Powered by Blogger.

Malaysia Sensasi

Malaysia Sensasi


Bapa Rantai Anak OKU Di Dalam Gua

Posted: 19 Feb 2014 01:30 PM PST


Beijing. Seorang warga tua bertindak merantai kaki dan meninggal anak lelakinya yang buta serta 

 mengalami kecacatan mental di dalam gua selepas kehilangan tempat tinggal wilayah Henan, China. Cheng Xiantao, 26, yang ditemui dalam keadaan kotor dan tidak berpakaian diikat menggunakan rantai besi  dalam sebuah gua di pinggir kampung Chengling.

Bapa mangsa, Cheng Yuanchao, 70, mengaku bertindak sedemikian dengan alasan telah kehilangan rumah  dan terpaksa tinggal bersama anak perempuannya.

"Saya sudah tiada rumah dan tidak tahu di mana harus menempatkannya. Tetapi saya melawatnya tiga kali  sehari dengan membawa makanan dan minuman agar dia tidak lapar atau kehausan.

"Saya merantainya untuk mengelak dia lari atau mencederakan dirinya sendiri," kata Cheng Yuanchao  dipetik  dari laporan MailOnline.

Bagaimanapun, rakaman gambar keadaan Cheng Xiantao mendapat kritikan pelayar internet yang  melabelkan tindakan Cheng Yuanchao sebagai seperti membela babi atau lembu

Pusat Tahfiz Amal di Kedah Diarah Tutup

Posted: 19 Feb 2014 07:01 AM PST

ALOR SETAR - Pusat Tahfiz Amal di KM 17, Jalan Kuala Kedah-Yan telah diarah menghentikan operasi melalui notis arahan tutup oleh Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) pada 10 Februari lalu.

Timbalan Pendaftar Sekolah-Sekolah Agama Jaik, Mohd. Fadil Ab. Rahman berkata pihaknya akan melakukan pemantauan susulan bagi memastikan pengurusan sekolah mematuhi arahan notis tutup itu.

"Mengenai notis tutup ini juga kita sudah laporkan kepada pihak polis dan kita nanti apa tindakan yang boleh kita ambil jika mereka enggan mematuhi notis berkenaan," katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata notis itu telah ditandatangani Pengarah Jaik, Datuk Noh Dahya yang dikeluarkan mengikut Seksyen 12(1) Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Negeri Kedah Tahun 1988.


"Notis berkuat kuasa serta-merta itu dikeluarkan Jaik sebagai susulan kepada notis bertarikh 1 Januari 2007, selepas Jaik mendapati pusat berkenaan masih menjalankan operasi sebagai sekolah Islam tanpa pendaftaran," katanya.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini mengesahkan pusat tahfiz tersebut bernaung di bawah ajaran Azhar Wahab atau ajaran Al-Mansur yang difatwakan sesat.

Difahamkan Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003 membincangkan mengenai ajaran Azhar Wahab dan memutuskan ia bertentangan dengan pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng daripada Islam.

Isu mengenai pusat itu yang memperalatkan pelajar mengutip derma menjadi tumpuan apabila beberapa laman web termasuk Facebook mendedahkan beberapa keping gambar individu yang didakwa sebagai pengetuanya sedang berhibur dan hidup mewah hasil kutipan derma yang dilakukan para pelajar. - Bernama

Tak Perlu Buang Masa Lagakan Saya Dengan Pak Yus - Tauke

Posted: 19 Feb 2014 12:06 AM PST


Kecoh minggu lalu apabila sebuah akhbar mingguan mengeluarkan artikel tentang dua ahli kumpulan Jambu iaitu Yus dan Tauke yang dikatakan bergaduh dan bermasam muka ketika gelanggang akhir program Maharaja Lawak Mega 2013.

Bercakap kepada Astro Gempak, Tauke menafikan mereka berdua bergaduh dan bermasam muka sehingga menjejaskan persembahan mereka pada malam itu.

"Saya dan Yus tiada masalah ketika gelanggang akhir Maharaja Lawak Mega 2013. Apa yang akhbar tersebut siarkan tidak benar sama sekali. Muka kami mungkin nampak muka serius pada ketika itu kerana  tekanan untuk menghadapi gelanggang akhir MLM.

"Tak perlu lagakan kami sebab hubungan kami berdua baik-baik sahaja. Anda diluar sana perlu tahu bagaimana perasaan dan tekanan yang setiap pelawak hadapi ketika apabila berada dalam program besar seperti MLM 2013.

"Macam-macam benda bermain dalam fikiran kami terutama berhadapan dengan ramai penonton dan peminat pada malam itu. Saya akui mungkin masalah-masalah peribadi juga antara punca utama beri tekanan hebat buat kami.

"Tapi tidak bermaksud masalah peribadi menganggu persahabatan dan persembahan kami. Saya dan Pak Yus bekawan seperti biasa malah selepas program MLM 2013 kadang kal kami masih lepak bersama berjumpa kami sibuk dengan kerja masing-masing," ujar Tauke.

Dalam pada itu, Tauke sempat berkongsi perkembangan terbarunya yang kini sibuk dalam pembikinan filem terbaru bersama MIG berjudul 'Hantu Bungkus Ikat Tepi' yang akan menemui penonton di pawagam tidak lama lagi.

"Insya Allah saya kini sibuk untuk filem terbaru bersama MIG berjudul 'Hantu Bungkus Ikat Tepi' yang akan menemui penonton di pawagam tidak lama lagi," tambah Tauke. 

Arnab Liar Kejar Pelancong Wanita Di Pulau Okunoshima

Posted: 18 Feb 2014 08:00 PM PST


Pulau Okunoshima, Jepun - Sekumpulan arnab liar di sini bertindak mengejar seorang pelancong wanita untuk mendapatkan makanan. Aksi lucu itu dirakam oleh seorang pengunjung di pulau berkenaan. 

Okunoshima digelar Pulau Arnab oleh penduduk setempat kerana bilangan haiwan itu yang banyak di lokasi tersebut.

Klip video itu yang dimuat naik di laman web YouTube baru-baru ini menunjukkan sekumpulan arnab mengekori wanita tersebut selepas dia memberi haiwan itu makanan dalam bungkusan yang dibawanya . - Agensi

Gadis Mati Dibelasah Kekasih

Posted: 18 Feb 2014 07:00 PM PST


Seorang pegawai khidmat pelanggan sebuah bank di ibu negara dekat sini menemui ajal dalam keadaan tragis selepas dipercayai dibelasah kekasih hatinya yang panas baran dalam kejadian di sebuah Pangsapuri Lagoon Perdana.

Sebelum kejadian pada pukul 8 malam, mangsa, Pakizah Raja Khan, 27, dikatakan pergi ke rumah teman lelakinya, penganggur berusia 30 tahun dengan niat membincangkan masalah percintaan mereka.

Rumah lelaki itu terletak di Blok 4 dan semasa kejadian, dia berseorangan.

Bagaimanapun, sebaik Pakizah tiba di rumah tersebut, pasangan itu dikatakan bergaduh sehingga menyebabkan kekasihnya hilang sabar. Dia lalu membelasah Pakizah dipercayai menggunakan pelbagai objek tumpul sehingga mangsa tidak bermaya dan menemui ajal.

Amukan lelaki itu meninggalkan kesan-kesan lebam di kedua-dua belah tangan dan lutut mangsa selain terdapat kesan berlubang pada dahi dan bibir. Terdapat juga kesan torehan di belakang kedua-dua belah paha Pakizah.

Sekitar Majlis Pengkebumian Ariel Sharon

Posted: 18 Feb 2014 05:51 PM PST

Akhirnya bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon telah meninggal dunia pada usia 85 tahun setelah koma sejak tahun 2006 lalu akibat diserang angin ahmar.
http://billyinfo.blogspot.com/2014/01/gambar-sekitar-majlis-pengkebumian.html#axzz2q6V0NSb3
Sharon mula diserang angin ahmar pada Disember 2005 sebelum mengalami pendarahan otak teruk pada 4 Januari 2006. Selepas dirawat selama berbulan-bulan di Hospital Hadassah di Baitulmaqdis, Sharon dipindahkan ke Hospital Tel Hashomer.
Dilaporkan juga beberapa organ utamanya turut gagal berfungsi.
http://billyinfo.blogspot.com/2014/01/gambar-sekitar-majlis-pengkebumian.html#axzz2q6V0NSb3
http://billyinfo.blogspot.com/2014/01/gambar-sekitar-majlis-pengkebumian.html#axzz2q6V0NSb3
Fakta-fakta kekejaman Ariel Sharon:
  • Merupakan pemimpin Yahudi paling kontroversi berikutan penglibatannya dalam pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila di Lebanon pada 1982.
  • Dianggarkan sebanyak 3,500 penduduk awam kebanyakannya pelarian Palestin maut dibunuh pertubuhan separa tentera ultranasionalis, Phalanges Lebanon yang juga sekutu Israel ketika itu.
  • Ketika menyertai angkatan tentera, Sharon pernah mengetuai unit komando 101 menentang tentera Arab yang berakhir dengan kematian 60 penduduk Palestin kebanyakannya wanita dan kanak-kanak di kampung Qibya berhampiran Ramallah pada 1953.
  • Semasa Perang Enam Hari 1967, Sharon yang mengetuai unit kereta perisai membantu rejim Israel menakluk beberapa wilayah Palestin iaitu Tebing Barat, Gaza, Baitulmaqdis Timur dan sebahagian Bukit Golan.
  • Tembok pemisah antara Tebing Barat dan Israel turut dibina ketika zaman pemerintahannya, sekali gus menyaksikan lebih banyak wilayah Palestin dirampas.
http://billyinfo.blogspot.com/2014/01/gambar-sekitar-majlis-pengkebumian.html#axzz2q6V0NSb3
http://billyinfo.blogspot.com/2014/01/gambar-sekitar-majlis-pengkebumian.html#axzz2q6V0NSb3
kubur ariel sharon
http://billyinfo.blogspot.com/2014/01/gambar-sekitar-majlis-pengkebumian.html#axzz2q6V0NSb3
http://billyinfo.blogspot.com/2014/01/gambar-sekitar-majlis-pengkebumian.html#axzz2q6V0NSb3
http://billyinfo.blogspot.com/2014/01/gambar-sekitar-majlis-pengkebumian.html#axzz2q6V0NSb3
http://billyinfo.blogspot.com/2014/01/gambar-sekitar-majlis-pengkebumian.html#axzz2q6V0NSb3billyinfo

Pahang Kawal Ketat Tapak Fosil Dinasor

Posted: 18 Feb 2014 05:40 PM PST

 Kerajaan negeri Pahang akan mengawal ketat tapak penggalian fosil dinasor di mana gigi yang hanya sepanjang 23mm dikatakan milik spesis tersebut ditemui di negeri itu.

"Sehingga kawasan itu ditutup sepenuhnya, kita tidak boleh mendedahkan lokasi sebenar tapak berkenaan," kata Profesor Madya Dr Masatoshi Sone dari Jabatan Geologi Universiti Malaya, yang merupakan penyelidik utama dalam ekspedisi yang bermula pada September 2012.

"Kadang-kadang mereka yang bukan penyelidik mungkin pergi dengan penggali dan menggali tanah," kata beliau sambil menambah insiden itu pernah berlaku di Thailand dan Laos; hanya dua negara Asia Tenggara lain yang menemui fosil dinosaur.

Fosil yang ditemui di kawasan pedalaman di Pahang, ianya dikatakan adalah fosil milik dinosaur jenis spinosauridae yang dipercayai dari lewat era Mesozoic dan, kemungkinan besar dari tempoh Cretaceous.

Para penyelidik telah tidak menjalankan pengiraan radiometrik yang merupakan satu kaedah untuk menentukan usia geologi itu.

Bagaimanapun mereka mengatakan bahawa gigi itu ditemui dalam enapan batu dari era Mesozoik.

Era Mesozoik adalah selang masa geologi, yang juga dikenali sebagai usia reptilia, iaitu kira-kira 252 juta - 66 juta tahun lalu.

Cretaceous ditakrifkan sebagai tempoh antara 145 dan 75 juta tahun lalu, tempoh terakhir bagi era Mesozoik, berikutan Jurassic dan berakhirnya zaman itu dengan kepupusan dinosaur.

Gigi tersebut dikatakan merupakan tinggalan pertama dinosaur yang ditemui di Malaysia.

"Kami belum mengenal pasti spesis yang tepat dinosaur ini atau sekiranya ia adalah spesies baharu," kata Dr Masatoshi, sambil menambah bahawa mereka mengenal pasti gigi berkenaan berdasarkan ciri-ciri utama gigi spinosaurid.

Spinsauridae adalah sebuah keluarga dinosaur carnivourous tertentu, dengan ciri-ciri menyerupai tengkorak buaya yang panjang dan gigi kon kecil.

Dr Masatoshi menunjukkan gigi dinasor sewaktu mendedahkan penemuan itu di Universiti Malaya. Foto SHAARI CHEMAT / THE STAR
Penemuan fosil dinosaur di Malaysia dianggap sebagai penemuan pakar paleontologi di seluruh dunia.

Penemuan digi tersebut diumumkan di hadapan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, di universiti itu di sini, Selasa.

Turut hadir ialah Naib Canselor UM, Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin dan Dekan Fakulti Sains universiti itu, Prof Datuk Dr Mohd Sofian Azirun.

Dr Masatoshi berkata, terdapat kemungkinan wujudnya tulang-tulang lain yang akan dibongkarkan nanti.

Sebelum ini, ahli paleontologi lain memberitahunya bahawa tiada fosil dinosaur di Malaysia kerana "mereka tidak pernah menjumpainya sebelum ini".

"Fosil pertama sering kali menjadi yang paling sukar untuk dicari, tetapi sebaik sahaja ia dijumpai, mungkin banyak lagi boleh ditemui. Sekarang kita tahu spesis spinosaurids turut pernah berada di Malaysia," kata Dr Masatoshi.


Sementara itu, Adnan berkata, beliau telah mengarahkan Jabatan Perhutanan dan polis untuk memelihara kawasan yang digali.

Beliau akan mengadakan pertemuan dengan pihak-pihak yang terlibat pada Rabu untuk membincangkan langkah-langkah khusus, sebagai contoh, sekiranya rondaan akan diperlukan atau adakah menutup kawasan itu sudah mencukupi.

Lelaki Tolak Kekasih Dalam Lubang Selama 2 Hari

Posted: 18 Feb 2014 05:11 PM PST

Di bandar Haiku City, China, seorang lelaki bertindak kejam ke atas teman wanitanya dengan menolaknya memasuki satu lubang saluran bawah tanah secara paksa.
Perbuatan itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
Mangsa yang hanya dikenali sebagai Guo, kemudian terperangkap di dalam lubang sedalam 10 kaki itu selama dua hari setengah atau 60 jam sebelum diselamatkan orang ramai yang lalu lalang.
Wanita itu berjaya diselamatkan dan ditemui hanya memakai pakai dalam dan berkeadaan basah serta keletihan.
Mangsa dipercayai keletihan kerana sedaya upaya cuba memastikan kepalanya di atas permukaan air di dalam lubang berkenaan selama berpuluh-puluh jam.
"Saya tidak tidur pada malam pertama saya disumbat ke dalam lubang itu. Saya boleh melihat kegelapan di sekeliling saya, saya tahu saya tak akan mati jika saya terus melihat ke atas," kata Guo.
Menurut Guo, dia pernah diserang oleh teman lelakinya itu pada 12 Disember lepas kerana hutang berjumlah ¥100,000 yuan (RM54,526) yang dipinjam oleh lelaki itu yang juga suspek perbuatan kejam berkenaan.
Suspek dilihat di dalam rakaman itu, sudah membuat persiapan awal membuka lubang berkenaan sebagai persediaan untuk memasukkan teman wanitanya.
Suspek berjaya ditahan kerana dakwaan cubaan membunuh, dan dia mengaku ke atas perlakuan jenayah kejamnya itu. – Mynewshub

Anda mungkin juga meminati:

Video Sensasi Cinta Alang Untuk Fatien Afiqah

Posted: 18 Feb 2014 05:07 PM PST

VIDEO 'cinta' wajib tonton yang terbaru dan semakin sensasi di laman sosial Facebook dan Youtube ini sememangnya mampu meremangkan bulu roma anda.
Ingatkan selepas kes Puteri Awani dulu sudah tiada lagi yang ingin merakam luahan cinta dan pujuk rayu untuk sang kekasih.
Ternyata tanggapan itu meleset kerana ada remaja lelaki yang bajet comel melakukan perkara yang sama dan kali ini dalam versi 'Gwiyomi'.
Video oleh remaja bernama Alang ini ditujukan khas buat kekasihnya, Fatien Afiqah.
Tidak dapat dipastikan sama ada ia dimuat naik sendiri oleh Alang atau orang lain, namun ia memang 'menarik' untuk ditonton.
Nampaknya memang cinta Alang ini hingga ke hujung nyawa!
Oleh: ELZA

Bermadu Punca Erra Fazira Fail Penceraian Terhadap Emran?

Posted: 18 Feb 2014 03:20 PM PST



Bermadu punca Erra Fazira fail penceraian terhadap Emran - Gosip keretakan rumahtangga Erra Fazira dan Engku Emran mula kedengaran sejak dua tahun lalu apabila kedua-dua pihak tidak lagi tinggal sebumbung. Bagaimanapun dinafikan mereka.

Semalam pula, segala spekulasi yang timbul sebelum ini akhirnya terjawab selepas Erra dan Emran sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah kira-kira pukul 12.50 tengahari yang dilafazkan di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain.

Ketika pengacara Primadona itu dihubungi oleh media, Erra menolak untuk memberikan sebarang ulasan berkenaan punca sebenar penceraian mereka kerana mahu menghormat bekas suaminya. Katanya, apa yang penting segala spekulasi telah terjawab.

"Segala spekulasi yang timbul sebelum ini sudah pun terjawab jadi jangan tanya saya lagi mengenainya. Penceraian ini adalah secara baik dan Alhamdulillah ia selesai tanpa sebarang masalah."

Meskipun begitu, timbul fitnah liar yang mendakwa Engku Emran kononnya sudah berkahwin dengan wanita lain. Bagaimanapun, dakwaan tersebut dinafikannya oleh Engku Emran dan Erra.

"Terus-terang, tidak ada pergolakan dalam rumah tangga saya. Saya pun tidak pernah mendengar berita pasal wujudnya pihak ketiga antara kami." - Kosmo

Dengan penceraian itu, sudah dua kali mahligai yang dibina oleh Erra hancur berkecai. Ini kerana, pada 15 Jun 2003 dia pernah berkahwin dengan penyanyi Yusry Abdul Halim selama tiga tahun, tetapi tidak mempunyai anak. - Myartis

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani