Fiza Elite Sah Failkan Penceraian, Perbicaraan Disebut Isnin Depan
Fiza Elite Sah Failkan Penceraian, Perbicaraan Disebut Isnin Depan |
- Fiza Elite Sah Failkan Penceraian, Perbicaraan Disebut Isnin Depan
- (TAHNIAH)Mak Mah Kini Tunangan Orang
- Fizz Fairuz Dan Almy Nadia Nikah Sabtu Ini
- ASUS Zenfone Di Malaysia Penghujung April, Harga Bermula RM299
- Fiza Elite Beri Bayangan Rumah Tangganya Dengan Adam Sedang Bergolak
- Saya Tertekan Dituduh Perampas – Kekasih Baru Shah Jaszle
- (VIDEO)Jawapan Don Daniyal – Kalau Bertanya, Mengapa Tiada Tanda Soal?
| Fiza Elite Sah Failkan Penceraian, Perbicaraan Disebut Isnin Depan Posted: 22 Apr 2014 04:50 AM PDT Setelah membuatkan para peminat tertanya-tanya, akhirnya desas-desus mengenai keretakan rumah tangga Adam AF dan Fiza Elite terjawab jua. Menurut laporan Harian Metro, Fiza Elite telah pun memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Adam AF di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada hujung minggu. Kes mereka akan dibicarakan Isnin depan.
Sebelum ini, Adam menafikan sekeras-kerasnya bahawa rumah tangganya sedang bergolak sementara Fiza Elite menerusi akaun Instagramnya telah memberi sedikit bayangan mengenai keretakan perkahwinan mereka. Sama-samalah kita nantikan perbicaraan kes mereka Isnin depan. Semoga jalan penyelesaian yang terbaik akan ditemui oleh pasangan ini. Baca Yang Ini Pulak:- |
| (TAHNIAH)Mak Mah Kini Tunangan Orang Posted: 22 Apr 2014 04:42 AM PDT Ruminah Sidek atau lebih dikenali dengan nama Mak Mah kini telah pun bergelar tunangan orang. Tunangan ibu kepada Adlin Aman Ramli ini dikatakan seorang peneroka Felda. Majlis pertunangan secara ringkas tersebut telah berlangsung pada 20 April yang lalu. Kalau tak silap Abang Nara, umur Mak Mah adalah sekitar 68 tahun.
Daripada info yang Abang Nara, Mak Mah bakal bergelar isteri pada bulan hadapan. Jutaan tahniah diucapkan kepada Mak Mah atas berita gembira ini. Semoga perancangan Mak Mah untuk berkahwin berjalan dengan lancar. Info asal MediaHiburan. Yang Ini Pun Best Jugak:- |
| Fizz Fairuz Dan Almy Nadia Nikah Sabtu Ini Posted: 21 Apr 2014 10:58 PM PDT Kalau sebelum ini dikhabarkan bahawa Fizz Fairuz dan Almy Nadia akan bernikah pada 30 Mei, rupa-rupanya tarikh pernikahan mereka yang sebenar ialah 26 April bersamaan hari Sabtu ini. Almy Nadia telah mengesahkan tarikh ini dan lokasi pernikahan ialah di kampung pengantin perempuan, selepas waktu Asar.
Tahniah diucapkan atas berita baik ini. Makin cepat bergelar suami isteri, makin baguslah. Kata Almy menerusi Utusan Malaysia:-
Tak sabar rasanya nak menatap wajah gembira Fizz Fairuz dan Almy Nadia Sabtu ini. Tahniah diucapkan. Semoga segalanya berjalan lancar. Baca Yang Ini Pulak:- |
| ASUS Zenfone Di Malaysia Penghujung April, Harga Bermula RM299 Posted: 21 Apr 2014 09:37 PM PDT Minggu lalu, Abang Nara telah terbang ke Jakarta untuk menghadiri majlis pelancaran ASUS Zenfone untuk pasaran Asia Tenggara. Bertempat di Pullman Hotel Central Park, para media Malaysia yang hadir terkejut besar apabila harga untuk ASUS Zenfone ini diumumkan. Mana tidaknya, ia sangat murah dan sangat berbaloi dengan kualiti yang ditawarkan.
Abang Nara sempat mencuba ZenUI yang digunakan sebagai antaramuka di Asus Zenfone ini. Ia amat pantas, lancar dan tidak ada tersekat-sekat. Salah satu ciri kegemaran ZenUi pada Abang Nara ialah “Record Call“. Bolehlah Abang Nara rakam perbualan telefon dengan wife dan anak tercinta. Bila rindu boleh mainkan kembali. Dan satu lagi ciri yang mantap ialah applikasi “Do It Later“. Untuk orang pelupa seperti Abang Nara, ia berfungsi sebagai peringatan untuk tugasan yang hendak dilakukan. Macam “reminder” lah lebih kurang.
Pelancaran Asus Zenfone ini telah dilakukan oleh Pengerusi ASUS Jonney Shih dan juga CEO Jerry Shen. Menurut mereka, ASUS Zenfone ialah sebuah produk dengan kualiti Apple iPhone tetapi pada harga yang mampu milik. Untuk makluman, Zenfone didatangkan dengan 3 warna utama Charcoal Black, Pearl White dan Cherry Red. Warna-warna “special edition” turut sama disediakan untuk mereka yang mahukan kelainan. Tapi bagi Abang Nara, warna Cherry Red dah cukup cantik dah.
Sila tonton video di bawah untuk mengetahui lebih banyak informasi mengenai ASUS Zenfone:- Untuk bacaan lanjut, anda boleh layari laman web Amanz yang memberikan ulasan secara lebih terperinci mengenai ASUS Zenfone ini. Apa yang pasti, bagi Abang Nara, ASUS Zenfone memberikan lebih banyak pilihan kepada para pengguna Malaysia untuk mendapatkan smartphone berkualiti pada harga yang amat-amat berbaloi. Serius Abang Nara teruja dengan usaha mantap ASUS ini. Jangan lupa untuk LIKE Facebook ASUS Malaysia untuk mengetahui tarikh rasmi kemunculan ASUS Zenfone di Malaysia. Kalau anda berniat nak beli telefon baru, simpan dulu hasrat tersebut. Tunggulah kehadiran Zenfone terlebih dahulu. Anda pasti akan tidak menyesal. Yang Ini Pun Best Jugak:- |
| Fiza Elite Beri Bayangan Rumah Tangganya Dengan Adam Sedang Bergolak Posted: 21 Apr 2014 08:23 PM PDT Ya kisah rumah tangga Fiza Elite dan Adam AF sememangnya mendapat perhatian ramai sejak kebelakangan ini. Bermacam-macam versi yang sudah Abang Nara dengari. Terbaru, katanya Fiza Elite telah hadir ke mahkamah untuk memfailkan permohonan cerai. Namun seperti biasa, desas-desus itu tidak disahkan oleh Fiza mahupun Adam. Kedua-duanya mengambil langkah berdiam diri.
Namun menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini, Fiza Elite telah memberikan sedikit bayangan mengenai keadaan rumah tangganya. Menerusi bait-bait ayat yang ditulisnya, banyak pihak membuat anggapan bahawa memang benar rumah tangga Fiza dan Adam sedang bergolak. Tulis Fiza:-
Sedih la pula membaca luahan hati Fiza Elite ini. Memang benar tiada mana-mana pasangan suami isteri yang mahukan mahligai perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian. Namun kalau itu adalah jalan terbaik, siapalah kita untuk menghalangnya? Semoga Fiza dan Adam dapat berbincang sedalam-dalamnya sebelum membuat sebarang keputusan. Sama-samalah kita doakan. P.S: Toyota Passo baharu dilancarkan di Jepun Baca Yang Ini Pulak:- |
| Saya Tertekan Dituduh Perampas – Kekasih Baru Shah Jaszle Posted: 21 Apr 2014 08:10 PM PDT Entah apa ayat yang dipakai oleh Shah Jaszle sehingga ramai gadis yang jatuh hati dengannya. Abang Nara teringin juga nak belajar. Pasti ayat yang digunakan amat power dan mampu meruntun jiwa. Untuk makluman, Shah Jaszle kini sudah putus tunang dengan Redzwani Puteri dan mempunyai kekasih baru bernama Hanis Husna.
Comel kan orangnya? Patutlah Shah Jaszle tak sabar-sabar nak mengumumkan kewujudan kekasih barunya ini. Takut kena caras dengan lelaki lain la tue. Yang kesiannya, apabila percintaan mereka diketahui umum, Hanis Husna mengakui rasa tertekan dengan gelaran “perampas” yang diberikan orang ramai kepada dirinya. Kata Hanis menerusi Harian Metro:-
Orang luar tak tahu itu perkara biasa, tapi kalau bekas tunang sendiri iaitu Redzwani Puteri tak tahu yang pertunangannya dengan Shah Jaszle sudah putus, itu adalah kes berat. Tak apalah, orang mabuk bercinta. Semua benda nampak manis je kan? Kepada Hanis Husna, selamat bercinta dengan Shah Jaszle. Jangan 2,3 minggu lagi Shah Jaszle upload gambar dengan perempuan lain sudah lah. Hehehe. P.S; Konsep KIA K4 dipamerkan di Beijing Baca Yang Ini Pulak:- |
| (VIDEO)Jawapan Don Daniyal – Kalau Bertanya, Mengapa Tiada Tanda Soal? Posted: 21 Apr 2014 05:36 PM PDT Ustaz Don Daniyal telah menjawab mengenai persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh kompilasi video yang menampilkan isi ceramah oleh Don yang dipotong sekerat-sekerat oleh seseorang. Isu ini hangat minggu lepas, apabila video ceramah Don yang dipotong sekerat-sekerat dan dimuat naik oleh seorang individu Facebook yang menggunakan nama Nur Puteri Diyana. Isu ini seterusnya menjadi hangat apabila bekas pengacara TV3 Wardina Safiyyah Fadhlullah Wilmot mengongsikan video itu di laman Facebooknya beserta satu kenyataan:- Wardina melalui akaun Instagramnya turut memuat naik satu gambar beserta kecaman berunsur sinis mengenai pengikut yang dipimpin ulama yang buta ke lubang neraka. Entri ini telah dipadam oleh Wardina setelah menerima kritikan dari orang ramai. Melalui rancangan ’30 Minit Bersama Ustaz Don Daniyal’ yang disiarkan di TV Al-Hijrah semalam, Don telah memberikan jawapan kepada persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh video kompilasi tersebut, iaitu tentang Bani Tamim, telaga Barahut dan Ikhwanul Muslimin.
Dalam video tersebut Don juga turut mengatakan yang sekiranya bertanya, perlu ada tanda soal. Ini dikira mungkin jawapan Don kepada kenyataan Wardina yang sebelum ini, setelah menerima kecaman pelbagai pihak, mengatakan dia sekadar bertanya kerana mencari kebenaran. Don juga bertanya kepada Wardina setelah meminta maaf dengan lembut:-
Don bagaimanapun meminta agar pengikut kedua-dua pihak berhenti bergaduh dan ada menyebut tentang Wardina pernah menginspirasikan orang lain untuk memakai tudung. Don juga menyebut tentang jawapan Ketua Pengarah Eksekutif TV Alhijrah, Che Wan Alias Che Wan Abdullah yang mengatakan kepada pembuat video-video sekerat iaitu:-
Lagi penjelasan tambahan tentang ceramah Don dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Penjelasan lengkap telah turut diberi oleh rakan-rakan Ustaz Don seperti yang dilaporkan di laman ini, iaitu:- 1. Kisah rambut Asy-Syarif, Ustaz Don cerita tentang kisah Dato’ Harun Din. 2. Kisah telaga pula, Ustaz Don ambil daripada cerita Dr Zulkifli Al Bakri. Ini ada dalam Kitab Ghiza’ albab oleh As Safarini (si pembuat video ni kenal tak Imam As Safarini ?) 3. Kisah bani tamim, Ustaz Don ambil tafsiran badlishah – yang ini memang salah. Ustaz Don pun dah beritahu dalam video yang dikeluarkan dalam page : Ustaz Don Daniyal Don Biyajid : Solat & Selawat Tour – ia sekadar teori dan pendapat, boleh sahaja ditolak. 4. Kisah wudhuk – Ustaz Don petik dari Buku Dato’ Ismail Kamus. 5. Kisah niat – ini memang method Mazhab Asy Syafie. 6. Kisah doa ulama dalam berkumur, Ustaz Don tidak sebut hadith, maka tiada apa-apa halangan. Ia ada dalam kitab Imam al Ghazali dan lain-lain. 7. Kisah dhob / biawak – tiada kesepakatan ulamak ianya hadith palsu, Ikut kajian lebih terperinci ia hanya bertaraf dhaif. Maka ia boleh dipakai dalam bab Fadha’il (juga tentang Fadha’il Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam – jika siapa yang belajar Ulum Hadith akan tahu bahawa menggunakan hadith dhaif dibenarkan dengan syarat tertentu. Ramai alim ulamak gunakan hadith dhaif, Imam Bukhari pun ada koleksikan hadith dhaif dalam Al Adab al Mufrad) . Ia boleh diriwayatkan dengan menyebut ia hadith bersanad dhoief atau guna lafaz tamrih sahaja sebab ia berkaitan sirah dan dala’il nubuwwah, tak berkaitan aqidah dan hukum. Untuk penjelasan seterusnya sila ke laman ini. Baca Yang Ini Pulak:- |
| You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





Pasti anda terfikir, harga murah kualiti mesti tak berapa bagus. Itu adalah tanggapan yang salah. Dilengkapi dengan antaramuka khas ZenUI, kamera belakang Zenfone 4 kamera belakang 5-megapixel, Zenfone 5 dengan kamera 8-megapixel PixelMaster dan Zenfone 6 dengan kamera 13-megapixel PixelMaster. Apakah itu PixelMaster? PixelMaster adalah teknologi ASUS yang membolehkan penangkapan gambar ataupun video tanpa masalah dalam apa juga keadaan pencahayaan. Kiranya kalau dalam bilik yang kurang cahaya pun gambar confirm keluar cun melecun punya.








0 comments:
Post a Comment