Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
- Setelah 20 Tahun Tragedi "Black Hawk Down" Akhirnya Amerika Ucap Terima Kasih
- Hukuman Buat Israel
- Panel Hakim Tarik Diri
- Amiruddin Tidak Akan Mengalah, Tuntut Adi Putra Mohon Maaf
- Salima AF4 Kini Bergelar Isteri Kepada Pendakwah Terkenal
- Bunuh Diri Dipaksa Beli-Belah Oleh Teman Wanita
- KDN Dedah 10 bukti Mat Sabu Terlibat Syiah
| Setelah 20 Tahun Tragedi "Black Hawk Down" Akhirnya Amerika Ucap Terima Kasih Posted: 13 Dec 2013 07:46 AM PST ![]() TELOK KEMANG - Selepas 20 tahun kejadian Black Hawk Down berlaku.Amerika Syarikat (AS) secara rasmi hari ini mengucapkan terima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah menyelamatkan tentera negara tersebut di Mogadishu, Somalia Biarpun kisah pengorbanan tentera Malaysia yang menyertai operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOSOM II) pada 3 dan 4 Oktober 1993 itu tidak pernah didedahkan malah tidak langsung dipaparkan dalam filem berjudul Black Hawk Down arahan Ridley Scott pada 2001, pengisytiharan itu amat membanggakan ATM. Pemangku Penolong Setiausaha Negara Biro Hal Ehwal Politik Tentera AS, berkata, negaranya amat terhutang budi dengan pengorbanan anggota ATM yang disifatkan sebagai berani mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan tentera elit AS yang ketika itu terperangkap dalam serangan militan Somalia. "Jasa tentera Malaysia ini akan dikenang dan AS mengucapkan jutaan terima kasih di atas tindakan berani pasukan ATM untuk menyelamatkan anggota kami dalam kejadian 20 tahun lalu itu. "Malah dalam kejadian itu seorang anggota tentera Malaysia telah kehilangan nyawa selain sembilan tercedera dalam operasi menyelamat di Mogadishu itu,'' katanya, Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Pengiktirafan Full Training Capability dan Pelancaran Blueprint Pusat Pengaman Malaysia, di Telok Kemang, di sini hari ini. |
| Posted: 13 Dec 2013 07:30 AM PST ![]() AMSTERDAM - Pembekal minuman air terbesar Belanda, Vitens mahu memutuskan hubungan dengan syarikat bekalan air Israel, Mekorot. Kelmarin, jurucakap Vitens memaklumkan mereka tidak lagi akan menjalinkan kerjasama dengan Israel pada masa hadapan. "Kami membuat keputusan ini sebagai 'hukuman' kepada Israel kerana tidak memberikan akses kepada penduduk Palestin untuk mendapatkan air bersih dipetik dalam Press TV. "Selain itu, tindakan ini juga ada kaitan dengan kedegilan Tel Aviv yang meneruskan projek penempatan haram Yahudi mereka walaupun ia jelas melanggar undang-undang antarabangsa," jelas wakil syarikat tersebut lagi. |
| Posted: 13 Dec 2013 07:29 AM PST KAHERAH - MESIR. Perbicaraan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin (IM), Mohamed Badie bersama 17 anggota gerakan itu bertukar kecoh selepas tiga hakim sekali lagi menarik diri daripada meneruskan prosiding itu yang berlangsung, kelmarin. ![]() Menurut AFP, difahamkan, insiden itu berlaku selepas beberapa tertuduh termasuk Setiausaha Agung Mohammed el-Beltagy mula melaungkan slogan mengutuk pemerintahan tentera selain menyifatkan perbicaraan itu sebagai tidak sah di sisi undang-undang. Peguam bela IM, Mohammed el-Damati berkata, kesemua anak guamnya berkelakuan seperti itu kerana mereka khuatir tidak akan dibicarakan secara adil. "Panel hakim baru yang dilantik tersebut memutuskan untuk menarik diri kerana defendan tidak mempercayai sistem kehakiman di negara itu selepas insiden rampasan kuasa 3 Julai lalu," jelasnya lagi. Kes itu akan dikemukakan kepada Mahkamah Rayuan, di mana panel hakim baru bakal dilantik untuk meneruskan sesi perbicaraan terbabit. Pada 29 Oktober lalu, perbicaraan Mohamed Badie dan 34 lagi anggota gerakan tersebut terpaksa ditangguhkan selepas tiga hakim memutuskan untuk berundur. Badie bersama dua timbalannya, Khairat al-Shater dan Rashad al-Bayoumi sebelum ini didakwa menyebabkan kematian sembilan penunjuk perasaan yang menyerbu ibu pejabat gerakan itu di Kaherah pada 30 Jun lalu. |
| Amiruddin Tidak Akan Mengalah, Tuntut Adi Putra Mohon Maaf Posted: 13 Dec 2013 07:21 AM PST Amiruddin Othman iaitu suami kepada Noraida Abd. Mutalib, 29, wanita yang dikaitkan mempunyai skandal dengan Adi Putra bertegas tidak akan mengalah dalam kes tersebut sebaliknya mahu pelakon itu mengakui kesilapannya. ![]() Amiruddin, 56, berkata, walaupun kes tersebut, diklasifikasikan sebagai no further action' (NFA dia tidak berdiam diri dan akan memastikan kes tersebut akan dibuka semula untuk mendapat keadilan. Adi Putra dalam sidang medianya pada malam Khamis lalu mendakwa dia tidak bersalah selepas pihak polis menggugurkan kes berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gangguan seksual. Berikutan itu, Amirrudin menerusi peguamnya, Muhammad Hasif Hassan pada sidang media Jumaat meluahkan rasa kecewa selain mendakwa pegawai penyiasat kes berkenaan di Johor iaitu Inspektor Fergie Anak Dim berat sebelah. Sehubungan itu dia bersama isteri telah membuat laporan di bahagian tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Jumaat selain akan menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuka semula kes itu. Kes berkenaan berkemungkinan akan ditukar kepada Seksyen 509 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 489 kanun yang sama kerana iaitu memikat wanita yang sudah bersuami. Sementara itu menurut Muhammad Hasif, pihaknya mempunyai asas kukuh untuk meragui perjalanan kes tersebut berdasarkan cara siasatan pegawai penyiasat itu yang tidak adil. Dalam pada itu, Noraida berkata, dia telah menerima pelbagai respons berunsur negatif sejak kes tersebut menjadi kontroversi dan menyifatkan ia sebagai satu pengajaran besar buatnya. Pada September lalu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, didakwa menjalinkan skandal dengan Nooraida dan aktor itu disiasat polis selepas Amiruddin yang juga seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan. Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster 2 itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan Nooraida walaupun baru seminggu berkenalan. Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi sosial, WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu Amiruddin. |
| Salima AF4 Kini Bergelar Isteri Kepada Pendakwah Terkenal Posted: 13 Dec 2013 06:46 AM PST Tahniah diucapkan kepada penyanyi dan juga pelakon kelahiran Akademi Fantasia musim keempat iaitu Salima yang kini telah pun selamat bergelar seorang isteri kepada seorang pendakwah terkenal iaitu Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljofre pada hujung minggu lalu. Untuk makluman, Salima merupakan isteri kedua kepada Ustaz Syed Abd Kadir yang telah pun mempunyai 3 orang cahayamata bersama isteri pertama. Majlis pernikahan dan persandingan dikhabarkan telah berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Chemor, Perak dan ianya turut dihadiri oleh sanak saudara serta rakan rapat pasangan pengantin. |
| Bunuh Diri Dipaksa Beli-Belah Oleh Teman Wanita Posted: 12 Dec 2013 09:30 PM PST ![]() Seorang lelaki membunuh diri dengan terjun dari tingkat tujuh sebuah pusat beli-belah selepas bertengkar dengan teman wanitanya yang mendesak agar mereka terus membeli-belah. Rakaman kamera CCTV menunjukkan Tao Hsiao, 38, menemani teman wanitanya membeli-belah di sebuah pusat beli-belah di Xuzhou, Jiangsu, timur China. Selepas lima jam Tao yang keletihan mengajak teman wanitanya pulang. Saksi berkata, Tao dikatakan memberitahu teman wanitanya yang barang dibeli sudah mencukupi dan mereka sudah membawa terlalu banyak beg. Bagaimanapun, wanita terbabit mendesak agar mereka pergi ke sebuah lagi kedai kasut yang menawarkan potongan harga. "Mangsa memberitahu yang wanita itu sudah mempunyai banyak kasut, lebih banyak daripada yang boleh dipakainya sepanjang hayat dan tiada guna membeli sepasang lagi. "Wanita terbabit mula menjerit dan menuduhnya kedekut serta merosakkan semangat Krismas. Mereka r bergaduh besar," kata saksi berkenaan. Pergaduhan terhenti apabila Tao menghempaskan beg beli-belah mereka ke lantai dan terus terjun dari balkoni. Dia jatuh di atas pokok Krismas sebelum jatuh ke lantai menyebabkan orang ramai yang terkejut bertempiaran lari kerana panik. Petugas kecemasan tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian tetapi mendapati Tao sudah tidak bernyawa. Jurucakap pusat beli-belah berkata, mayat Tao dialihkan dengan segera. "Mangsa jatuh di satu daripada kedai di tingkat bawah sebelum jatuh ke lantai. "Ini adalah insiden yang tragik tetapi tempoh waktu ini mungkin detik sukar bagi sesetengah orang," katanya, semalam.- Agensi |
| KDN Dedah 10 bukti Mat Sabu Terlibat Syiah Posted: 12 Dec 2013 05:59 PM PST ![]() Kementerian Dalam Negeri hari ini mendedahkan 10 bukti orang nombor dua Pas terlibat dengan fahaman Syiah. Dalam sidang media di pejabatnya hari ini, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi mendakwa, kenyataan tersebut dibuat berdasarkan beberapa bukti yang dikumpulkan pihak berkuasa daripada percakapan lisan, penulisan dan video di Internet. Tambah beliau, antara bukti yang mengaitkan penglibatan pemimpin itu termasuklah menggesa supaya umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeini. "Bukti itu boleh dilihat melalui tulisannya bertajuk 'Teladan Pemerintahan Nabi Yusuf, Khomeini' dalam ruangan Fikrah terbitan lidah rasmi Pas, Harakah terbitan 5 hingga 15 Julai 2008," katanya. Beliau berkata, pemimpin tersebut turut secara terang-terangan memuji pemimpin Syiah Lubnan, Sayyid Hassan Nasrullah dan mengaku beliau serta isterinya bertemu dengan pemimpin Syiah berkenaan lebih daripada empat kali. Sementara itu, Abdul Rahim turut mendedahkan, Tuan Guru Abd Rahim dari Sungai Jagung, Pendang, Kedah juga mengesahkan pemimpin itu merupakan salah seorang penganut Syiah apabila kerap kali melihatnya menunaikan solat dengan menggunakan sebiji batu kecil leper di tempat sujudnya. Sementara itu, tambah Abdul Rahim lagi, antara perbuatan pemimpin berkenaan yang mencerminkan amalan ajaran Syiah adalah beliau juga dikatakan pernah melafazkan selawat sebagai mana yang diamalkan pengikut Syiah dalam satu ceramah Pas di Madrasah Diniah, Arau, Perlis pada 2005. "Berdasarkan temuramah antara pegawai KDN, Ustaz Zamihan Mat Zin dengan Dr Abdul Aziz Hanafi pada 11 Disember lalu, Dr Hanafi mengesahkan beliau melafazkan selawat tersebut," katanya. Katanya lagi, berdasarkan maklumat yang diperolehi KDN, beliau didapati telah beberapa kali menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah, Semanggol, Perak pada 2011. "Kelas pengajian tersebut dikendalikan oleh dua ustaz berfahaman Syiah yang bertugas di salah sebuah sekolah berfahaman Syiah di Gunung Semanggol, Perak," jelasnya. Sehubungan itu, katanya KDN dan agensi-agensi kerajaan sentiasa memantau dan peka terhadap ancaman kegiatan serta fahaman Syiah yang kian menular di negara ini. "Keterangan beliau sendiri melalui kata-kata, penulisan, rakaman ceramah dan aktiviti yang disertainya sama ada dalam dan luar negara, tidak sama sekali menyembunyikan kaitan beliau dengan Syiah. "Fahaman Syiah boleh menjejaskan aspek keselamatan dan ketenteraman awam termasuklah perpecahan dan keruntuhan nilai persaudaraan ummah," katanya lagi. Akui kagumi Komeini, nafi amal Syiah Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyerahkan kuasa kepada peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengaitkan dirinya dengan pengamal Syiah. Biarpun KDN hari ini mendedahkan 10 bukti mengenai perkara itu, pemimpin nombor dua Pas itu tetap menafikannya. Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, menafikan beliau adalah pengikut Syiah. Bagaimanapun, beliau mengakui mengagumi pemimpin Iran, Khomeini 'kerana kepimpinan dan perjuangannya mampu membawa umat Islam lebih berdikari'. Sebelum itu, Mat Sabu berkata, dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa beliau pengikut Syiah tidak seharusnya dikeluarkan kerana ia bukan sahaja membabitkan dirinya malah boleh menjejaskan hubungan Malaysia dengan negara yang mengamalkan ajaran Syiah. "Ini satu kenyataan paling tidak cermat dan boleh keruhkan hubungan Malaysia dengan negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), sekali gus menyusahkan kerajaan kerana pertikaian akidah umat Islam sedunia," katanya. Mat Sabu menegaskan dakwaan itu tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus berjuang bersama Pas dalam merangka perhimpunan membantah kenaikan harga barang. "Usikan Zahid tidak jejaskan perjuangan saya menentang kenaikan harga barang," katanya. |
| You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








0 comments:
Post a Comment