Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
- Punca Sebenar Ainan Tasneem Kemalangan Teruk di Kangar, Perlis Malam Tadi
- Disebalik Rahsia Kopi Dan Islam
- Facebook Umum Beli WhatsApp RM52.7 bilion
- Ainan Tasneem Cedera Kemalangan
- 10 Pasukan Askar Terhebat Sepanjang Sejarah Dunia
- Mesej Ayat Al-Quran Dari Peristiwa Letupan Gunung Kelud
- Status Terakhir Blogger Remaja Kacukan Melayu Campur Inggeris
- Naga Memang Wujud Di China?
| Punca Sebenar Ainan Tasneem Kemalangan Teruk di Kangar, Perlis Malam Tadi Posted: 19 Feb 2014 07:58 PM PST ![]() Punca sebenar Ainan Tasneem kemalangan teruk di Kangar, Perlis - Penyanyi yang popular menerusi lagu Aku Suka Dia, Ainan Tasneem mengalami kemalangan jalan raya di Kangar, Perlis malam tadi selepas kereta yang dipandunya terbabas keluar dari jalan dan menjunam ke dalam longkang besar. Kejadian berlaku pada jam 9.30 malam ketika mereka sedang dalam perjalanan ke Wang Ulu dari Sungai Chuchuh untuk makan malam. Menurut penuntut Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) itu, kemalangan terbabit berpunca daripada keadaan jalan yang licin dan bengkang-bengkok serta tiada lampu jalan sehingga menyebabkannya hilang kawalan. ![]() Bagaimanapun, hanya kereta MyVi milik Ainan mengalami kerosakan teruk manakala dia dan empat rakan lain hanya mengalami kecederaan ringan. Mereka kini dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar. Untuk pengetahuan, kemalangan ini adalah kali kedua membabitkan penyanyi sedang meningkat naik itu. Kali pertama berlaku pada bulan Julai tahun lalu di mana kereta MyVi milik Ainan yang dinaiki bersama kawan baiknya berlanggar dengan sebuah kereta lain di lebuhraya New Pantai Express Highway (NPE). ![]() |
| Disebalik Rahsia Kopi Dan Islam Posted: 19 Feb 2014 06:00 PM PST ![]() Kira-kira 1.6 juta cawan kopi diminum setiap hari di seluruh dunia. Berbilion-bilion orang bergantung kepadanya sebagai sebahagian daripada rutin harian mereka. Namun, tidak ramai yang mengetahui kaitan minuman popular itu dengan masyarakat Islam. Menurut rekod sejarah, dalam tahun 1400-an, kopi menjadi minuman yang sangat popular dalam kalangan umat Islam di Yemen yang terletak di selatan Semenanjung Arab. Legenda itu bermula apabila seorang gembala (ada yang mengatakan di Yemen, ada yang mengatakan di Ethiopia) menyedari bahawa kambingnya menjadi sangat bertenaga dan resah apabila memakan biji kopi dari sebatang pokok. Penggembala itu memberanikan dirinya untuk merasai bahan itu dan ternyata, ia memberi rangsangan tenaga yang luar biasa. Lama-kelamaan, tradisi memanggang biji kopi dan merendamkannya di dalam air untuk menghasilkan minuman berkuasa itu telah wujud dan hasilnya, minuman kopi dilahirkan. Tanpa mengira, sama ada kisah penggembala itu benar-benar berlaku atau tidak, budaya minum kopi telah meresap dari kawasan tanah tinggi di Yemen ke seluruh Empayar Uthmaniah iaitu empayar Islam yang terulung di abad ke-15 Masihi. Serentak itu, kedai-kedai yang khusus menjual minuman kopi telah muncul di beberapa buah bandar utama dalam dunia Islam iaitu seperti di Kaherah, Istanbul, Damsyik dan Baghdad. Dari dunia Islam, minuman kopi telah menyelinap masuk ke Eropah melalui bandar tumpuan saudagar besar iaitu Venice. Walaupun pada mulanya, kopi itu dianggap sebagai sebagai "minuman Muslim" oleh pihak gereja Katolik, tetapi kini ia telah menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat Eropah. Kedai-kedai kopi pada era 1600-an telah menjadi tempat ahli-ahli falsafah bertemu dan membincangkan isu-isu seperti hak-hak manusia. peranan kerajaan dan demokrasi. Perbincangan itu telah melahirkan satu pergerakan intelektual yang paling berkuasa di dunia moden hari ini. Daripada seorang gembala kambing di Yemen atau Ethiopia kepada pembentukan pemikiran politik masyarakat Eropah, minuman kopi yang kini mencatatkan lebih satu bilion cawan setiap hari itu merupakan satu inovasi Islam yang paling penting dalam sejarah kehidupan manusia hari ini. |
| Facebook Umum Beli WhatsApp RM52.7 bilion Posted: 19 Feb 2014 05:57 PM PST ![]() Facebook Inc umum akan membeli aplikasi pesanan ringkas WhatsApp dengan harga AS$16 bilion (RM52.7 bilion). Facebook akan membayar AS$4 (RM13.2) bilion secara tunai dan selebihnya dengan saham bagi pembelian terbesar syarikat itu setakat ini. Pengasas bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif WhatsApp Jan Koum akan menyertai lembaga pengarah Facebook. Facebook juga berjanji mengekalkan jenama serta perkhidmatan WhatsApp. -Reuters |
| Ainan Tasneem Cedera Kemalangan Posted: 19 Feb 2014 05:56 PM PST ![]() Kangar: Penyanyi remaja Ainan Tasneem mengalami cedera ringan selepas terbabit dalam kemalangan di Sungai Batu Pahat, di sini, kira-kira jam 9.30 malam tadi. Difahamkan, kereta dinaiki penyanyi Aku Suka Kamu yang juga pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan beberapa rakannya dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke dalam longkang. Kesemua mangsa yang cedera ringan dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah untuk mendapatkan rawatan. |
| 10 Pasukan Askar Terhebat Sepanjang Sejarah Dunia Posted: 19 Feb 2014 05:54 PM PST Bercakap tentang sejarah dunia, tidak terlepas dari yang namanya perang kerana perang merupakan hasil daripada kesan sampingan ego juga kekuatan, di dalam perang pasti terdapat pasukan atau askar di dalamnya. Di dalam sejarah perang, dunia telah mencipta pelbagai pasukan, namun yang terbaik hanya ada beberapa. Dan berikut adalah 10 pasukan askar terhebat dan lagenda sepanjang sejarah dunia. 1. Apache Apache seperti ninja dari Amerika. Bergerak dengan cara menyelinap dari belakang musuh dan slit tekak musuh. Dengan senjata primitif yang kebanyakan diperbuat daripada kayu dan tulang. Kepakaran lain mereka adalah memakai senjata pisau dan membaling kapak. 2. Aztecs Suku Aztec terkenal kejam dalam pertempuran. Mereka biasanya berpakaian seperti binatang helang atau jaguar. Mereka menggunakan senjata yang sangat primitif seperti clubs dan busur dengan sangat efektif. Cuachicqueh adalah pasukan khusus aztec yang bersumpah tidak akan berundur bila musuh datang. Mereka akhirnya dikalahkan oleh Sepanyol dengan senjata moden yang jauh lebih baik. 3. Mongol Warriors Mongol dikenal sebagai bangsa barbar dan liar. Mereka mendominasi daerah Eropah dan Asia dan terkenal sebagai pasukan berkuda yang dipimpin oleh salah satu komandan militer besar dunia, Genghis Khan. Mereka sangat disiplin dan mahir dalam menggunakan busur dan panah di atas punggung kuda. Mereka menggunakan busur komposit yang boleh menembus melalui baju besi dan juga cukup mahir dengan tombak dan pedang. Dengan kepakaran perang psikologis dan intimidasi mereka membangun salah satu imperium terbesar di dunia yang pernah ada. 4. Mamluk Mamluk sekumpulan budak yang masuk Islam dan melayani para khalifah Islam dan para sultan Ayyubiyah selama zaman pertengahan. Selepas mamluk telah masuk Islam, banyak yang dilatih sebagai askar pasukan berkuda. Setiap Mamluk wajib patuh terhadap furusiyya, kod yang merangkumi nilai-nilai seperti keberanian dan kemurahan hati, dan juga taktik kavaleri, menunggang kuda, memanah dan rawatan luka. Seiring dengan itu, mereka menjadi suatu kasta tentera yang kuat dan sering mengalahkan pasukan Salib. Lebih dari sekali, mereka merebut kuasa dari tangan sultan mereka sendiri, misalnya, Kesultanan Mamluk 1.250-1.517 di Mesir. 5. Roman Legion Tulang punggung dari tentera Romawi yang membina kerajaan yang tak tertanding dari segi saiz dan kekuatan. Mereka adalah askar gabungan ahli pedang, tombak dan perisai. Terdiri dari para askar mahal yang mampu membuat senjata terbaik dan baja. Disiplin, mahir menggunakan senjata, dan strategi membuat legion ditakuti di Eropah. 6. Samurai Samurai adalah dari Jepun, tentera bersenjata berat dengan baju besi dan bersedia mati untuk tuannya. Berbekal pedang paling tajam di dunia dan dengan mudah boleh memotong musuh dalam dua kali gerakan. Mereka juga pakar dari Yumi (busur) dan menjadi salah satu penembak terbaik dunia, juga mereka adalah askar profesional dan berjuang keras untuk mendapatkan kehormatan. Kerana kebiasaan kekerasan yang mereka lakukan, para petani bangkit melawan mereka dan lahirlah ninja. 7. Ninja Ninja, pakar dalam mencuri dan sabotaj. Awalnya adalah kumpulan petani yang dilatih untuk mengalahkan para samurai, tapi akhirnya menjadi lagenda pembunuh. Dikenal mahir menggunakan pedang, sumpitan, Shuriken, dan kusarigama sebagai senjata pilihan. Mereka dikenal sebagai prajurit bayangan yang beraksi di malam hari. Ninja terkenal sebagai seniman bela diri yang sebagian besar menjalani pelatihan keras. 8. Viking Viking, penteror dari Eropah. Askar yang paling ditakuti zaman dunia kuno. Mereka membuat keganasan di Eropah dengan serangan mereka. Terkenal ganas dalam pertempuran dan menggunakan senjata yang sesuai tinggi badan mereka. Viking ahli dalam menakluk bandar. Bahkan agama mereka hanyalah perang dan mereka percaya bila mati dalam suatu perang, maka akan hidup di tengah perang yang tak akan usai. Mereka semua akan menjadi tentera yang sangat tangguh, terbukti dari kehebatan mereka dalam menghancurkan sasaran mereka. 9. Spartan Budaya Spartan ialah semua tentang perang dan latihan tentera seumur hidup. Mereka mempunyai pepatah: "kembali dengan perisai atau lebih dari itu" yang bererti jangan kembali kecuali anda menang. Mereka adalah salah satu askar kuat di dunia dan menjadi terkenal kerana pertahanan terakhir mereka pada pertempuran Thermopylae. Mereka adalah mahir dalam perisai dan tombak yang kemudian ditiru oleh tentera lain. 10. Knight Knights adalah pejuang yang mengenakan baju pelindung di seluruh tubuh. Mereka adalah prajurit elit, dengan baju besi, senjata dan kuda untuk melaksanakan tugas yang diberikan oleh Raja. Mereka adalah tentera yang sangat efektif yang telah berlatih selama hidup. |
| Mesej Ayat Al-Quran Dari Peristiwa Letupan Gunung Kelud Posted: 19 Feb 2014 05:42 PM PST Jakarta: Sebahagian rakyat Indonesia semalam menerima mesej pesanan ringkas yang menghubungkan letusan Gunung Kelud dengan beberapa ayat dalam al-Quran. Pesanan berantai itu tersebar dengan cepat, berisi maklumat mengenai kronologi letupan itu, yang menurutnya sudah digambarkan di dalam kitab suci itu. ![]() Kejadian mengenai tarikh, bulan dan tahun serta waktu letusan dikatakan bertepatan dengan ayat dalam al-Quran. Seperti tarikh 13 bulan 2 yang dikaitkan dengan surah Ar-Ra'd (13) dengan ayat 2. Waktu letusannya, jam 22:49 dan 22:50 dihubungkan dengan surah Al-Hajj ayat 49-50. Sementara tahunnya dikaitkan menggunakan surah Thaahaa, surah ke-20 dalam al-Quran dengan ayat ke 14. ![]() Tarikh 13 bulan 2, (Surah 13 ayat 2) yang terjemahannya bermaksud : "Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. ![]() Allah mengatur urusan (MakhlukNya), menjelaskan tanda (KebesaranNya), supaya kamu meyakini pertemuan (mu) dengan Tuhanmu." Jam Gunung Kelud meletus, 22:49, 22:50 dihubungkan dengan Surah 22:49-50): "Katakanlah: "Hai manusia, sesungguhnya Aku adalah pemberi peringatan yang nyata kepadamu. Maka orang-orang yang beriman dan beramal salih, bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia," Tahun 2014 pula dikaitkan dengan Surah 20 ayat 14: "Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, Maka Sembahlah aku dan dirikan solat untuk mengingat aku." – Agensi ![]() alamcyber |
| Status Terakhir Blogger Remaja Kacukan Melayu Campur Inggeris Posted: 19 Feb 2014 05:41 PM PST ![]() Penulis terlihat namanya itu di dalam salah satu blog…mungkin ia gadis berdarah campuran.. Terus penulis membuat carian di Google. Rupanya ada kisah tragis yang berlaku di sebalik gadis berusia 17 tahun ini. Apabila pertama kali membaca kisah mengenainya, hati berdebar-debar dan mata mula bergenang. Kesian sungguh! Berdarah kacukan Inggeris dan Melayu, Yasmin Hunwik atau nama sebenarnya Yasmin Johan Eusoffe telah kembali ke Rahmatullah. Al-Fatihah buat Yasmin. Beberapa minggu sebelum meninggal dunia, arwah Yasmin seolah-olah sudah mendapat tahu yang dia akan kembali ke Rahmatullah buat selama-lamanya. Kebiasaanya kita sebagai orang yang berada di sekeliling tidak akan perasan mengenai apa yang berlaku, selepas seseorang itu tiada di muka Bumi ini, barulah kita tersedar. Itulah kuasa Allah. Antaranya perkara yang berlaku adalah, arwah Yasmin telah memuat naik gambar buku bertajuk 'Beginikah Rasanya 7 Malam Pertama Di Alam Kubur' melalui Instagram. Selain itu, melalui Twitternya pula dia menulis takut untuk tidur kerana sering bermimpi buruk. Dia adalah pemilik dan penulis blog www.misschronicz.blogspot.com Walaupun namanya tidaklah sepopular Hanis Zalikha namun dia pernah menjadi 'trending' topik di Twitter. Melihat daripada keadaan itu, ibu Yasmin melalui laman web Facebook telah menyampaikan pesanan ini: "Salam semua di fb, di saat ini saya dan Johan (bapa kepada Yasmin) tak dapat tidur mengenangkan permergian anak kami, Yasmin Johan ke rahmatullah pada jam 11.50 malam @ 3hb June 2012. Saya ucapkan ribuan terima kasih pada semua yg memberi ucapan takziah melalui fb dan mesej2 lain. Yasmin seorang anak yang baik, bijak, sopan santun dan amat cantik dimata kami dan seorang yg berakhlak tinggi. We will miss her dearly but we will never miss her in our prayers. We still remember her childhood, school days and as a daughter she made us proud. Semoga roh beliau berada disisi orang yg beriman." Mengimbas kembali kejadiaan yang telah menimpa Yasmin, ia berlaku sekitar 12 tengah malam di mana dia bersama dua lagi rakannya maut di tempat kejadian semasa hendak membuat pusingan 'U' di Padang Gaung, Langkawi. Mereka telah dirempuh oleh van pelancong yang datang dari arah Ulu Melaka. Ketika itu, mereka tidak memakai topi keledar malah menunggang motosikal tiga orang sekali gus. Hari ini, ibunya telah menulis di blog yang arwah telah mendapat markah tertinggi dalam ujian piano gred 4. Ibunya turut memberitahu yang mereka sekeluarga amat merinduinya. Malah, arwah Yasmin sangat berbakat dan comel. Dia disenangi oleh semua guru dan rakan-rakan. Oleh kerana itu, sehingga saat ini tidak hairanlah masih ada guru dan rakannya yang sering bermimpi mengenai arwah. Bagi yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai Yasmin, anda boleh ke blog miliknya itu. Takziah penulis ucapakan kepada keluarga arwah Yasmin. Semoga roh Yasmin dan rakannya berada disisi orang yang beriman. Insya'Allah. sumber: FB |
| Posted: 19 Feb 2014 04:00 PM PST ![]() Naga merupakan makhluk mitos atau khayalan sahaja, yang bererti tidak mungkin ada di dunia nyata, tetapi di China ada seorang pemuda yang sedang membelah perut seekor Naga. Mungkin untuk dijadikan ubat kuat. Tidak banyak maklumat yang didapati disebalik gambar ini, juga tiada sebarang maklumat tentang pemuda ini dan dimana dia menangkap Naga ini. Segalanya di rahsiakan. ![]() ![]() |
| You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

























0 comments:
Post a Comment