Powered by Blogger.

Iqram Dinzley Terkejut Dituduh Jalin Hubungan Songsang Lagi

Iqram Dinzley Terkejut Dituduh Jalin Hubungan Songsang Lagi

Iqram Dinzley Terkejut Dituduh Jalin Hubungan Songsang Lagi
Ada apa-apa ke Shahir Dengan Erra Fazira?
Polis bakal bernikah maut, rakan parah dirempuh penjenayah
Ibu saudara 5 beradik yatim piatu kesal difitnah
Pelakon Selebriti Malaysia Jalin Hubungan Songsang Di London?
Adam Kecewa Dirinya Digam
Tiap-tiap Hari Saya Kena Fitnah – Felixia Yeap
Kejayaan Jepun Merangkul Piala Thomas Kerana Izuan Ibrahim Menjadi Jurulatih Pemain Jepun
Produk Coklat Cadbury Mungkin Tercemar Kerana Isu DNA BABI
45,000 Dijangka Lawat Panda Sebulan Di Zoo Negara
Iqram Dinzley Terkejut Dituduh Jalin Hubungan Songsang Lagi


Posted: 26 May 2014 08:02 AM PDT


Iqram Dinzley Terkejut Dituduh Jalin Hubungan Songsang Lagi | Pelakon Iqram Dinzly menganggap ada pihak cuba mensabotaj dirinya apabila dituduh menjalinkan hubungan songsang, selain berfoya-foya di sebuah kelab malam di London, November tahun lalu.

Iqram, 33, yang terkejut apabila isu hubungan songsang membabitkan dirinya sekali lagi menjadi isu, sedangkan dia langsung tidak terlibat dengan perilaku tersebut bagaimanapun mengakui berkunjung ke kelab malam di United Kingdom itu sekadar untuk melihat suasananya.


Mungkin ada pihak yang mahu sabotaj saya. Kenapa orang nak kaitkan saya dengan hubungan songsang hanya kerana melihat saya bergambar dengan lelaki. Salah ke saya nak bergambar dengan kawan saya sendiri?

Sebuah laman blog pada Isnin mendedahkan seorang pelakon lelaki (dituju kepada Iqram) dikatakan mengunjungi beberapa kelab malam di London.




Iqram yang ketika itu ditemani seorang pelajar lelaki rakyat Malaysia didakwa menjalin hubungan songsang.

Malah laman blog itu turut mendedahkan mesej daripada aplikasi Whatsapp berbau lucah kononnya ia adalah mesej perbualan antara Iqram dan pelajar tersebut.

"Apa yang saya tak faham, kawan dengan perempuan salah, dengan lelaki salah. Habis saya nak berkawan dengan siapa?

"Berkenaan mesej Whatsapp itu, saya pun tak pasti itu mesej saya atau tidak. Tetapi kalau dengan rakan-rakan lelaki saya memang suka bercakap kasar.

"Apa-apapun, yang penting keluarga faham siapa saya yang sebenar," tegasnya.-mStar



Ada apa-apa ke Shahir Dengan Erra Fazira?


Posted: 26 May 2014 07:58 AM PDT


Ada apa-apa ke Shahir Dengan Erra Fazira?| Walaupun berdolak-dalik pada awalnya, akhirnya juara Akademi Fantasia 8, Shahir mengakui dia kini sedang berkawan dengan bintang jelita Erra Fazira.

Kata penyanyi lagu ‘Kebahagiaan Dalam Perpisahan’ ini, tidak salah untuk dia berkawan dengan rakan-rakan seperjuangan apatah lagi artis berpengalaman seperti Erra.


“Antara saya dan Erra kami masih dalam proses mengenali diri masing-masing. Apa pun saya tidak dapat untuk komen dengan lebih lanjut,” katanya.

Ditemui semasa Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013, Shahir merasakan Erra adalah sumber rujukan terbaik untuk artis-artis muda sepertinya.

“Saya anggap Erra Fazira sebagai Erra Fazira. Dia seorang artis berpengalaman yang boleh dijadikan sumber rujukan artis-artis baru seperti saya,” ujar penyanyi berusia 26 tahun ini.

“Kalau boleh saya tidak mahu memberi komen apa-apa selain dari ABP. Kehidupan peribadi saya, saya tidak mahu komen. Hari ini adalah hari ABP,” kata Erra.=mynewshub



Polis bakal bernikah maut, rakan parah dirempuh penjenayah


Posted: 26 May 2014 07:54 AM PDT


Polis bakal bernikah maut, rakan parah dirempuh penjenayah| Seorang anggota polis Unit Rondaan Bermotor (URB) maut manakala rakan setugasnya cedera selepas dirempuh sebuah kereta dinaiki penjenayah di Batu 10, Parit Buntar menghala ke Alor Pongsu tengah hari tadi.



Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah, 25, maut di tempat kejadian, manakala rakan setugasnya yang belum dikenal pasti identitinya cedera parah.



Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari tadi, kedua-dua mereka daripada unit rondaan bermotor Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian dilanggar oleh suspek yang baru sahaja terlibat dalam satu kes samun dekat Alor Pongsu, katanya kepada pemberita di IPD Hilir Perak di sini.


"Mangsa mengejar sebuah kereta jenis Toyota Wish yang dinaiki suspek bagaimanapun dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta jenis Honda Civic dipercayai dinaiki oleh rakan suspek menyebabkan mangsa tercampak ke dalam parit," katanya.

Acryl Sani berkata, polis masih belum mengenal pasti identiti suspek yang terlibat dalam kejadian tersebut.



Ibu saudara 5 beradik yatim piatu kesal difitnah


Posted: 26 May 2014 07:50 AM PDT


Ibu saudara 5 beradik yatim piatu kesal difitnah| Ibu saudara kepada lima beradik yang kehilangan ibu bapa mereka dalam kemalangan Jumaat lepas, melahirkan rasa kesal dan kecewa kerana terdapat pihak menabur fitnah bahawa keluarganya akan menghantar lima beradik itu ke rumah anak yatim dan mengambil semua duit sumbangan.

Junaida Mohd Zain, 42, berkata beliau meminta pihak berkenaan agar menghentikan segala fitnah yang disebarkan melalui laman sosial Facebook itu.


"Kami ada perasaan…jangan cakap macam tu, lima beradik ini adalah darah daging kami. Walau apa pun terjadi kami tak kan pisahkan mereka, kami adik beradik boleh jaga mereka," katanya ketika ditemui di Kampung Rahmat, Changkat Sulaiman di sini hari ini.

Seorang lagi ibu saudara lima beradik itu, Zainah, 44, mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan pihak yang melakukan penipuan dengan meminta derma untuk lima beradik itu melalui Facebook.

Diharap semua rakyat Malaysia untuk tidak menaburkan fitnah kepada keluarga malang ini dan letakkan diri anda ditempat mereka untuk mengetahui betapa sedihnya hati mereka kehilangan keluarga tersayang.



Pelakon Selebriti Malaysia Jalin Hubungan Songsang Di London?


Posted: 26 May 2014 02:34 AM PDT


Pelakon Selebriti Malaysia Jalin Hubungan Songsang Di London? | Bukan main lagi seorang pelakon dan pengacara lelaki ini di tempat orang. Di Malaysia punyalah dia menjaga nama baik di sebalik imej islamik, tapi nampaknya dia menggunakan peluang berada di luar negara untuk menyerlahkan keperibadiannya yang sebenar.



Sebentar tadi kami menerima email daripada sumber-sumber terapat mendakwa seorang selebriti yang pernah mengacara sebuah rancangan suatu ketika dahulu dikhabarkan ligat mengunjungi beberapa kelab malam di London dan ada antaranya untuk golongan LGBT.

Sumber-sumber mengatakan, pelakon tersebut tidak keseorangan sebaliknya ditemani oleh seorang pelajar Malaysia di sana yang juga seorang lelaki.





Antara salinan perbualan si pelakon dan pelajar itu di WhatsApp

Difahamkan, pelajar lelaki terbabit terserempak dengan pelakon ini di London pada bulan November tahun lepas sewaktu pelakon tersebut sedang menikmati makan malam.

Selepas bertegur sapa, si pelakon mempelawa pelajar berkenaan menemaninya bersiar-siar sepanjang berada di sana dan seterusnya terbawa hingga ke bilik pula.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga dikatakan saling berbalas mesej menerusi aplikasi WhatsApp apabila pelakon tersebut pulang ke Malaysia dan antaranya berbaur lucah.



Tambah sumber lagi, pelakon tersebut turut mengirim sekeping gambar alat sulit untuk tatapan pelajar tersebut.



Walaupun seksualiti pelakon itu pernah diragui suatu ketika dulu, namun selebriti ini bijak mengaburi pandangan peminat dengan memperlihatkan dirinya sebagai seorang yang berubah ke arah kebaikan. – Ohbulan.com



Adam Kecewa Dirinya Digam


Posted: 26 May 2014 02:09 AM PDT


Adam Kecewa Dirinya Digam | Hanya kerana disangka menyertai parti politik pembangkang, pelakon Adam Corrie, 45, mendakwa digam sebuah stesen te-levisyen tanpa membuat semakan terhadap latar belakangnya.

Justeru, pelakon KL Gangster 2 itu menuntut pihak stesen terbabit menunjukkan bukti dia menyertai parti pembangkang yang dikatakan itu bagi membersihkan namanya.

Adam ketika ditemui baru-baru ini meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan pihak atasan stesen berkenaan kerana terus menyenarai hitam namanya tanpa memberi sebarang penjelasan.

Pelakon itu mendakwa pihak atasan stesen terbabit enggan menyiarkan satu telefilem yang menampilkan dia memegang watak utama, malah turut mengarahkan semua babak berkaitan de-ngannya dalam satu program disunting dalam dua kejadian berasingan.

Menurutnya, kejadian pertama berlaku pada tahun lalu selepas pihak atasan berkenaan dikatakan terus menolak telefilem itu sebaik mendengar namanya antara barisan pelakon.


“Berita itu disampaikan kepada saya oleh pengarah selepas dia bertemu pihak atasan stesen terbabit. Pe-ngarah hanya memberitahu karyanya tidak boleh disiarkan di stesen itu kerana saya ahli parti pembang-kang,” katanya.

Adam yang juga koreografer tarian berkata, dia tiada masalah sepanjang penggambaran dan menerima tawaran berlakon dalam telefilem itu atas permintaan pengarah.


“Kejadian sama berulang sekitar Mac lalu selepas saya mendapat jemputan daripada stesen televisyen sama sebagai artis undangan untuk satu program agama.

“Pada mulanya, saya rasa pelik namun terima tawaran itu demi Tuhan selain pendakwah program adalah guru saya.

“Saya cuma perlu berta-nyakan beberapa soalan untuk empat episod program itu,” katanya.

Katanya, selepas tamat penggambaran, dia terkejut dimaklumkan semua babak menampil-kan kemunculannya dalam program itu disunting dengan alasan dia adalah ahli parti pembang-kang.




“Saya menerima panggilan daripada rakan pengarah program itu yang memberitahu suntingan itu atas arahan pihak atasan stesen televisyen berkenaan.

“Tindakan itu amat me-ngecewakan kerana mereka tidak pernah menghubu-ngi saya untuk mendapatkan pengesahan mahupun bertanyakan kepada pihak berkaitan. Malah, saya juga tidak meminta sebarang bayaran dan bersetuju tampil dalam program itu atas kehendak sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Adam berkata, dia tidak pernah berdepan masalah dengan stesen televisyen lain termasuk pengarah serta syarikat penerbit filem tempatan.


“Sekarang, saya mahu pihak stesen televisyen terbabit mengemukakan bukti kukuh seperti nombor ahli saya dalam parti itu. Saya tidak pernah menyertai mana-mana parti politik, malah tidak berminat mengetahui isu politik semasa.

“Saya tampil membuat penjelasan ini bukan kerana takut tiada rezeki tetapi mahu membersihkan nama dan juga minta supaya ja-ngan terus fitnah saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Adam kini sibuk de-ngan penggambaran program agama untuk siaran Ramadan nanti serta drama Kerambit.



Tiap-tiap Hari Saya Kena Fitnah – Felixia Yeap


Posted: 25 May 2014 11:18 PM PDT


Tiap-tiap Hari Saya Kena Fitnah – Felixia Yeap | Bekas model majalah lelaki, Felixia Yeap menulis di facebooknya bahawa tiap-tiap hari beliau kena fitnah, tegur dan sangkaan buruk.




"Tapi saya a terus istiqomah! Sebab saya tidak lupakan semua yang masih sokong dan sayang saya, syukur…syukur," tulisnya.

Di dalam facebook itu juga, beliau menarik perhatian pembaca mengenai twitter yang bukan ditulisnya.



Justeru, beliau mengingatkan sesiapa yang mengendalikan twitter itu sila jangan cuba menabur fitnah atau bercakap yang bukan-bukan.



Kejayaan Jepun Merangkul Piala Thomas Kerana Izuan Ibrahim Menjadi Jurulatih Pemain Jepun


Posted: 25 May 2014 11:11 PM PDT


Kejayaan Jepun Merangkul Piala Thomas Kerana Izuan Ibrahim Menjadi Jurulatih Pemain Jepun | Disebalik kejayaan pasukan Jepun merangkul kejuaraan Piala Thomas semalam, ramai yang tidak mengetahui tentang salah seorang jurulatih pasukan negara matahari terbit itu adalah anak Malaysia.

Nama Izuan Ibrahim, tidak sepopular nama besar lain dalam erena sukan badminton, namun sentuhan beliau antara penyumbang kepada kejayaan Jepun semalam.


Anak kelahiran Kelantan ini adalah jurulatih kepada pemain persorangan Jepun, Kento Momota yang menewaskan pemain negara Chong Wei Feng dengan straight set 21-15, 21-17.

Bekas guru ini sekarang berkidmat sebagai jurulatih junior pasukan kebangsaan Jepun di bawah Nihong Badminton Association dan jurulatih di R.S. Hamanaka.

Kejayaan Jepun buat kali pertama semalam sekaligus menaikkan nama Izuan yang lebih mesra dengan nama Abe Awe dikalangan kawan-kawan beliau di Kelantan.


Laman Facbook beliau turut dihujani ucapan tahniah daripada kawan-kawan yang mengenali anak Melayu ini.

Dalam perlawanan semalam, Jepun mencipta sejarah dengan merangkul gelaran Piala Thomas pertama mereka apabila menewaskan Malaysia 3-2 dalam perlawanan penuh dramatik. – sumber -



Produk Coklat Cadbury Mungkin Tercemar Kerana Isu DNA BABI


Posted: 25 May 2014 11:03 PM PDT


Produk Coklat Cadbury Mungkin Tercemar Kerana Isu DNA BABI | Kementerian Kesihatan tidak menolak kemungkinan kewujudan DNA babi (porcine) dalam dua produk coklat Cadbury, disebabkan pencemaran sepanjang rantaian proses pembuatan coklat berkenaan.

Dua produk terbabit ialah coklat susu dengan kacang hazel dan coklat susu dengan buah badam.

Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, pihaknya akan melawat dan memeriksa kilang pembuatan coklat berkenaan, minggu ini.


"Keputusannya hanya akan diketahui dalam beberapa bulan lagi kerana perlu melalui pelbagai proses dan prosedur," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Terdahulu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengadakan pertemuan dengan syarikat pengeluar coklat berkenaan serta kementerian terbabit untuk membincangkan lebih lanjut berhubung penghasilan produk itu.

Subramaniam berkata, siasatan kejadian itu dijalankan di bawah Akta Makanan 1983.

Sebelum ini dilaporkan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggantung sijil halal terhadap dua produk coklat susu keluaran Cadbury Dairy Milk yang dikeluarkan Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd, berkuat kuasa serta-merta ekoran penemuan DNA babi dalam produknya.

Penemuan DNA itu dikesan oleh Kementerian Kesihatan, dalam produk coklat susu dengan kacang hazel dengan nombor kelompok (Batch no) 200813 M01HI2 dan coklat susu dengan buah badam dengan nombor kelompok (Batch No) 221013 N01RI1.

Selain itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pula memaklumkan pihaknya mula menganalisa produk berkenaan pada 27 Februari lalu.


"Proses ini mengambil masa termasuk verifikasi dan pengesahan maklumat," katanya.



45,000 Dijangka Lawat Panda Sebulan Di Zoo Negara


Posted: 25 May 2014 10:57 PM PDT


45,000 Dijangka Lawat Panda Sebulan Di Zoo Negara | Kehadiran pasangan panda gergasi di Zoo Negara dijangka menarik lebih 45,000 pengunjung sebulan apabila orang ramai boleh melawat haiwan itu mulai akhir bulan depan.



Timbalan Presiden Persatuan Zoologi Malaysia Rosly@Rahmat Ahmat Lan berkata ia juga dijangka dapat menarik ramai pelancong dari Indonesia, Thailand dan Vietnam.



Mereka hanya perlu berkunjung ke Malaysia untuk menyaksikan panda gergasi tanpa perlu berbelanja lebih untuk ke negara China, katanya.



Sementara itu, Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) Hamzah Rahmat berkata kehadiran panda gergasi berkenaan sedikit sebanyak akan membantu pertumbuhan pelancongan Malaysia. – Bernama

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani