Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
- Akibat Tumbuk Muka Ibu Sehingga Patah Gigi
- Suami Tikam Isteri Sehingga Mati
- Harta Karun RM6.58 Bilion Diburu
- Lelaki Ini Dapat 21.16 Juta Kerana Dipenjara Tanpa Kesalahan
| Akibat Tumbuk Muka Ibu Sehingga Patah Gigi Posted: 22 Feb 2014 02:51 PM PST ![]() Di Arab Saudi, gara-gara menumbuk muka ibu sendiri hingga patah gigi, seorang lelaki di Saudi dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan dikenakan 2,400 sebatan. Dipetik DailyMail, mahkamah turut mengarahkan gigi tertuduh yang berumur 30-an dipatahkan sama seperti yang dilakukan ke atas ibunya. Hakim Turki Al Qarni membuat keputusan itu selepas laporan perubatan menunjukkan lelaki tersebut tidak mengalami masalah mental atau berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol ketika mencederakan ibunya. gambar hiasan |
| Suami Tikam Isteri Sehingga Mati Posted: 22 Feb 2014 02:40 PM PST ![]() Seorang lelaki India, Bunty Sharma menikam mati isterinya yang merupakan warga Amerika Syarikat (AS), Erin W. Willinger di Agra, Selepas membunuh Willinger, Sharma yang merupakan pemandu teksi motosikal beroda tiga kemudian membunuh diri apabila sebuah tong gas meletup di rumahnya. Ketua Polis Agra, Shalabh Mathur berkata, mayat Willinger ditemui di sebuah lokasi di bandar Agra pada Khamis lalu. Willinger, 35, dan Sharma, 32, berkenalan pada tahun lalu apabila warga AS itu melawat Taj Mahal dengan rakan-rakannya di Agra. Menurut polis, kedua-dua mereka kemudian jatuh cinta sebelum melangsungkan perkahwinan pada Oktober tahun lalu. Willinger menggunakan nama India, Kiran Sharma selepas berkahwin. Willinger bekerja dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk mempromosikan industri pelancongan di Agra. Polis menyatakan, pasangan itu kemudian berpisah selepas mereka kerap bergaduh. Menurut laporan berita Indian Express, Sharma menuduh Willinger terlalu banyak menghisap rokok, bercakap dengan beberapa lelaki lain dan tidak tinggal di rumah. "Kedua-dua mereka cuba untuk menyelesaikan perbalahan dan telah menemui seorang kaunselor perkahwinan," kata Mathur. Pada malam Khamis lalu, Sharma membawa isterinya itu keluar ke Agra dengan menaiki teksinya sebelum menikam dan membuang mayatnya di tepi sebatang jalan raya. - Agensi ![]() |
| Harta Karun RM6.58 Bilion Diburu Posted: 22 Feb 2014 02:37 PM PST ![]() Selepas lima kurun tenggelam di Selat Melaka dekat Aceh, Indonesia, kapal dagang Flor de la Mar yang mengandungi khazanah dianggarkan AS$2 bilion (RM6.58 bilion) kini menjadi buruan pencari harta karun. Kapal tersebut dipercayai tenggelam ketika membawa khazanah yang dirampas daripada Kesultanan Melaka yang jatuh ke tangan penjajah itu pada tahun 1511. Khazanah tersebut meliputi 22 peti wang emas dan perak, dua patung monyet emas bertatah batu permata yang dihadiahkan oleh kerajaan Thai kepada Melaka serta pelbagai manuskrip. Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras dan Penyelidikan bagi mengetuai eksplorasi untuk mencari harta karun itu. Beliau berkata, projek pengapungan kapal dagang Portugis itu akan menelan belanja AS$30 juta (RM98.7 juta). Katanya, ia akan dilakukan secara bersama oleh tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Portugal dan perkara itu telah diusulkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini. |
| Lelaki Ini Dapat 21.16 Juta Kerana Dipenjara Tanpa Kesalahan Posted: 22 Feb 2014 05:47 AM PST ![]() Pihak pentadbiran bandar raya New York menyatakan ia akan membayar sebanyak AS$6.4 juta (RM21.16 juta) kepada seorang lelaki, David Ranta yang dipenjarakan selama 23 tahun kerana kesalahan yang tidak dilakukannya. Ranta dibebaskan pada tahun lalu selepas dia dipenjarakan pada tahun 1990 kerana membunuh seorang pemimpin agama Yahudi, Rabbi Chaskel Werzberger. Werzberger mati ditembak dalam satu kejadian rompakan di sebuah kedai barangan kemas. Dalam perbicaraan Ranta, beberapa saksi dipercayai ditekan oleh Detektif Louis Scarcella ketika memberikan keterangan yang menyebabkan Ranta menerima hukuman penjara berhubung kejadian itu. - AFP |
| You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





0 comments:
Post a Comment