Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
- Erra Fazira Sah Bercerai
- Siti Nurhaliza Tergagap-Gagap Tidak Mampu 'Speaking' Di Konsert Shah Rukh Khan?
- 4 Pengasuh Jaga 38 Kanak-Kanak, Taska Presint 11 Putrajaya Diberi Amaran
| Posted: 17 Feb 2014 10:51 PM PST ![]() Pelakon utama Filem Sembilu, Erra Fazira hari ini sah bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor Mohammad Adib Husin. Erra Fazira, atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 40, tiba di pekarangan mahkamah bersama teman rapatnya, Umie Aida dan Erma Fatima pada jam 11.45 pagi tadi. Perkahwinan Erra Fazira ini merupakan perkahwinan kedua baginya selepas bercerai dengan pengarah filem, Yusri KRU. |
| Siti Nurhaliza Tergagap-Gagap Tidak Mampu 'Speaking' Di Konsert Shah Rukh Khan? Posted: 17 Feb 2014 10:49 PM PST ![]() Menurut sumber dari laman forum Cari, rakan kepada pengguna Cari ini yang baru menonton konsert Shah Rukh Khan, Temptation Reloaded Live di Kuala Lumpur, katanya ada seorang bekas artis popular ini telah dijemput oleh MC Shah Rukh Khan naik ke atas pentas. Artis yang dimaksudkan mereka ialah Datuk Siti Nurhaliza. Dia pada masa itu dikatakan tergedik² cuba bercakap sepatah dua kata dalam bahasa Hindi. MC SRK: What is ur name? Siti Nurhaliza: Mere nam _____________ MC SRK kemudian dengan panjang lebarnya berborak dengan Siti dalam bahasa inggeris dan berakhir dengan satu soalan yang panjang. Ketika soalan yang panjang itu ditanya, penonton yang sedia maklum dengan Siti yang kemahiran komunikasi dalam bahasa inggerisnya ala-ala menahan debar dan saspen menanti sebuah jawapan. Namun kerana speechless atau kesejukan angin malam, bekas artis popular ini tersipu-sipu kerana tak faham biji butir soalan. Penonton yang terdiri daripada makcik² kemaruk hindustan ketawa berdekah² ekoran adegan yang 'mencemaskan' itu. - CARI |
| 4 Pengasuh Jaga 38 Kanak-Kanak, Taska Presint 11 Putrajaya Diberi Amaran Posted: 17 Feb 2014 05:30 PM PST Putrajaya: Sebuah taska di Presint 11, di sini, menerima surat peringatan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berikutan gagal mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan jabatan berkenaan. Surat peringatan itu diberikan selepas lawatan mengejut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat diketuai Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim. Selain tidak berdaftar, Rohani berkata, taska berkenaan hanya mempunyai empat pengasuh sedangkan 38 kanak-kanak termasuk bayi ditempatkan di situ. "Taska ini mempunyai 38 kanak-kanak dan sepatutnya, jumlah pengasuh yang diperlukan tujuh atau lapan orang. ![]() ROHANI (kanan) mengadakan lawatan di beberapa taska sekitar Presint 11 untuk melihat sendiri pengurusan pusat jagaan kanak-kanak situ. "Nisbah ini sangat ketara dan tidak mencukupi seperti yang ditetapkan JKM. "Selain itu, pengasuh mengambil jumlah kanak-kanak melebihi had maksimum serta tidak mengikut keluasan tempat. Sepatutnya, taska ini mengambil maksimum 29 kanak-kanak, tetapi ia melebihi daripada yang sepatutnya," katanya kepada pemberita. Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan mengejut di tiga taska di Presint 11, di sini, semalam. Hadir sama, Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Tan Sri Aseh Che Mat. Rohani berkata, beliau mendapati rekod kanak-kanak dan pekerja di taska berkenaan juga tidak dikemas kini dengan baik selain tahap kebersihan di taska berkenaan juga tidak memuaskan. - Harian Metro ps: cubalah kerajaan lebih tegas, setakat beri amaran macamalah pengusaha taska tu peduli |
| You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



0 comments:
Post a Comment