MH370 : Pengkalan US Diego Garcia Buka Mulut Isu Pesawat MH370
MH370 : Pengkalan US Diego Garcia Buka Mulut Isu Pesawat MH370 |
- MH370 : Pengkalan US Diego Garcia Buka Mulut Isu Pesawat MH370
- Pipi Murid Sekolah Tertusuk Besi Di SRK Sacred Heart, Kota Kinabalu
- Fesyen Bertudung Sexy Sendat Rebecca Nur Al-Islam
- Panas! Ribuan Saksi Pertunjukan Fesyen PAKAIAN DALAM Di MidValley
- Alvin, Vivian Digugurkan Satu Tuduhan, Dua Tuduhan Lagi Menanti
- Neelofa & Hans Isaac Bakal Berkahwin Hujung Tahun Ini
- Bekas Isteri, Farazila Dedah Sikap Hipokrit Sham Kamikaze
- Video Pengurus JDT II Tumbuk Muka Pengadil
- Fiza Elite Fail Penceraian Di Shah Alam
- Pesawat MAS Ke Bangalore, India Patah Balik Ke KLIA Buat Pendaratan Cemas
| MH370 : Pengkalan US Diego Garcia Buka Mulut Isu Pesawat MH370 Posted: 21 Apr 2014 03:20 AM PDT MH370 : Pengkalan US DIego Garcia Buka Mulut Isu Pesawat MH370 | Spekulasi kehilangan pesawat MAS MH370 sering dikaitkan dengan penglibatan Amerika Syarikat dan Diego Garcia. Teori pesawat MH370 dikawal oleh teknologi drone, alat kawalan jarak jauh berkeupayaan tinggi AS dan diterbangkan sehingga mendarat di Lapangan Terbang Diego Garcia yang terletak berhampiran Pulau Maldives. Pihak kedutaan AS di Malaysia tampil menafikan teori berkenaan. Pihak kedutaan AS menafikan sekeras-kerasnya teori yang mengatakan pesawat itu mendarat di pangkalan tentera udara AS di pulau kecil itu. Tuduhan itu adalah palsu dan pesawat berkenaan tidak mendarat di situ, kata seorang jurucakap Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur.
Menurut beliau, AS turut menolak dakwaan beberapa orang yang menyaksikan pesawat dengan skim warna seakan sama dengan MH370 terbang rendah di ruang udara Maldives pada pagi 8 Mac lepas.
Berkaitan data, jurucakap itu menambah bahawa ia hanya memberi maklumat atas permintaan dan Malaysia tidak meminta data dari satelit Amerika yang terletak di Pine Gap, Australia. |
| Pipi Murid Sekolah Tertusuk Besi Di SRK Sacred Heart, Kota Kinabalu Posted: 21 Apr 2014 03:07 AM PDT Gambar Pipi Murid Sekolah Tertusuk Besi Di SRK Sacred Heart, Kota Kinabalu | Murid lelaki berusia 10 tahun tercucuk besi longkang sehingga menembusi pipinya dalam kejadian di SRK Sacred Heart, Kota Kinabalu, jam 12.30 tengah hari tadi. Kejadian ini berlaku di Negeri Sabah. Bagaimanapun besi sudah pun dikeluarkan dan mari kita doakan adik ini cepat sembuh. Laporan Insiden Kemalangan Pelajar Di SK. Secreat Heart, Kota Kinabalu.
Keadaan pelajar stabil dan akan dimasukkan ke hospital Likas. Pihak sekolah telah dimintakan oleh Pengarah Pendidikan Negeri untuk mengambil tindakan sewajarnya tentang aspek keselamatan pelajar sepanjang masa. Laporan lengkap dan gambar kejadian sedang diminta dari pihak sekolah. |
| Fesyen Bertudung Sexy Sendat Rebecca Nur Al-Islam Posted: 20 Apr 2014 08:36 PM PDT Fesyen Bertudung Sexy Sendat Rebecca Nur Al-Islam | Ingatkan tiada lagi artis yang akan memalukan dirinya sendiri seperti mana yang dialami Neelofa semasa menghoskan program Anugerah Meletop Era, Februari lalu. Tup-tup ada seorang lagi artis yang berkenan menggayakan fesyen ‘disaster’ sebegitu. Bukannya tak cantik baju yang digayakan Rebecca Nur Al-Islam ni, tapi sendat sikitlah kak oi..
Mungkin lebih manis kalau Rebecca pakai baju yang lebih longgar, lebih-lebih lagi dia kini sudah berhijrah menggenakan hijab. Diharapkan selepas ini Rebecca akan lebih berhati-hati dalam pemakaiannya supaya selaras dengan imej yang kini sudah bertudung litup. – MYNEWSHUB.MY |
| Panas! Ribuan Saksi Pertunjukan Fesyen PAKAIAN DALAM Di MidValley Posted: 20 Apr 2014 08:27 PM PDT Panas! Ribuan Saksi Pertunjukan Fesyen PAKAIAN DALAM Di MidValley| BEBERAPA hari lepas berlangsung pertunjukan fesyen pakaian dalam di pusat membeli-belah terkemuka di Kuala Lumpur, MidValley Megamall. Ia dianjurkan sebuah syarikat pakaian dalaman wanita. Tema pertunjukan itu adalah ‘A Night In Gotham’.
Bukan hanya pengunjung beragama Islam, pengunjung bukan Islam pun majoritinya pasti MALU dengan apa yang berlaku. Betul, namapun pakaian dalam takkan nak tunjuk modelnya berbaju batik tetapi persoalannya – WAJARKAH IA DILAKUKAN DI TEMPAT TERBUKA SEBEGITU? Para model yang berada di atas pentas peragaan dengan tidak segan silu bukan saja menonjolkan pakaian dalam yang memberahikan, tetapi pada masa yang sama menonjolkan susuk tubuh mereka yang menggiurkan itu di depan ribuan pengunjung tak mengira tua muda, remaja atau pun bawah umur! Adakah kami salah kerana membantah pertunjukan fesyen seperti ini?
Tepuk dada, tanya selera! – Mynewshub.my |
| Alvin, Vivian Digugurkan Satu Tuduhan, Dua Tuduhan Lagi Menanti Posted: 20 Apr 2014 08:23 PM PDT Alvin, Vivian Digugurkan Satu Tuduhan, Dua Tuduhan Lagi Menanti | Mahkamah Rayuan di sini, membenarkan rayuan pasangan kontroversi Alvin Tan Jee Yee dan Vivian Lee May Ling untuk membatalkan satu daripada tiga pertuduhan yang dihadapi mereka iaitu memuat naik kandungan menghina agama Islam dalam Facebook (FB), tahun lalu. Pasangan ini telah menimbulkan pelbagai kontroversi seperti memuat naik video seks mereka dan gambar yang dikatakan menghina Islam. Panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki dalam keputusan sebulat suara memutuskan bahawa Seksyen 298A Kanun Keseksaan tidak boleh diguna pakai terhadap Alvin dan Vivian.
Peguam Chong Joo Tian yang mewakili pasangan itu ketika ditemui berkata bahawa, Seksyen 298A Kanun Keseksaan adalah undang-undang yang sah bagaimanapun ia tidak terpakai kepada bukan Islam. Bagaimanapun pasangan itu masih lagi berhadapan dengan dua lagi pertuduhan dan akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. – Harian Metro |
| Neelofa & Hans Isaac Bakal Berkahwin Hujung Tahun Ini Posted: 20 Apr 2014 05:39 PM PDT Neelofa & Hans Isaac Bakal Berkahwin Hujung Tahun Ini | Terima kasih kerana datang jika anda jangkakan akan ada kenyataan rasmi dari mulut Hans Isaac tentang hubungannya dengan Neelofa. Selebriti yang semakin hari semakin eksklusif tentang kehidupan peribadinya itu masih enggan mengulas apa apa. Menurut Hans Isaac, beliau sudah bersedia untuk mempunyai seorang teman hidup bergelar isteri dan akan membuat keputusan untuk berkahwin dan mengumumkan sesuatu pada Disember 2014 nanti. Ya, lapan bulan dari sekarang.
Spekulasi mula timbul mengatakan yang beliau bakal mendirikan rumahtangga bersama Neelofa, selebriti yang sekian lama dikaitkan dengan dirinya — namun ianya boleh jadi juga jika Hans Isaac sudah ada pilihan lain ‘kan? – rotikaya - |
| Bekas Isteri, Farazila Dedah Sikap Hipokrit Sham Kamikaze Posted: 20 Apr 2014 05:26 PM PDT Bekas Isteri, Farazila Dedah Sikap Hipokrit Sham Kamikaze | Terkejut juga membaca pendedahan bekas isteri Sham Kamikaze, Farazila AJ di BiPop semalam. Mana tidaknya, segala macam perbuatan yang tak disangka rupa-rupanya dilakukan oleh Sham Kamikaze. Betul atau tidak, hanya mereka berdua yang tahu. Namun pendedahan ini sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada kita supaya tidak menilai seseorang itu dari segi luaran sahaja. Pendedahan yang paling menarik ialah sikap hipokrit Sham Kamikaze yang rasa dirinya mulia apabila sudah berhijrah. Kata Farazila:-
Ini adalah satu pendedahan yang amat mengejutkan. Tak sangka sungguh. Terkejut sangat-sangat dibuatnya. Kesian pun ada jugak dekat bekas isteri Sham Kamikaze. Sama-samalah kita nantikan penerangan selanjutnya daripada Sham. |
| Video Pengurus JDT II Tumbuk Muka Pengadil Posted: 20 Apr 2014 05:09 PM PDT Video Pengurus JDT II Tumbuk Muka Pengadil | Pengurus Johor Darul Ta'zim II, On Jabar mencetuskan kegemparan malam tadi apabila menumbuk muka pengadil, Sukri Abd. Rahman selepas tamat perlawanan antara pasukannya dengan UiTM di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) yang berkesudahan seri 2-2 malam tadi. Ketika pemain kedua-dua pasukan hendak meninggalkan padang, On tiba-tiba menumbuk muka Sukri sebelum mereka disuraikan dan dia dibawa keluar padang dengan diiringi pihak polis.
Selain itu, segelintir peminat turut mendakwa pihak pengadil tidak menjalankan tugas dengan adil apabila terdapat beberapa keputusan yang dibuat tidak memihak kepada pasukan tuan rumah. Beberapa ratus penyokong JDT turut berkumpul di perkarangan pintu masuk orang kenamaan (VIP) manakala segelintir daripada mereka mendesak pengadil untuk keluar dan memohon maaf kepada mereka. Pengulas sukan, Serbageth Singh bertindak bertemu dengan penyokong yang berkumpul di luar stadium dan bertindak menenangkan mereka.
Sungguhpun demikian, beliau menjelaskan memang terdapat beberapa keputusan pengadil yang tidak tepat semasa permainan berlangsung. Tidak lama selepas Serbegeth beredar, penyokong yang berkumpul turut bersurai. – sumber - |
| Fiza Elite Fail Penceraian Di Shah Alam Posted: 20 Apr 2014 02:24 PM PDT Fiza Elite Fail Penceraian Di Shah Alam | Belum sampai setahun usia rumah tangga mereka tetapi macam-macam dugaan yang telah dilemparkan umum kepada pasangan ini. Tak habis-habis orang dalam industri bercerita tentang rumah tangga yang dibina atas dasar cinta ini sedang dilanda badai. Syed rasa bukan sekali dua kita mendengar kisah rumah tangga mereka mengalami masalah sebaliknya sudah diperkatakan sejak dulu. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan pasangan ini, sejak akhir tahun lalu lagi perkahwinan mereka dikhabarkan menghadapi tekanan.
Iyalah apabila cerita rumah tangga sendiri mula diperkatakan, mana boleh duduk diam. Lebih-lebih lagi apabila orang luar lebih tahu apa yang berlaku daripada mereka sendiri. Tapi baru-baru ini cerita rumah tangga Fiza-Adam sekali lagi diperkatakan apabila ada sumber memberitahu masing-masing semakin kurang persefahaman sehingga membuatkan teman-teman rapat mengetahui masalah sebenar. Sejauh mana kebenaran tak pula Syed ketahui tetapi khabarnya Fiza ada ke mahkamah pertengahan minggu lalu untuk merujuk masalah rumah tangga ke pejabat agama.
Cuma sampai sekarang Syed masih tak dapat pastikan sama ada dakwaan memfailkan penceraian itu benar atau Fiza sekadar ke sana mencari penyelesaian kepada isu rumah tangga yang sedang dihadapinya. Syed: Ramai geram dengan kenyataan Raja Azmi terhadap isu menutup aurat. – sumber - |
| Pesawat MAS Ke Bangalore, India Patah Balik Ke KLIA Buat Pendaratan Cemas Posted: 20 Apr 2014 10:57 AM PDT Punca Pesawat MAS Ke Bangalore, India Patah Balik Ke KLIA Buat Pendaratan Cemas | Sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH192 yang sedang dalam perjalanan ke Bangalore, India terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas salah satu rodanya tidak dapat berfungsi dengan sempurna ketika berlepas, berjaya mendarat dengan selamat pada jam 1.56 pagi Isnin.
Sebelum itu, Pengurus Perhubungan Media dari Bahagian Komunikasi Strategik MAS, Khairunnisak Dzun Nurin telah mengeluarkan satu kenyataan segera yang menyebut bahawa pesawat berkenaan telah menyedari yang mekanikal pada bahagian roda kanannya telah mengalami kerosakan sebaik sahaja berlepas dari KLIA pada jam 10.09 malam Ahad. Pesawat berkenaan berlegar-legar selama beberapa jam di ruang udara KLIA bagi menghabiskan bekalan minyak sebelum mendarat untuk mengurangkan risiko malapetaka. Mengikut jadual, MH192 dijadualkan tiba di Bangalore, India pada jam 11.35 malam Ahad.
Sementara itu Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Sri Hishammuddin Tun Hussein berkata menerusi tweetnya: 'Semuanya selamat mendarat – dalam perjalanan ke sana sekarang!!' - sumber - |
| You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
















0 comments:
Post a Comment