AJL28 - 12 LAGU LAYAK BERENTAP DI FINAL
AJL28 - 12 LAGU LAYAK BERENTAP DI FINAL |
- AJL28 - 12 LAGU LAYAK BERENTAP DI FINAL
- 'HANTU TOK MUDIM' MENGAMUK DI PAWAGAM
- ALBUM BARU - PALING CINTA DALAM DUNIA
- INFO SANA SINI - KONSERT DESTINI 2013
| AJL28 - 12 LAGU LAYAK BERENTAP DI FINAL Posted: 22 Nov 2013 12:19 PM PST Semalam, sebanyak 12 buah lagu terbaik telah layak ke Anugerah Juara Lagu 28 selepas bertarung di pentas separuh akhir Muzik Muzik 28. Antara lagu yang layak ke peringkat akhir (26 Januari 2014) ialah Penglipurlara (Hazama), Takkan Terpisah (Black), Bahagiaku Deritamu (Hafiz Suip), Aku Pelat (Salam Muzik), In Love With You (Noh Salleh & Aizat Amdan), Bosan (Stacy), Kalau Aku Kaya ( Awi Rafael & Altimate), Hanya Aku (Hyper Act), Tanda Tanya (Azlan & The Typewriter), Sahabat (Najwa Latiff), Ikut Rentakku (Jaclyn Victor) dan Kau Yang Terindah (Alyah). ![]() << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> |
| 'HANTU TOK MUDIM' MENGAMUK DI PAWAGAM Posted: 22 Nov 2013 01:12 AM PST Sebuah lagi filem bergenre seram komedi iaitu 'Hantu Tok Mudim' telah mula ditayangkan di pawagam bermula 21 November lalu yang berkisarkan tragedi ngeri yang menghantui Kampung Seri Menawan. Semuanya gara-gara hantu Tok Mudim muncul untuk membalas dendam terhadap seluruh penduduk kampung berkenaan. Bagaimanapun, menurut pengarah filem tersebut, cerita tentang bersunat bukanlah mahu menakutkan kanak-kanak kerana ia bukanlah perkara asing dalam masyarakat Melayu, bahkan kaum lain juga turut mempercayai kaedah bersunat baik untuk anak mereka. << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> |
| ALBUM BARU - PALING CINTA DALAM DUNIA Posted: 22 Nov 2013 12:49 AM PST Paling Cinta Dalam Dunia merupakan single yang kedua diangkat setelah Antara 2 Darjat yang telah didedahkan pada khalayak kira-kira Januari 2013 yang lalu. Lagu ini merupakan trek ke-4 didalam EP mereka yang terbit pada 9 November lalu. Lagu ini dicipta oleh Iqbal dan dirombak semula bersama ahli kumpulan iaitu Johan, Fei, Shahrin dan Shah Salleh. Menurut Iqbal, lagu ini didedikasikan kepada isterinya yang dicintai. "Saya mungkin tak dapat berikan dia Taj Mahal, jadi saya buat apa yang saya boleh buat. Kerna itulah datangnya lagu ini. Lagu ini adalah dedikasi saya terhadap cinta saya pada dia," jelas Iqbal Kulit album - klik gambar untuk imej besar ![]() << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> |
| INFO SANA SINI - KONSERT DESTINI 2013 Posted: 22 Nov 2013 12:32 AM PST Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM akan menganjurkan Konsert Destini pada 20 dan 21 Disember ini di Dewan Agong Tunku Canselor (DATC) di sini. Konsert tersebut akan menampilkan barisan artis terkenal tanah air seperti Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search, Hafiz AF, Jaclyn Victor, Adira dan Dayang Nurfaizah selain penampilan khas artis Indonesia, Datuk Rossa dan Pasha Ungu. Klik gambar untuk imej besar... ![]() << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> |
| You are subscribed to email updates from Gosip Artis Malaysia Terkini dan Gambar Artis Malaysia Terbaru - MYARTIS.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




0 comments:
Post a Comment