Powered by Blogger.

Isu Cadbury Babi : Sekejap Halal, Sekejap Haram Mana Satu Yang Betul Ni?

Isu Cadbury Babi : Sekejap Halal, Sekejap Haram Mana Satu Yang Betul Ni?


Isu Cadbury Babi : Sekejap Halal, Sekejap Haram Mana Satu Yang Betul Ni?

Posted: 04 Jun 2014 02:43 AM PDT

Isu Cadbury Babi : Sekejap Halal, Sekejap Haram Mana Satu Yang Betul Ni?  |  Berang dengan keputusan tidak selaras antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Kesihatan (KKM), berkaitan isu DNA babi yang terdapat dalam dua coklat Cadbury, beberapa NGO telah membuat laporan polis.

Menurut Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat secara menyeluruh Jakim dan KKM berkaitan percanggahan kenyataan tersebut.

"Kita buat laporan kerana kedua-dua kenyataan badan tersebut telah mengelirukan pengguna, sekejap halal, sekejap haram mana satu yang betul ni?

"Bagi saya ini soal akidah dan agama ianya tidak boleh dipermainkan," katanya kepada pemberita hari ini.

Dalam pada itu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah pula, mendesak agar KKM menjelaskan bagaimana isu pencemaran DNA babi tersebut boleh berlaku bagi meredakan kegusaran orang ramai.

"Kita desak supaya KKM jelaskan isu pencemaran itu.

"Mereka juga perlu bekerjasama untuk mengkaji bagaimana pencemaran berlaku jika ada pencemaran bagaimana pencemaran itu berlaku kerana sehingga sekarang umat Islam sudah hilang keyakinan terhadap KKM termasuk juga Jakim," katanya.

Terdahulu, isu DNA babi yang terdapat dalam dua coklat Cadbury ini timbul berikutan kenyataan daripada KKM yang mengesahkan bahawa terdapat DNA babi iaitu daripada jenis Coklat Susu dengan Kacang Hazel (nombor kelompok 200813M01H12) dan Cadbury Coklat Susu dengan Buah Badam (nombor kelompok 221013N01RI1).

Namun, perkembangan terbaru daripada Jakim mengesahkan bahawa kedua-dua coklat tersebut halal berdasarkan kajian Jabatan Kimia yang dibuat agensi itu.

Isu begini tidak patut berlaku dinegara kita kerana ia boleh mengelirukan Umat Islam yang ingin membeli Coklat Cadbury tersebut. Cara Mudah kita boikot sebab ini dah masuk kes was was pada sesuatu produk yang mempunyai DNA Babi. Pada penulis elok tak perlu beli lebih baik. – sumber -

Tun Mahathir Hentam Jais Kerana Serbu Majlis Kahwin Di Kuil

Posted: 04 Jun 2014 02:33 AM PDT

Tun Mahathir Hentam Jais Kerana Serbu Majlis Kahwin Di Kuil  | Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, sebagai pihak berkuasa agama, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memang berhak menyiasat agama seseorang, tetapi tidak patut menyerbu majlis perkahwinannya.

Sejajar dengan itu, beliau menyarankan Jais merujuk kepada al-Quran kerana di dalam kitab suci itu terdapat banyak larangan berhubung tindakan terhadap seseorang yang tidak mengaku beragama Islam.

"Kamu (Jais) boleh menyiasat, tapi tidak boleh menghalang orang berkahwin. Apabila kamu menghormati agama orang lain, orang agama lain juga akan menghormati kamu.

"Saya ingin mencadangkan supaya mereka (Jais) kembali kepada al-Quran dan tidak membuat tafsiran sendiri (mengenai ayat al-Quran)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk 'Contemporary Islamic Lifestyle: Fitting In or Taking the Lead' dalam Siri Syarahan Perdana Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini, Rabu.

Bekas perdana menteri itu berkata demikian bagi mengulas laporan mengenai tindakan Jais menyerbu satu majlis perkahwinan di sebuah kuil Hindu di Petaling Jaya, Selangor Ahad lepas.

Jais mendakwa pengantin perempuan dalam upacara itu beragama Islam, tetapi wanita berkenaan menafikannya dan berkata bapanya menukar agamanya kepada Islam tanpa pengetahuan keluarganya.  – sumber -

2 Selebriti Malaysia Tergila – Gila Rebutkan Nad Zainal

Posted: 04 Jun 2014 02:29 AM PDT

2 Selebriti Malaysia Tergila – Gila Rebutkan Nad Zainal  |  Kisah cinta pelakon Nad Zainal memasuki episod baharu apabila bekas kekasinya iaitu Azman Kombos mendedahkan, pemuda yang dikaitkan dengan wanita itu, Hefny Sahad adalah perampas sehingga menyebabkan mereka berpisah.

Azwan, 29, akhirnya mendedahkan, dia mula mengesyaki sesuatu yang tak kena selepas Nad menunjukkan mesej-mesej mesra yang dihantar oleh pengacara lelaki itu kepadanya sebelum wanita itu mula berubah sikap.

"Sebelum krisis hubungan kami berlaku, Nad ada beritahu saya tentang Hefny ada hantar mesej-mesej seolah-olah nak 'try' (mengurat) dia ketika mereka sama-sama terbabit dalam telefilem Mengintai Syurga Mama, terbitan Zeel Productions.

"Saya sudah nasihatkan Nad supaya jangan layan (Hefny) jika dia tidak suka. Tak sangka pula akhirnya Nad berubah hati dan perkara tersebut menjadi punca hubungan kami berkecai. Pada mulanya saya malas nak kaitkan Hefny sebab tidak mahu dia meraih publisiti kerana kontroversi seperti ini," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Rabu.

Azwan berkata demikian ketika diminta mengulas pengakuan Hefny Sahad terhadap hubungan istimewanya bersama pelakon Nad Zainal dalam rancangan hiburan h live! pada Selasa.

Dalam temuramah tersebut, Hefny menjelaskan bahawa dia dan Nad adalah pasangan kekasih dan dia mula mendekati wanita itu selepas pasangan tersebut putus.

Dalam pada itu, jelas Azwan, dia pernah menghubungi Hefny bagi mendapatkan penjelasannya berhubung hal itu namun dia menafikan mempunyai hubungan dengan Nad.

"Saya pernah tanya kepada Nad dan Hefny tentang sejauh manakah hubungan mereka namun kedua-duanya menafikan mempunyai perasaan antara satu sama lain.

"Tetapi bila mereka sudah mengesahkannya, maka tepatlah ramalan dan tekaan saya selama ini iaitu putusnya hubungan saya dengan Nad disebabkan kehadiran orang ketiga," ujarnya.

Sementara itu, Azwan berkata, biarpun masih mempunyai perasaan rindu dan sayang kepada wanita itu, dia terpaksa akur dengan ketentuan dan takdir yang telah ditetapkan kepadanya.

Malah dia mengakui kontroversi putus cinta ini memberi lebih banyak kesan positif apabila dia menerima banyak tawaran berlakon.

"Saya tidak ada apa-apa ingin ucapkan kepada Nad, sebaliknya saya hanya harap dia dapat menjalani hidup baru yang lebih baik selepas ini," katanya.

Gambar Universiti Islam Antarabangsa UIA Dilanda Banjir

Posted: 04 Jun 2014 02:21 AM PDT

Gambar Universiti Islam Antarabangsa UIA Dilanda Banjir  |  Sebahagian besar jalan di perkarangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah dilanda banjir kilat sehingga sehingga di tahap menenggelamkan beberapa kenderaan kira-kira pukul 2.45 petang tadi.

Kejadian banjir kilat ini berpunca dari limpahan air dari beberapa anak sungai berdekatan yang memasuki kawasan UIA sehingga mencecah paras pinggang.

Air kembali surut dan beransur pulih sekitar jam 3.15 petang tadi.

gambar banjir di uia Gambar Universiti Islam Antarabangsa UIA Dilanda Banjir
uia banjir Gambar Universiti Islam Antarabangsa UIA Dilanda Banjir
uia banjir lumpur Gambar Universiti Islam Antarabangsa UIA Dilanda Banjir
uia banjir4 Gambar Universiti Islam Antarabangsa UIA Dilanda Banjir
uia banjir6 Gambar Universiti Islam Antarabangsa UIA Dilanda Banjir
uia banjir5 Gambar Universiti Islam Antarabangsa UIA Dilanda Banjir
- sumber -

Gambar: Aqiqah Anak Khairul Fahmi Kalah Kenduri Kahwin!

Posted: 03 Jun 2014 09:50 PM PDT

Gambar: Aqiqah Anak Khairul Fahmi Kalah Kenduri Kahwin!| Ramai yang fikir Khairul Fahmi a.k.a Apek dan Leuniey nak bersanding lagi sekali. Mana taknya, pasangan popular ni bukan main bergaya lagi dengan baju sedondon warna ungu.

Tambah pelik lagi, gambar-gambar juga dimuat naik secara langsung oleh jurugambar profesional. Malah dari pagi hingga malam semalam, mereka belum berhenti berkongsi hasil foto yang menarik di laman sosial.

Bukan setakat tu sahaja, mini platform yang dihias seperti pelamin turut tersergam indah ala majlis pernikahan dan resepsi. Meletup!

Bila diselidik, rupanya Apek, Leuniey dan seisi keluarga meraikan puteri sulung mereka di dalam majlis Aqiqah secara besar-besaran.

Untunglah Baby Kayla, kecil-kecil lagi dah dilayan macam puteri. Esok lusa bila Kayla kahwin agaknya lebih meriah daripada ni.

Kalau nak tahu, majlis ini sebenarya berlangsung di Dewan Di Tunjong Banquets di Kota Bharu, Kelantan yang mana ianya juga dimiliki oleh Apek dan Leuniey sendiri.-ohbulan

aqiqah khairul fahmi Gambar: Aqiqah Anak Khairul Fahmi Kalah Kenduri Kahwin!

khairul fahmi 2 Gambar: Aqiqah Anak Khairul Fahmi Kalah Kenduri Kahwin!

Amy Search: Saya Sudah Nasihatkan Nabila Huda, Terpulang Pada Dia

Posted: 03 Jun 2014 09:45 PM PDT

Amy Search: Saya Sudah Nasihatkan Nabila Huda, Terpulang Pada Dia | Baru baru ini ketika berlangsungnya majlis Anugerah Stail Eh! 2014, Nabila Huda telah dinobatkan sebagai Selebriti Wanita Paling Seksi dan pastinya gelaran itu bukan sesuatu yang baru buat anak kepada lagenda rock neraga, Amy Search itu.

nabila huda Amy Search: Saya Sudah Nasihatkan Nabila Huda, Terpulang Pada Dia

Walaupun pada hemat kami gelaran itu sebenarnya satu penghargaan terhadap gaya dan juga fesyen Nabila Huda, Amy Search sebagai bapa pastinya ada kurang senang apabila anaknya itu diangkat sebagai yang paling seksi dalam lautan selebriti di Malaysia ketika ini.

“Sebagai seorang bapa, sudah tentu saya ada menegur dia. Tetapi segala tindakan dia adalah tanggungjawab dia sendiri. Saya hanya boleh menasihati,” jawab Amy Search ringkas kepada GUA dan turut berkata hubungan mereka baik baik sahaja.-rotikaya

Wanita Dakwa Nampak MH370 Terbakar Di Lautan Hindi

Posted: 03 Jun 2014 09:41 PM PDT

Wanita Dakwa Nampak MH370 Terbakar Di Lautan Hindi| Sudah tiga bulan pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 lenyap tanpa diketahui khabar berita.

Pelbagai versi cerita didengar termasuk melibatkan banyak saksi namun sampai ke hari ini tidak ada bukti sahih dapat mengesahkan kebenaran setiap satunya.

Terbaru, seorang wanita British mendakwa terlihat pesawat terbabit pada pagi ia dilaporkan hilang.

Katherine Tee, 41, (gambar) memberitahu media Phuket Gazette bahawa dia ada ternampak pesawat terbabit dalam keadaan terbakar ketika belayar di Lautan Hindi dari India ke Phuket bersama suaminya, Marc Horn, 50.

Bagaimanapun dia hanya tampil dengan cerita ini sekarang kerana bimbang jika tidak dipercayai sebelumnya. Suaminya dikatakan tidak melihat kejadian tersebut dan dia juga tidak memaklumkan kepadanya.

Hal ini kerana Katherine sendiri menyangka dirinya sudah gila ketika mula-mula melihat insiden itu depan mata.

Maklumat daripada Katherine kini sudah disalurkan kepada Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), organisasi yang terlibat dalam usaha mencari pesawat MH370.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang 8 Mac lalu selepas berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing, China. - MYNEWSHUB.MY

Kenduri Jamu Tetamu Dengan Air Paya Berperisa Sirap

Posted: 03 Jun 2014 09:34 PM PDT

Kenduri Jamu Tetamu Dengan Air Paya Berperisa Sirap| Sebuah keluarga yang mengadakan majlis perkahwinan anak mereka baru-baru ini terpaksa menghidangkan minuman berperisa sirap dengan menggunakan sumber daripada paya air berdekatan kediaman mereka.

Hal ini disebabkan kegagalan pembekal air majlis tersebut iaitu Syarikat Air Darul Aman (Sada) menghantar air pada hari tersebut.

Nik Hassan Nik Lah, 49, dan isterinya, Hashimah Ismail, 47, berkata mereka terpaksa menggunakan air paya berdekatan rumah selepas menunggu bekalan air dari Sada tidak sampai hingga menimbulkan kekecohan semasa majlis itu.

Menurut Nik Hassan, keluarganya terpaksa menggunakan air paya kerana sudah tiada sumber bekalan air lain yang boleh didapati di kawasan itu.

“Kami sungguh sedih kerana terpaksa mengunakan air itu untuk dijadikan minuman kepada tetamu. Pada hari itu, aktiviti gotong royong menjadi kecoh kerana tiada bekalan air.

“Saya terpaksa mengunakan air paya itu kerana tanpa bekalan air sudah pasti majlis akan terjejas dan terpaksa menggunakan generator bagi mengepam air hingga sampai ke rumah. Bagaimanapun, saya bersyukur, tiada keracunan makanan berlaku,” katanya. - MYNEWSHUB.MY

Kupu-Kupu Gergasi Muncul Dipengaruhi Banyak Faktor

Posted: 03 Jun 2014 11:07 AM PDT

Kupu-Kupu Gergasi Muncul Dipengaruhi Banyak Faktor  |  Kemunculan jutaan kupu-kupu gergasi sejak seminggu lepas di bandar ini menimbulkan banyak tanda tanya dalam kalangan penduduk di sini dan pelancong luar.
 
Serangga bersayap ini dilihat sangat aktif pada waktu malam dan sering mengurumuni kawasan yang melimpahkan cahaya lampu amat terang.
 
Malah, ia turut mengerumuni padang Stadium Darul Makmur ketika perlawanan bola sepak Pahang menentang Johor Darul Takzim dalam saingan separuh akhir Piala FA Jumaat lepas.

Rama Rama di Kuantan Kupu Kupu Gergasi Muncul Dipengaruhi Banyak Faktor
Profesor Entomogi Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia Profesor Che Salmah Mat Rawi berkata serangga 'misteri' ini dikenali dengan nama saintifiknya Lyssa Zampa Docile.
 
Beliau berkata pelbagai teori boleh dikaitkan dengan kemunculan kupu-kupu termasuk faktor perubahan cuaca yang menyebabkan peningkatan mendadak serangga itu di bandar ini.

kupu kupu gergasi serang kuantan 2 Kupu Kupu Gergasi Muncul Dipengaruhi Banyak Faktor
 
"Lazimnya, serangga ini mendiami kawasan tanah tinggi tetapi ada kemungkinan ia boleh didapati dengan banyak di kawasan penanaman atau kawasan pembangunan terutama pada Mei hingga Ogos setiap tahun.
 
"Serangga yang bersifat nokturnal ini sangat aktif pada waktu malam dan akan mudah tertarik dengan cahaya lampu. Pada siang hari, ia akan berehat dan mendiami kawasan teduh dan sejuk seperti di bumbung-bumbung rumah atau di kaki pokok-pokok besar," katanya ketika dihubungi di sini.

 
Prof Che Salmah berkata faktor tarikan lampu, perubahan cuaca, banyak sumber makanan serta tiada musuh yang mengancam keselamatan serangga ini turut mempengaruhi kemunculannya.
 
"Walaupun kajian menyatakan serangga ini tidak beracun, namun ia boleh menyebabkan kegatalan pada kulit jika disentuh.
 
"Bulu pada kepak serangga ini juga boleh mengganggu penafasan dan amat sensitif terhadap penghidap penyakit lelah," katanya. – Bernama

Puchong : Tapak Kaki Bersaiz Gergasi Ditemui

Posted: 03 Jun 2014 11:03 AM PDT

Puchong : Tapak Kaki Bersaiz Gergasi Ditemui  |  Kesan tapak kaki bersaiz gergasi yang ditemui di halaman sebuah rumah di Kampung Sri Aman Dalam dekat sini petang kelmarin, menimbulkan persoalan ia milik ‘bigfoot’ atau makhluk jenis lain.

Bersaiz 23 inci panjang, dua belah tapak kaki itu turut ditemui bersama satu lagi kesan tapak kaki kiri bersaiz 15 inci.

Pesara, Abdul Wahab Md Wali, 78, berkata, dia menemui empat objek pelik ketika berjalan menuju ke kebun buah-buahan terletak kurang 50 meter dari jarak rumahnya.

Dari jarak rumah ke kebun dia menghamparkan sebidang permaidani bagi mengelakkan rumput tumbuh sejak sebulan lalu.

Namun dia tidak menyangka akan menemui kesan tapak kaki gergasi atas permaidani yang dihampar, petang kelmarin.

"Kesan tapak kaki bersaiz besar itu mempunyai lima jari mirip tapak kaki manusia dan jarak antara tapak kaki kanan dan kiri hampir satu meter.

"Kira-kira tiga meter dari jarak dua tapak kaki itu terdapat dua lagi kesan menyerupai tapak kaki berukuran 15 inci manakala satu lagi hanya menampakkan kesan tumit kaki yang dipijak," katanya kepada Sinar Harian.

Terkejut dengan penemuan itu, dia kemudian memanggil anaknya menyebabkan kini mereka sekeluarga dihantui rasa takut.

“Mula-mula pakcik tak perasan kesan tapak kaki tu tapi bila diamati memang terkejut. Ia serupa tapak kaki manusia tapi besar macam gergasi.

“Lepas jumpa semalam (kelmarin) pakcik taklah kecoh-kecoh tapi ada juga orang kampung yang dah tahu datang tengok,” katanya.

Difahamkan, buah pokok belimbing buluh yang ditanam Abdul Wahab berhampiran kesan tapak kaki ditemui sering ‘ghaib’ sebelum ini.

Sementara itu, adik ipar Abdul Wahab, Kamarudin Ismail, 68, berkata sepanjang hidupnya, itulah kali pertama dia melihat tapak kaki bersaiz besar.

Bagi mendapat kepastian, penemuan itu diajukan kepada pihak polis dan Jabatan Perhilitan.

“Jabatan Perhilitan kata ia bukan tapak kaki ‘bigfoot’…jadi tapak kaki ni milik siapa? Haiwan, manusia atau jin, kami semua nak tahu…, sekarang saya akan simpan permaidani yang terdapat kesan tapak kaki ni jika ada mana-mana pihak nak kaji,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli mengesahkan ada menerima laporan polis berhubung penemuan objek itu daripada seorang penduduk Kampung Seri Aman.

Katanya, pihaknya akan melakukan siasatan dan memanggil pakar jika perlu untuk kajian lanjut.

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani