Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
- Budak Sekolah Rendah Bertatu
- Lelaki Hina Thaipusam Ditangkap – Ketua Polis Negara
- Sedih Ibu Bapa Mereka Didakwa Di Sweden, Empat Adik Beradik Tak Ke Sekolah
- EKSKLUSIF! Bekas Jiran Pasangan Malaysia Yang Ditahan Di Sweden Dedah Perkara Sebenar
- Kanak-Kanak 12 Tahun Maut Dilibas Bola Golf
- Penari Kelab Malam Berusia 7 Tahun
- Pasangan Terlampau, Buat Projek Dalam Train
| Posted: 11 Feb 2014 08:35 AM PST ![]() Astaghfirullah… apa nak jadi budak-budak ini? Usia masih kecil tapi sudah pandai 'mencacah' tatu di lengan. Nak kata tak diajar agama tu songkok di kepala apa cerita? Mungkin tatu ini sekadar lukisan menggunakan pen tapi boleh dilihat di sini, bagaimana kanak-kanak begitu mudah terpengaruh dengan anasir liar yang menyalahi budaya dan agama. Apa pun, bila dah kantoi begini di sekolah, satu cabaran pula pada guru untuk bertindak. Kalau zaman dahulu dah tentulah budak-budak ini diberikan nasihat selepas diberi ajaran menggunakan rotan atau pembaris panjang. Kesannya, nasihat yang disertai rasa sakit akan berpadu di kepala dan membuatkan mereka tak lupa sampai bila-bila. Tapi zaman sekarang? Nak dipukul nanti disaman ibu bapa pula. Terpaksalah beri nasihat dengan lemah lembut walaupun hati membara. Lihat sajalah wajah salah seorang adik ini, masih mampu tersenyum simpul sedangkan kalau kita dahulu, mesti dah rasa nak terkencing bila berdepan dengan guru disiplin. - REM RAMZI/mynewshub |
| Lelaki Hina Thaipusam Ditangkap – Ketua Polis Negara Posted: 11 Feb 2014 08:33 AM PST PETALING JAYA – Lelaki yang didakwa memuat naik kenyataan berunsur hasutan di Facebook berhubung sambutan Thaipusam baru-baru ini ditahan pada Isnin. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi twitnya mengesahkan mengenai tangkapan berkenaan. "Akhirnya 'MAN NANBLAST' yang muat kata-kata berunsur hasutan semasa upacara Thaipusam tempoh hari berjaya ditangkap tadi @PDRMsia," tulis beliau di Twitter. ![]() Bagimanapun maklumat lanjut mengenai tangkapan itu masih belum diperolehi. Sebelum ini, pengguna Facebook yang menggunakan nama samaran 'Man Namblast' menulis di statusnya ketika sambutan Thaipusan pada 17 Januari lalu berbunyi: "Berpuluh ribu syaitan sedang berarak menaiki tangga Batu Cave." PETALING JAYA - Lelaki yang didakwa memuat naik kenyataan berunsur hasutan di Facebook berhubung sambutan Thaipusam baru-baru ini ditahan pada Isnin. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi twitnya mengesahkan mengenai tangkapan berkenaan. "Akhirnya 'MAN NANBLAST' yang muat kata-kata berunsur hasutan semasa upacara Thaipusam tempoh hari berjaya ditangkap tadi @PDRMsia," tulis beliau di Twitter. Bagimanapun maklumat lanjut mengenai tangkapan itu masih belum diperolehi. Sebelum ini, pengguna Facebook yang menggunakan nama samaran 'Man Namblast' menulis di statusnya ketika sambutan Thaipusan pada 17 Januari lalu berbunyi: "Berpuluh ribu syaitan sedang berarak menaiki tangga Batu Cave." Sekurang-kurangnya 178 laporan polis dibuat pada hari hari berikutnya. Khalid sebelum ini dilaporkan berkata bahawa pihak polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenal pasti pemilik akaun Facebook berkenaan. ![]() Sekurang-kurangnya 178 laporan polis dibuat pada hari hari berikutnya. Khalid sebelum ini dilaporkan berkata bahawa pihak polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenal pasti pemilik akaun Facebook berkenaan.Mynewshub |
| Sedih Ibu Bapa Mereka Didakwa Di Sweden, Empat Adik Beradik Tak Ke Sekolah Posted: 11 Feb 2014 08:30 AM PST KOTA BHARU – Keluarga pasangan suami isteri rakyat Malaysia, Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshal redha dengan keputusan mahkamah bagi mendakwa kedua mereka secara berasingan atas tuduhan mengasari dan mencabuli integriti anak-anak mereka. ![]() Abang Shalwati, Badrul Hisham Mahzan, 55, ketika dihubungi menjelaskan tiada apa yang dapat dilakukan selain terus berdoa agar suami isteri itu akhirnya dibebaskan dan kembali bertemu anak-anak mereka. Perbicaraan kes pasangan itu berkemungkinan bermula pada 18 Februari ini dan dijangka mengambil masa 10 hari. Keempat-empat anak mereka, Aisyah, 14, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif, 7, kini berada dalam jagaan ibu saudara mereka, Shaleena Norshal, 42, di Kampung Wakaf Tok Wali, Melor. Azizul Raheem yang merupakan pengarah Tourism Malaysia di Sweden dan Shalwati, guru yang bercuti tanpa gaji ditahan pada 18 Disember lalu untuk membantu siasatan kerana didakwa memukul anak mereka yang tidak bersolat. Berikutan penahanan itu, empat anak mereka diletakkan di bawah jagaan sementara keluarga angkat di Sweden sebelum dibawa pulang ke Malaysia minggu lalu. Sementara itu kempat-empat anak pasangan tersebut dikatakan sedih dengan berita berkenaan dan tidak ke sekolah pada Selasa. Wakil keluarga berkenaan memaklumkan, adik beradik berkenaan tidak mahu diganggu dan dan memerlukan privasi. – Astroawani.com |
| EKSKLUSIF! Bekas Jiran Pasangan Malaysia Yang Ditahan Di Sweden Dedah Perkara Sebenar Posted: 10 Feb 2014 08:34 PM PST Kes pasangan Malaysia yang ditahan di Sweden ini sudah berlarutan agak lama dan rakyat Malaysia sendiri keliru dan teragak-agak untuk mengecam tindakan pihak Sweden yang menahan reman pasangan terbabit dalam tempoh yang begitu lama. ![]() Semalam, tersebarnya sekeping gambar print screen pendedahan berani bekas jiran senegara pasangan tersebut di Sweden yang mendedahkan pasangan terbabit sebenarnya hanya memberikan alasan ajar anak sembahyang untuk mempertahankan diri dari dicekup pihak berkuasa Sweden. Ikuti pendedahan di bawah: ![]() "Win kenal sangat Shalwati dan Azizul kat Stockhold tu. She herself seorang yang sangat sombong dan berlagak coz hubby pengarah Tourism, the hell. She's so biadap. Once, she went out, winter lagik, sejuk beku and her kids came back home from school cant enter. Luckily, her daughter was smart, came to my house, just 300m away, and tol me that she needs to call mum. Speaker on and mak dia maki dia semacam babe. Kesian the kids, Aisyah, Adam, Amar and Amir they were good kids. The mum yang bengis macam singa betina. Cakap pukul anak pasal tak sembahyang itu alasan cheap defense jer. Lagi pun Stockholm Int School dan 2 kali panggil diorang counselling coz mother sooo biadap and always say, "this is muslim way" School check with other muslim parents from Saudi, Iran, Iraq, Jordan, Qatar.. other muslims mum said no, We never hit our kids, Muslim is kind to kids. Memalukan Malaysian jer, luckily im not there anymore. Anway just pity the kids, if only mak depa SABAR dalam mendidik anak, kan sabar itu separuh daripada iman." Sejauh mana benarnya pendedahan di atas, hanya mereka yang terlibat saja tahu cerita sebenarnya. Sama-sama kita berharap pasangan Malaysia yang ditahan di Sweden dibebaskan segera dan dihantar pulang ke Malaysia dengan selamat. - My Media Hub |
| Kanak-Kanak 12 Tahun Maut Dilibas Bola Golf Posted: 10 Feb 2014 03:52 PM PST ![]() Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun bertarung nyawa hampir 16 jam sebelum disahkan meninggal dunia selepas dipercayai terkena bola golf di Kelab Golf Keningau di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 2.40 petang, Sabtu lalu, mangsa dikenali sebagai Alminda Jalimin bekerja sambilan sebagai kedi dikejarkan ke Hospital Keningau, namun dirawat sebagai sebagai pesakit luar sebelum disahkan meninggal dunia di rumahnya di Taman MDK Keningau pada keesokan hari. Budak-Perempuan-12-Tahun-Maut-Terkena-Bola-Golf-Di-Tengkuk Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintendan Robert Salisip David berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian, mangsa sedang menarik beg peralatan golf milik seorang pemain di lubang ke-12 di padang berkenaan. "Tiba-tiba bola golf dilibas seorang pemain dalam jarak sekitar lima hingga enam meter melencong lalu terkena tengkuk kanan mangsa menyebabkannya rebah. "Akibat kejadian itu, mangsa yang pengsan dikejarkan ke Hospital Keningau untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi, semalam. Budak Perempuan 12 Tahun Maut Terkena Bola Golf Di Tengkuk2 Menurutnya, sebaik tiba di hospital, mangsa hanya menerima rawatan pesakit luar sebelum dibawa pulang ibu bapanya yang menetap di rumah kongsi. "Namun, pada jam 11.30 malam, mangsa mengadu sakit kepala selain mengalami muntah-muntah. |
| Penari Kelab Malam Berusia 7 Tahun Posted: 10 Feb 2014 03:46 PM PST Huang Doudou, baru berumur 7 tahun tapi terpaksa menjadi penari kelab malam semata-mata untuk mambantu orang tuanya yang cacat..ketika kawan-kawan Huang Doudou belajar,bermain dan berbagai-bagailagi aktiviti kanak-kanak, beliau terpaksa merenggangkan badan di kelab malam semata-mata membantu keluarganya.. |
| Pasangan Terlampau, Buat Projek Dalam Train Posted: 10 Feb 2014 03:30 PM PST Kalau dah nafus namanya manusia tentu ada nafsu, tapi kenalah tengok pada tempatnya kalau nak lepaskan tempias nafsu tu. Bagi pasangan yang cetek akal ni, dalam train pun jadi... ![]() ![]() ![]() |
| You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |













0 comments:
Post a Comment