Powered by Blogger.

Era FM dan Paknil Terima Tempias Kerana Kiki CDM 25

Era FM dan Paknil Terima Tempias Kerana Kiki CDM 25


Era FM dan Paknil Terima Tempias Kerana Kiki CDM 25

Posted: 17 Jul 2014 02:03 AM PDT

Secara jujur, Abang Nara tertanya-tanya mengapa kita perlu memberi publisiti sehingga tahap masuk TV dan radio kepada mereka yang telah membuat kesalahan seperti si Kiki pemilik kereta Peugeuot bernombor plat CDM 25 ini. Seolah-olah kita mengalakkan budaya ‘buat salah tak apa, nanti kau boleh jadi femes’. Seperti yang Abang Nara katakan pagi tadi, sepatutnya Uncle Lim yang dipanggil kerana pakcik itu menunjukkan nilai murni untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Kiki.
pak nil dan era
Kalau lepas ini tiba-tiba si Kiki nie ada orang nak ambil jadi artis/pelakon/iklan, memang Abang Nara tak tahulah nak cakap apa. Diharap dengan publisiti yang diberikan ini juga tidak menyebabkan orang ramai berbuat jahat dan merakamkan video mereka dengan harapan untuk muncul di TV dan radio. Parah kalau ramai yang buat macam itu.

pak nil dan era
pak nil dan era

Di atas ialah beberapa komen di Facebook Era FM yang jelas kecewa dengan tindakan stesen radio itu menjemput Kiki ke konti. Memang tak masuk akal sungguh perbuatan tersebut. Turut menerima tempias ialah PakNil yang telah menemurah Kiki untuk program H!Live. Ramai peminat yang melahirkan rasa kecewa kerana Paknil sanggup membawa si pembuli jalanan itu ke dalam kaca tv.

pak nil dan erapak nil dan era
pak nil dan era

Apa pun, Kiki sudah pun meminta maaf menerusi video yang dipaparkan di bawah.

Diharap pihak pengurusan Astro lebih prihatin dengan isu sebegini. Jangan diulang kesilapan yang sama pada masa hadapan. Lepas ini takkan semua orang buat salah nak panggil masuk konti kan?

Baca Yang Ini Pulak:-

(6 GAMBAR)Ziana Zain Semakin Manis Bertudung Sepenuhnya

Posted: 16 Jul 2014 09:33 PM PDT

Ada yang keliru rupanya mengenai bilakah tarikh sebenar Ziana Zain mula bertudung. Untuk makluman, keputusan untuk berhijrah sepenuhnya ini telah diambil oleh penyanyi bersuara tinggi ini pada Nuzul Quran yang lalu. Sebelum ini, Ziana Zain memang mengenakan tudung sepanjang bulan Ramadhan sebagai tanda menghormati bulan penuh mulia ini. Apa pun kejelitaan Ziana Zain yang masih tampak muda makin jelas terserlah selepas bertudung.

ziana zain bertudung

Comel kan? Alhamdulillah. Memang bulan Ramadhan kali ini penuh dengan hidayah buat selebriti-selebriti wanita kita. Ada lebih kurang 10 hari lagi sebelum Ramadhan berakhir. Moga ada berita gembira lagi selepas ini. Mana tahu rakan baik Ziana Zain, Erra Fazira pula mengambil keputusan untuk berhijrah juga. Sama-samalah kita doakan.

ziana zain bertudung

Lagi beberapa gambar Ziana Zain manis bertudung dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

ziana zain bertudung

P.S: Sempena puasa dan raya ini, apa kata cari duit lebih sedikit dengan perniagaan TOPUP ini. Kalau dulu nak TOPUP kena keluarkan duit, sekarang dengan TOPUP pun boleh cari duit. Bukan sikit tau, boleh cecah ribu-ribu jugak sebulan. Menarik kan? Maklumat lanjut layari Facebook CunPrepaid.


ziana zain bertudung

ziana zain bertudung
ziana zain bertudung
ziana zain bertudung

Baca Yang Ini Pulak:-

Kawan Baik Dakwa Rozana Misbun Menipu, Bukti & Penerangan Ditampilkan Di Instagram

Posted: 16 Jul 2014 08:54 PM PDT

Wow. Abang Nara tidak mengenali siapa itu “MyGothSoul” namun bukti-bukti dan penerangan yang diberikan menerusi akaun Instagramnya mendakwa yang Rozana Misbun telah menipu kecederaan yang dialami untuk menyembunyikan perkara sebenar. Daripada apa yang Abang Nara baca di Instagram miliknya, “MyGothSoul” ini dikatakan kawan baik kepada Awie dan Rozana. Tidak tahan dengan penipuan yang dilakukan oleh Rozana, “MyGothSoul” tampil untuk membersihkan nama baik Awie.

awie

Antara yang mencuri perhatian Abang Nara ialah penjelasan “MyGothSoul” ini mengenai satu artikel yang pernah dipampangkan di portal Murai. Di dalam artikel ini, kakak kepada Rozana iaitu Haliza Misbun memaklumkan yang adiknya berada dalam keadaan sakit teramat sangat dan tidak ingat bagaimana gambar kecederaan itu boleh diambil. “MyGothSoul” tampil menjelaskan satu demi satu perkara itu.

rozana

VERSION 1: Saya rasa lama dah diam. Sebelum saya comment mohon semua faham bahawa apa yang Awie buat Tak betul Dan apa yang Rozana Buat LEBIH tak betul. Biar tuan punya badan nanti cerita di mahkhamah .

Dan saya nAk Tolong #halizamisbun mencari jawapan yang dia cari.

Perenggan pertama:
Tak tahu mana Datang gambar tu? Pasti Dari keluarga misbun sebab yang Ada collection iTu ialah #rozanamisbun especially gambar Dari semua sisi ni. Menurut Rozana dia tak pernah bagi Kat sesiapa pun sebab takut tersebar. Gambar masa hari pertama masuk hospital tak pulak dia tunjuk. Agaknya masa tu lighthing tak bagus kut jadi lebam tak nampak dramatic sangat.

Perenggan kedua:
Keberanian tu halizamisbun memang Ada. Semua org tahu halizamisbun berani. Rozana dalam kesakitan masa ambik gambar tu? Tak delah sakit mana kut Kalau dia boleh suruh maid Tolong ambik gambar tu . Apa pun gambar tu koleksi peribadi. Kalau tersebar mesti lah Dari Rozana. Tak payah lah nAk innocent sangat. Drama keluarga misbun ni Dan banyak kami Lihat maklumlah keluarga pelakon. Dalam kesakitan yang teramat sangat tapi boleh chat panjang lebar semua. Lepas tu esok boleh keluar Pergi bangsar, putrajaya semua. Wah mesti kuat kan Rozana ni. Sampai boleh Pergi Jalan lepas kena pukul.

Perenggan Ketiga:
Bak kata saya tadi, gambar tu ambik Pakai phone dia. Dalam phone dia. Dia yang tunjuk kan. Takkan lah tak ingat. Tapi saya pun Ada satu je gambar tu. Bukan Dari semua sisi . Hanya sisi depan. Di hantar melalui bbm. Cuba Tanya Kalau dia ingat. Dan Cuba Tanya Kat Siapa lagi Rozana ni mengadu domba Dan Kirim gambar gambar ni. Mungkin Dari situ dia boleh ingat.

Takkan amnesia kot. Cuba Tanya Tanya Kat Rozana brand brand handbag, atau kasut atau fesyen, ingat lagi tak? Kalau masih boleh ingat ok lagi lah tu

Satu statement Rozana buat didepan kami ialah “me ni dah terlalu banyak menipu sampai lupa apa yang me tipu”

I come from background of spouse abuse. Trust me in her case is not spouse abuse at all. Example, you caught your wife finish all your kids education fund over gambling or drug. What would you do?

“MyGothSoul” juga turut memuatkan beberapa ‘screenshot’ yang didakwa perbualannya dengan Rozana Misbun. Salah satu yang mencuri perhatian ialah ‘screenshot’ yang menunjukkan laporan polis dilakukan oleh Rozana untuk menutup cerita mengenai duit.

rozana

Malah “MyGothSoul” juga turut mempersoalkan komen salah satu anak Awie di Instagram bernama “Aleeya” yang menunjukkan sebenarnya hubungan antara Rozana dan anak-anak adalah tidak baik. “MyGothSoul” mendakwa air mata yang mengalir pada Rozana dalam video temuramah ini adalah palsu semata-mata.
rozanaAda beberapa lagi bahan bukti dan penjelasan yang ditampilkan oleh “MyGothSoul” untuk membela Awie dan menunjukkan yang Rozana telah menipu. Nasihat Abang Nara, baca boleh percaya jangan. Biarlah kes ini diselesaikan di mahkamah. Makin complicated nampaknya. Tak tahu sapa benar sapa salah. Sama-samalah kita tunggu perbicaraan. Maklumat lanjut di Instagram MyGothSoul.

Yang Ini Pun Best Jugak:-

    Tindakan Hitz.fm Jemput Kiki CDM25 Ke Konti Dicemuh Orang Ramai

    Posted: 16 Jul 2014 08:15 PM PDT

    Kenalkah anda dengan Kiki iaitu pemilik kereta Peugeut berplat nombor CDM25? Abang Nara pasti ramai yang mengetahui mengenai gadis ini yang menjadi viral selepas videonya menghentam kereta seorang pakcik dengan stering lock kerana keretanya dilanggar dari belakang. Ia menjadi isu negara apabila Ketua Polis Malaysia turut sama memaklumkan akan mengambil tindakan kepada Kiki yang berlagak seperti seorang ‘road bully’.

    Menariknya hari ini, stesen radio Hitz.fm telah menjemput Kiki ke konti mereka untuk menceritakan ‘her side of story’. Terkejut beruk jugak Abang Nara dibuatnya. Ingatkan Hitz.fm jemput Uncle Lim yang menjadi mangsa buli Kiki, tup-tup jemput si pembuli pulak. Hmmmmm.

    kiki cdm25

    Tindakan Hitz.fm ini mendapat reaksi negatif daripada orang ramai dan dicemuh menerusi komen di Facebook mereka. Pada pandangan Abang Nara, ini adalah satu langkah yang salah oleh Hitz.fm kerana ia menunjukkan seolah-olah stesen radio ini menyokong tindakan Kiki yang membuli Uncle Lim.

    kiki cdm25
    kiki cdm25

    Apa pendapat anda? Wajarkah Hitz.fm menjemput Kiki? Adakah ini satu tindakan yang salah? Apa pendapat anda mengenai tindakan Kiki terhadap Uncle Lim?

    P.S: Lubang pengakhiran dunia muncul di Rusia

    Baca Yang Ini Pulak:-

    Jalan-Jalan Tengok Rumah Di KEN Rimba

    Posted: 16 Jul 2014 06:09 PM PDT

    Harga rumah di Lembah Klang sekarang sememangnya tidak masuk akal. Rumah teres intermediate sudah hampir mencecah jutaan ringgit. Apa yang paling menyedihkan ialah apabila kondominium yang saiznya 800-900 kaki persegi sudah berharga RM500 ribu ke atas. Memang boleh garu kepala dibuatnya kalau baru nak beli rumah. Kalau gaji setakat RM6,000, jangan haraplah nak boleh beli rumah di KL nie. Kesian kat generasi muda sekarang ini yang pasti serabut memikirkan masalah ini.

    ken rimba condominium

    Jadi apabila adik Abang Nara yang baru tamat belajar di UK bertanyakan mengenai rumah mana yang sesuai untuk dibeli pada harga yang berpatutan, Abang Nara terus teringat mengenai projek perumahan KEN Rimba di Shah Alam. Kalau korang ingat, dulu Abang Nara pernah ceritakan mengenai projek Legian Residence yang telah pun 'sold out'. Masa tue salah seorang sales officer Ken Rimba ada memberitahu Abang Nara mengenai projek kondominium mereka yang akan dibuka untuk tempahan. Katanya harga jualan yang ditawarkan sangat menarik dan berbaloi untuk dimiliki.
    ken rimba condominium

    Terus Abang Nara pun buka Facebook Greenbook by KEN Holdings Berhad untuk mendapatkan informasi lanjut. Melompat kegirangan Abang Nara apabila melihat tempahan sudah pun boleh dibuat untuk KEN Rimba Condominium 1 ini. Apabila tengok harga, makin tinggi lompatan Abang Nara. Bermula daripada RM399,000 sahaja. Jauh lebih murah berbanding dengan projek perumahan pemaju lain.  Keesokan harinya selepas menghantar anak ke sekolah, Abang Nara terus pergi untuk melihat sendiri 'show unit' KEN Rimba Condomininium 1 ini.

    ken rimba condominium

    Untuk makluman, ada 2 jenis kondominium yang akan dibangunkan di KEN Rimba yang diberi nama KEN Rimba Condominium 1 dan KEN Rimba Condominium 2. Fokus Abang Nara ketika pergi ke showroom hanyalah pada KEN Rimba Condominium 1 disebabkan harganya yang amat berbaloi iaitu RM399,000 (freehold). Ini kerana keluasan unit Condominium 1 ini bukannya 800 atau 900 kaki persegi tetapi 1,119 atau 1,183 kaki persegi. Ini bermakna harga yang ditawarkan ialah RM357 untuk 1 kaki persegi. Bila Abang Nara tanya kenapa murah sangat, mereka memberitahu sebabnya ialah ingin berikan peluang kepada orang-orang muda dan juga pembeli pertama memiliki rumah sendiri. Terharu Abang Nara mendengar jawapan tersebut.

    ken rimba condominiumDengan 3 bilik di dalamnya, apa yang lebih mengujakan Abang Nara mengenai KEN Rimba Condominium 1 ialah fasiliti yang boleh digunakan untuk bakal pembelinya. Ada swimming pool yang besarnya 50 meter iaitu saiz Olimpik, ada gim, ada gelanggang badminton, ada jakuzi, tempat makan, cabana dan macam-macam lagi. Swimming pool nya bukan swimming pool biasa. Ada khas untuk kanak-kanak dan untuk orang dewasa. Semua fasiliti ini khas untuk kegunaan para pemilik 3 blok KEN RIMBA Kondominium 1, 16 unit penthouse dan juga 26 unit pools Villa dalam KEN Rimba. Bila Abang Nara tengok rekaan yang dicadangkan, terbeliak biji mata ini. Cantik sangat-sangat. Penuh dengan kebiruan dan kehijauan. Kalau Abang Nara beli confirm tiap-tiap hujung minggu akan bersarapan pagi di swimming pool sambil menikmati hembusan angin.
    ken rimba condominiumKEN Rimba Condominium 1 juga telah dianugerahkan BCA Green Mark Gold Plus (Provisional) Award dan kerana fokus mereka untuk membina perumahan yang mesra alam buat para pemilik. Satu lagi yang mencuri perhatian Abang Nara ialah bumbung hijau yang meliputi kawasan gimnasium, tempat permainan kanak-kanak dan gelanggang badminton. Pasti ia akan meredupkan, menyamankan dan membuatkan mata yang memandangnya terasa tenang. Perkara-perkara kecil dan terperinci sebeginilah yang membezakan KEN RIMBA dengan perumahan yang lain. Lagi mengkagumkan ialah walaupun banyak 'add on value' diberikan, harga yang ditawarkan tetap lebih murah berbanding harga di luar. Dengan kemudahan seperti 3 lift (2 +1 lift bomba) untuk setiap blok, parking berbumbung untuk pemilik, dan kewujudan 'sky bridge' daripada parking kereta ke kondo, sememangnya KEN Rimba Condominium 1 sangat-sangat berbaloi untuk dimiliki sebagai rumah pertama atau pun sebagai pelaburan masa depan.
    ken rimba condominiumDaripada apa yang dimaklumkan kepada Abang Nara, sudah lebih 3,000 orang mendaftar untuk menjadi pembeli terawal KEN Rimba Condominium 1. Namun jangan risau, masih ada kekosongan lagi. Untuk makluman, showroom KEN Rimba dibuka setiap hari dari jam 9 pagi sehingga 6 petang. Sales person nya pun semua mesra-mesra belaka.Semua persoalan akan dijawab dengan penuh informasi dan maklumat yang sangat padat. Tanya je apa-apa yang bermain di minda anda. Tarikan lain KEN Rimba ialah ada stesen komuter pada jarak 'walking distance' dan ada 109 unit komersil yang diberi nama KEN Rimba Commercial Centre (senang nak pergi kedai tak perlu keluar dari kawasan).
    ken rimba condominiumTerlupa pula Abang Nara nak maklumkan yang KEN Rimba Condominium 1 ini bakal siap pada tahun 2018. Sila buat kepastian dengan pergi melawat dan lihat sendiri dengan mata anda di showroom. Dalam showroom itu ada show unit KEN Rimba Condominium 1 untuk anda rasai sendiri betapa luas dan berbaloinya sekiranya anda membeli 1 unit kondominium ini. Untuk makluman, kesemua unit KEN Rimba Condominium 1 menghadap 'north & south' jadi tak panas kerana cahaya matahari, ada angin yang bertiup ke dalam unit kondo dan pemandangan luar pun sangat redup mata memandang.
    ken rimba condominium

    Tunggu apa lagi? Dapatkan informasi lanjut dengan melayari www.kenholdings.com.my , LIKE Facebook Greenbook by KEN Holdings BerhadLIKE Facebook KEN Rimba Legian Residences dan follow Twitter Ken Holdings. Kalau nak pergi ke showroom, alamatnya ialah KEN Rimba ,Jalan Sungai Rasau, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor . Gunakan GPS 3.057961,101.484768 untuk elak sesat. Kalau rasa sibuk tak berkesempatan nak ke showroom, anda boleh email sebarang persoalan menerusi contact@kenholdings.com.my atau telefon mereka di 1300-22-9933.

    Baca Yang Ini Pulak:-

    0 comments:

    Post a Comment

    Terhangat

    UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani