Zon Ceria Suria FM Kini Kembali
Zon Ceria Suria FM Kini Kembali |
- Zon Ceria Suria FM Kini Kembali
- Biarlah Saya Undur Diri – Redzwani Puteri
- (TAHNIAH)Beego & Linda Hashim Terima Cahaya Mata Perempuan, Jelita Clarissa
- (17 GAMBAR)Aidil & Zarema Bulan Madu Di Krabi, Thailand
| Zon Ceria Suria FM Kini Kembali Posted: 23 Apr 2014 04:49 AM PDT Wow. Meriahnya program Zon Ceria Suria FM yang telah berlangsung di Kota Bharu, Kelantan pada hari Sabtu, 19 April yang lalu. Tentu orang Kelantan seronok kerana berpeluang menemui penyampai-penyampai radio popular seperti Halim Othman, Adibah Noor dan DJ Lin. Tambah seronok kerana dibelanja makan di Restoran Nasi Ulam Cikgu. Sambil makan, sambil beramah mesra.
Aktiviti Zon Ceria Suria FM ini telah dianjurkan sejak tahun 2013 dan mendapat sambutan yang amat hangat. Terharu dengan reaksi yang diberikan oleh pendengar radio yang berfrekuensi di 105.3 FM ini, Zon Ceria Suria FM kembali semula pada tahun ini. Kali ini pastinya lebih meriah, lebih gempak dan lebih "happening" lagi. Bagi Abang Nara, program Zon Ceria Suria FM harus dijadikan aktiviti tahunan agar penyampai radio Suria FM dapat mengenali para pendengar mereka dengan lebih rapat lagi.
Hujung minggu ini, giliran orang Muar pula untuk merasai sendiri celoteh-celoteh penyampai radio Suria FM. Sila kosongkan tarikh 26 April (Sabtu) kerana Zon Ceria Suria FM akan menerjah Mee Bandung Central, Tanjung Agas, Muar bermula jam 12 tengah hari. Inilah peluang anda untuk makan "free" dan bersua muka dengan Linda Onn, DJ Lin, Reza Mohamed dan ramai lagi.
Jarak dari Kuala Lumpur ke Muar pun bukanlah jauh sangat, kalau ada kesempatan, Abang Nara teringin juga nak pergi dan merasai sendiri kemeriahan Zon Ceria Suria FM. Diharapkan orang Muar tidak melepaskan peluang keemasan ini. Ceria-ceriakanlah hujung minggu anda dengan makan mee bandung sambil borak-borak dengan penyampai radio Suria FM. Lagi ramai yang datang, lagi meriahlah program ini. Tak gitu?
Baca Yang Ini Pulak:- |
| Biarlah Saya Undur Diri – Redzwani Puteri Posted: 23 Apr 2014 01:58 AM PDT Tiada apa yang perlu disedihkan. Tiada apa yang perlu ditangiskan. Seharusnya Redzwani Puteri bersyukur kerana Shah Jaszle mengakui sudah mempunyai kekasih baru. Abang Nara yakin ada lelaki lebih baik di luar sana yang menanti Redzwani Puteri. Anggaplah ini semua satu dugaan dan cabaran dalam usaha untuk bertemu lelaki yang lebih baik dan lebih sempurna berbanding bekas tunangnya itu.
Abang Nara harap kali ini Redzwani Puteri benar-benar sudah melupakan dan tidak lagi menyimpan perasaan cinta terhadap Shah Jaszle. Cukuplah pengorbanan anda selama ini. Berkata kepada Mstar Online, Redzwani Puteri mengakui tidak lagi mempunyai perasaan sayang terhadap pelakon tersebut. Kata Puteri:-
Dengan ijazah doktor yang bakal diterima oleh Redzwani Puteri, Abang Nara yakin ramai lelaki lain di luar sana yang akan merebut cintanya. Percayalah akan ada pengakhiran yang menggembirakan buat anda. Yang penting tumpukan perhatian terhadap pelajaran terlebih dahulu. Pedulikanlah orang yang tidak pandai menghargai segala jasa dan pengorbanan kita. Marilah kita doakan yang terbaik buat Redzwani Puteri. P.S: Hotel kapsul di bandar Haikou China Baca Yang Ini Pulak:- |
| (TAHNIAH)Beego & Linda Hashim Terima Cahaya Mata Perempuan, Jelita Clarissa Posted: 23 Apr 2014 01:47 AM PDT Jutaan tahniah diucapkan kepada Beego dan Linda Hashim atas kehadiran cahaya mata pertama mereka. Si puteri yang diberi nama Jelita Clarissa ini selamat dilahirkan 12.20 pagi hari ini di Hospital Pakar KPJ Tawakkal dengan berat 2.62kg. Untuk makluman, maksud Jelita Clarissa ialah “Jelita Yang Jelas”
Semoga apabila dewasa kelak, Jelita Clarissa akan sejelita namanya. Geram pulak Abang Nara tengok gambar Jelita Clarissa. Rasa nak cium-cium je.
Menurut Beego, ibu dan anak berada dalam keadaan baik. Semoga Jelita Clarissa membesar dengan sihat dan sempurna. Tahniah sekali lagi buat Beego dan Linda Hashim. Selamat datang ke parenthood. Baca Yang Ini Pulak:- |
| (17 GAMBAR)Aidil & Zarema Bulan Madu Di Krabi, Thailand Posted: 22 Apr 2014 05:30 PM PDT Akhirnya Aidil Zafuan dan Zarema Zainal berpeluang juga untuk berbulan madu selepas sudah bergelar suami isteri lebih kurang 2 bulan. Destinasi “honeymoon” mereka tidak lain tidak bukan ialah Krabi, Thailand. Abang Nara pun pernah sampai ke Krabi bersama isteri dan anak tercinta. Memang cantik tempatnya terutama buat mereka yang suka menyelam. Memang terbaik!!!
Seronok Abang Nara melihat pasangan suami isteri ini melakukan aktiviti-aktiviti bersama sepanjang berada di Krabi. Naik motor sesama, tengok Muay Thai, menyelam dan macam-macam lagilah. Pastinya sepanjang bulan madu ini, hubungan mereka lebih rapat dan makin mengenali antara satu sama lain. Semoga ada berita gembira mengenai cahaya mata kelak.
Lagi beberapa gambar bulan madu Aidil dan Zarema dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Instagram Zarema Zainal. P.S: Ujian memandu kenderaan automatik ditangguhkan
Baca Yang Ini Pulak:- |
| You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Untuk maklumat lanjut mengenai Zon Ceria Suria FM, sila layari 




















0 comments:
Post a Comment