Powered by Blogger.

Hanez Suraya Bukan Punca Keretakan Rumah Tangga Kami – Mr. R

Hanez Suraya Bukan Punca Keretakan Rumah Tangga Kami – Mr. R


Hanez Suraya Bukan Punca Keretakan Rumah Tangga Kami – Mr. R

Posted: 05 Mar 2014 03:36 AM PST

Mr. R atau nama sebenarnya Romie Razin Adilha dengan macho dan gentlemannya telah membuat kemunculan bersama Hanez Suraya di dalam sidang media yang diadakan petang tadi. Mengambil kesempatan bercakap, Romie menafikan kehadiran Hanez sebagai punca keretakan rumah tangganya dengan isteri, Liyana Manan. Menurut Romie, perkahwinannya telah berantakan sebelum bertemu dengan Hanez lagi.
hanez suraya romieKata Romie menerusi MalaysianDigest:-

Saya mohon maaf atas isu yang telah ditimbulkan oleh isteri saya. Saya tegaskan dakwaan isteri saya adalah fitnah. Saya tidak mahu aibkan dia.

Memang saya belum bercerai tapi rumah tangga kami telah ada masalah sejak lapan bulan lalu. Sedangkan saya mula mengenali Hanez pada 20 Disember 2013 di satu majlis di UiTM Shah Alam.

Malah isteri saya telah menfailkan cerai pada 8 Oktober tahun lalu dan ia merupakan fail cerai kali kedua. Dan dakwaan isteri saya di mahkamah sebelum ini tidak ada kena mengena dengan punca orang ketiga

hanez suraya romie

Romie juga turut menerangkan yang percutiannya ke Bangkok bukan dengan Hanez sahaja tetapi turut ditemani 6 orang rakan termasuk adik Hanez Suraya. Kata Romie:-

Manakala saya pergi ke Bangkok pada bulan Januari 2014 bersama Hanez dan 6 lagi rakan termasuk adik Hanez. Bukan kami pergi berdua.

hanez dan romie razin

Nampaknya Mr. R mengambil keputusan untuk menyokong Hanez Suraya di dalam kontroversi ini. Hmmmmm…. Sukar untuk Abang Nara memberi komentar mengenai perkara ini. Kesian juga Abang Nara kepada Liyana Manan yang masih sah bergelar isteri kepada Mr. R. Sama-samalah kita nantikan perkembangan kontroversi ini.

Baca Yang Ini Pulak:-

Hanez Suraya Mahu Liyana Manan Mohon Maaf Kepadanya

Posted: 05 Mar 2014 03:19 AM PST

Pelik tapi benar. Itulah yang boleh Abang Nara katakan mengenai sidang media yang dianjurkan oleh Hanez Suraya di Hotel One World petang tadi. Pelakon ini telah meminta isteri kepada Mr. R iaitu Liyana Manan memohon maaf kepadanya secara terbuka kerana  memfitnah dirinya sebagai punca keretakan rumah tangga mereka.
hanez suraya liyana mananSelain Hanez, suami Liyana Manan iaitu Romie Razin Adilha yang sebelum ini dikenali sebagai Mr. R turut hadir ke sidang media ini bersama peguam masing-masing. Kata Hanez:-

Kenyataan dia (Liyana) di media agak melampau kerana saya dan Mr.R baru saja berkenalan 3 bulan lalu. Sedangkan dia memfailkan cerai di mahkamah pada 8 Oktober tahun lalu. Dia yang memulakan isu ini dan dia dah libatkan satu Malaysia. Semua orang dah kenal saya dan terpaksa menanggung malu. Keluarga saya juga turut menanggung malu. Jadi saya mahu dia meminta maaf secara terbuka.

Segala dakwaannya mengatakan sayalah menjadi punca keretakan rumah tangga dia dan suaminya langsung tidak benar kerana saya mengenali lelaki berkenaan pada 20 Disember lalu (tiga bulan lalu) sedangkan dia menuduh saya menjalinkan hubungan lapan bulan lepas.

Kita lihat dulu sejauh mana respons dia mengenai permintaan saya ini dan jika dia tidak membuat seperti yang saya minta, nantilah tindakan saya seterusnya.

hanez suraya liyana manan

Makin pening Abang Nara dibuatnya dengan kontroversi Hanez Suraya ini. Rasanya dulu Hanez yang memulakan kenyataan bahawa kekasihnya seorang duda dan bukan suami orang. Tup-tup apabila dah sah Mr. R suami orang, si isteri pula yang kena minta maaf? Agak pelik dan menghairankan sungguh. Apa pula pendapat anda? Kredit info Mstar Online dan MalaysianDigest.

Baca Yang Ini Pulak:-

Dikritik Kongsi Gambar Berbikini, Reen Rahim Tak Peduli Komen Orang Lain

Posted: 04 Mar 2014 11:15 PM PST

Lama tidak mendengar perkembangan terbaru mengenai juara program Pilih Kasih, Reen Rahim ini. Kontroversi terakhir yang melanda dirinya ialah mengenai lakonannya di dalam drama Sahara yang mendapat kritikan ramai. Kali ini timbul pula isu lain menghimpit pelakon ini. Gambar berbikini miliknya yang dikongsi menerusi Instagram ketika bercuti di Thailand telah mendapat komen negatif daripada para peminat.

reen rahim

Menariknya Reen Rahim memberitahu yang setiap gambar yang dimuat naik akan ditapis terlebih dahulu untuk memastikan tidak menimbulkan provokasi dan kontroversi. Kata Reen Rahim menerusi Harian Metro:-

Apa yang saya kongsi adalah diri saya sebenar. Kalau orang tengok di luar atau dalam gambar adalah orang yang sama. Sudah tentu setiap gambar yang hendak dimuat naik akan saya tapis dulu. Cuma sampai bila saya kena plastik (hipokrit) padahal di luar saya berbeza.

Ini adalah diri saya, sama ada dalam gambar atau di luar. Tapi jangan salah anggap saya masih jaga batas dan adab. Teguran itu boleh tapi kalau kritik dengan biadap saya tak boleh terima sebab keluarga lebih kenal saya macam mana.

Saya akan fikirkan kesan baik dan buruknya sebelum saya muat naik apa-apa gambar sebab saya sedar akaun itu boleh dilihat masyarat. Bagi saya gambar yang dikongsi itu tidak keterlaluan dan boleh diterima keluarga sendiri, saya tak anggap ia satu masalah.

reen rahim bikini

Pada pendapat Abang Nara, walaupun gambar yang dikongsi oleh Reen Rahim tidaklah seseksi mana seperti yang dibayangkan, kalau nak senangkan lagi cerita dan taknak timbulkan kontroversi, lagi bagus tak muat naik gambar-gambar macam ini. Peminat Malaysia ini sensitif sikit. Lagipun gambar-gambar berbikini nie lebih baik simpan buat koleksi peribadi daripada dijadikan tatapan umum. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.


reen rahim bikini
reen rahim bikini
reen rahim bikini
reen rahim bikini
reen rahim bikini
reen rahim bikini

Baca Yang Ini Pulak:-

(8 GAMBAR)Lana Nordin Tunaikan Umrah

Posted: 04 Mar 2014 10:14 PM PST

Seringkali apabila menyebut nama Lana Nordin, perkara pertama yang terbayang di fikiran ialah keseksian pelakon ini. Jadi apabila Lana Nordin berkongsi gambar-gambar dirinya menunaikan umrah menerusi akaun Instagram, memang sejuk sangat mata memandang. Suci, tenang dan cantik sajah wajah Lana Nordin berhijab. Memang boleh jatuh cinta.

lana nordin tunaikan umrah

Sama-samalah kita doakan agar pintu hati Lana Nordin terbuka untuk meneruskan imej berhijab apabila pulang ke tanah air kelak. Mana tahu Lana Nordin akan mengikuti jejak langkah Rebecca Nur Islam yang terus bertudung sebaik sahaja selesai menunaikan umrah. Pasti banyak pihak yang gembira sekiranya perubahan ini terjadi kepada Lana.

lana nordin tunaikan umrah

Semoga segala ibadah yang dilakukan oleh Lana Nordin diterima olehNya sepanjang berada di Mekah. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Dekorasi rumah bermotif Suzani


lana nordin tunaikan umrah
lana nordin tunaikan umrah
lana nordin tunaikan umrah
lana nordin tunaikan umrah
lana nordin tunaikan umrah
lana nordin tunaikan umrah

Baca Yang Ini Pulak:-

Bawa Isteri Pun Jadi Isu Jugak? – Fizo Omar

Posted: 04 Mar 2014 06:58 PM PST

Tergelak besar Abang Nara membaca kata-kata yang dikeluarkan oleh Fizo Omar menerusi laman Facebooknya berkenaan dengan satu artikel mengenai dirinya dan isteri. Mana taknya, Fizo sendiri pelik apabila perbuatannya membawa isteri ke mana-mana dijadikan isu. Gambar di bawah dikongsikan oleh Fizo dengan caption berbunyi “Ai!!! Bwe isteri ke mana-mana pun jadi isu gak??? Hmmmm.“.

fizo omar

Daripada kebanyak komen yang ditulis oleh para peminat Fizo, ramai yang melahirkan rasa kehairanan dengan isu ini. Bagi mereka, isteri yang dah halal sepatutnya tidak menjadi masalah untuk dibawa ke mana-mana menemani suami. Apa yang dijadikan isu ialah mereka yang berkepit siang dan malam tanpa ikatan yang sah di sisi agama. Lagipun tempat seorang isteri sememangnya sentiasa di sisi suaminya.

fizo omar

Dunia sekarang ini memang macam-macam sikit. Abang Nara suka dan gembira apabila Fizo sering membawa isterinya ke mana-mana. Nampak sangat ikatan mereka sangat mesra dan kukuh. Lagipun orang kata, dekat di mata dekat di hati. Kita kenalah faham yang mereka pun baru berkahwin. Bagi peluanglah untuk mereka berkepit lebih sikit. Tak gitu?

fizo omar

Apa pula pendapat anda? Lagi beberapa gambar Fizo Omar dan isterinya dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Higgs si kucing beg sandang


fizo omar
fizo omar
fizo omar
fizo omar
fizo omar

Baca Yang Ini Pulak:-

(6 GAMBAR)Nur Fazura Sambut Hari Jadi Kawan Baiknya, Randy Seidman

Posted: 04 Mar 2014 06:42 PM PST

Kata orang, wanita dan lelaki tidak boleh jadi “hanya kawan”. Lama kelamaan pasti akan ada perasaan kasih dan sayang jua. Abang Nara suka melihat kemesraan dan kegembiraan yang terpancar di wajah Fazura ketika menyambut hari jadi kawan baiknya, Randy Seidman. Untuk anda yang sudah terlupa, Fazura pernah ditemani oleh deejay popular ini sepanjang kehadirannya ke Amerika Syarikat tahun lalu.

fazura randy

Kali ini giliran Randy Seidman untuk turun ke Kuala Lumpur dan ditemani oleh Fazura sepanjang berada di sini. Lihat betapa manisnya senyuman Fazura di atas apabila kawan baiknya berada di sisi. Semoga hubungan ini akan berkekalan dan mana tahu, akan naik setahap lagi untuk menjadi kekasih pula. Memang sama cantik sama padan kedua-duanya.

fazura randy

Khabarnya Fazura, Randy dan rakan-rakan mereka akan terbang ke Bali pula selepas ini. Selamat bercuti diucapkan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Fazura.


fazura randy fazura randy
fazura randy
fazura randy

Baca Yang Ini Pulak:-

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani