Powered by Blogger.

Sebagai Juri, Saya Tahu Apa Yang Saya Lakukan – Adlin Aman Ramlie


Sebagai Juri, Saya Tahu Apa Yang Saya Lakukan – Adlin Aman Ramlie
Azad Jazmin Buat Laporan Polis Kerana Difitnah Larikan Duit
(TAHNIAH)Salima AF Selamat Timang Cahaya Mata Sulung
Filem Suamiku Encik Perfect 10! Kutip RM2.2 Juta Dalam 11 Hari
Fara Fauzana Bakal Ganti Tempat Scha Di Muzik-Muzik?
Saya Padam Gambar Dengan Sharnaaz Bukan Kerana Cemburu – Anis Al Idrus
(10 GAMBAR)Ezzaty Abdullah Yang Semakin Popular Menerusi Drama Delina
Zizan Muatnaik Gambar Bersama Fazura, Tutup Spekulasi Permusuhan


Sebagai Juri, Saya Tahu Apa Yang Saya Lakukan – Adlin Aman Ramlie
Program Mentor Legend yang sedang bersiaran di TV3 kali ini penuh dengan kontroversi. Salah satu perkara yang paling hangat dibincangkan ialah keupayaan para juri memberikan markah yang tepat kepada para peserta. Banyak penonton program ini tidak berpuas hati dengan salah seorang juri iaitu Adlin Aman Ramlie. Mereka menganggap Adlin berat sebelah, memberi markah yang tidak sepatutnya dan tidak pandai menilai persembahan para peserta.



Para penonton Mentor Legend telah memuatnaik rasa tidak puas hati mereka di laman sosial TV3. Lebih ekstrim, ada yang meminta agar Adlin Aman Ramlie digantikan dengan juri lain. Kes panas jugaklah sebenarnya. Menariknya, Adlin mengetahui perkara ini dan menjelaskan dirinya lebih mengadili seni persembahan. Kata Adlin:-


Ya, saya ada baca komen-komen tersebut. Biarlah, bukan saya tidak tahu, saya boleh faham. Sebagai juri, saya tahu apa yang saya lakukan. Jika audiens di luar tidak faham, saya tak hairan tapi untuk semua mentor yang terlibat, mereka harus faham dengan keputusan yang dilakukan.

“Peranan saya sebagai juri lebih kepada seni persembahan yang ditonjolkan. Saya lebih melihat kepada apakah potensi maksimum yang ditunjukkan oleh setiap protege menerusi persembahan mereka.

Teknikal dan keupayaan menyanyi merupakan kekuatan buat mereka. Mereka (peminat) perlulah bijak. Sebagai juri, pastinya saya mahukan seseorang yang diperlukan dalam industri hiburan kini.



Selaku orang bukan seni, Abang Nara tak faham pun apa itu seni persembahan. Selaku penonton, Abang Nara hanya tahu nyanyian best atau tidak. Bab-bab seni persembahan memang terlalu ‘complicated’ untuk Abang Nara nilai. Mungkin mereka yang belajar tentang hal itu sahaja yang tahu. Apa pun, kita nantikan pengadilan Adlin Aman Ramlie untuk Mentor Legend minggu ini. Diharap kurang kontroversi dan lebih tepat. Sumber Sinar Harian.



P.S: Hanya untuk pembaca BeautifulNara, diskaun sebanyak 20% di www.misclaire.com dipanjangkan. Diskaun ini boleh diperolehi apabila anda membuat pembelian 2 barangan daripada ‘Festival & Celebration’. Saiz sehingga 6XL. Semuanya cantik-cantik dengan harga yang amat berpatutan. Jangan lupa LIKE Facebook Misclaire dan follow Instagram MisClaire untuk informasi lanjut.



Azad Jazmin Buat Laporan Polis Kerana Difitnah Larikan Duit

Posted: 04 Feb 2015 09:29 PM PST


Nampaknya kemelut antara Rania Marketing dan Azad Jazmin serta isterinya, Eira Syazira semakin meruncing. Sebelum ini suami isteri ini telah memaklumkan yang mereka sudah tiada ada kaitan lagi dengan perniagaan milik Datuk Suhaimi Othman dan Datin Muniroh Shuhaimy itu. Namun pemilik Rania Marketing itu telah tampil di rancangan Melodi dan Galaksi serta mendakwa Azad melarikan sejumlah wang kepunyaan syarikat tersebut.



Terkejut dengan dakwaan yang disifatkan sebagai fitnah itu, Azad Jazmin telah membuat laporan polis terhadap pemilik Rania Marketing di Balai Polis Puchong petang semalam. Kata Azad:-


Jika pihak mereka nak saman saya dan yang teraniaya dipersilakan. Kami di pihak yang benar. Kami ada bukti untuk bawa hal ini ke tengah. Setakat ini, kami ambil pendekatan tunggu dan lihat apa yang akan dilakukan mereka selepas ini, mereka yang melatah dulu dan menimbulkan provokasi.

Kami boleh saman malu terhadap mereka. Usaha untuk menyelesaikan perkara berbangkit sebelum ini berakhir dengan kesudahan yang mengecewakan. Saya teruja dengan apa yang ditawarkan syarikat ini kerana berhasrat mahu membantu bangsa Melayu yang lain… tetapi nampaknya semuanya hanya janji manis.

Saya rasa bertanggungjawab kerana hampir 1,000 orang di bawah saya pun tak dapat pulangan. Kali terakhir saya dapat cek bernilai RM800. Bayangkan dengan jumlah itu saya perlu bahagi kepada mereka yang di bawah saya



Fuh~~ Abang Nara tak dapat bayangkan kerugian yang dialami oleh 1,000 orang tersebut. Mesti ada yang buat pinjaman bank, gadai tanah dan sebagainya. Mesti mereka terkontang-kanting sekarang ini. Duit habis puluh-puluh ribu, tapi pulangan sesen pun tak ada. Orang Melayu kita juga yang kena tipu. Sedih sungguh!!! Nasihat Abang Nara, kalau ada pelaburan yang menjanjikan untung tak masuk akal, tak perlulah masuk. Kemungkinan besar ia adalah satu penipuan. Untung tak dapat, duit hilang lesap. Sumber Berita Harian.


(TAHNIAH)Salima AF Selamat Timang Cahaya Mata Sulung

Posted: 04 Feb 2015 07:52 PM PST


Salima yang merupakan produk program realiti Akademi Fantasia telah pun berkahwin dengan pendakwah terkenal, Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre pada Oktober 2013. Untuk makluman, Salima merupakan isteri kedua kepada ustaz tersebut dan pernah memaklumkan dirinya selesa hidup bermadu. Baru-baru ini, Salima telah pun selamat melahirkan cahaya mata sulung hasil perkahwinannya. Menariknya, madu Salima dan anak-anaknya turut sama hadir meraikan hari bahagia tersebut.



Bayi yang dilahirkan pada 26 Januari 2015 ini telah pun diberi nama Syed Ahmad Rayyan dan telah pun selamat dicukur oleh ayahnya sendiri pada hari ketujuh. Tahniah diucapkan kepada Salima, suami dan madu atas kehadiran orang baru dalam hidup mereka. Berdasarkan pemerhatian Abang Nara, Salima dan madunya memang mesra dan seumpama kawan baik. Mereka sering keluar bersama-sama. Indah sungguh hidup bermadu jika kena caranya.



Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Salima sekeluarga. Semoga kebahagiaan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. Sama-samalah kita doakan. Amin.


Filem Suamiku Encik Perfect 10! Kutip RM2.2 Juta Dalam 11 Hari

Posted: 04 Feb 2015 07:36 PM PST


Power!!! Di kala kesuraman kutipan filem tempatan menghantui para penerbit pada tahun 2014, filem Suamiku Encik Perfect 10 membuktikan sebaliknya. Selama 11 hari di pawagam, filem yang dibintangi Aaron Aziz dan Lisa Surihani ini sudah pun mengutip RM2.2 juta. Satu angka yang cukup memberangsangkan. Mungkin rezeki Lisa Surihani yang sedang mengandung sekarang ini.



Filem ini diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd dan merupakan adaptasi daripada sebuah novel. Pastinya para pembaca novel ini menjadi tunjang kepada kutipan yang memberangsangkan ini. Abang Nara masih belum berkesempatan menonton filem ini. Namun khabarnya, lakonan Aaron Aziz dan Lisa Surihani memang menyentuh perasaan. Ramai yang kehabisan tisu menontonnya.


Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan filem ini. Semoga kutipan yang hebat ini akan berterusan untuk filem-filem tempatan yang lain. Teruskan menyokong filem berkualiti.


Fara Fauzana Bakal Ganti Tempat Scha Di Muzik-Muzik?

Posted: 04 Feb 2015 06:37 PM PST


AJL29 yang lalu menyaksikan kemunculan terakhir Scha Al Yahya di dalam rancangan tersebut. Ramai yang tertanya-tanya siapakah yang bakal menggantikan tempat Scha sekaligus bergandingan dengan AG. Nama yang disebut-sebut ialah Fara Fauzana yang baru-baru ini telah berhenti daripada mengacara Nona. Desas-desus ini sudah bertiup kencang namun kesemuanya hanya akan terjawab pada sidang media esok.



Secara jujur, Abang Nara mahukan diva vas kedebas Azwan Ali untuk kembali mengacarakan Muzik-Muzik. Memang bombastik sungguh. Teringat kenangan ketika Azwan Ali mengacarakan program tersebut. Memang power. Memang setiap minggu tak akan terlepas tengok. Tetapi kalau Fara Fauzana pun okay jugak. Fafau memang banyak pengalaman mengacara. Sebelum ini pun Fafau pernah mengacara program hiburan iaitu Melodi. Jadi setakat Muzik-Muzik tue memang ‘makanan’ Fafau rasanya.



Apa pun sama-samalah kita nantikan pengumumkan pengacara Muzik-Muzik pada hari esok. Kemungkinan besar memang nama Fafau yang akan diumumkan. Apa pendapat anda dengan pemilihan ini? Sesuai atau tidak? Adakah anda mempunyai nama lain yang lebih sesuai?


Saya Padam Gambar Dengan Sharnaaz Bukan Kerana Cemburu – Anis Al Idrus

Posted: 04 Feb 2015 06:10 PM PST


Cemburu dalam percintaan adalah satu perkara biasa. Kalau tak cemburu, bermakna mungkin kasih sayang kita tak cukup ‘deep’. Namun cemburu juga harus ada batasnya. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan desas-desus tamatnya hubungan cinta Sharnaaz Ahmad dan Anis Al Idrus. Ia dikatakan berpunca daripada status Sharnaaz Ahmad yang mengucapkan tahniah kepada bekas kekasihnya, Shila Amzah.



Sehingga ke hari ini Sharnaaz dan Anis tidak memberikan maklumbalas muktamad tentang percintaan mereka. Putus atau tidak, hanya mereka berdua sahaja yang tahu. Namun yang pasti desas-desus ini semakin kuat apabila Anis memadam gambar dirinya dengan Sharnaaz di Instagram. Mungkinkah Anis cemburu dengan perbuatan Sharnaaz? Menurut Anis, tiada sekelumit pun perasaan cemburu dengan apa yang telah dilakukan oleh Sharnaaz. Kata Anis:-


Saya padam gambar-gambar tersebut bukan kerana cemburu Sharnaaz dengan bekas kekasih dia, bagi saya perkara itu sudah lama berlalu dan ia adalah masa lalu dia.

Lagi pula Sharnaaz sendiri ada beri penjelasan pada saya kenapa dia berbuat demikian dan ia hanya atas dasar profesionalisme sahaja.

Cuma ada perkara lain yang saya rasa tidak perlu berkongsi dengan peminat dan ianya terlalu peribadi antara saya dan Sharnaaz.

Saya tidak mahu komen tentang hubungan kami dan lebih baik biar Sharnaaz sahaja yang jelaskan kerana dia lelaki



Daripada kata-kata Anis Al Idrus, Abang Nara dapat merasakan yang hubungan mereka berdua telah tamat. Selalu kalau perempuan bagi ayat-ayat seperti di atas, itulah maksudnya. Sedih juga dengan nasib yang seringkali menimpa Sharnaaz ini. Selalu cinta tak kesampaian. Mungkin belum bertemu wanita yang benar-benar memahami dirinya. Satu hari nanti pasti akan dijumpai jua. Diharap Sharnaaz bersabar. Buat masa ini, tumpukanlah pada lakonan dan perniagaan anda. Sumber Mstar Online.

P.S: Mazda 5 akan dihentikan pengeluaran


(10 GAMBAR)Ezzaty Abdullah Yang Semakin Popular Menerusi Drama Delina

Posted: 04 Feb 2015 05:29 PM PST


Drama Delina kini sedang ditayangkan di TV9. Pelakon utama drama ini ialah Ezzaty Abdullah. Comel juga orangnya. Macam mana Abang Nara boleh terlepas pandang si comel ini. Ini memang merugikan. Terus Abang Nara mencari informasi yang berkaitan dengan Ezzaty. Rupa-rupanya tahun lepas Ezzaty merancang untuk berkahwin namun ia dibatalkan. Mungkinkah jodoh Ezzaty dengan Abang Nara? Hehehe (lari bini kejarrrrrrrr),



Baru berusia 24 tahun, Ezzaty Abdullah sudah lama menceburkan diri dalam dunia lakonan. Cuma namanya tidak sepopular para pelakon lain. Mungkin kerana tiada gosip murahan. Itu satu petanda yang bagus. Daripada banyak kontroversi, lebih baik tumpukan pada prestasi. Tak gitu? Baru-baru ini Ezzaty dikaitkan dengan Azwan Kombos tetapi dia memaklumkan yang hubungan mereka sekadar kawan sahaja.


Saya dengan Azwan hanya kawan artis sahaja, selain Azwan saya juga rapat dengan seorang artis baharu iaitu Daler dan kami sering keluar bersama-sama.

Saya baru putus tunang dan pengalaman itu sentiasa membuatkan saya lebih berhati-hati dalam memilih pasangan agar tidak berlaku kesilapan sekali lagi.



Diharap bintang Ezzaty Abdullah akan semakin bersinar selepas ini. Buat anda yang meminati pelakon ini, bolehlah mengikuti Instagram @ezzatyabdullah. Banyak gambar yang dimuatnaik olehnya. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.












Zizan Muatnaik Gambar Bersama Fazura, Tutup Spekulasi Permusuhan

Posted: 04 Feb 2015 05:09 PM PST


Akhirnya Zizan telah memuatnaik gambarnya bersama Fazura untuk menutup spekulasi permusuhan antara mereka berdua yang begitu hangat diperkatakan sekarang ini. Suka Abang Nara melihat kegembiraan, kemesraan dan keriangan di dalam gambar tersebut. Fazura gelak tak ingat. Mungkin Zizan buat lawak yang mencuit hati. Gambar ini sekaligus pasti menutup desas-desus pergaduhan antara mereka berdua.



Caption yang dimuatnaik oleh Zizan di gambar ini juga menjelaskan yang mereka menyayangi antara satu sama lain dan bukannya bermusuhan seperti yang digembar-gemburkan.


Makan gelak makan gelak #LovenotHate #FAZURA #ZIZANRAZAK #ZIZAN



Diharap selepas ini tiada lagi spekulasi yang bukan-bukan antara mereka berdua. Zizan dan Fazura elok je berkawan baik tapi peminat-peminat yang bergaduh tak ingat. Kelakar pun ada jugak kan? Semoga hubungan persahabatan antara mereka berdua terus terjalin.

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani