Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
- Padah Beri Jiran Tumpang Tidur
- Tentera, FSA Setuju Gencatan Senjata
- Remaja Tikam Bapa Suruh ke Sekolah
- Budak 6 Tahun Mahu Beli Kereta Untuk Ueman Wanita
- Empat Warna Myanmar Etnik Rohingya Diikat Macam Haiwan
- Gambar Lelaki Ditemui Mati Tergantung Di Pokok Berdekatan Flat Bandar Baru Bangi
| Padah Beri Jiran Tumpang Tidur Posted: 20 Feb 2014 04:27 PM PST ![]() Niat baik seorang wanita Sharon Smith dan pasangan Guy Earwaker membenarkan jirannya menumpang tidur di rumah mereka berakhir dengan tragedi buruk apabila anak lelakinya Riley Turner, 4, maut selepas ditikam lebih 30 kali. Sharon membenarkan Anwar Daniel Rosser, yang mempunyai masalah mental tidur di rumahnya kerana menganggap lelaki itu tidak berbahaya selain berasa kasihan selepas dia diugut akan dipukul. Pada kejadian tengah malam itu, suspek berusia 33 tahun menyelinap ke tingkat atas membawa empat bilah pisau bertindak menikam Riley hingga mati. Dia kemudiannya merangkak ke bilik Sharon yang terletak di sebelah bilik anaknya. Keesokan harinya, Sharon terkejut apabila mendapati suspek tidur di lantai bersebelahannya. Manakala, Earwaker menemui kanak-kanak malang itu berlumuran darah di atas katil dengan keadaan leher dikelar. "Saya berharap untuk berkata 'tidak' ketika dia minta kebenaran untuk menumpang tidur pada malam itu. Dia memberitahu ada orang ingin memukulnya dan saya percaya kerana tidak ingin dia dipukul. Tetapi saya tidak tahu dia sebenarnya ada membawa pisau dan berniat untuk mencederakan kami. "Saya berasa bersalah kerana disebabkan niat baik ingin membantu orang lain, ia mengorbankan nyawa anak saya dan saya kesal kerana dia terpaksa melalui semua ini," katanya menurut laporan Mail Online. Sharon berkata, dia seolah-olah serik untuk berbuat baik dengan orang lain kerana perasaan bersalah itu menghantuinya setiap hari. Malah, dia juga menyifatkan tindakan suspek sebagai tidak boleh dimaafkan kerana telah memusnahkan hidupnya sekeluarga. Anwar, seorang bekas tentera mengaku bersalah kerana membunuh di Bradford Crown Court. |
| Tentera, FSA Setuju Gencatan Senjata Posted: 20 Feb 2014 04:25 PM PST ![]() SYIRIA. Kerajaan Syria dan Tentera Pembebasan Syria (FSA), kelmarin bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata di beberapa lokasi utama di sekitar Damsyik selepas rundingan damai pada minggu lalu gagal memeterai sebarang perjanjian. Pelaksanaan gencatan senjata tersebut dibuat selepas pertempuran berlangsung di sekitar ibu negara selama 18 bulan. Memetik laporan AFP, kedua-dua belah pihak terbabit juga bersetuju untuk membenarkan bekalan makanan dibawa masuk ke kawasan yang ditawan oleh FSA. Difahamkan, puluhan ribu orang awam di kawasan diduduki FSA terpaksa hidup menderita akibat konflik yang berlarutan di negara itu. Menurut kumpulan hak asasi manusia, kira-kira 100 penduduk dilaporkan maut akibat kekurangan bekalan makanan dan ubat-ubatan di Moadamiyet al-Sham dan Yarmouk. - AFP |
| Remaja Tikam Bapa Suruh ke Sekolah Posted: 20 Feb 2014 04:23 PM PST ![]() Xinhua: Seorang remaja 14 tahun didakwa menikam bapanya di sebuah kafe Internet di Hunan selepas dipujuk supaya pergi ke sekolah. Remaja itu didakwa bertengkar dengan bapanya yang datang ke kafe berkenaan untuk memujuknya agar pergi ke sekolah. Berang dengan tindakan bapanya, dia mengeluarkan pisau dan menikam lelaki itu, menyebabkan bapanya mati di tempat kejadian. Kafe Internet di China dikaitkan dengan beberapa kes kematian dan pembunuhan sejak dua tahun lalu, termasuk lelaki berusia 24 tahun yang membunuh teman wanitanya dan kemudian menghabiskan masa bermain permainan komputer sepanjang malam. Ada juga kes remaja di Hunan yang menyamun dan menikam seorang wanita sebelum melarikan diri ke kafe Internet untuk menulis status memberitahu "semuanya berjalan lancar". |
| Budak 6 Tahun Mahu Beli Kereta Untuk Ueman Wanita Posted: 20 Feb 2014 04:20 PM PST ![]() Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dilihat minggu lalu bersama-sama "teman wanitanya" di sebuah kedai dengan membawa duit yang banyak untuk membeli kereta elektrik. Dia yang pergi ke kedai berkenaan Khamis lalu meminta pengurus kedai memberinya kereta elektrik yang paling mahal. Pekerja kedai itu berkata, "Saya nampak dia mengeluarkan satu sampul dan menyatakan yang dia tidak cukup duit. "Dia membawa hampir 10,000 yuan (RM5,430)," menurut pekerja kedai berkenaan. "Saya tidak boleh menjualnya kepada kanak-kanak, Saya suruh dia membawa ibu bapanya. Tetapi dia berkata, ayahnya bercuti. Dia mahu mencuba kenderaan itu," katanya. Masih belum dapat dipastikan dari mana kanak-kanak itu mendapat wang berkenaan tetapi melihat pada sampul merah yang dibawanya, duit itu mungkin dikumpulnya hasil pemberian anggota keluarga ketika Tahun Baru China atau diambil daripada ibu bapanya. Orang ramai yang berada di situ merakam gambar kanak-kanak berkenaan mencuba pelbagai jenis motosikal bersama "teman wanitanya" tetapi pekerja kedai berkenaan enggan menjual kenderaan itu. - Agensi/gambar hiasan |
| Empat Warna Myanmar Etnik Rohingya Diikat Macam Haiwan Posted: 20 Feb 2014 04:18 PM PST ![]() Empat warga Myanmar etnik Rohingya dilayan seperti hamba abdi apabila bukan saja tidak diberi makan selama tiga hari, malah dirantai umpama binatang sejak tiba di negara ini kira-kira sembilan hari lalu. Mereka yang berusia 30-an dikurung di sebuah rumah buruk di belakang sebuah hotel di Jalan Pasar, di sini, oleh satu sindiket yang didalangi rakan senegara untuk mendapatkan tebusan daripada keluarga mangsa. Bagaimanapun, kegiatan sindiket terbabit terbongkar apabila sepasukan anggota polis menyerbu kediaman berkenaan dan menemui semua mangsa dalam keadaan tidak bermaya dengan tangan mereka dirantai. Serbuan dilakukan kira-kira jam 10 malam kelmarin oleh sepasukan 19 pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda diketuai Pegawai Turus D9 Deputi Superintendan Mohd Naim Asnawi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner Nashir Ya berkata, serbuan dibuat berdasarkan maklumat salah seorang daripada empat lelaki warga Myanmar yang ditahan di bandar itu kira-kira jam 6 petang. ![]() |
| Gambar Lelaki Ditemui Mati Tergantung Di Pokok Berdekatan Flat Bandar Baru Bangi Posted: 20 Feb 2014 04:35 PM PST Seorang lelaki dipercayai warga India ditemui mati dengan tali gantung pada sebatang pokok di Bandar Baru Bangi. Namun menurut komentar di facebook, lelaki itu berkemungkinan telah mati dibunuh sebelum digantung di pokok itu. "baru col ibu dibangi..dia cakap kt tepi blok 2 dpn pejabat pos (seksyen 16), saksi ckp nmpk ada lori kehulu kehilir dlm 2pagi..saksi ckp mgkin simati dbunuh dtempat lain dan dgantung disitu…" -Menurut komen di Facebook Bandar Baru Bangi Sumber: FB KOMUNITI PRIHATIN 02/2014 – oleh M.M. (sumber gambar) dan Farisha Dania (info lanjut ttg mayat tergantung di flat BBBangi) |
| You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







0 comments:
Post a Comment