Powered by Blogger.

Ana Dahlia Kencing Wartawan?

Ana Dahlia Kencing Wartawan?


Ana Dahlia Kencing Wartawan?

Posted: 06 Jun 2014 02:28 AM PDT

Ana Dahlia tipu wartawan?  |  SEBELUM bermulanya sebuah majlis yang diadakan di Hotel Royal Bukit Bintang baru-baru ini, Hits sempat menemu bual aktres Ana Dahlia untuk mendapatkan penjelasan mengenai hubungannya dengan seorang jejaka sasa, Ubaidah Zulkiflee, 24 atau mesra disapa sebagai Ubai.

Berdasarkan perbualan tersebut, Ana atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar, 31, menafikan sekeras-kerasnya bahawa Ubai adalah tunangnya, bahkan hanya sekadar kawan biasa yang sedang dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

Pada masa yang sama, dia mengakui keluarga Ubai pernah bertandang ke rumahnya berjumpa dengan keluarga untuk merisik dirinya yang sudah dua tahun bergelar janda itu.

Pun begitu, katanya masih belum bersedia untuk memikirkan mengenai hubungan mereka ke tahap yang lebih serius memandangkan perkenalan mereka masih mentah lagi, seawal usia setahun.

"Ubai sangat mengambil berat mengenai segala-galanya. Dia seorang yang sangat baik dan bijak memikat hati saya. Jadi, secara tidak langsung saya selesa untuk berkawan dengannya.

"Akan tetapi, ia masih di peringkat awal. Belum ada sebarang hubungan yang serius walaupun ke tahap untuk bercinta. Saya lebih gemar jika ia dianggap berkawan berbanding bercinta," itulah antara butir-butir bicara antara wartawan hiburan yang hadir dengan Ana yang turut ditemani ibunya, Norshahazam Ariffin serta Ubai di sisinya ketika memeriahkan sambutan Hari Ibu anjuran Rafflesia.

Pecah tembelang

Namun, setelah majlis bermula, pengacara majlis pada malam itu iaitu Bill Bora ketika mengendalikan acara tiba-tiba mengucapkan sekalung tahniah buat Ana dan Ubai kerana mereka bakal berkahwin dalam masa terdekat.

Ternyata, ia mengejutkan para wartawan yang berada dalam dewan tersebut kerana baru sahaja sebentar tadi, Ana memberitahu sesuatu yang bertentangan dengan pengumuman yang diucapkan oleh pengacara majlis itu.

Melihat raut wajah Ana ketika itu, jelas dia agak terkejut dengan kenyataan Bill Bora itu, mungkin takut tembelangnya pecah, sekali gus dicop sebagai penipu. Apatah lagi, ia berlaku secara langsung di hadapan matanya sendiri dan wartawan yang menemu bualnya masih berada di dalam dewan yang sama.

Salah faham

Lantas, Hits segera mendapatkan Ana semula untuk mendapatkan penjelasan yang sebenar-benarnya agar tidak mahu melaporkan sesuatu yang mengelirukan.

Menurut Ana yang sedang sibuk menjalani penggambaran drama Luqmanul Hakim di Johor itu, kenyataan Bill Bora hanyalah disebabkan salah faham kecil sahaja. Ia tidak benar sama sekali.

"Abang Bill sama seperti pembaca atau peminat seni hiburan tempatan yang lain. Sebelum ini mungkin dia ada terbaca dalam mana-mana akhbar atau blog mengenai hubungan saya dengan Ubai yang dikatakan telah bertunang.

"Akan tetapi, berita itu tidak sahih kerana sama ada saya ataupun Ubai, masing-masing tidak pernah memberi kenyataan mengenai status hubungan kami. Sedangkan kalau kami keluar bersama pun, bukannya berdua tetapi bertiga dengan pereka Ezuwan Ismail.

"Insya-Allah, jika jodoh kami berdua dipertemukan, Ana akan kongsi berita gembira itu dengan semua peminat dan rakan wartawan," katanya memperjelaskan cerita sebenar bagi memperbetulkan kekeliruan yang dilaporkan media tempatan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/

 

Kanak-kanak 9 tahun terima ganti rugi RM2.78 juta

Posted: 06 Jun 2014 02:11 AM PDT

Kanak-kanak 9 tahun terima ganti rugi RM2.78 juta  |  Mahkamah Tinggi di sini hari ini memberi RM2.78 juta kepada seorang kanak-kanak berumur sembilan tahun sebagai ganti rugi dalam satu saman ke atas kerajaan, hospital dan 28 yang lain berhubung kecuaian perubatan kerana didakwa menyebabkan dia mengalami kerosakan otak.

Peguam Manmohan S Dhillon yang mewakili Nurul Husna Muhammad Hafiz berkata, Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera memerintahkan wang itu dibayar kepada ibu bapa kanak-kanak itu Muhammad Hafiz Abd Wasit dan Dr Nor Azalina Mohd Songib yang bertindak sebagai pemegang amanah kanak-kanak itu.

Mahkamah memberi ganti rugi wang sejumlah itu selepas mendengar testimoni tentang kuantum ganti rugi daripada ibu bapa dan tiga pakar perubatan, katanya kepada pemberita.

Manmohan berkata, pada 3 September tahun lepas, kerajaan, hospital dan semua defendan mengaku bertanggungjawab atas kecuaian itu.

Beliau berkata, RM2.78 juta itu adalah RM345,031.9 untuk ganti rugi khas, RM151,330 bagi ganti rugi praperbicaraan, RM350,000 bagi ganti rugi kesakitan dan penderitaan dan RM1,937,810 bagi ganti rugi masa depan.

"Mahkamah memberitahu bahawa kedua-dua ibu bapa bahawa mereka adalah pemegang amanah dan mesti menggunakan wang itu untuk kanak-kanak itu," katanya sambil menambah bahawa mahkamah juga memerintahkan defendan membayar kos RM213,864 kepada plaintif.

Bapa kanak-kanak itu, Muhammad Hafiz, yang bekerja sebagai pegawai bank, ketika ditanya berhubung keputusan itu berkata, beliau berpuas hati dengan kuantum itu dan wang itu akan digunakan untuk menjaga anaknya pada masa depan.

Pada Disember 2012, Nurul Husna memfailkan saman melalui ibu bapanya. Nurul Husna dan ibunya, Dr Nor Azalina tidak hadir di mahkamah hari ini.

Dalam pernyataan tuntutannya Dr Nor Azalina mendakwa Nurul Husna mengalami kerosakan otak yang teruk dan tidak boleh dipulihkan berikutan kecuaian defendan.

Dr Nor Azalina berkata, beliau melahirkan Nurul Husna di Hospital Selayang pada 22 Julai, 2005.

Dalam saman itu, mereka menamakan kerajaan, 21 doktor dan lapan kakitangan perubatan termasuk jururawat, yang terbabit dalam merawat dan menguruskan kanak-kanak itu di hospital, sebagai defendan.

Dr Nor Azalina berkata, kecuaian dan pelanggaran tanggungjawab kontraktual untuk melaksanakan kemahiran dan penjagaan yang sewajarnya menyebabkan dia mengalami kebimbangan dan penderitaan mental.

Katanya sepanjang hayatnya Nurul Husna akan bergantung kepada orang lain untuk semua aktiviti kehidupan hariannya.

Peguam kanan Persekutuan Zaliha Mohd Janis mewakili defendan. – Bernama

Hamil 4 Bulan, Fasha Sandha Nampak Manis Dengan Hijab

Posted: 05 Jun 2014 09:58 PM PDT

asanya memang betullah bila orang tua kata yang ibu mengandung ni ada serinya. Walaupun tanpa mengenakan solekan tebal, tetap akan nampak kemanisannya tau. Effortless beauty katanya.

Buktinya, Fasha Sandha yang kini sedang hamil 4 bulan sentiasa nampak cantik, malah ada yang kata Fasha nampak lebih cun ketika mengandung ni.

Tak percaya? Tengok sahajalah wajah terbaru Fasha di laman Instagramnya. Memang nampak kelainan, lebih-lebih lagi bila dia dilihat mengenakan hijab.

fasha2 Hamil 4 Bulan, Fasha Sandha Nampak Manis Dengan Hijab

fasha3 Hamil 4 Bulan, Fasha Sandha Nampak Manis Dengan Hijab

Untung jadi orang cantik. Pakai apapun nampak mengancam. Memberi respon kepada imej berhijab Fasha, ramai peminat yang mendoakan agar pelakon itu akan mengekalkan penampilan muslimah tersebut.

Namun, kalau anda nak tahu, penampilan berhijab itu adalah demi menjayakan watak Hanna dalam drama berjudul Selamat Pengantin Madu untuk slot Zehra di TV3.

Antara pelakon lain yang turut terlibat dalam drama ini ialah Aiman Hakim Ridza dan Eina Azman. Mesti para peminat mereka tidak sabar nak tonton i bukan? Best ke eh? Sama-sama kita nantikan.-ohbulan

Jimmy Shanley Bakal Bernikah Esok

Posted: 05 Jun 2014 09:54 PM PDT

Jimmy Shanley Bakal Bernikah Esok | Penulis ingatkan dengan kisah yang bertebaran sebelum ini, Jimmy Shanley sudah berkahwin dan merahsiakan status isterinya dari pengetahuan umum namun laporan terbaru Berita Harian menyebut yang selebriti ini bakal bernikah esok.

Jimmy Shanley bakal menamatkan zaman dudanya apabila akan melangsungkan perkahwinan dengan wanita yang dikenali sebagai Mariam Abdul Jalil esok di sebuah hotel di Shah Alam.

jimmy s Jimmy Shanley Bakal Bernikah Esok

Majlis akad nikah dijangka akan diadakan pada jam 5.00 Petang.

Sebelum ini Jimmy Shanley yang merupakan pengacara dan penyampai radio pernah berkahwin dengan Nursuhaila Eliani Suhaimy pada 1 Oktober 2010 namun sah bercerai pada 11 Oktober 2012 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Zahrah Rania Shanley.-rotikaya

Program Realiti Baru, Ibu Bersalin Dalam Hutan

Posted: 05 Jun 2014 09:49 PM PDT

Program Realiti Baru, Ibu Bersalin Dalam Hutan| Satu rancangan realiti disifatkan sebagai melampau apabila ia bakal merakamkan wanita melahirkan anak dalam hutan, tanpa bantuan doktor dan tiada tempat berteduh langsung.

Rancangan itu diumumkan oleh Lifetime yang akan menyaksikan wanita melahirkan anak dengan hanya dikelilingi oleh hutan belantara.

bayi3 300x156 Program Realiti Baru, Ibu Bersalin Dalam Hutan

Menurut penerbitnya Eli Lehrer, hanya ibu yang pernah bersalin sahaja dibenarkan menyertainya manakala kehadiran kru televisyen di situ adalah bagi meningkatkan keselamatan wanita terbabit.

“Kita akan melaksanakan langkah berjaga-jaga bagi memastikan ibu dan bayi selamat,’’ katanya.

Rancangan realiti ini hasil cetusan satu video yang dimuat naik dalam Youtube oleh seorang pemegang akaun Youtube dikenali sebagai Birthinnature , di mana seorang wanita melahirkan anak di hutan belantara.

Video itu berjaya mencatatkan kira-kira 20 juta penonton.

Pengkritik bagaimanapun bimbang rancangan realiti itu akan mewujudkan trend bahaya yang boleh membahayakan ibu dan bayi.-mynewshub

Pakcik Tua Mengaku Salah Sontot Cucu Kawan Sendiri

Posted: 05 Jun 2014 05:24 PM PDT

Pakcik Tua Mengaku Salah Sontot Cucu Kawan Sendiri  |  Perbuatan tidak berperikemanusiaan seorang mekanik yang sanggup merogol cucu kenalannya yang berusia 16 tahun dan mengancamnya dengan sebilah parang mendapat pembalasan apabila dia dihukum penjara 12 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Mohd. Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman itu terhadap Rozlan Hamzah, 46, setelah lelaki itu hari ini mengaku bersalah merogol mangsa di sebuah rumah tanpa nombor di ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Embak, Kuala Krai.

Tertuduh didakwa merogol remaja itu dan menyebabkannya berada dalam ketakutan boleh dicederakan kerana diacu parang kecil antara pukul 12 tengah hari dan 3 petang, 15 November tahun lalu.

Dakwaan terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam bela dibuat mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun serta boleh dikenakan sebatan.

Menurut fakta kes yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Asmah Azhari, tertuduh yang dikenali dengan nama panggilan Deraman bekerja sebagai mekanik dan berkawan baik dengan datuk mang­sa.

Sebelum kejadian, tertuduh pergi ke rumah mangsa dan bertanya sama ada gadis itu tahu menunggang motosikal kerana i­ngin mengambil motosikal daripada kawannya di Tanah Merah.

Apabila mangsa memberitahu dia tahu menunggang motosikal, tertuduh telah mengajak gadis itu pergi mengambil motosikal bersamasamanya.

Dalam perjalanan, tertuduh telah melencong ke sebuah rumah di ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Embak iaitu rumah tertuduh.

Setelah berhenti di rumah tersebut, tertuduh telah mengacukan sebilah parang kecil ke arah mangsa dan mengarahkan gadis itu masuk ke dalam rumah lalu mengunci pintu rumah itu.

Gadis itu merayu tertuduh menghantarnya pulang namun tertuduh memarahi mangsa dan terus mengacukan parang lalu merogolnya.

- sumber – /  Gambar hiasan

Video Lelaki Pentingkan Skuter Berbanding Kekasih

Posted: 05 Jun 2014 05:08 PM PDT

Video Lelaki Pentingkan Skuter Berbanding Kekasih  |  Seorang lelaki telah dikritik hebat selepas tindakannya yg menyelamatkan skuternya terlebih dahulu dan membiarkan teman wanitanya terduduk keseorangan di bahu jalan.

Melalui rakaman video di bawah ini, skuter yang dinaiki pasangan kekasih tersebut dilihat cuba memintas sebuah kereta pada satu selekoh tajam namun gagal dan lalu terjatuh tergolek-golek seperti nangka busuk.



Apa pun, jom terjah video lelaki pentingkan skuter berbanding kekasih yang Katak Comel paparkan di bawah ini buat tatapan para pembaca sekalian. – sumber -

Bunuh Diri Kerana Wajah Kekasih Tidak Secantik Dalam Facebook

Posted: 05 Jun 2014 05:02 PM PDT

Bunuh Diri Kerana Wajah Kekasih Tidak Secantik Dalam Facebook  |  Dek kerana terkejut melihat wajah kekasihnya buat pertama kali, seorang lelaki di Filipina telah bertindak membunuh diri dengan terjun dari tingkat empat sebuah pusat beli-belah.

Mark Anthony Perez dikatakan terlalu kecewa selepas wajah kekasihnya tidak secantik dalam gambar yang dikongsikannya menerusi laman sosial.

Pasangan itu yang berpacaran empat bulan lalu selepas berkenalan menerusi laman sosial dan tidak pernah bertemu lantaran jarak tempat yang jauh antara satu-sama lain.

Kekasihnya itu kerap menggunakan aplikasi Camera 360 dan Retrica bagi mengubahsuai wajahnya bagi kelihatan cantik dan menarik.

“Saya ingat awak sangat cantik tetapi saya bodoh kerana percayakan gambar awak sedangkan semuanya telah diubahsuai,” katanya kepada wanita itu biarpun dia sudah mengenakan solekan tebal. – sumber -

Pengakuan PM Pening Kepala Nak Sokong Pahang atau Felda United

Posted: 05 Jun 2014 03:56 PM PDT

Pengakuan PM Pening Kepala Nak Sokong Pahang atau Felda United  |  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara berseloroh mengatakan pening untuk memilih pasukan mana yang harus disokong pada pentas akhir Piala FA di antara Pahang dan Felda United, malam esok.

"Saya kena pakai dua jersi. Felda dan Pahang. Saya menteri jaga Felda tapi orang Pahang. Lebih selamat kalau menonton siaran langsung di rumah," katanya disambut gelak ketawa hadirin ketika berucap di Majlis Pelancaran Perkhemahan Bitara STEM UKM-Felda di MRSM Felda Trolak, Sungkai, hari ini.

Perlawanan di antara Pahang dan Felda United akan berlangsung di Stadium Shah Alam, malam esok.

Pahang menamatkan kemarau lapan tahun untuk ke pentas final mengatasi finalis musim lalu, Johor Darul Ta'zim menerusi agregat 2-1, sementara Felda United mencatat sejarah tersendiri apabila menyingkirkan juara bertahan, Kelantan.

 

Tanggung Malu Di Hari Persandingan

Posted: 05 Jun 2014 03:33 PM PDT

Tanggung Malu Di Hari Persandingan |  Seorang pengantin dari Kampung Kurnia, di sini, terpaksa menanggung malu apabila sajian hidangan untuk majlis perkahwinan didakwa dihantar lewat ketika majlis berlangsung, Sabtu lalu.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Hawa, 22, tidak menduga katering yang ditempah sejak enam bulan lalu itu akan berbuat demikian kerana bayaran sudah diselesaikan Disember lalu.

Menurutnya, malah sebelum majlis berlangsung pihaknya sudah menghubungi katering berkenaan untuk mengetahui sama ada persiapan berjalan lancar atau sebaliknya.

“Dua hari sebelum majlis, kami ada telefon, tetapi tidak diangkat kemudian pihak katering datang ke rumah dan maklumkan segalanya berjalan lancar.

“Walaupun, sebelum ini kami sekeluarga ada juga terdengar pihak katering hantar lewat sewaktu majlis berlangsung, tetapi apabila ditanya pihak katering memberi jaminan mereka akan tepati masa.

“Sabtu itu (31 Mei), katering berkenaan mempunyai lebih kurang tiga tempahan majlis perkahwinan di Yong Peng, Segamat dan di tempat kami.

“Entah macam mana pada majlis berlangsung, lori katering hanya tiba pada jam 2.45 di  dewan Felda Ayer Hitam.

“Tetapi sebelum lori sampai ahli keluarga ada pergi ke tempat katering lebih kurang pukul 1 lebih untuk mengambil nasi.

“Jam 2.45 petang lori lauk-pauk baharu sampai. Bayangkan keadaan ketika itu bagaimana hendak bagi makan kepada tetamu yang hadir.

“Kami memang malu disebabkan kelewatan katering berkenaan,” katanya ketika ditemui semalam. Hawa Nazira berkata, ahli-ahli keluarga terpaksa membeli makanan di kedai makan di sekitar Kluang untuk menjamu tetamu yang datang.

Katanya, sementara menunggu makanan katering itu tiba, pihaknya membelanjakan lebih kurang RM2,000 untuk membungkus makanan dari luar semata-mata mengenangkan tetamu yang hadir.

“Pada ketika itu kami tidak tahu ingin berkata apa malah pihak katering yang sampai lambat pun hanya dihantar oleh pekerjanya sahaja bukan bos mereka.

“Kita ada telefon bos mereka, tetapi tidak dijawab dan kami juga ada telefon di pelanggannya yang menempah tempahan yang sama pada hari itu dan mereka pun menerima nasib yang sama. Makanan mereka juga datang lambat dan tidak cukup sepertimana yang ditempah sebelum ini.

“Jika pihak katering memaklumkan mereka akan lambat, kami boleh cari jalan lain bagi menyediakan makanan dan bukannya hanya berdiam diri dan kita pun ternanti-nanti mereka datang. Pada majlis itu kami memang malu sangat dan kami telah mengambil tindakan membuat laporan polis di atas apa yang berlaku.

“Ini adalah salah katering dan pihak kami telah membayar sebanyak RM8,400 kepada katering berkenaan, tetapi apa yang kami dapat makanan yang diberi tidak seperti apa yang kami tempah malah tidak mencukupi,” katanya.

Hawa Nazira berkata, pihaknya cuba menelefon katering berkenaan selepas majlis, namun gagal dihubungi malah pejabatnya di Taman Makmur juga sudah tidak beroperasi.

“Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas katering berkenaan di atas kelewatannya menghantar makanan,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani