Powered by Blogger.

Identiti Madu Erma Fatima Didedahkan

Identiti Madu Erma Fatima Didedahkan


Identiti Madu Erma Fatima Didedahkan

Posted: 01 Jun 2014 10:12 PM PDT

Identiti Madu Erma Fatima Didedahkan| Ramai sudah mengetahui alkisah perkahwinan kedua suami pengarah popular Erma Fatima, Bade Azmi dengan seorang wanita bernama Aida Abdul.

Malah perkahwinan tersebut juga dilaporkan telah mendapat restu dan keizinan daripada Erma yang kini berada di Sepanyol kerana terikat dengan komitmen kerja.

Pastinya peminat di luar sana tertanya-tanya siapakah wanita yang berjaya mencuri hati Bade selain daripada Erma kan?

Di sini penulis kongsikan gambar majlis persandingan Bade dan Aida yang turut dihadiri rakan baik Bade, pelakon Datuk Rosyam Noor dan isterinya, Datin Runika Mohd Yusof. – MYNEWSHUB

emma fatima Identiti Madu Erma Fatima Didedahkan

Tiada Pula DNA Babi Dalam 2 Coklat Keluaran Cadbury

Posted: 01 Jun 2014 10:05 PM PDT

Tiada Pula DNA Babi Dalam 2 Coklat Keluaran Cadbury| Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini mengesahkan tiada DNA babi dikesan dalam dua sampel coklat Cadbury yang diambil terus dari kilang produk tenusu berkenaan minggu lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sampel yang dianalisis oleh Kementerian Kesihatan sebelum ini sudah tercemar kerana ia tidak diambil terus dari kilang berkenaan.

Sekejap ada sekejap tiada. kalau was-was baik elakkan icon smile Tiada Pula DNA Babi Dalam 2 Coklat Keluaran Cadbury

Ana Dahlia Cuba Berdolak Dalih?

Posted: 01 Jun 2014 10:00 PM PDT

Ana Dahlia Cuba Berdolak Dalih? | Ana Dahlia yang hadir bersama ibunya serta kekasihnya, Ubaidullah di majlis meraikan Hari Ibu anjuran Rafflesia di hotel Royal KL, pada Rabu. 

Sebelum ini kecoh apabila beberapa foto pasangan kekasih ini bercuti di Bangkok, Thailand bulan lalu.

Bahkan pernah sebelum ini kecoh apabila bekas menantu kepada Chef Selebriti, Datuk Chef Wan ini dikatakan bakal berkahwin dalam masa terdekat. Hal itu timbul apabila seorang pereka fesyen terkenal memuat naik gambarnya bersama Ana dan kekasihnya.

Namun sewaktu majlis meraikan Hari Ibu anjuran Rafflesia yang berlangsung di Hotel Royal, Kuala Lumpur malam tadi, kami pihak media terkejut apabila tertera di lampiran kenyataan media bahwa Ana hadir bersama bukan saja ibunya malah turut serta ialah tunangnya, Ubaidullah.

"Okay macam ni, sebelum ni ada ura-ura mengatakan yang saya akan berkahwin lah, bertunang lah dalam bulan Mei ini. Padahal semua itu tidak benar. Tapi saya tak nafikan perancangan ke arah itu memang ada. Setiap pasangan yang bercinta mahu berkahwin. Kita hanya merancang dan berusaha. Jodoh dan ketentuan di tangan Tuhan.

"Memang keluarga dia (Ubaidullah) ada berjumpa dengan keluarga saya, baru-baru ini. Hanya merisik tapi tidaklah sampai bertunang. Dengan status saya dan pengalaman lalu mengajar saya supaya lebih berhati-hati. Banyak perkara yang saya perlu fikirkan sebelum saya betul-betul bersedia untuk bergelar isteri semula.-cari.com

 

Erin Malek Tak Malu Pakai Baju Murah

Posted: 01 Jun 2014 03:28 PM PDT

Erin Malek Tak Malu Pakai Baju Murah  |  WOW! Jarang kita lihat Erin Malek berpakaian sederhana tetapi cukup elegan untuk sesebuah acara pelancaran filem.

Baru-baru ini, pada pelancaran filem Awak Nak Kahwin Dengan Saya? Di TGV Sunway Piramid,  Erin tampil dengan gaun sederhana pendek tanpa lengan beserta rantai. Cukup stail dan sempurna buat si cantik ini. Orang kata 'less is more'.

erin malek 1 Erin Malek Tak Malu Pakai Baju Murah

Kata Erin, 21, dia membeli gaun jenama Dorothy Perkins itu pada hari pelancaran filem tersebut. Pada saat-saat akhir rupa-rupanya! Mujurlah dia sempat hendak bersiap.

"Maklumlah saya sibuk dengan  penggambaran sehingga tidak sempat nak membeli baju lebih awal.

"Jadi, sebelum majlis bermula, saya kelam kabut mencari gaun yang sesuai dan terdapat dua jenis gaun yang membuatkan saya buntu mahu memilih. Satu harga kira-kira RM700 dan yang ini (gaun biru) hanya RM250.

"Bila fikir balik saya bukannya boleh pakai berulang kali, maka saya pilih gaun yang lebuh murah. Siap dapat percuma rantai lagi," katanya.

Tambah Erin, memandangkan dia seorang yang lasak, dia juga akan memastikan gaun tersebut memudahkan pergerakannya.

Dalam pada itu, Erin berkata, dia lebih selesa melepaskan rambutnya yang panjang agar dapat menutup pipinya yang tembam. – sumber -

Hubungan Lufya Dengan Kerabat Johor Musnah Akibat Kontroversi

Posted: 01 Jun 2014 03:22 PM PDT

Hubungan Lufya Dengan Kerabat Johor Musnah Akibat Kontroversi  |  Penyanyi Lufya berasa malu apabila isu kononnya dia bercinta dengan seorang putera raja diperbesar-besarkan sedangkan mereka sekadar kawan biasa.

Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 29, berkata, ia membuatkan persahabatan selama 10 tahun bersama kerabat Diraja Johor tersebut musnah, malah mereka tidak lagi berhubung antara satu sama lain sejak isu itu menjadi bualan ramai.

"Sayang sekali, isu kononnya saya bercinta dengan kerabat itu membuatkan kami tidak lagi berkawan seperti dulu. Sedangkan saya tidak pernah berkata yang kami menjalinkan hubungan cinta.

"Isu ini juga membuatkan saya malu dengan orang sekeliling menganggap saya berangan mahu menjadi seperti 'cinderella' yang mendapat kekasih seorang putera raja. Sedangkan saya tidak pernah berfikiran begitu," tegasnya yang dihubungi mStar Online pada Ahad.

Baru-baru ini, Lufya yang juga bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam (AF6) dikatakan sedang bercinta dengan seorang putera raja dari selatan semenanjung namun penyanyi itu menafikan perkara itu dan menegaskan bahawa mereka hanya berkawan.

Lufya 2 Hubungan Lufya Dengan Kerabat Johor Musnah Akibat Kontroversi

Pada Sabtu lalu, sebuah akhbar melaporkan putera raja yang dimaksudkan adalah Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar iaitu anakanda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Bagaimanapun Tunku Abdul Jalil menafikan berkawan rapat dengan Lufya, sebaliknya sekadar mengenalinya ketika penyanyi tersebut mengadakan persembahan di Muar, Johor. Malah Tuanku Abdul Jalil berkata, kenyataan Lufya telah memalukan keluarga kerana ia dianggap sebagai sebuah kenyataan palsu yang sengaja mahu mengaitkan namanya.

Sementara itu, Lufya berkata, dia terkejut dengan kenyataan Tunku Abdul Jalil namun percaya ada pihak yang tidak bertanggungjawab memanipulasi kenyataannya berhubung persahabatan mereka.

"Selama ini saya tidak pernah ada masalah dengan beliau, malah anggap beliau seperti seorang adik sahaja," ujarnya.

- sumber -

Moyang 82 Tahun Sambung Belajar

Posted: 01 Jun 2014 03:15 PM PDT

Moyang 82 Tahun Sambung Belajar  |  Ketika orang seusianya memilih untuk menghabiskan waktu dengan keluarga tercinta, berbeza bagi Wan Zainon Wan Abd Manan, 82, apabila beliau mengambil keputusan menyambung pengajian di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) di Pusat Pembelajaran Terengganu, di sini.

Ternyata cinta terhadap ilmu begitu utuh dalam diri anak jati Kampung Simpang Tokku, Chabang Tiga, Kuala Terengganu yang membahasakan dirinya dengan panggilan Tok Wan itu, walaupun sudah lebih 28 tahun bersara daripada bidang perguruan.

Semangat yang dimiliki wanita berstatus moyang dan nenek kepada 17 cicit, 29 cucu serta ibu kepada tujuh anak itu sememangnya mengagumkan ramai pihak, apatah lagi beliau antara penuntut tertua di institusi pengajian tinggi (IPT) ketika ini.

Kata Wan Zainon, keinginan untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atas kehendak dirinya sendiri selain ingin mengisi waktu terluang dengan sesuatu yang bermakna.

moyang Moyang 82 Tahun Sambung Belajar

Cucu ajar guna komputer

Menurutnya, sebelum menyambung pengajiannya di OUM, beliau banyak mengikuti kelas antaranya kelas bahasa Arab dan al-Quran bagi mengisi masa lapang, tambahan memang minatnya untuk mempelajari dan menguasai bahasa Arab.

“Tapi tak banyak yang Tok Wan boleh belajar kerana sumber (waktu pembelajaran) terhad, sehinggalah Tok Wan lihat cucu dan cicit main komputer, jadi Tok Wan  minta mereka ajarkan cara nak guna komputer.

"Dari situlah Tok Wan mula tambah lebih banyak ilmu dengan mempelajari bahasa Arab secara online seperti di Youtube, anak-anak juga ada belikan VCD,” katanya.

Wan Zainon berkata, walaupun ketika itu mempunyai komputer bagi membantunya belajar, beliau masih belum berasa puas sehinggalah anaknya memaklumkan OUM menawarkan kursus pengajian Islam.

- sumber -

Melopong Media Dengan Kenyataan Penuh Jamil Khir Berkaitan DNA babi

Posted: 01 Jun 2014 03:08 PM PDT

Melopong Media Dengan Kenyataan Penuh Jamil Khir Berkaitan DNA Babi  |  Dua produk Cadbury yang dilaporkan mengandungi DNA babi disahkan bebas daripada unsur haram itu berdasarkan analisis yang dijalankan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

1. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jabatan Kimia Malaysia (JKM) kerana telah memberi keutamaan dalam  pengujian sampel bagi dua produk coklat cadbury yang menjadi isu nasional berikutan kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 24 Mei 2014 yang lalu.

2.  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 26 Mei 2014 telah mengambil kedua-dua sampel produk terlibat iaitu:

i.   Coklat dengan kacang hazel-Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (Batch no) 200813 M01HI2;  dan

ii.  Coklat susu dengan buah badam-Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (Batch No) 221013 N01RI1

3. Selain itu, Jakim juga turut mengambil empat (4) produk lain dalam aliran pemprosesan yang sama dan lima (5) jenis bahan mentah yang berpotensi mengandungi unsur haiwan.

4. Kesemua sampel diambil dari kilang pengeluar produk tersebut yang beralamat di Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd., Persiaran Raja Muda, Seksyen 16, P.O. Box 7043, 40700 Shah Alam Selangor dan telah dihantar ke JKM pada hari yang sama.

5. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada hari ini (2 Jun 2014) telah menerima keputusan analisis makmal Jabatan Kimia Malaysia ke atas dua sampel produk keluaran Syarikat Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd. iaitu:

i.   Coklat dengan kacang hazel-Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (Batch no) 200813 M01HI2 dan (Batch no) 200813 M01HI2;  dan

ii.  Coklat susu dengan buah badam-Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (Batch No) 221013 N01RI1

6. Keputusan analisis makmal adalah seperti berikut:

i.  Coklat dengan kacang hazel-Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (Batch no) 200813 M01HI2 dan (Batch no) 200813 M01HI2 – DNA BABI TIDAK DIKESAN

ii. Coklat susu dengan buah badam-Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (Batch No) 221013 N01RI1 – DNA BABI TIDAK DIKESAN

7.  Walau bagaimanapun memandangkan perkara ini melibatkan tanggungjawab dan integriti pihak syarikat, pemeriksaan menyeluruh akan dibuat semula ke atas seluruh rantaian pengeluaran produk syarikat Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd merangkumi bahan mentah, aliran pemprosesan, penyimpanan, peralatan dan lain-lain bagi memastikan syarikat benar-benar mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.

8. Laporan pemeriksaan menyeluruh tersebut akan dibentangkan semula dalam Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia sebelum Sijil Pengesahan Halal Malaysia dua produk tersebut dikembalikan.

9. Jakim juga akan mengadakan mesyuarat bersama agensi-agensi berkaitan bagi membincangkan strategi pengurusan krisis sekiranya berlaku pengesanan DNA dalam sesuatu produk, oleh makmal mana-mana agensi kerajaan di masa-masa akan datang.

10.  Dalam masa terdekat, Saya juga akan mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa Pemandu Halal yang dianggotai oleh pelbagai agensi dan pakar-pakar berkaitan dengan halal bagi membincangkan isu-isu halal secara menyeluruh.

11.  Seterusnya, Jakim akan merangka program kesedaran pengguna Islam bagi menjelaskan mengenai pensijilan Halal Malaysia dan isu hukum DNA porcine serta kesannya terhadap kepenggunaan.


Sekian, terima kasih.

Y.B Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Hj. Baharom (B)
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
2 Jun 2014

- sumber -

Ngeri Gambar Toyota Alphard Langgar Nissan Almera Sampai Terbalik

Posted: 01 Jun 2014 02:55 PM PDT

Ngeri Gambar Toyota  Alphard Langgar Nissan Almera Sampai Terbalik  |  Dua buah kereta import iaitu Toyota Alphard dan Nissan Almera telah terlibat dalam satu kemalangan ngeri di KM2.5 dari Setia Alam ke Bukit Raja yang berlaku pada petang semalam.

alphard3 Ngeri Gambar Toyota  Alphard Langgar Nissan Almera Sampai Terbalik

Menurut gambar yang terpapar di atas, salah seorang mangsa telah dipercayai maut manakala mangsa yang lain hanya mengalami kecederaan di tahap minima.

alphard4 Ngeri Gambar Toyota  Alphard Langgar Nissan Almera Sampai Terbalik
alphard2 Ngeri Gambar Toyota  Alphard Langgar Nissan Almera Sampai Terbalik
alphard5 Ngeri Gambar Toyota  Alphard Langgar Nissan Almera Sampai Terbalik

Kereta Toyota Alphard dipercayai dipandu dengan laju dan gagal mengawal kenderaan lalu melanggar kereta Nissan Almera sehingga terbalik ke atas kereta keluaran Nissan itu.  – sumber -

Isteri Terbaik : Erma Fatima Restu Suaminya Kahwin Lain

Posted: 01 Jun 2014 02:45 PM PDT

Isteri Terbaik : Erma Fatima Restu Suaminya Kahwin Lain  |  Jumaat lalu, ramai yang terkejut dengan berita perkahwinan kedua suami kepada Erma Fatima dan sebenarnya ternanti nanti apakah reaksi penerbit drama popular tentang berita perkahwinan suaminya, Bade yang dikhabarkan berlangsung di negara jiran.

Dalam kenyataan kepada Pancaindera keluaran Utusan Malaysia, Erma Fatima menjelaskan yang beliau tahu akan perkahwinan yang berlangsung dan merestui hubungan baru suaminya itu selain tidak mahu menghalang kebahagian orang yang disayangi.

“Saya restu dan saya izinkan. Saya tidak boleh menghalang orang yang saya sayang untuk mendapatkan kebahagiaan itu. Kasih sayang itu ‘kan soal hati, tiada kuasa pada manusia untuk menghalangnya. Setiap manusia berhak mendapatkan kebahagiaan sendiri”

“Selama perkahwinan kami, Bade merupakan seorang lelaki yang baik, juga seorang ayah yang bertanggungjawab kepada anak-anak. Malah saya cukup bersyukur untuk mengetahui siapa saya sekarang adalah kerana dia”

“Saya minta jangan sensasikan lagi kisah perkahwinan Bade ini. Jujur saya katakan Bade berhak dan mampu untuk berkahwin lagi. Jadi saya minta semua orang di luar sana mendoakan kebahagiaan dia dan isterinya itu,” jelas Erma Fatima.

Harapnya dengan penjelasan Erma Fatima ini, semua boleh mendoakan kebahagian Bade dan isteri barunya juga Erma Fatima sekeluarga. Tidak terlewat rasanya untuk kami ucapkan tahniah dan juga selamat pengantin baru buat Bade. – sumber -
 

Sungai Euphrates Sudah Hampir Kering Tanda Nyata Kiamat

Posted: 01 Jun 2014 02:38 PM PDT

Sungai Euphrates Sudah Hampir Kering Tanda Nyata Kiamat  |  Sungai Euphrates di Syria hampir sepenuhnya kering.Gambar ini diambil 24/05/2014. Punca kering adalah Sebab Turki memotong air untuk Syria.

Subhana Allah ini perkara yang luar biasa..Sungai Efrat kering adalah perkara yang amat menakutkan kita semua..Inilah Tanda kiamat yang semakin jelas YANG kita lihat..Ya ALLAH

Rasulullah SAW bersabda, Hari Kiamat tak akan terjadi sebelum Sungai Eufrat mengering dan menyingkapkan ‘gunung emas’ yang mendorong manusia berperang. 99 dari 100 orang akan tewas (dalam pertempuran), dan setiap dari mereka berkata, ‘Mungkin aku satu-satunya yang akan tetap hidup’. (HR Bukhari).

Dalam riwayat lainnya, Rasulullah bersabda, Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Eufrat akan menjadi surut airnya, lalu tertampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu. (HR Bukhari Muslim).

Imam Bukhari juga meriwayatkan hadis lainnya, Rasulullah SAW bersabda, Segera Sungai Eufrat akan memperlihatkan kekayaan (gunung) emas. Maka, siapa pun yang berada pada waktu itu tidak akan dapat mengambil apa pun darinya. Imam Abu Dawud juga meriwayatkan hadis yang sama.

Dalam hadis itu, Rasulullah pernah bersabda bahwa sungai yang mengalir di tiga negara besar, Turki, Suriah, dan Irak itu pada saatnya nanti akan menyingkapkan harta karun yang besar berupa gunung emas. Selain itu, dalam kitab Al-Burhan fi `Alamat al-Mahdi Akhir az-Zaman diungkapkan bahwa keringnya Sungai Eufrat merupakan saat datangnya al-Mahdi sebagai akhir zaman. – sumber -

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani