(TAHNIAH)Puteri Chichi Kini Sah Isteri Nazir Azmar
(TAHNIAH)Puteri Chichi Kini Sah Isteri Nazir Azmar |
- (TAHNIAH)Puteri Chichi Kini Sah Isteri Nazir Azmar
- Kami Puas Hati Dengan Kedudukan Ketiga – Bocey
- Hanez Suraya Rancang Kahwini Ahli Perniagaan Tahun Ini
- Zizan Razak Rancang Nikah Emma Maembong Tahun Ini
- (10 GAMBAR)Ragam Muhammad, Buah Hati Farid Kamil & Diana Danielle
- Chef Wan Sindir Rancangan Masakan Nik Michael
- (8 GAMBAR)Sharifah Zarina Kini Bertudung
- Rebecca Nur Islam Jual Semua Baju Seksi
| (TAHNIAH)Puteri Chichi Kini Sah Isteri Nazir Azmar Posted: 17 Feb 2014 05:52 AM PST 14 Februari 2014 iaitu pada Jumaat lalu, pelakon Puteri Chichi atau nama sebenarnya Puteri Fateen Nasuha telah pun selamat diijabkabulkan dengan Nazir Azmar. Untuk makluman, Puteri Chichi berusia 23 tahun sementara suaminya pula 27 tahun. Kedua-dua pasangan pengantin nampak sama cantik bak pinang dibelah dua dengan persalinan pernikahan serba putih.
Majlis resepsi perkahwinan pula telah berlangsung keesokan harinya. Memang jelas terserlah kemeriahannya. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Puteri Chichi dan Nazir Azmar atas perkahwinan ini. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.
Lagi beberapa gambar sekitar majlis perkahwinan mereka dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Puteri Chichi.
Baca Yang Ini Pulak:- |
| Kami Puas Hati Dengan Kedudukan Ketiga – Bocey Posted: 16 Feb 2014 08:44 PM PST Maharaja Lawak Mega 2013 kali ini nampaknya penuh dengan pelbagai kontroversi. Namun apa yang tidak boleh dinafikan ialah impak program ini kepada kumpulan Bocey. Daripada tidak dikenali, Bocey berjaya merangkul tempat ketiga di dalam pertandingan penuh hebat ini. Buat kumpulan yang pertama kali memasuki MLM, ia adalah satu pencapaian yang sangat membanggakan.
Secara jujur, persembahan kumpulan Bocey setiap minggu memang menggeletek hati dan sentiasa “fresh”. Tiada lawak ulangan dan nampak seperti mereka banyak membuat “homework”. Apa pun, nombor tiga memang sangat sesuai dengan Bocey kerana ini kali pertama mereka menyertai pertandingan seumpama ini. Diharap Bocey terus bekerja keras, kekalkan sikap rajin dan merendah diri. Mana tahu MLM2014 nanti boleh jadi juara pulak. Siapa tahu kan? Baca Yang Ini Pulak:- |
| Hanez Suraya Rancang Kahwini Ahli Perniagaan Tahun Ini Posted: 16 Feb 2014 08:03 PM PST Satu lagi berita gembira untuk dikongsikan hari ini. Pelakon jelita, Hanez Suraya menerusi Metro Ahad semalam dikatakan akan menamatkan zaman gadisnya dengan kekasih hati yang merupakan seorang ahli perniagaan pada tahun ini. Untuk makluman, Hanez kini berusia 29 tahun sementara bakal suaminya pula 34 tahun. Sesuai sangat dah umur tersebut untuk berkahwin kan?
Menerusi kolum yang ditulis oleh Rudy Shamsuddin, ahli perniagaan tersebut dikatakan sudah pun bertemu dengan ahli keluarga Hanez Suraya untuk melamar. Tarikh pertunangan dan tarikh pernikahan juga sudah dibincangkan. Dikatakan majlis pertunangan akan diadakan dalam masa terdekat membabitkan keluarga rapat kedua-dua belah pihak.
Paling lama pertunangan akan diikat selama 6 bulan sebelum mereka berdua akan bergelar suami isteri. Tak sabar rasanya untuk melihat Hanez Suraya dan bakal suaminya diijabkabulkan. Semoga segala perancangan berjalan lancar seperti yang dirancang. Sebelum ini pun Hanez sering kecewa dalam percintaan. Semoga kali ini akan berakhir ke jinjang pelamin. Sama-samalah kita doakan. Tahniah Hanez dan bakal suami. P.S: Apabila gambar klasik diwarnakan Baca Yang Ini Pulak:- |
| Zizan Razak Rancang Nikah Emma Maembong Tahun Ini Posted: 16 Feb 2014 07:46 PM PST Pelbagai versi mengenai hubungan Zizan Razak dan Emma Maembong yang telah Abang Nara dengar. Ada versi “masih tak mengaku bercinta“, ada versi “kawan tapi mesra“, ada versi “nak kahwin tapi tak tahu bila” dan yang terbaru versi “rancang kahwin tahun ini“. Kebenarannya? Hanya Zizan dan Emma Maembong sahaja yang tahu.
Baca Yang Ini Pulak:- |
| (10 GAMBAR)Ragam Muhammad, Buah Hati Farid Kamil & Diana Danielle Posted: 16 Feb 2014 07:23 PM PST Melihat anak membesar di depan mata adalah satu anugerah yang tidak terhingga buat mereka yang bergelar ibu dan ayah. Mula-mula meniarap, lepas tue dalam tak sedar dah pandai berjalan. Pejam celik pantas je masa berlalu. Abang Nara suka sangat melihat kebahagiaan tersebut yang dikecapi oleh Farid Kamil, Diana Danielle dan anak mereka, Muhammad.
Sekali pandang wajah Muhammad memang lebih iras kepada emaknya. Besar nanti pasti kacak bergaya. Mana tahu ada rezeki boleh jadi pelakon Hero Malaya gantikan ayahnya nanti. Tak gitu?
Lagi beberapa gambar ragam Muhammad bersama ayah dan ibunya dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Muhammad. P.S: Bilakah kita perlu menukar bateri kereta?
Baca Yang Ini Pulak:- |
| Chef Wan Sindir Rancangan Masakan Nik Michael Posted: 16 Feb 2014 06:58 PM PST Kalau otai sudah bersuara, pastinya pendapat itu harus didengar dan dijadikan panduan. Terbaru mengenai akaun Instagramnya, Chef Wan telah pun menyuarakan pendapatnya mengenai salah satu rancangan masakan tempatan yang dikendalikan oleh Nik Michael Imran. Panjang lebar luahan hati Chef Wan dan Abang Nara ada bersetuju dengan beberapa “point” beliau.
Antara yang menarik ialah pemilihan hos rancangan yang baru setahun jagung namun dibolehkan kerana mempunyai “rupa”. Sedangkan menurut Chef Wan, dirinya dahulu perlu melatih “skill masakan” terlebih dahulu sebelum mempunyai program TV sendiri. Sedikit sedutan tulisan Chef Wan untuk tatapan anda:-
Apa pendapat anda mengenai kata-kata Chef Wan? Bagi Abang Nara Chef Wan bukanlah seorang yang cakap sesuka hati namun segala kata-katanya adalah berdasarkan pengalaman yang cukup lama di dalam bidang masakan. Namun dunia sekarang ini memang nak cepat sahaja lebih-lebih lagi dengan kewujudan begitu banyak program realiti. Baca artikel ini sepenuhnya untuk luahan hati penuh Chef Wan.
Baca Yang Ini Pulak:- |
| (8 GAMBAR)Sharifah Zarina Kini Bertudung Posted: 16 Feb 2014 06:23 PM PST Penyanyi yang pernah popular dengan lagu “Langit Ketujuh”, Sharifah Zarina rupa-rupanya telah pun berhijrah dan tampil dengan berhijab. Berdasarkan gambar-gambar yang dikongsikan menerusi akaun Instagramnya, penghijrahan ini telah berlaku sekitar bulan Disember tahun lalu.
Walaupun tidak muncul dengan lagu baru, namun rasanya masih ramai yang merindui kelunakan suaranya. Abang Nara dulu pun selalu juga karaoke lagu Langit Ketujuh. Memang perit tekak dibuatnya. Semoga dengan penampilan berhijab ini, Sharifah Zarina akan lebih dimurahkan rezeki dan dapat membuat “comeback” di dalam industri nyanyian.
Lagi beberapa gambar terbaru Sharifah Zarina yang bertudung dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Baca Yang Ini Pulak:- |
| Rebecca Nur Islam Jual Semua Baju Seksi Posted: 16 Feb 2014 06:09 PM PST Alhamdulillah. Selepas membuat keputusan untuk berhijrah dan tampil bertudung, kini Rebecca Nur Islam mengambil langkah seterusnya dengan menjual kesemua baju-baju seksi yang dimilikinya. Satu langkah yang amat bagus dan seharusnya dipuji. Terharu Abang Nara dengan kesedaran tahap tinggi oleh Rebecca. Tahniah diucapkan!!!
Tambah mengharukan apabila Rebecca Nur Islam akan memberikan baju miliknya yang bernilai RM700 ke bawah secara percuma sahaja. Insya Allah makin murah rezeki Rebecca dengan bersedekah sebegini. Kata Rebecca kepada Sinar Harian:-
Abang Nara juga tertarik dengan cerita Rebecca mengenai penghijrahannya. Betullah kata orang, hidayah itu datang pelbagai cara. Menarik sungguh. Terang Rebecca:-
Menarik bukan? Semoga penghijrahan Rebecca Nur Islam dipermudahkan lagi. Abang Nara gembira dan seronok melihat makin ramai artis muda yang berhijrah. Nampaknya ramai yang telah mula sedar. Insya Allah hidup akan lebih diberkati dan dirahmati selepas ini. Sama-samalah kita doakan. P.S: Kecuaian ibu bapa makin serius sebabkan kematian anak-anak Baca Yang Ini Pulak:- |
| You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |










Ada suara-suara yang menyatakan Bocey sepatutnya bergelar juara. Namun kerana mereka bukannya kumpulan yang lahir daripada produk Astro, gelaran juara gagal dimiliki. Ditanya mengenai persoalan ini, Bocey menjawab menerusi 


Abang Nara tak salahkan mereka berdua. Kadang-kadang harapan peminat memberikan sedikit tekanan buat Zizan dan Emma. Cakap macam ini salah, cakap macam itu salah. Mungkin Zizan dan Emma sampai tak tahu nak cakap apa. Namun apabila ditanya bilakah akan mengahwini Emma, Zizan berkata menerusi
Bagi Abang Nara kalau dah ada perancangan pun dah kira OK dah. Sekurang-kurangnya niat dah ada. Orang kata, niat yang baik pasti akan dipermudahkan. Apa pun buat masa ini, Zizan Razak masih belum masuk merisik Emma Maembong. Diharap peminat yang mahu melihat mereka disatukan dapat bersabar. Insya Allah kalau jodoh tak ke mana. Doakanlah agar apa yang dirancang menjadi kenyataan.






















0 comments:
Post a Comment