Powered by Blogger.

Gambar Bikini Palsu Dyana Sofya Ditemui di Masjid, Kampung Melayu

Gambar Bikini Palsu Dyana Sofya Ditemui di Masjid, Kampung Melayu


Gambar Bikini Palsu Dyana Sofya Ditemui di Masjid, Kampung Melayu

Posted: 24 May 2014 01:28 AM PDT

Gambar Bikini Palsu Dyana Sofya Ditemui di Masjid, Kampung Melayu  |  Kempen gambar bikini yang memburuk-burukkan calon DAP Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud kini berpindah daripada Internet ke kampung Melayu di kawasan pilihan raya, kata DAP hari ini.

Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari berkata, beberapa ahli PAS memaklumkan mereka menemui gambar, yang didakwa gambar Dyana Sofya berbikini, di sekitar kampung-kampung Melayu dan juga dalam sebuah masjid di Kampung Banjar.

“PAS berkata, mereka menemuinya di sekeliling kampung-kampung Melayu di Changkat Jong, dan ia dibawa kepada kami.

"Kami tidak tahu berapa banyak yang diedarkan tetapi kami berharap pihak polis akan menyiasat dan mencari pihak bertanggungjawab," kata Zairil selepas membuat laporan polis berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Hilir Perak.

DAP cuba menukar imej Cina dan menarik undi Melayu di Teluk Intan dengan meletakkan Dyana Sofya, seorang profesional muda Melayu.

Bagaimanapun, gambar wanita berbikini itu, yang sebenarnya seorang pelakon Filipina, boleh menjejaskan usaha DAP memenangi hati masyarakat Melayu.

Pada pilihan raya umum tahun lepas, DAP melalui Seah Leong Peng mendapat hanya 25% daripada 23,000 undi Melayu dalam masyarakat semi-luar bandar.

Gambar bikini palsu Dyana Sofya yang diedarkan di sekitar kawasan Pilihan Raya Kecil Teluk Intan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Mei, 2014.Gambar bikini palsu Dyana Sofya yang diedarkan di sekitar kawasan Pilihan Raya Kecil Teluk Intan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Mei, 2014.Howard Lee, Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Pinji, membuat laporan bagi pihak Dyana Sofya hari ini, bagi menggagalkan usaha-usaha memerangkap calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan itu.

"Saya menyeru Datuk Mah Siew Keong mengutuk politik fitnah ini. Jika beliau tidak berkata apa-apa, saya menganggapnya bersubahat dalam usaha mencemarkan Dyana dengan pembohongan ini," kata Lee.

Sejak pencalonan Dyana Sofya diumumkan, beliau menjadi mangsa kempen memburuk-burukkan di Internet yang digambarkan penganalisis sebagai percubaan mengurangi ciri kemelayuan beliau.

Beberapa pemuda juga menganggu sesi lawatan beliau, tetapi pencabarnya, Mah daripada Barisan Nasional (BN) menafikan beliau terlibat. – 24 Mei, 2014.

Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke 27 ABP 2013

Posted: 24 May 2014 01:14 AM PDT

Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke 27 ABP 2013   |  Malam ini Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke 27 telah pertandingkan 15 kategori utama yang akan dipertandingkan dalam malam kemuncak ABPBH 2013. Pastinya keputusan malam tadi benar benar mengejutkan kepada peminat tanahair.

Antara pengacara malam ABPBH adalah Fara Fauzana, Amy Mastura dan Kumpulan Shiro yang akan meriahkan lagi suasana malam gilang gemilang ABPBH 24 Mei 2014 ini. Siaran langsung ABPBH 2013 turut disiarkan secara ekslusif menerusi TV3 bermula pada pukul 9.00 malam.

Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 2013 24 Mei 2014

Artis Baharu Lelaki Popular
Achey -Bintang Mencari Bintang (BMB)

Artis Komedi Wanita Popular
Jihan Musa- Raja Lawak

Artis Duo Berkumpulan Popular
Stacy dan Akim Ahmad

Pengacara TV Lelaki Popular
Dato AC Mizal

Penyampai Radio Wanita Popular
Fara Fauzana- Hot FM

Artis Baharu Wanita Popular
Zara Zya

Pengacara TV Wanita Popular
Neelofa

Penyampai Radio Lelaki Popular
Johan Raja Lawak

Pelakon TV Wanita Popular
Siti Saleha

Pelakon Lelaki Komedi Popular
Jep Sepahtu

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
Dato’ Rahim Razali

Penyanyi Wanita Popular
Stacy AF

Pelakon Filem Lelaki Popular
Aaron Aziz

Penyanyi Lelaki Popular
Hafiz AF

Pelakon Filem Wanita Popular
Siti Saleha

Bintang Paling Popular Berita Harian2013
Aaron Aziz

 

Rahsia Coklat Cadbury Ada DNA Babi Terbongkar

Posted: 24 May 2014 12:59 AM PDT

Rahsia Coklat Cadbury Ada DNA Babi Terbongkar  |   Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan dua produk coklat jenama Cadbury Dairy Milk iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Buah Badam mengandungi DNA babi jenis porcine.

Pihak KMM melakukan pemeriksaan ke atas tiga sampel coklat Cadbury berikutan dakwaan terdapat DNA babi dalam coklat Cadbury tersebar luas di laman sosial pada 23 Mei 2014. Keputusan analisis mendapati hanya dua produk coklat Cadbury itu tidak halal iaitu:

 1.  Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014

 2.  Coklat Susu dengan Buah Badam – Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015


1 Rahsia Coklat Cadbury Ada DNA Babi Terbongkar

2 Rahsia Coklat Cadbury Ada DNA Babi Terbongkar

Menurut syarikat Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd, pihaknya akan mengambil balik dua produk berkenaan dari pasaran dengan serta merta.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh layari laman web rasmi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) di http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq  – sumber -

 

Sazzy Falak Kini Pemilik Jenama Street Fashion KL

Posted: 23 May 2014 09:58 PM PDT

Sazzy Falak Kini Pemilik Jenama Street Fashion KL | Mereka yang menggemari konsep fesyen, 'edgy' dan 'funky' pasti terpesona dengan rekaan yang terdapat di Street Fashion KL.
Butik online milik pelakon dan pengacara versatil, Sazzy Falak ini mengetengahkan pelbagai produk seperti tas tangan, kasut dan pakaian.

Antara jenama yang terdapat di Street Fashion KL ialah Ash Burn D, Bits of Random, Gin & Jacqie, Kyla Ruiz dan Sakura. Bukan itu sahaja, Sazzy turut mempunyai jenamanya sendiri, Street Fashion by Sazzy Falak dan produk keluarannya ini turut dijual di Street Fashion KL

sazzy1 Sazzy Falak Kini Pemilik Jenama Street Fashion KL

Sazzy berkata, citarasa fesyennya banyak mempengaruhi rekaannya dalam mengeluarkan produk di bawah labelnya sendiri.

"Konsep fesyen yang saya design sendiri lebih kepada konsep bohemia, gipsi dan resort wear. Ini kerana saya menggemari konsep tersebut.

"Saya beri tumpuan kepada fesyen seperti ini kerana masyarakat pergi bercuti hampir setiap minggu. Saya tak nafikan kita juga ada design yang mengikut tema dan warna.

"Rekaan saya mengikut mood saya sendiri. Saya sering mendapat inspirasi daripada konsep ala Red Indian, banyak manik, namun ia sesuai dipakai pada musim panas," katanya  di Publika baru-baru ini.-mStar

Sharifah Aini bertarung nyawa di hospital

Posted: 23 May 2014 09:54 PM PDT

Sharifah Aini bertarung nyawa di hospital |  Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, 61, kini dilaporkan terlantar di sebuah hospital swasta di ibu negara disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru.

Bagaimanapun keadaannya dilaporkan stabil. Penyanyi bersuara lunak ini sebelum ini dijangkiti virus Influenza A (H1N1), lima bulan yang lalu.

Menurut portal hiburan, walaupun keadaan Sharifah Aini stabil, namun dia belum bersedia untuk menerima pelawat disebabkan daya tahan tubuhnya yang agak lemah.

"Setiap daripada kita tidak tahu bila akan dijemput oleh-Nya. Jika ditakdirkan ALLAH, tiba masanya untuk saya pulang ke rahmatullah dan keluar daripada hospital sebagai jenazah, dengan hati yang damai dan tenang saya reda apa yang telah ditetapkan.


"Hanya satu saya pinta, doakan saya berakhir dalam khusnul khotimah (mati dalam keadaan yang baik). Di kesempatan ini juga, saya ingin memberitahu pada semua bahawa saya amat menyayangi dan menghargai kasih sayang serta doa daripada anda semua," katanya yang dipetik melalui laman sosialnya.

Sama-sama kita mendoakan agar Sharifah Aini cepat sembuh.-sinar harian

Siapa Bakal Ungguli Bintang Paling Popular 2013?

Posted: 23 May 2014 09:51 PM PDT

Siapa Bakal Ungguli Bintang Paling Popular 2013?| Malam ini bakal berlangsungnya Anugerah Bintang Popular 2013 yang bersiaran langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Majlis anugerah bertemakan Magis Alam ini menampilkan gandingan pengacara Fara Fauzana, Amy Mastura serta ahli kumpulan Shiro, Ajak dan Shahrul.

Kategori Utama ABPBH 2013

Artis Baru Lelaki Popular
1. Achey
2. Dazrin
3. Mikael Andre
4. Nomad
5. Waris

Artis Baru Wanita Popular
1. Atikah Suhaime
2. Chacha Maembong
3. Elfaeza Ulhaq
4. Hanis Zalikha
5. Zara Zya

Pelakon TV Lelaki Popular
1. Adi Putra
2. Akim
3. Izzue Islam
4. Johan As’ari
5. Shah Iskandar

Pelakon TV Wanita Popular
1. Ana Dahlia
2. Fasha Sandha
3. Neelofa
4. Raja Ilya
5. Siti Saleha

Pelakon Filem Lelaki Popular
1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Pekin
4. Shaheizy Sam
5. Zizan Razak

Pelakon Filem Wanita Popular
1. Erra Fazira
2. Lisa Surihani
3. Nora Danish
4. Siti Saleha
5. Yana Samsudin

Artis Komedi Lelaki Popular
1. Ebby Yus
2. Jep
3. Johan
4. Rahim Sepahtu
5. Zizan Razak

Artis Komedi Wanita Popular
1. Didie Alias
2. Jihan
3. Noorkhiriah
4. Sharifah Shahira
5. Siti Chubby

Penyanyi Lelaki Popular
1. Awi Rafael
2. Black Hanifah
3. Hafiz
4. Hazama
5. Shahir

Penyanyi Wanita Popular
1. Alyah
2. Najwa Latif
3. Shila Amzah
4. Stacy
5. Yuna

Artis Duo/Berkumpulan Popular
1. Altimet & Awi Rafael
2. Forteen
3. Hyperact
4. Stacy & Akim
5. Tasha Manshahar & Syed Shamim

Pengacara TV Lelaki Popular
1. Datuk AC Mizal
2. Johan
3. Nabil Ahmad
4. Nik Michael Imran
5. Zizan Razak

Pengacara TV Wanita Popular
1. Adibah Noor
2. Erra Fazira
3. Fara Fauzana
4. Hazlin Hussain
5. Neelofa

Penyampai Radio Lelaki Popular
1. AG
2. Halim Othman
3. Johan
4. Kieran
5. Ray

Penyampai Radio Wanita Popular
1. Abby Fana
2. Dina
3. DJ Lin
4. Fara Fauzana
5. Norshela Baharudin

Kategori Online ABPBH 2013 

Artis Lelaki Stailo
1. Adi Putra
2. Awal Ashaari
3. Karl Shafek
4. Nazim Othman
5. Shaheizy Sam

Artis Wanita Stailo
1. Fazura
2. Mizz Nina
3. Scha Alyahya
4. Yana Samsudin
5. Ziana Zain

Gandingan Serasi Di Layar
1. Aaron Aziz & Nadiya Nisaa
2. Aeril Zafrel & Wawa Zainal
3. Azlee Khairi & Zara Zya
4. Zizan Razak & Siti Saleha
5. Izzue Islam & Tiz Zaqyah

Watak Jahat Dalam Filem/Drama Popular
1. Datuk Rosyam Nor
2. Hanez Suraya
3. Izreen Azminda
4. Nabila Huda
5. Sofi Jikan

Artis Berpengaruh di Laman Sosial
1. Datuk Siti Nurhaliza
2. Nora Danish
3. Shila Amzah
4. Yana Samsudin
5. Zizan Razak

Chef Selebriti Paling Popular
1. Chef Amran
2. Chef Anis Nabilah
3. Chef Nik Michael Imran
4. Chef Sherson Lian
5. Chef Wan

Aksi Di Youtube Paling Popular
1. Parodi Sayang (Bobo)
2. Parodi Gwiyomi (Nora Danish)
3. Anak Tomok OIAM merajuk (Tomok)
4. Macam Cantik Je Macam Comel Je Versi Nasyid (Amar)
5. Mengajar Kanak-kanak Riang (Mat Luthfi)

Untuk mengetahui persoalan selebriti mana paling popular dan berpengaruh di Malaysia, jangan lupa saksikan Anugerah Bintang Popular yang disiarkan secara langsung menerusi TV3 bermula jam 9.00 malam ini.

 

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani