah tiga — ada yang mahu kekal dalam PR, ada yang mahu Pas menyertai BN, dan ada mahu Pas keluar dan berdiri dengan kekuatan sendiri.

Bagi yang menyokong untuk keluar, mereka menyatakan Pas yang banyak membantu PR untuk menang besar dalam pilihan raya. Pas yang banyak bertolak ansur dengan onar yang dibuat oleh PKR dan DAP. Pas yang mempunyai sokongan akar umbi yang kuat. Pas yang telah teruji banyak dalam politik tanah air.

Tidak cukup dengan itu, mereka menyatakan Pas adalah parti ideologi yang jelas dan tegas untuk menegakkan negara Islam. Oleh itu, perjuangan Pas tidak sama dengan perjuangan PKR dan DAP.

Dan dengan alasan itu, mereka yakin sekiranya bertanding sendirian pun Pas tetap boleh memenangi kerusi yang banyak dalam pilihan raya.

Tepatkah alasan Pas tersebut?

Saya bersetuju parti Pas mempunyai sokongan bawahan yang kuat dan mempunyai pendirian politik tentang Islam yang tegas. Tetapi saya tidak bersetuju untuk menyatakan Pas sebagai parti yang kuat jika bertanding sendirian.

Sejarah pilihan raya telah menunjukkan jika Pas bertanding sendirian, maka kerusi yang dimenanginya sikit sahaja. Adalah amat sukar untuk Pas menyaingi kekuatan Umno sebagai parti orang Melayu dan Islam.

Pas hanya kuat pada tahun 1974 apabila menyertai BN, kuat pada tahun 1990 apabila bersama dalam pakatan APU, dan kuat pada tahun 1999 hingga 2014 apabila bergabung dengan parti lain dalam BA dulunya dan PR sekarang.

Saya cukup yakin sekiranya Pas bertanding sendirian, maka kerusi yang dimenangi oleh Pas adalah sedikit sahaja, malah belum tentu boleh membentuk kerajaan negeri di Kelantan.

Jika meragui kenyataan saya ini, Pas boleh mencubanya dengan mengambil tindakan keluar dari PR. Kita tengok pencapaian Pas dalam pilihan raya yang akan datang.

Perlukah Pas menyertai BN?
Jika Pas sudah tidak boleh bekerjasama lagi dengan PR, maka baiklah Pas keluar dari PR. Selagi Pas dalam PR, maka akan selalu ada pandangan bahawa Pas adalah parti yang kuat dan boleh bertahan sendirian, sedangkan realitinya adalah sebaliknya.

Jika Pas keluar dari PR, apakah Pas perlu menyertai BN? Saya fikir bagus untuk keluar dari PR dan menyertai BN. Ada tiga keperluan. Pertama, untuk mengukuhkan kedudukan politik orang Melayu dan Islam. Kedua, untuk membolehkan BN mendapat sokongan dua pertiga majoriti dan seterusnya meluluskan persempadan baru kawasan pilihan raya.

Ketiga, saya mahu tahu kekuatan Pas selepas meninggalkan PR. Apakah Pas akan kekal kuat? Apakah Pas kekal disokong oleh anak muda? Apakah Pas boleh kekal baik dalam BN? Apakah peristiwa Pas dipecat dari BN pada tahun 1978 tidak berulang lagi? Dan paling penting, saya mahu tahu apakah Pas ini parti yang boleh bertahan kerjasamanya dengan parti lain?

Jika merujuk kepada sejarahnya, Pas gagal bertahan dalam BN, gagal bertahan dalam APU, gagal bertahan dalam BA, dan sekarang saya mahu tengok pula bagaimana kesudahan kerjasamanya dalam PR?

Apa yang perlu Pas lakukan?

Pada saya, yang menghadapi krisis sekarang bukan PR. Yang menghadapi krisis ialah Pas. Bagi mengatasi kemelut ini, sudah sampai masanya pemimpin Pas memanggil perhimpunan agung tergempar.

Biarkan pemimpin akar umbi mengundi membuat keputusan sama ada untuk keluar dari PR, menyertai BN atau keluar PR untuk berdiri dengan kekuatan sendiri. Keputusan majoriti itulah yang perlu diterima sebagai penentu hala tuju masa depan Pas.

Saya fikir sudah sampai masanya pemimpin Pas berfikir dan mengambil keputusan tegas tentang hal ini. Jika sekejap ada pemimpin kata tidak boleh sepakat dengan PR dan sekejap pula ada yang kata boleh sepakat, itu politik yang tidak ada jiwa, tidak ada semangat setia kawan, tidak menentu pendirian politiknya dan tidak ada hala tuju yang jelas.

Yakinlah, jika Pas sudah membuat keputusan tegas, sekurang-kurangnya kemelut politik hari ini boleh reda seketika.

Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff


~greenboc





Rundingan Gagal, Bakar Kilang, Pekerja Tak Boleh Solat Jumaat?

Posted: 27 Aug 2014 02:45 AM PDT


Ibnu Hasyim

Rundingan Gagal, Bakar Kilang, Pekerja Tak Boleh Solat Jumaat?

 
Benarkah ada kes pekerja tidak dibenarkan solat Jumaat?  Adakah itu antara penyebab kes keganasan yang dilakukan kumpulan pekerja sebuah kilang di Kulai, Johor semalam? 

Ianya bertambah buruk pada malam tadi sehingga menyebabkan sebahagian dari struktur bangunan tersebut musnah terbakar. Kejadian itu berlaku selepas rundingan di antara pekerja dan juga pihak pengurusan menemui jalan buntu.

Menurut polis, seramai 44 orang pekerja, kebanyakannya warga Nepal, ditahan susulan dua kejadian merusuh yang bermula pada jam 10 pagi semalam dengan perbuatan membakar sebuah kereta. 

Dalam kejadian malam tadi, para pekerja berkenaan seterusnya membakar tiga buah bangunan milik syarikat elektronik yang disenaraikan di bursa saham, termasuk stor kilang tersebut pada kira-kira jam 8 pagi.

Kebakaran, tersebut berjaya dipadamkan oleh pasukan bomba pada jam 10.05 pagi. Tiada kecederaan dilaporkan.


Sementara itu, PAS mendesak satu Jawatankuasa Khas ditubuhkan bagi menyiasat punca rusuhan 800 pekerja asing di sebuah kilang di Kulai semalam. Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Mazlan Aliman berkata, jawatankuasa itu mestilah membabitkan Kementerian Sumber Manusia, kesatuan sekerja, majikan dan wakil pekerja kilang terbabit.

"Ia mesti ditubuhkan segera bagi mewujudkan mekanisme penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang," katanya pada sidang media ketika melawat kawasan rusuhan di kilang JCY HDD Technology Sdn Bhd, Desa Perindustrian Kulai 2,  di sini pagi ini.

Menurut beliau, PAS melahirkan rasa amat dukacita dengan tindakan merusuh pekerja asing yang memusnahkan harta benda seperti premis bangunan dan kenderaan.


Kejadian sekitar jam 8-10 pagi semalam itu, bermula apabila pekerja tersebut melontar batu sehingga tingkap bangunan pecah dan membakar sebuah kereta.  Ia disusuli lebih agresif, apabila ada pekerja membakar aset kilang di sebelah belakang bangunan di sebelah malam.

Mazlan yang juga AJK PAS Pusat berkata, PAS mengucapkan setinggi penghargaan dengan tindakan pantas polis termasuk pasukan FRU serta bomba yang berjaya mengawal suasana dan memadam kebakaran.

Jelasnya, tindakan penahanan yang dilakukan terhadap 13 orang pekerja asing yang dipercayai dalang rusuhan amat wajar.  Mazlan berkata, beliau dimaklumkan tindakan pekerja dibuat ekoran tidak puas hati mereka dengan gaji yang diberikan.

Menurutnya, pihak pengurusan kilang dikatakan sesuka hati memotong gaji pekerja, memaki hamun dan memukul pekerja. Selain dari faktor gaji, tindakan lewat pihak pengurusan kilang menghantar seorang rakan pekerja ke hospital sehingga meninggal dunia juga turut mengundang kemarahan pekerja asing tersebut.

Katanya, isu kebajikan pekerja telah lama berkumandang separti isu gaji yang tertunggak dan rendah, kediaman yang daif dan berbagai isu yang berkaitan selalunya menjadi ribut yang akhirnya tidak terkawal.

Golongan pekerja ujarnya selalunya menjadi mangsa ketidakadilan majikan malah kadangkala menjadi sentimen perkauman apabila majikan dengan pekerja berlainan agama dan bangsa.

Ianya termasuk kes pekerja tidak dibenarkan solat Jumaat, skim gaji yang berbeza dan proses kenaikan pangkat menjadi isu yang turut menimbulkan suasana tidak harmoni.

"Harus di ingat, sumbangan pekerja asing sebagai guna tenaga di negara ini sangat tinggi. Jangan diremehkan soal kebajikan mereka.

"Insiden terbaru ini bukan sahaja merosakkan hubungan pekerja dengan majikan yang tentu sahaja menjejaskan produktiviti, nama baik Malaysia di mata dunia juga dipersoalkan," jelasnya. (IH)


2 Model 'bogel' Di Ipoh Mengaku Bersalah , Denda RM400

Posted: 27 Aug 2014 01:48 AM PDT


Ibnu Hasyim

2 Model 'bogel' Di Ipoh Mengaku Bersalah , Denda RM400


Dua model separuh bogel di Ipoh mengaku salah
 
Dua orang model mengaku salah atas tuduhan "menimbulkan kegusaran awam" melalui tindakan mereka berpakaian separuh bogel ketika satu sesi fotografi di Ipoh.

Laporan Berita Harian menyebut, tuduhan dijalankan ke atas model lelaki, Low Kah Wai, 27 dan seorang lagi model wanita gandingannya, How Jo Yee, 21. Kedua-dua tertuduh mengaku salah apabila pertuduhan dibacakan ke atas mereka di Mahkamah Majistret Ipoh, lapor akhbar tersebut.

Majistret Haslinda A Raof seterusnya menjatuhkan hukuman denda RM400 setiap seorang. Kedua-dua tertuduh berdepan hukuman penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Sementara itu, laporan Sinar Harian pula menyebut pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengganggu kententeraman awam dan boleh dihukum mengikut Seksyen 290 undang-undang sama. (IH)


Lihat sebelum ini..
Tak Salah Berbikini Begini Berjalan Di Tengah Jal... 


Anwar Bidas PAS Dalam Isu MB Selangor

Posted: 27 Aug 2014 01:27 AM PDT


Addin

Anwar Bidas PAS Dalam Isu MB Selangor


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan keputusan yang dicapai PKR dan DAP malam tadi untuk menghantar hanya satu nama saja untuk dilantik menjadi menteri besar Selangor dan berharap PAS juga akan berbuat demikian.

"Dalam semangat Pakatan, ini adalah kerusi PKR dan keputusannya, kita perlu hormati kerjasama ini dan PAS menyertai proses membuat keputusan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan pada 17 Ogos," katanya kepada wartawan di perkarangan mahkamah selepas perbicaraan saman fitnahnya terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, hari ini.

Anwar berkata demikian ketika mengulas keputusan PKR dan DAP semalam yang tetap mencalonkan satu nama iaitu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor walaupun Sultan Selangor menitahkan setiap parti mencalonkan lebih dua nama.

Anwar berkata, pendekatan ini yang diambil selepas pilihan raya umum tahun lalu apabila Sultan meminta 4 nama namun hanya satu nama yang dicalonkan iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Anwar berkata, PKR berhak untuk dihormati sebagaimana PKR tidak pernah mempertikaikan isu calon MB PAS di Kedah, Perak dan Kelantan.

Anwar berkata, penting untuk ditegaskan semua isu yang berkaitan dipertimbang dan dibincangkan dalam mesyuarat pada 17 Ogos yang kemudiannya satu nama diluluskan.

"Kita sedar ada perbezaan pendapat antara 2 nama dengan satu nama dan juga tentang mengesahkan satu nama dan mengambil kira satu nama lain.

"Kedudukan Azmin sudah dibawa tetapi kita perlu menghormati keputusannya, beliau mematuhi keputusan parti dan menandatangani kenyataan bersumpah (SD) untuk menyokong Wan Azizah," katanya merujuk kepada Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Pada 17 Ogos, Majlis Presiden Pakatan mengumumkan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal untuk menggantikan Khalid yang dipecat daripada PKR pada 9 Ogos kerana melanggar keputusan partinya agar meletakkan jawatan.

Tetapi beberapa pemimpin PAS tidak senang dengan keputusan itu dan merasakan calon kedua diperlukan jika istana menolak pencalonan Dr Wan Azizah.

Parti Islam itu pada awalnya mencadangkan dua nama iaitu Dr Wan Azizah dan Azmin sebagai calon.

Namun Azmin terikat dengan keputusan partinya yang hanya mencalonkan Dr Wan Azizah.

Anwar sebelum ini mengesahkan surat mencalonkan isterinya Dr Wan Azizah untuk jawatan MB sudah diserahkan kepada istana dan ditandatanganinya sendiri bersama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Bagaimanapun Khalid pada sidang medianya semalam berkata, surat Dr Wan azizah atau pencalonannya sebagai MB tidak berbangkit dalam pertemuannya dengan Sultan Selangor semalam.

Khalid berkata, Sultan mahu pemimpin PAS, DAP dan PKR masing-masing menghantar sekurang-kurangnya 3 nama untuk dipertimbangkan.

Semalam Khalid menyerahkan surat peletakan jawatannya namun diminta terus bertugas selagi penggantinya tidak dilantik. ~tmi




Iklan C (ii)










MB S'gor: Kartunis Zunar Sindir Siapa? He He He

Posted: 27 Aug 2014 12:37 AM PDT


Ibnu Hasyim

MB S'gor: Kartunis Zunar Sindir Siapa? He He He

 
He he he


W/Azizah, Azmin Lahir S'pura Halang Jadi MB?

Posted: 26 Aug 2014 11:40 PM PDT


Ibnu Hasyim

W/Azizah, Azmin Lahir S'pura Halang Jadi MB?



Kini timbul isu mengenai Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dilahirkan di Singapura mungkin menyebabkan beliau tidak layak jadi menteri besar Selangor. Gambar fail The Malaysian Insider. Kini timbul isu mengenai Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dilahirkan di Singapura mungkin menyebabkan beliau tidak layak jadi menteri besar Selangor. Gambar fail The Malaysian Insider. Tiada peruntukan dalam perlembagaan negeri Selangor yang memerlukan menteri besarnya mesti lahir di Selangor atau di Malaysia, kata seorang pakar perlembagaan hari ini yang menolak cakap-cakap mengenai Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Mohamed Azmin Ali tidak boleh memegang jawatan itu kerana mereka dilahirkan di Singapura.
Profesor Gurdial Singh Nijar, yang bertugas di fakulti undang-undang Universiti Malaya, berkata perlembagaan hanya menyatakan menteri besar tidak boleh menjadi warganegara "melalui penaturalisasi atau melalui pendaftaran di bawah Perkara 17 Perlembagaan Persekutuan".
"Naturalisasi ertinya orang yang bukan warganegara, tetapi boleh memohon untuk menjadi warganegara selepas menghabiskan tempoh masa yang tertentu di negara ini," katanya kepada The Malaysian Insider.
 Beliau berkata, pendaftaran (yang terpakai untuk mereka yang lahir sebelum hari kemerdekaan dan perlu mendaftar menjadi warganegara) di bawah Artikel 17 Perlembagaan Persekutuan juga digugurkan. Sebelum ini ia merujuk kepada bukan warganegara yang lahir di Persekutuan sebelum hari merdeka layak menerima kerakyatan.
"Tiada keperluan mereka perlu lahir di Selangor. Jika ada, Sultan ada kuasa menggunakan mana-mana peruntukan dalam undang-undang tubuh menyekat pilihan menteri besarnya," katanya merujuk kepada Artikel 53 (3) Perlembagaan Persekutuan.
 Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mengesahkan kepada The Malaysian Insider, calon menteri besar Dr Wan Azizah dan Azmin lahir di Singapura. Beliau bagaimanapun berkata, mereka adalah rakyat biasa dan tidak melalui proses naturalisasi atau proses pendaftaran.
"Kami turut membincangkan isu ini dan mendapati Dr Wan Azizah dan Azmin tidak terpakai kepada Artikel 53 (3), yang melarang bukan warganegara menjadi menteri besar," katanya. – 27 Ogos, 2014. (TMI)


Wanita dibelasah suami gara-gara periksa Whatsapp tanpa kebenaran!

Posted: 26 Aug 2014 09:36 PM PDT


Tengok TV Online

Wanita dibelasah suami gara-gara periksa Whatsapp tanpa kebenaran!


Subang Jaya: Bahana WhatsApp. Itu nasib malang menimpa seorang wanita yang sedang sarat mengandung tujuh bulan apabila kepala dihentak, rambut ditarik dan dibelasah suaminya di kediaman mereka USJ 8, hanya kerana dia memeriksa telefon bimbit suaminya tanpa kebenaran.

Tindakan kejam lelaki berusia 30-an itu berpunca selepas isterinya, 37, membaca perbualan antara dia dengan rakannya dalam WhatsApp.

Dalam kejadian jam 7 pagi Jumaat lalu, mangsa tergerak hati untuk memeriksa telefon bimbit milik suaminya, namun tindakannya itu disedari menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka selama beberapa minit.

Menurut sumber, pertengkaran itu bertukar ganas apabila suami mangsa yang gagal mengawal kemarah bertindak menarik rambut dan menghentak kepala isterinya ke dinding sebelum menolaknya sehingga terjatuh.

Sumber berkata, mangsa yang masih tidak berpuas hati turut mengambil lampu tidur dan cuba menghentak ke badan isterinya, namun membatalkan hasratnya selepas seorang lagi anak mereka yang sedang tidur terjaga dan menangis.

Bimbang kejadian sama berulang, mangsa membuat laporan di Balai Polis USJ8.

Sementera itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut dan siasatan sedang dijalankan.

Kredit: MyMediaHubOnline

Pemandu Vios pusing-pusing di tengah lampu isyarat kerana 'stress' dibuang kerja (Video)


Kuala Terengganu: Tertekan dibuang kerja, seorang lelaki menimbulkan kekecohan apabila berpusing-pusing dengan keretanya di tengah lampu isyarat sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain dalam kejadian di Jalan Sultan Omar, di sini, semalam.

Malah sebelum itu, lelaki berusia 23 tahun itu turut melanggar sebuah kereta Suzuki Swift dipandu seorang wanita berusia 27 tahun di hadapan sebuah Hotel Grand Continental Kuala Terengganu pada jam 8.50 pagi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Abdul Halim Mohd Ishak berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu itu yang memandu Toyota Vios tersalah jalan apabila memasuki jalan sehala lalu bertembung dengan Suzuki Swift itu.

Beliau berkata, sebaik kemalangan berlaku, pemandu Toyota Vios itu terus berlalu tanpa mengendahkan kereta dilanggarnya.

Lelaki itu yang dipecat di Johor Bahru ditahan polis. -myMetro

VIDEO :-




Berita Menggemparkan Dari Bahagian Risikan..

Posted: 26 Aug 2014 07:30 PM PDT


Addin

Berita Menggemparkan Dari Bahagian Risikan..


Wanita Malaysia dipercayai menyertai pasukan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) untuk menawarkan Jihad Al-Nikah atau jihad seksual, kata pegawai kanan risikan kepada The Malaysian Insider.

Pihak berkuasa mengesahkan tiga wanita Malaysia pergi ke Timur Tengah untuk menyertai pasukan Isis.

Jihad Al-Nikah merujuk kepada konsep kontroversi iaitu wanita Sunni dikatakan menawarkan diri mereka dalam bentuk peranan memenuhi keperluan seksual pejuang yang memperjuangkan undang-undang Islam.

Konsep itu berasal daripada fahaman Wahhabi sekitar 2013, yang menyeru penyokong wanita Sunni untuk tampil melakukan jihad seks dan menyemarakkan moral pejuang terhadap regim Bashar al Assad di Syria.

"Wanita ini dipercayai menawarkan diri mereka untuk melakukan hubungan intim kepada pejuang Isis yang cuba memperkenalkan peraturan Islam di Timur Tengah.

"Konsep ini mungkin kelihatan kontroversi tetapi ia semakin berkembang apabila sesetengah wanita Islam di sini bersimpati dengan kepayahan Isis," kata seorang pegawai risikan kepada The Malaysian Insider.

Enggan didedahkan identitinya, pegawai itu berkata seorang wanita Malaysia berlepas ke Timur Tengah pada Disember tahun lalu.

"Wanita itu, berusia 30-an, pergi ke Turki sebelum bertemu dengan orang tengah yang membantunya melengkapkan perjalanan ke Syria melalui jalan darat.

"Seorang lagi wanita Malaysia berusia 40-an dipercayai bekerjasama dengan pasukan Isis pada April tahun ini," kata sumber.

Pegawai risikan berkata, bukan wanita Malaysia saja yang melakukan jihad seksual kerana ada juga wanita Islam lain terbabit.

"Pertukaran risikan dengan beberapa negara mendedahkan wanita Islam Sunni dari Australia dan United Kingdom juga menyertai Isis," katanya.

Pegawai risikan berkata, Isis mengeluarkan dekri atau edik pada Jun tahun ini menawarkan pengerahan Jihad Al-Nikah atau jihad seksual.

"Sebaik saja selepas bandar Mosul di Iraq ditawan pasukan Isis, orang ramai diarahkan menghantar wanita tidak berkahwin berjihad untuk seks," dedah pegawai risikan.

"Dalam pengisytiharannya, Isis mengancam untuk melaksanakan undang-undang syariah terhadap mereka yang gagal mematuhi edik atau dekri itu," kata pegawai berkenaan.

Pegawai risikan berkata, rakan sejawatannya di Britain mendedahkan lebih 600 umat Islam British dipercayai berjuang untuk Isis.

"Jumlah itu termasuk wanita Islam British yang bukan berjuang di barisan hadapan, tetapi masih terbabit dengan melakukan jihad seksual.

"Pegawai risikan Australia mendedahkan lebih 100 wanita Islam Australia berada di Syria berjuang di smaping Isis," kata pegawai risikan itu.

Walaupun Putrajaya pada awalnya mendedahkan kira-kira 30 rakyat Malaysia berlepas ke Timur Tengah berjuang untuk Isis, tetapi angka itu dipercayai sebenarnya lebih tinggi.

"Pemeriksaan yang dilakukan dengan rakan sejawatan kami di luar negara mendedahkan mungkin jumlah rakyat Malaysia di Timur Tengah mencecah 50 orang," katanya kepada The Malaysian Insider.

Setakat ini, 3 rakyat Malaysia dilaporkan maut di Syria ketika berperang menentang pasukan Presiden Syria Bashar Al-Assad.

Mat Soh, 53, dilaporkan terbunuh selepas dilanggar lori tangki ketika pertarungan sengit antara Isis dengan pasukan Syria minggu lalu.

Pada Jun, Ahmad Tarmimi Maliki, 26, mati selepas insiden bunuh diri yang menyebabkan lebih 20 askar Iraq maut di pangkalan mereka di Al-Anbar.

Identiti rakyat Malaysia ketiga yang maut dalam satu insiden masih belum disahkan oleh pihak berkuasa di sini.

Sejak konflik di Syria meletus pada Mac 2011, lebih 190,000 kematian dilaporkan setakat ini, menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Kejadian pembunuhan paling mengerikan ialah pada 20 Ogos ketika Isis melancarkan satu rakaman menunjukkan seorang lelaki yang dikatakan berjihad, bercakap dengan loghat selatan Inggeris, memenggal kepada seorang wartawan dan jurugambar warganegara Amerika, James Foley.

Foley ditangkap di Syria pada penghujung 2012. Rakaman video itu menunjukkan beliau dibunuh di kawasan padang pasir.

Video bertajuk 'Pesanan kepada Amerika' itu dimuat naik di YouTube sebagai amaran kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berhubung serangan terhadap militan di Iraq.

Sebelum dibunuh, wartawan berusia 40 tahun itu dipaksa membaca satu kenyataan yang menyalahkan Amerika atas kematiannya. ~tmi




Iklan C (ii)










0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani