Powered by Blogger.

Punca Ajak (Shiro) Badan Susut Dituduh Ambil Dadah

Punca Ajak (Shiro) Badan Susut Dituduh Ambil Dadah


Punca Ajak (Shiro) Badan Susut Dituduh Ambil Dadah

Posted: 15 May 2014 10:54 AM PDT

Punca Ajak (Shiro) Badan Susut Dituduh Ambil Dadah  |  Anggota kumpulan Shiro iaitu Ajak kesal apabila dituduh mengambil dadah gara-gara berat badannya susut sebanyak empat kilogram berbanding berat sebelum ini iaitu 65 kilogram.

Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak, 29, berkata, tuduhan pihak tidak bertanggungjawab itu mampu merosakkan reputasinya sebagai artis malah dia juga bimbang ia akan memberi persepsi buruk kepada peminat terutamanya kanak-kanak.

"Saya masih waras dan sedar mana perkara yang betul dan salah tambahan pula saya masih terikat sebagai seorang anggota tentera laut. Takkan saya nak buat begitu.

"Tuduhan itu bukan sahaja saya yang kena malah nama Shahrol juga turut terpalit sama," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, menjelaskan mengenai susuk tubuhnya yang kelihatan susut, Ajak memberitahu disebabkan dia mengalami demam denggi baru-baru ini.

Malah kata Ajak, berat badannya itu tidak sepatutnya dijadikan isu kerana penurunan tersebut tidak begitu ketara.

"Bukannya saya hilang 10 kilogram cuma empat kilogram sahaja dan saya tidak faham kenapa ada orang yang tidak berpuas hati dengan kami sehingga sanggup membuat cerita buruk seperti itu," katanya.

Sementara itu, Ajak berkata, dia dan Shahrol sudah penat dilemparkan pelbagai tuduhan yang mampu menggangu kerjaya mereka dan isu dadah bukanlah kali pertama.

Jelas Ajak, meskipun sentiasa mengambil pendekatan berdiam diri kerana tidak mahu memanjangkan isu namun pendekatan itu membuatkan pihak-pihak tertentu terus menabur fitnah tentang mereka berdua.

"Saya akui sebelum ini saya bukan jenis yang suka memberi komen tentang-tentang cerita buruk mengenai saya atau Shiro tetapi nampaknya tindakan berdiam diri membuatkan ada pihak tertentu terus menabur fitnah.

"Sudah tiba masanya kami mempertahankan diri kerana nampaknya ia semakin menjadi-jadi," jelasnya.

Tambah Ajak dia tidak mahu mencari gaduh dengan mana-mana pihak tetapi sekadar ingin mempertahankan periuk nasinya dan keluarga daripada terus ditabur pasir.

"Saya tidak pasti apa tujuan apabila ada pihak yang cuba menjatuhkan saya tetapi cukuplah periuk nasi saya diganggu," jelasnya.  – sumber -

 

 

Shila Amzah Bercinta Dengan Bekas Calon Angkasawan?

Posted: 15 May 2014 10:25 AM PDT

Shila Amzah Bercinta Dengan Bekas Calon Angkasawan?  |   Nama penyanyi Shila Amzah ketika ini hangat diperkatakan kononnya dia sedang bercinta dengan bekas calon angkasawan program AXE-Tronaut 2013 iaitu Adam Tun Tuah.

Shila, 24, dilaporkan telah memuat naik sekeping gambarnya bersama seorang lelaki dipercayai Adam dengan wajah pemuda itu ditutup termasuk gambaran kata-kata pada kapsyen kononnya sedang bersahabat dengan individu itu. Ia menarik perhatian peminat untuk mengetahui kesahihan sama ada mereka bercinta atau pun tidak.

Adam Shila 2 Shila Amzah Bercinta Dengan Bekas Calon Angkasawan?
Identiti lelaki berkenaan mula tersebar apabila Adam turut memuat naik gambar mereka di laman Instagram miliknya. Sumber memberitahu, kedua-dua mereka berkawan rapat dan pernah beberapa kali bertemu terutamanya semasa perjumpaan ahli kelab peminat Shila ketika wanita berkenaan pulang ke tanah air dari China.

Usaha mStar Online  untuk mendapatkan komen Shila mengenai khabar terbaharu itu bagaimanapun tidak berjaya kerana dia kini berada di Shanghai, China, untuk urusan berkaitan seninya.

Shila sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan aktor Sharnaaz Ahmad sebelum dikaitkan berkawan rapat dengan Johan As'ari.

Adam pula mengelak untuk memberi sebarang komen berhubung gosip terbaharu bila dikaitkan dengan Shila Amzah.

Tags / Kata Kunci: Shila Amzah , Adam Tun Tuah.

Nazim Othman Tak Minat Berlakon Filem Tempatan

Posted: 15 May 2014 09:58 AM PDT

Nazim Othman Tak Minat Berlakon Filem Tempatan  |  Bunyinya macam berlagak tetapi jujurnya pelakon Nazim Othman menjelaskan sikap terlalu memilih dan cerewet membuatkan dia kurang berminat untuk menerima tawaran bagi membintangi karya filem tempatan.

Nazim, 30, berkata, dia telah menolak lebih 10 buah tawaran filem sejak tiga tahun lalu berikutan watak yang ditawarkan tidak begitu mencabar selain peranan berkenaan sudah biasa dibawanya dalam drama.

"Semua pelakon bercita-cita untuk berlakon filem termasuk saya juga, namun disebabkan sikap cerewet, membuatkan saya sering menolak tawaran yang datang. Boleh dikira lebih 10 filem saya tolak.

"Saya mempunyai perspektif yang berbeza tentang dunia filem. Bagi saya jika mereka tawarkan watak yang sama sahaja dan pernah saya bawa dalam drama, lebih baik saya berlakon drama sahaja," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, kelembapan industri perfileman tempatan ketika ini turut membuatkan dia kurang berminat untuk mencuba nasib di layar lebar itu.

Bagaimanapun jelas Nazim, dia tidak akan menolak untuk berlakon filem suatu hari nanti jika menerima tawaran yang menepati cita rasanya. Sementara itu dalam perkembangan lain, dia akan keluar dengan single pertama berjudul Destinasi  tidak lama lagi. Kata Nazim, ia adalah sebagai pertaruhannya untuk mencuba nasib dalam bidang nyanyian.

"Saya rakam lagu ini dah lama cuma tiada masa untuk lancarkan sahaja. Ia sebuah lagu rancak yang akan menunjukkan sisi lain saya kepada peminat.

"Saya keluar duit sendiri untuk buat lagu dan klip video ini selain mahu mencuba nasib dalam bidang nyanyian," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani