Engku Emran Diberi Hak Penjagaan Engku Aleesya
Engku Emran Diberi Hak Penjagaan Engku Aleesya |
| Engku Emran Diberi Hak Penjagaan Engku Aleesya Posted: 18 Feb 2014 12:22 AM PST Masih lagi bercerita mengenai penceraian Erra Fazira dan Engku Emran. Hasil perkahwinan, mereka berdua telah dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Engku Aleesya yang kini berusia 5 tahun. Berdasarkan persetujuan bersama, Engku Emran diberi hak penjagaan sepenuhnya anak mereka. Manakala Erra Fazira selaku ibu diberikan hak lawatan dan bermalam selain cuti sekolah dan hari perayaan. Keputusan ini dibuat tanpa sebarang pertikaian.
Untuk makluman, Erra Fazira dan Engku Emran telah pun berkahwin pada Oktober 2007. Hari ini, lafaz cerai telah dilakukan oleh Engku Emran di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kira-kira jam 12.50 tengah hari. Erra kelihatan tenang ketika lafaz cerai talak satu dilakukan sementara Engku Emran pula nampak sebak. Erra telah hadir dengan bertopeng muka ke mahkamah ditemani rakan baiknya, Umie Aida dan Erma Fatima.
Erra menjelaskan yang permohonan cerai dibuatnya selepas hubungan mereka sudah tiada lagi persefahaman selain tidak tinggal bersama sejak setahun lalu. Erra juga tidak menuntut sebarang nafkah daripada suaminya. Kata Erra yang dipetik menerusi Mstar Online:-
Kalau sudah tertulis jodoh sampai ke sini saja, apa lagi yang mampu kita lakukan? Semoga tanggungjawab selaku ibu dan bapa kepada Engku Aleesya tidak akan diabaikan oleh Erra dan Engku Emran. Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat mereka. Takziah atas penceraian ini. Hanya mereka yang tahu apa yang terbaik. P.S: Lelaki tawarkan badan sendiri untuk dijadikan makanan harimau Baca Yang Ini Pulak:- |
| Erra Fazira Kini Keseorangan – Sah Bercerai Posted: 17 Feb 2014 10:18 PM PST
Kami di Beautifulnara turut menumpang sedih dengan berita ini. Semoga beliau tabah meneruskan kehidupannya. Jomlah kita mendoakan yang terbaik untuk beliau. Insyallah…
Yang Ini Pun Best Jugak:- |
| You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Akhirnya misteri mengenai status pelakon dan penyanyi glamour ini terjawab juga. Dipetik dari
0 comments:
Post a Comment