Powered by Blogger.

(TAHNIAH)Jovian Mandagie Dan Nina Ismail Sabri Kahwin 14 Disember Ini

(TAHNIAH)Jovian Mandagie Dan Nina Ismail Sabri Kahwin 14 Disember Ini


(TAHNIAH)Jovian Mandagie Dan Nina Ismail Sabri Kahwin 14 Disember Ini

Posted: 21 Nov 2013 01:36 AM PST

Pereka fesyen terkenal tanah air, Jovian Mandagie akhirnya telah pun mengumumkan tarikh perkahwinannya dengan kakak kepada penyanyi Dafi, Nina Ismail Sabri di dalam satu majlis di Bangsar Shopping Centre sebentar tadi. Jutaan tahniah diucapkan kepada mereka berdua atas berita gembira ini.

jovian mandagie dan nani ismail sabri

Di dalam kad jemputan yang diberikan kepada tetamu yang hadir, turut disertakan minyak wangi yang diberi nama Jovianina. Majlis resepsi bakal pengantin ini akan berlangsung pada 14 Disember 2013 bertempat di Grand Ballroom Shangri-La, Kuala Lumpur.

jovian mandagie dan nani ismail sabri

Semoga segala persiapan perkahwinan berjalan dengan lancar buat mereka berdua. Tahniah sekali lagi diucapkan. Beberapa lagi gambar bakal pengantin baru ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Putrajaya hentikan cadangan hadkan jangka hayat kereta

jovian mandagie dan nani ismail sabri
jovian mandagie dan nani ismail sabri
jovian mandagie dan nani ismail sabri
jovian mandagie dan nani ismail sabri
jovian mandagie dan nani ismail sabri
jovian mandagie dan nani ismail sabri
jovian mandagie dan nani ismail sabri
jovian mandagie dan nani ismail sabri

Baca Yang Ini Pulak:-

Penanggal Berterbangan Di Pawagam Bermula 28 November Ini

Posted: 21 Nov 2013 01:19 AM PST

Penanggal. Selaku orang Melayu, kisah seram mengenai penanggal  sering kali Abang Nara dengar. Lebih-lebih lagi ketika pulang ke kampung. Memang seram terbayangkan hantu penanggal ni berpisah kepala dengan badan dan terbang mencari mangsa dengan usus yang terlekat di kepala. Mangsa yang dicari tak lain tak bukan wanita yang sedang melahirkan anak.

penanggal

Mengikut imaginasi Abang Nara, rupabentuk penanggal lebih kurang macam gambar di atas. Seram kan? Jadi baru-baru ini apabila mendapat jemputan untuk menonton filem Penanggal arahan Ellie Suriaty, cuak jugak diri ni untuk menerimanya. Bukan apa, takut balik lepas tengok wayang ada terperasan benda-benda terbang akibat ketakutan yang melanda.

penanggal

Setelah berfikir panjang, Abang Nara gagahkan diri jua untuk melangkah ke The Curve untuk menonton filem Penanggal terbitan Grand Brilliance dan Astro Shaw ini. Rugi rasanya jika melepaskan peluang untuk melihat lakonan hebat Ummi Nazeera, Fasha Sandha, Azri Iskandar, Zul Ariffin dan Datuk Sharifah Aini. Lagipun Abang Nara memang "die hard fans" Ummi Nazeera sejak melihat lakonannya dalam drama Nur Kasih dulu.

penanggal
Nampak cantik kan Ummi Nazeera di atas? Hayatilah kecantikannya kerana dalam filem Penanggal, memang wajah Ummi sangat lain. Bayangkan Ummi yang comel ini tiba-tiba bertukar menjadi garang, bengis, berdarah, menyeramkan dan seriau mata memandang apabila bertukar menjadi Penanggal. Hampir mengalir air mata Abang Nara namun itulah kehebatan teknik solekan yang digunakan dalam filem sera m ini. Memang boleh dipuji.

penanggal

Mengisahkan Murni (Ummi Nazeera) yang mewarisi saka penanggal daripada neneknya dan menimbulkan kekacauan di kampung yang disinggahinya, kemunculan Syed Yusof (Azri Iskandar) yang merupakan seorang penuh dengan ilmu agama dilihat dapat menyelamatkan Murni daripada kesesatan itu. Salah satu kekuatan filem Penanggal yang menelan belanja RM2.8 juta ini ialah mutu lakonan kesemua pelakonnya terutama Zul Ariffin yang memberikan impak maksima dengan watak lelaki yang nampak seperti jahat tetapi mempunyai hati yang bersih.

penanggal

Sinematografi filem Penanggal juga seharusnya dipuji kerana berjaya menimbulkan keseraman dan keindahan hutan dalam masa yang sama. Namun bagi Abang Nara, kekuatan filem Penanggal ini adalah daripada segi penceritaannya yang mudah difahami. Tidak ada kecelaruan, akhiran yang mengelirukan atau babak yang tidak masuk akal. Kesemuanya mudah untuk dihadam oleh para penonton tanpa perlu berfikir panjang. Nilai hiburan sebegini memang sukar dicari dalam filem seram.
penanggal

Salah satu adegan yang Abang Nara tidak boleh lupa ialah ketika Murni bergelut di dalam lumpur. Memang terserlah kepayahan Murni untuk cuba bangun daripada lumpur yang menyaluti dirinya. Daripada pemahaman Abang Nara, lumpur itu menggambarkan kegelapan dan kejahatan yang ada di dalam diri Ummi. Namun Murni cuba untuk keluar daripada kegelapan itu dengan usaha yang sekuat hati.

penanggal

Berjaya atau tidak untuk Murni pulang ke jalan yang diredhai Allah dengan bantuan Syed Yusof? Nak tahu kenalah pergi menonton filem Penanggal yang akan mula ditayangkan di seluruh pawagam bermula 28 November ini. Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan sebuah filem yang mendapat pujian bukan sahaja daripada media tempatan, tetapi juga media antarabangsa. Tempah tiket hari ini juga . Takut-takut sold out nanti.

Baca Yang Ini Pulak:-

David Teo Bakal Filemkan Misteri Villa Nabila

Posted: 20 Nov 2013 09:39 PM PST

Nama Villa Nabila memang popular sehari dua kebelakangan ini. Khabar angin kononnya 30 orang masuk ke dalam Villa Nabila tetapi hanya 7 yang berjaya keluar ternyata menaikkan lagi keseraman. Malah villa yang terletak di Johor Bahru ini turut disenaraikan sebagai salah sebuah tempat paling berhantu di dalam Expedia pasti membuatkan bulu roma naik jika anda singgah ke situ.

villa nabilaSusulan popularati yang dijana baru-baru ini, David Teo, boss besar Metrowealth berkata bahawa pihaknya bercadang untuk memfilemkan mengenai villa misteri ini. Kejayaan filem Highland Tower yang mengutip lebih daripada RM3 juta meyakinkan lagi David Teo untuk mengulangi kejayaan yang serupa menerusi filem Villa Nabila. Kata David Teo:-

Bukan bermakna saya percaya benda tahyul. Macam Highland Tower, kita lakukan penyelidikan dulu sebelum ke lokasi. Tambahan pula tempat itu ada kisah tersendiri untuk diketengahkan apatah lagi banyak versi yang ditokok tambah hingga ramai ingin tahu cerita sebenar.

Namun projek Villa Nabila ini masih dalam perancangan kerana ada beberapa lokasi lain yang sesuai dijadikan sandaran filem dokumentasi ala Highland Tower. Kita tengok dulu kesesuaian dan dan persetujuan individu yang bakal dipertanggungjawabkan sebagai pengarah projek ini.

david teo

Bagi Abang Nara, David Teo memang bijak orangnya. Inilah cara orang berniaga berfikir. Mana yang boleh datangkan keuntungan, perlu digunakan secepat mungkin. Lagipun mana tahu melalui filem Villa Nabila kelak, segala misteri mengenai tempat itu akan terbongkar. Diharap para pelakon dan pengarah jangan lupa baca ayat pendinding. Takut-takut nanti masuk Villa Nabila tak jumpa jalan keluar pulak. Hehehe. Info asal Berita Harian.

Baca Yang Ini Pulak:-

Mahkamah Batalkan Mesyuarat Seniman, Zed Zaidi Hilang Jawatan Presiden

Posted: 20 Nov 2013 08:18 PM PST

Hati mana yang tidak sedih apabila jawatan Presiden yang disandang selama ini tiba-tiba terbatal begitu sahaja. Namun keputusan mahkamah tidak boleh dipertikaikan. Keputusan Mahkamah Tinggi memutuskan Mesyuarat Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) kali ke-14 yang diadakan pada 25 Mei tahun lalu adalah tidak sah dan terbatal menyebabkan Zed Zaidi bukan lagi presiden persatuan tersebut.

zed zaidi hilang jawatan presiden

Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop turut mengarahkan Mesyuarat Agung diadakan semula dalam tempoh dua bulan dari tarikh hari ini yang akan dikendalikan oleh Pertubuhan Pendaftar (ROS).

Rosilah turut merintah agar kos perbicaraan RM 60,000 dibayar kepada Seniman dalam tempoh sebulan oleh defendan kedua hingga hingga kelapan. Kesemua defendan tersebut juga perlu membayar kos ganti rugi khas RM 56,000 kepada plaintif.

Dalam saman yang difailkan pada 25 Januari lalu, plaintif iaitu Abu Bakar, Sahlak Sudiran (S. Sahlan), Roslinda Buang (Linda Buang), Mior Ahmad Zaudi Mior Ali dan Datuk Abdullah Sani (Sonny Abdullah) menamakan Seniman dan bekas presidennya, Harun Salim Bachik, Omar Kamarudin @ Yusof Kelana dan Wafa A. Kadir defendan pertama hingga empat.

Zed Zaidi, Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar (Syean) dan Zaharudin Wahab (Den Wahab) turut disenaraikan sebagai defendan kelima hingga kelapan. Pihak defendan diwakili peguam Mohd. Yusni Yussof, Suhaimi Saad dan Zahrin Ishak.

Menurut pernyataan tuntutan, defendan kedua, ketiga dan keempat merupakan Presiden, Setiausaha, Bendahari Seniman bagi sesi 2009/2012 sementara defendan kelima ketika itu Pemangku Timbalan Presiden manakala defendan keenam pula, salah seorang ahli jawatankuasa persatuan. Info asal Kosmo.

Baca Yang Ini Pulak:-

(20 GAMBAR)Majlis Perkahwinan Riz Amin & Sharifah Fazlina

Posted: 20 Nov 2013 08:07 PM PST

Maafkan Abang Nara kerana terlepas pandang mengenai majlis perkahwinan pelakon kacak Riz Amin. Nasib baik ada pembaca BeautifulNara yang prihatin mengingatkan Abang Nara mengenai hari bersejarah Riz Amin dan isterinya, Sharifah Fazlina. Jutaan tahniah diucapkan buat mereka berdua.

sharifah fazlina riz amin

Kalau tak silap Abang Nara, majlis pernikahan mereka telah berlangsung pada 15 November lalu di Bukit Jelutong. Sehari kemudian, majlis resepsi pula diadakan. Memang nampak meriah. Buat Riz Amin dan Sharifah Fazlina, selamat menjalani kehidupan suami isteri.

sharifah fazlina riz amin

Lagi beberapa gambar majlis perkahwinan Riz Amin dan Sharifah Fazlina dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar TheMost Photography.

sharifah fazlina riz amin
sharifah fazlina riz amin
sharifah fazlina riz amin
sharifah fazlina riz amin
sharifah fazlina riz amin
sharifah fazlina riz amin
sharifah fazlina riz amin
sharifah fazlina riz amin
sharifah fazlina riz amin
sharifah fazlina riz amin
sharifah fazlina riz amin
sharifah fazlina riz amin
sharifah fazlina riz amin
sharifah fazlina riz amin
sharifah fazlina riz amin
sharifah fazlina riz amin
sharifah fazlina riz amin
sharifah fazlina riz amin

Baca Yang Ini Pulak:-

Amy Search Akui Muflis Akibat Dikhianati Kawan

Posted: 20 Nov 2013 06:49 PM PST

Sebelum ini, terlalu banyak khabar angin yang bertiup mendakwa Amy Search sebenarnya sudah muflis. Sebelum ini Amy enggan memberi komen mengenai perkara tersebut, namun akhirnya dia tampil dan mengakui bahawa sudah muflis akibat perbuatan khianat kawan baiknya sendiri.

amy search muflis

Dunia sekarang ini memang penuh dengan dugaan. Kawan baik pun boleh jadi kawan yang menjatuhkan kita. Sukar untuk tahu siapa benar-benar kawan atau sekadar bersama kita untuk mengambil peluang. Kata Amy Search:-

Apa yang boleh saya katakan, saya sebenarnya dianiaya oleh sahabat baik sendiri sehingga menyebabkan saya muflis. Itulah akibat terlalu percayakan kawan. Namun buat masa ini saya tidak mahu mengulas lanjut kerana akan membawa kes ini ke mahkamah untuk tindakan seterusnya

amy search

Apa yang mengkagumkan Abang Nara, Amy Search sudah pun memaafkan kawan baiknya itu. Fuh~~ Memang hati murni sungguh Amy Search ini. Kalau Abang Nara mungkin sampai kiamat pun tak akan maafkan. Iyerlah orang itu dah mufliskan kita. Takkan senang-senang je nak redha kan? Kata Amy lagi:-

Saya dah ampunkan orang yang menganiaya saya. Terpulang kepada dia untuk selesaikan kes ini. Buat masa ini, dia memang langsung tidak berjumpa saya.

Apa lagi yang boleh saya buat selain bersabar dengan dugaan yang menimpa kerana mungkin ada hikmah di sebaliknya. Saya masih bersyukur kerana mempunyai kudrat untuk terus bekerja dan menampung keluarga

Abang Nara doakan agar Amy Search dan keluarga bersabar dengan dugaan yang menimpa dirinya ini. Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambanya dengan ujian yang tidak mampu dihadapinya. Mungkin ada hikmah di atas kejadian ini. Semoga Amy Search tidak lagi tersilap memilih kawan di masa hadapan. Hati-hati ye semua. Info asal Mstar Online dan Harian Metro.

P.S: Prototaip Honda Civic Type R didedahkan

Baca Yang Ini Pulak:-

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani