(14 FOTO) Pra Perkahwinan Shahrol Shiro & Nor Farhanah
(14 FOTO) Pra Perkahwinan Shahrol Shiro & Nor Farhanah |
- (14 FOTO) Pra Perkahwinan Shahrol Shiro & Nor Farhanah
- Akim Dan Stacy Impikan Bulan Madu Di Eropah, Tiada Perancangan Tentang Zuriat
- Puteri Sarah Serahkan Soal Cahaya Mata Kepada Rezeki
- (25 FOTO) Sekitar Majlis Pertunangan Serta Malam Berinai Shaheizy Sam & Syatilla Melvin
- Ziela Jalil, Hans Isaac & Norman KRU Kini Bergelar Datuk
(14 FOTO) Pra Perkahwinan Shahrol Shiro & Nor Farhanah Posted: 07 Feb 2016 08:50 AM PST Bulan Mac depan, pelawak Shahrol Shiro bakal menamatkan zaman dudanya bersama gadis pilihan hati, Nor Farhanah Syamimi. Majlis akad nikah akan diadakan pada 18 Mac dan diikuti majlis persandingan di pihak perempuan pada 19 Mac. Walaubagaimanapun, Shahrol masih belum mengumumkan tarikh bagi majlis resepsi di pihak lelaki. Seperti pasangan yang lain, Shahrol dan Farhanah juga telah mengadakan sesi fotografi pra perkahwinan mereka. Sesi tersebut telah diadakan di restoran milik Dato Fazley iaitu Suka Sucre Bistro. Berikut beberapa lagi foto pra perkahwinan Shahrol dan Farhanah dengan membaca entri ini sepenuhnya. Sumber Foto: Instagram nabil_nadir
|
Akim Dan Stacy Impikan Bulan Madu Di Eropah, Tiada Perancangan Tentang Zuriat Posted: 07 Feb 2016 08:20 AM PST Mengimpikan untuk berbulan madu secara backpacker mengelilingi Eropah, Akim dan Stacy bagaimanapun terpaksa menangguhkan hasrat mereka itu sebentar kerana masing-masing masih lagi sibuk dengan kerja.
Seperti pasangan lain yang baharu berkahwin, mereka juga tidak dapat lari dengan soalan tentang perancangan mereka untuk mendapat anak. Jelas Stacy, beliau dan suami tidak mempunyai sebarang perancangan soal cahaya mata dan menyerahkan soal itu kepada rezeki.
Sama cantik dan sepadan sahaja pasangan Akim dan Stacy. Semoga mahligai yang dibina kekal sehingga ke jannah dan kami berharap agar anda berdua dilimpahi dengan kasih sayang serta rasa cinta yang lebih lagi selepas ini.
|
Puteri Sarah Serahkan Soal Cahaya Mata Kepada Rezeki Posted: 07 Feb 2016 08:05 AM PST Dua tahun mendirikan rumah tangga bersama pengarah terkenal Syamsul Yusof, persoalan tentang zuriat sering ditanyakan kepada Puteri Sarah, lebih-lebih lagi selepas adik iparnya Syafiq Yusof kini sudah mempunyai cahaya mata. Mengakui tertekan dengan soalan tersebut sebelum ini, Puteri Sarah bagaimanapun sudah mula lali ketika disoal tentang zuriat.
Bakal menunaikan umrah buat kali ketiga pada bulan Mac depan, Puteri Sarah dan Syamsul akan terus berdoa untuk diberikan peluang menjadi ibu dan bapa. Rezeki untuk mendapatkan cahaya mata semuanya ketentuan Allah SWT. Pedulikan soalan daripada orang ramai apa yang penting teruskan berusaha dan berdoa. |
(25 FOTO) Sekitar Majlis Pertunangan Serta Malam Berinai Shaheizy Sam & Syatilla Melvin Posted: 07 Feb 2016 08:02 AM PST Hari ini pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin bakal disatukan sebagai suami isteri di kediaman pengantin perempuan terletak di Nibong Tebal, Pulau Pinang. Syatilla anggun mengenakan busana berwarna rona merah bata, manakala Shaheizy segak mengenakan baju kurta warna sedondon. Mesti ada yang tidak sabar untuk menanti perkahwinan mereka bukan? Harapnya semua berjalan dengan lancar. Sebelum tu, jom kita layan dulu foto-foto sekitar majlis pertunangan dan malam berinai Sam dan Syatilla yang diadakan di Bukit Jawi Golf Resort, Pulau Pinang, dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
|
Ziela Jalil, Hans Isaac & Norman KRU Kini Bergelar Datuk Posted: 06 Feb 2016 05:47 PM PST Tanggal 6 February semalam merupakan tarikh bermakna buat tiga orang penggiat seni tanah air apabila mereka dikurnikan Darjah Indera Mahkota Pahang, yang membawa gelaran Datuk bersempena Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah. Mereka ialah Presiden Eksekutif Kumpulan KRU, Norman Abdul Halim atau Norman KRU, Pengarah Urusan Tall Order Sdn Bhd Gerald Hans Isaac dan Pengarah Urusan Pena Creative Pictures Sdn Bhd Norzilah Abdul Jalil atau Ziela Jalil. Istiadat tersebut disempurnakan oleh Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah bertempat di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang. Ketiga-tiga mereka bersyukur atas kurniaan tersebut dan mengakui ia satu pencapaian yang terbesar buat mereka. Buat Ziela dan Norman, ia merupakan penyuntik semangat serta sumber inspirasi untuk mereka terus berjuang dalam industri seni dan menghasilkan karya yang terbaik buat masyarakat. Tahniah kami ucapkan kepada Datuk Norman, Datuk Hans dan Datuk Ziela. Sememangnya mereka bertiga layak untuk menerima anugerah tersebut kerana masing-masing mempunyai pencapaian yang agak baik didalam bidang hiburan di Malaysia. |
You are subscribed to email updates from a feed. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
0 comments:
Post a Comment