Powered by Blogger.

Piala Dunia 2014 Tunjuk Bukti Rakyat Malaysia #GilaBola

Piala Dunia 2014 Tunjuk Bukti Rakyat Malaysia #GilaBola


Piala Dunia 2014 Tunjuk Bukti Rakyat Malaysia #GilaBola

Posted: 16 Jul 2014 07:02 AM PDT

Piala Dunia 2014 sudah pun berakhir. Kemenangan pasukan German pastinya menggembirakan para penyokong pasukan dari benua Eropah ini. Bagi Abang Nara, Piala Dunia yang berlangsung 4 tahun sekali ini menunjukkan bahawa bola sepak adalah sukan nombor 1 di dunia umumnya dan di Malaysia khasnya. Senang cerita satu dunia demam bola sepanjang sebulan yang lalu.

gila bolaMacam-macam aksi para penyokong untuk menunjukkan tanda sokongan mereka kepada pasukan masing-masing. Ada yang bersedih ketika pasukan mereka kalah, ada yang melonjak kegembiraan dan menari-nari, ada yang warnakan muka dan macam-macam lagilah. Kesemua itu telah di’capture’ oleh Celcom menerusi sebuah video yang jelas menunjukkan rakyat Malaysia sebenarnya #GilaBola.


Terbaik kan? Awesome juga penyokong-penyokong bola sepak di Malaysia ini. Kesemua gambar ini telah dimuatnaik ke laman sosial dengan hashtag #GilaBola. Abang Nara suka dengan lagu #GilaBola yang dinyanyikan oleh Joe Flizzow ini. Catchy dan funky. Memang sesuai dengan permainan bola sepak pantas yang ditunjukkan sepanjang Piala Dunia 2014.

Abang Nara dan anak pun sehingga ke hari ini masih terasa demam Piala Dunia. Anak Abang Nara setiap malam mesti ajak tendang-tendang bola. Agaknya dia pun dah #GilaBola macam ayahnya. Hehehe.

Amcam power tak kami? Apa pula aksi dan gaya yang anda tunjukkan sepanjang Piala Dunia yang telah berlangsung? Kongsikan di ruangan komen. Kalau nak muat turun lagu GilaBola Joe Flizzow yang full version, boleh lawat laman web Celcom ini.

Baca Yang Ini Pulak:-

Running Man Akan Turun Malaysia November Ini

Posted: 16 Jul 2014 06:58 AM PDT

Berita baik untuk peminat setia program variasi Korea yang amat popular iaitu Running Man. Saluran TV One Asia akan membawa ahli Running Man iaitu Song Ji Hyo, Jong Kook, Jae Suk, Gary, Ha Ha, Seok Ji dan Lee Kwang Soo turun ke Malaysia November ini. Tidak dapat dipastikan sama ada kesemua ahli program ini akan turut serta, namun yang pastinya ini satu berita baik untuk kesemua peminat Running Man.

running man

Peminat di Singapura juga akan turut mendapat peluang untuk bertemu mata dengan ahli-ahli Running Man. Ini pastinya amat menggembirakan peminat program variasi ini yang telah kecewa apabila Indonesia baru-baru ini diumumkan sebagai negara terakhir penggambaran luar negara dilakukan. Sekurang-kurangnya dengan kehadiran mereka untuk beramah mesra, akan terubat rindu di hati para peminat.

running man

Sama-samalah kita nantikan maklumat lanjut mengenai kehadiran Running Man ke Malaysia ini. Abang Nara pasti akan turut sama berlari bersama mereka kelak. Tak sabar rasanya. Informasi lanjut boleh didapati di Facebook One TV Asia.

Baca Yang Ini Pulak:-

Ini Bukan MLM Tapi Networking Marketing – Azad Jazmin

Posted: 15 Jul 2014 10:57 PM PDT

Amboi sejak Azad Jazmin bagitau yang dia sudah beli Ducati Diavel selepas menyertai satu perniagaan, ramai pula yang menuduh pelakon ini memperdaya wang orang ramai menerusi perniagaan Multi Level Marketing (MLM). Hari itu tak silap Abang Nara memang si Azad nie cakap dia buat bisness MLM, tup-tup hari ini di Harian Metro, Azad memaklumkan yang perniagaannya yang disertainya itu berkonsepkan Networking Marketing, bukannya MLM. Mungkin hari tue tersilap informasi kot.
azad jazmin mlmAbang Nara tak tahu dan tak berapa pandai untuk membezakan apa itu MLM dan Networking Marketing. Kalau tanya Abang Nara yang rendah ilmu ini, nampak macam sama je kedua-duanya. Namun menurut Azad, konsep pemasaran yang disertainya adalah berkonsepkan perniagaan berangkai di bawah Rania Marketing. Kata Azad:-

Mereka salah anggap dengan konsep pemasaran ini. Sebenarnya, kita ada produk untuk dijual iaitu produk kosmetik Rania dan perniagaan ini ialah Networking Marketing (pemasaran berangkai).

Kebetulan saya adalah orang pertama yang dilantik untuk jadi stokis dan bertanggungjawab mencari stokis lain yang berminat untuk menjual produk ini. Itu saja.

Saya tidak pernah berniat nak menipu dan ambil jalan mudah untuk jadi kaya tetapi ramai yang tidak henti-henti tuduh saya jual air liur saja.

Rasanya lebih baik kalau orang-orang itu cuba fahami dan dekati dulu jenis perniagaan ini sebelum buat tuduhan dan jatuh hukum.

azadRasanya kalau nak terangkan secara mudah, Azad adalah stokis besar dan dapat produk Rania Marketing dengan harga murah. Kemudian Azad akan cari stokis-stokis lain untuk jual produk tersebut dengan ambil sedikit keuntungan. Rasanya konsep Networking Marketing macam itulah kot. Konsep sebegini memang sering diamalkan oleh penjual produk kecantikan di Malaysia. Untung memang boleh dapat banyak kalau kena caranya. Tak apalah Azad, yang penting kita berusaha keras untuk anak bini. Kalau orang tak faham, kita terangkan. Tak gitu?

P.S: Harga lesen D dan B2 naik mulai 14 Julai

Baca Yang Ini Pulak:-

(14 GAMBAR)Amar Taufiq, Putera Sulung Amar Asyraf & Arna Salleh Daripada Camora Arts

Posted: 15 Jul 2014 10:07 PM PDT

Popular menerusi drama Setia Ke Hujung Nyawa satu ketika dahulu, Amar Asyraf kini sudah pun bergelar seorang bapa kepada seorang anak lelaki yang diberi nama, Amar Taufiq. Telah berkahwin dengan Arna Salleh pada Jun 2013, kehadiran cahaya mata pertama ini pastinya melengkapkan lagi keluarga pelakon tampan ini. Abang Nara suka melihat keterujaan dan kebahagiaan yang terpancar di wajah suami isteri ini ketika memeluk anak mereka.

anak amar asyraf

Menariknya gambar-gambar yang diambil oleh Camora Arts kali ini menggunakan ‘props’ terbaru sempena promosi ‘newborn’ yang ditawarkan oleh mereka. Cute sangat konsep yang ditampilkan oleh mereka. Mana tahan tengok si bayi comel dalam kostum ladybird. Comel sangat-sangat jadinya. Ini kalau ada depan mata nie memang dah kena cium dah si Amar Taufiq nie. Hehehe.

anak amar asyraf

Kepada anda yang ingin mengabadikan gambar anak tercinta di awal kelahiran kelak, jangan lupa LIKE Facebook Camora Arts dan gunakan promosi yang sedang ditawarkan sekarang ini (RM1,100 sahaja). Kalau anda sedang mengandung sekarang ini, ia adalah waktu terbaik untuk membuat tempahan. Nanti lepas bersalin, Camora Arts akan datang ke rumah anda dan ambil gambar anak anda yang comel untuk diabadikan dalam album gambar buat tatapan anda.

camora arts

Lagi beberapa gambar si comel Amar Taufiq, anak sulung Amar Asyraf dan Arna Salleh dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

anak amar asyraf
anak amar asyraf

anak amar asyraf
anak amar asyraf
anak amar asyraf
anak amar asyraf

anak amar asyraf

anak amar asyraf
anak amar asyraf

anak amar asyraf
anak amar asyraf
anak amar asyraf

Baca Yang Ini Pulak:-

Penamat Drama ‘Kerana Terpaksa Aku Relakan’ Mengecewakan Para Penonton?

Posted: 15 Jul 2014 09:37 PM PDT

Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan atau singkatannya KTAR sememangnya amat popular. Lakonan mantap Izreen Azminda dan Amar Baharin di dalam drama ini membuatkan ramai penonton beranggapan mereka benar-benar bercinta. Yang lebih mengkagumkan, walaupun ditayangkan di bulan Ramadhan, rating drama ini antara yang tertinggi pernah dicatatkan untuk TV3. Power sungguh!!!

penamat drama kerana terpaksa aku relakan

Diadaptasi daripada novel yang mempunyai tajuk sama, episod akhir KTAR telah pun ditayangkan Isnin lalu. Namun peminat-peminat drama ini kebanyakannya melahirkan rasa kecewa dengan cara drama itu ditamatkan. Bagi mereka, ia tergantung. Tidak sama dengan novel. Tidak tahu sebenarnya apa yang terjadi terhadap Zen dan Indah. Ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan penamat tersebut di Facebook dan Twitter.

penamat drama kerana terpaksa aku relakan

Namun nampaknya peminat-peminat drama KTAR akan dihadiahkan ‘something special’. Kemungkinan besar ada sambungan untuk menamatkan penamat yang tergantung ini. Berita gembira ini telah disampaikan oleh Amar Baharin sendiri. Mungkin masa Hari Raya nanti? Mungkin KTAR Edisi Raya? Siapa tahu kan?

penamat drama kerana terpaksa aku relakan

Tak silap Abang Nara Izreen Azminda pun ada menulis perkara yang sama. Ada kejutan untuk peminat-peminat drama KTAR ini. Sama-samalah kita nantikan. Adakah anda berpuas hati dengan adaptasi novel ke drama KTAR? Apa yang anda rasa boleh lagi diperbaiki? Kongsikan di ruangan komen.

Baca Yang Ini Pulak:-

Temuramah Isteri Awie, Rozana Misbun Ini Pasti Akan Mengalirkan Air Mata Anda

Posted: 15 Jul 2014 09:08 PM PDT

Sedih, pilu dan menyayat hati sungguh melihat wajah Rozana Misbun, isteri kepada Awie yang merindui anak-anaknya. Mereka sudah tidak bertemu sebulan lebih selepas Rozana Misbun meninggalkan rumah sehelai sepinggang akibat tidak tahan untuk hidup dalam keadaan trauma. Hampir mengalir air mata Abang Nara membaca temuramah antara Mstar Online dan Rozana Misbun. Memang perit sungguh dugaan yang sedang dialami olehnya.
rozana misbun awie

Antara yang menarik ialah penjelasan Rozana Misbun mengenai kecederaan yang dialami olehnya. Kalau sebelum ini Abang Nara hanya dapat membayangkan kesakitan yang dihadapi oleh Rozana, rupa-rupanya apabila membaca penerangan isteri Awie ini, memang sakitnya tidak terperi. Kata Rozana:-

Tulang hidung Ina retak dan masih lagi membengkak. Ia menyebabkan hidung sebelah kanan Ina akan mengalami halangan atau akan mudah tersumbat. Doktor kata ia akan ambil masa tiga bulan untuk pulih.

Telinga sebelah kiri sebelum ini ada pendarahan. Doktor kata, hanya sedikit sahaja lagi kecederaan telinga itu nak kena gegendang. Kalau tidak, mungkin Ina akan pekak sebelah. Tapi Allah selamatkan Ina. Keadaan dah okey.

rozana misbun awie

Sila tahan emosi anda untuk tidak mengalirkan air mata apabila melihat video Rozana Misbun di bawah melahirkan rasa rindu terhadap anak-anaknya.

Baca artikel ini sepenuhnya untuk mengikuti temuramah yang membongkar sedikit sebanyak apa yang telah dialami oleh Rozana Misbun dan suaminya, Awie.

Saya simpati dengan nasib menimpa Ina. Bagaimana Ina boleh simpulkan sembilan tahun perkahwinan Ina dengan Awie?

Alhamdulillah… Ina bahagia dengan Awie. Dia suami yang bertanggungjawab terhadap Ina dan anak-anak. Tetapi sedihnya apabila satu ujian telah berlaku dalam rumah tangga kami, kasih-sayang yang telah disemai selama sembilan tahun akhirnya musnah.


Saya difahamkan sudah sebulan Ina tak jumpa anak-anak. Bagaimana ia boleh berlaku?

Ina hidup dalam keadaan trauma. Emosi Ina juga tertekan akibat kejadian hitam yang menimpa Ina. Keadaan fizikal Ina yang sakit turut menambahkan lagi rasa bimbang. Sehinggalah kira-kira hampir dua minggu selepas peristiwa itu (iaitu pada 15 Jun 2014), Ina membuat keputusan untuk keluar rumah dan tinggal bersama ibu di Bangsar (Kuala Lumpur).


Jika Ina sayangkan anak-anak, kenapa tidak bawa mereka bersama?

Sejak awal-awal lagi Awie telah ingatkan Ina agar tidak berebut anak. Ina buat keputusuan untuk tingggalkan rumah ketika anak-anak sedang tidur iaitu kira-kira pukul 6.30 pagi. Ina bimbang kalau-kalau mereka terjaga, mereka pasti mahu ikut Ina kerana ia akan mengharu-birukan lagi keadaan rumah tangga Ina yang sedang tegang.

Hanya Allah sahaja yang tahu betapa berat hati Ina untuk melangkah keluar ketika anak-anak sedang lena dibuai mimpi. Hati Ina benar-benar sayu. Lillahi Taala, abang… Ina tak pernah berpisah dengan anak-anak walaupun sesaat.

Tetapi Ina terpaksa meneruskan langkah keluar rumah untuk ke rumah ibu dalam keadaan sehelai sepinggang menaiki teksi kerana perasaan trauma yang menghantui jiwa Ina.

Ina ada hubungi anak-anak atau tidak untuk melepaskan rindu?

Sudah tentu abang tapi sayangnya bila Ina call, panggilan tidak berjawab. Ina tak tahu apakah sebabnya. Pernah juga bila Ina call, hanya sekali sekali sahaja ringing dan kemudiannya putus.


Kenapa Ina tidak ke sekolah mereka? Kan lebih mudah berjumpa di sana!

Ina ada hubungi pihak sekolah untuk bercakap dengan anak-anak. Tapi Ina benar-benar terkejut apabila pihak sekolah tidak membenarkan Ina bercakap dengan mereka.

Pihak sekolah memaklumkan pada Ina, Awie telah menghantar surat bertarikh 21 Jun 2014 agar tidak membenarkan Ina menemui mereka. Pihak sekolah terpaksa akur kerana mereka tidak mahu timbul masalah di kemudian hari.

Kalau Ina pergi juga ke sekolah dan jumpa mereka, tentulah anak-anak akan beritahu bapa mereka. Anak-anak kan tidak pandai berbohong. Sudah pasti banyak masalah lain akan timbul nanti.


Saya dapat bayangkan betapa tertekannya jiwa seorang ibu. Kalau begitu, bagaimana Ina ikuti perkembangan anak?

Ina tak ada pilihan bang! Ina hanya melihat perkembangan anak sulung Ina (Ahmad Merrah) menerusi Instagram dia sahaja. Dia dah kelihatan agak kurus, mungkin rindukan Ina.


Ina… saya ada dengar kononnya Ina mengabaikan tanggungjawab pada anak-anak Awie bersama Arni. Apakah benar khabar itu?

Fitnah bang… itu semua cerita rekaan. Hubungan Ina dengan anak-anak tiri Ina sangat rapat. Semasa Ina dalam keadaan sakit, anak tiri Ina iaitu Puteri Aleefa yang temankan Ina ke hospital. Malah Puteri Aleefa sanggup tidur di sebalah Ina untuk menjaga ibu tirinya ini.

Kalau benar Ina abaikan mereka, kenapa kisah ini hanya timbul semasa kontroversi rumah tangga Ina sedang berlaku. Sepatutnya sejak dulu lagi. Ia fitnah!.

Keadaan kesihatan Ina pula bagaimana? Masih sakit?

Ina tak tipu… mestilah masih ada kesan sakit. Rusuk kiri iaitu tulang sembilan dan tulang sepuluh retak. Sekarang masih dalam rawatan dan doktor sedang beri perhatian serius. Doktor beritahu, kecederaan tu nyaris-nyaris nak kena paru-paru. 


Dalam gambar yang tersebar kelihatan hidung dan bahagian telinga seperti cedera. Bagaimana keadaannya?

Tulang hidung Ina retak dan masih lagi membengkak. Ia menyebabkan hidung sebelah kanan Ina akan mengalami halangan atau akan mudah tersumbat. Doktor kata ia akan ambil masa tiga bulan untuk pulih.

Telinga sebelah kiri sebelum ini ada pendarahan. Doktor kata, hanya sedikit sahaja lagi kecederaan telinga itu nak kena gegendang. Kalau tidak, mungkin Ina akan pekak sebelah. Tapi Allah selamatkan Ina. Keadaan dah okey.


Aduhhh! Saya tak sanggup nak dengar kesakitan itu. Ina masih trauma?

Tentulah. Ina dah jadi fobia dan trauma. Tapi jujurnya jiwa Ina tertekan kerana tidak dapat jumpa anak-anak. Setiap malam ketika hendak pejamkan mata, Ina akan teringatkan mereka. Dan tentunya Ina akan bayangkan keadaan anak-anak dan persiapan hendak menyambut Aidilfitri nanti. Ina Cuma harap agar Allah memberi kekuatan, kesabaran dan petunjuk untuk Ina hadapi ujian hidup yang sedang Ina lalui ini.

Bagaimana perasaan Ina terhadap Awie selepas melalui ujian-ujian getir seperti ini?

Entahlah… Ina susah nak jawab. Fikiran Ina kosong sekarang ni. Jujurnya Ina tak dendam apa-apa dengan dia, sungguh!

Baca Yang Ini Pulak:-

Jualan ‘SUPER RAYA’ Bersama Lazada – Hari Ini dan Esok (17-July-2014)

Posted: 15 Jul 2014 08:34 PM PDT

Apabila tiba Hari Raya, macam-macam tawaran menarik dan diskaun yang diberikan oleh para peniaga di luar sana. Ada yang buat diskaun 50%, beli 2 dapat percuma 1 dan macam-macam lagilah. Memang hebat-hebat dan menarik-menarik promosi yang ditawarkan. Namun rasanya tiada satu promosi pun yang dapat menandingi promosi Super Raya Lazada.Promosi Super Raya Lazada ialah 'one-day sale exclusive' yang akan berlangsung pada 16 Julai 2014 (Rabu ini). Diskaun sehingga 92% akan diberikan untuk semua barangan raya seperti langsir baru, baju baru, perkakas membuat kuih-muih, TV, beg, dan macam-macam lagi. Memang sesuai sangat untuk menaikkan seri rumah lebih-lebih lagi kalau buat 'open house' Hari Raya nanti. Abang Nara bercadang nak beli vakum. Senang sikit nak sedut debu-debu dan pastikan rumah sentiasa bersih. 92% diskaun tue!!!Kalau korang masih tercari-cari baju raya nak mampu menyerlahkan kejelitaan/kekacakan di pagi Hari Raya, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi baju raya Hatta Dolmat dengan harga diskaun. Cantik-cantik rekaan baju Syawal Design by Hatta Dolmat yang hanya boleh dibeli secara online di Lazada bermula 3 Julai sehingga 21 Julai ini. Memang kalau pakai baju Hatta Dolmat nie confirm semua awek/pakwe akan toleh tengok anda 2, 3 kali. Vas gedebaz gitu!!!Paling best promosi yang ditawarkan oleh Lazada ialah untuk produk kategori Home & Living serta Home Appliances. Kalau Abang Nara cakap korang takkan percaya punya. Harga yang ditawarkan masing-masing pada RM77 dan ke bawah untuk produk Home & Living serta RM99 dan ke bawah untuk produk Home Appliance. Memang boleh beli 5,6 barang sekaligus. Jimat gila-gila kot. Ada juga diskaun istimewa buat peminat gadjet Samsung. Kesemuanya diberikan kepada anda semua oleh Lazada sempena Hari Raya ini.

Dan jangan lupa untuk mencuba permainan Wheel of Raya Lazada untuk menambahkan lagi penjimatan. Macam-macam hadiah menarik yang boleh dimenangi. Kalau dapat 'free cash voucher' RM100 pun dah boleh jimat banyak dah. Macam-macam sungguh yang diberi oleh Lazada ini. Kesemuanya untuk memastikan kita semua dapat berhari raya dengan meriah. Jadi kalau peluang ini dilepaskan, memang rugi sangat-sangat.Jangan takut dan jangan risau untuk membeli belah di www.lazada.com.my. Wife Abang Nara minggu lepas je dah beli 5 jenis barangan kat sini. Semuanya sampai dengan pantas. Barangan pun sama seperti yang ditawarkan. Siap boleh buat Cash On Delivery kalau tak nak bayar secara online. Kalau tak puas hati dengan kualiti produk yang dibeli, ia boleh dikembalikan. Senang cerita, memang terjamin pembelian kita di www.lazada.com.my. Apa lagi? Selamat bershopping!!!

P/S: Haaa jangan tak tau… cuba tengok dekat Facebook cik Raisyyah Rania kita ni. Dia pun dah shopping dekat Lazada OK, siap post dekat Facebook lagi tu. Korang bila lagi?

 

Yang Ini Pun Best Jugak:-

    (TAHNIAH)Ziana Zain Kini Berhijab Sepenuhnya

    Posted: 15 Jul 2014 06:24 PM PDT

    Alhamdulillah. Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan penuh berkat dan hidayah. Seorang lagi selebriti tempatan iaitu penyanyi popular, Ziana Zain telah pun mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya di bulan mulia ini. Sebelum ini Ziana hanya memakai tudung sebagai tanda menghormati bulan Ramadhan. Nampaknya hidayah itu tiba jua. Pasti berkat doa peminat-peminat Ziana Zain.

    ziana zain bertudung

    Tampil untuk rakaman MeleTOP Raya dengan imej bertudung, Ziana Zain mengakui penampilan itu adalah penampilan terbaru dan terkini buat dirinya. Kata Ziana menerusi portal Murai:-

    Ini adalah hadiah yang Allah SWT berikan kepada saya, sebuah ganjaran yang dijanjikan setelah tidak putus-putus doa daripada peminat, kawan-kawan dan yang paling termakbul adalah doa kedua ibu bapa saya.

    Allah SWT telah berikan apa yang mereka semua pohon, sementara itu juga dibukakan pintu hati saya menerima syariat agama ini. Setelah beberapa tahun saya memasang niat, akhirnya hari yang dinanti sudah tiba. Perasaan yang datang itu bukan rasa yang biasa tetapi kuasa yang luar biasa.

    Tiada pengumuman yang nak dibuat kerana yang penting apa yang dituntut(berhijab) saya telah cuba penuhi bermula dari Ramadan ini dan harapan saya biarlah ia kekal ke akhir hayat. Tiada apa yang lebih bermakna dari apa yang Allah SWT kurniakan kepada saya sekarang, Alhamdulillah.

    ziana zain bertudungTahniah diucapkan kepada Ziana Zain atas penghijrahan ini. Semoga makin murah rezeki, tenang hidup dan makin diberkati. Pasti ramai yang terharu dengan perubahan diva kesayangan ramai ini. Semoga terus istiqamah. Tahniah Zaian Zain!!!

    Baca Yang Ini Pulak:-

    0 comments:

    Post a Comment

    Terhangat

    UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani