Pengakuan Isteri Teransang Dan Tidak Tahan Digoda
Pengakuan Isteri Teransang Dan Tidak Tahan Digoda |
- Pengakuan Isteri Teransang Dan Tidak Tahan Digoda
- Bayi Melecur Terkena Air Panas Dimandikan Jururawat
- Kontroversi Datuk Ramli MS, Alyah Sah Sudah Nikah!
Pengakuan Isteri Teransang Dan Tidak Tahan Digoda Posted: 27 Aug 2014 05:36 PM PDT Pengakuan Isteri Teransang Dan Tidak Tahan Digoda | SUDAH hampir setahun suaminya berkhidmat di sebuah negara di kutub utara. Tinggallah Zamira (bukan nama sebenar) bersama tiga anaknya di ibu kota meneruskan kehidupan seperti biasa. Faktor tidak biasa dengan cuaca terlalu sejuk membuatkan Zamira memilih membesarkan anak-anak di negara tercinta sahaja. Jika sebelum ini dia hanya menjadi suri rumah sepenuh masa, Zamira juga memilih untuk bekerja bagi menghilangkan rasa bosan di rumah. Wanita berusia 31 tahun ini akhirnya berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan di sebuah syarikat telekomunikasi. Anak-anaknya berusia lingkungan lima hingga lapan tahun juga sudah mula ke sekolah, dek kerana cita-cita tertangguh dahulu, Zamira turut mendaftarkan diri sebagai pelajar sambilan di sebuah universiti tempatan mengambil jurusan pentadbiran perniagaan. Hidup Zamira memang penuh dengan aktiviti, setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8 pagi hingga 7 malam dia akan berada di pejabat. Bila balik pula dia menguruskan kelengkapan anak-anak untuk ke sekolah esok hari dan hujung minggu pula Zamira menghadiri kelas menuntut ilmu di peringkat ijazah.
Mujurlah juga Zamira mempunyai seorang pembantu rumah yang baik hati dan jujur jadi Zamira tidak mempunyai tekanan memikirkan keadaan rumah dan anak-anaknya di rumah. Dek kerana jauh, suami Zamira hanya akan pulang ke tanah air kira-kira lima bulan sekali. Kerinduan Zamira dan anak-anak pada suami dilepaskan semata-mata menerusi internet atau panggilan video.
Biarpun sibuk dengan pelbagai aktiviti, Zamira mengakui jiwanya begitu kosong tanpa teman yang bernama lelaki. Bila semakin lama suaminya di luar negara, perasaan kebergantungan menjadi semakin nipis dan Zamira kini sungguh berdikari.
Dua bulan berlalu selepas mengenali Irfan, Zamira merasakan kehidupannya sungguh ceria. Jiwanya rasa seakan gadis yang baru mula mengenali erti cinta, satu perasaan yang mengujakan Zamira setiap hari dan dia bersemangat ke pejabat semata-mata untuk makan tengah hari bersama Irfan. Kemesraannya dan Irfan menyebabkan Zamira ada terdetik di hati untuk berkahwin dengan Irfan. Dia mula merancang strategi mencari alasan berpisah dengan suami. Hinggalah pada satu hari anak sulung Zamira diserang demam denggi, betapa paniknya Zamira kerana terpaksa menguruskan anaknya di hospital seorang diri.
“Suami saya tidak pernah mengetahui tentang apa yang telah terjadi dan menerima keputusan saya dengan hati terbuka, itulah yang terbaik untuk kami," ujarnya mengakhiri bicara. - ** gambar diatas hanya gambar hiasan.. bukan gambar sebenar… |
Bayi Melecur Terkena Air Panas Dimandikan Jururawat Posted: 27 Aug 2014 05:28 PM PDT Bayi Melecur Terkena Air Panas Dimandikan Jururawat | Kegembiraan pasangan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menimang cahaya mata keempat di Hospital Manjung di sini kelmarin bertahan tujuh jam sebelum bayi lelaki tersebut kemudian melecur di badan terkena air panas didakwa angkara kecuaian jururawat di hospital itu. Bayi malang yang dilahirkan pada pukul 12.20 tengah malam itu melecur ketika seorang jururawat berusia lingkungan 40-an memandikan bayi itu pada pukul 7 pagi.
Bapa bayi itu, Pegawai Waran 1, TLDM Lumut, Abdul Malek Jumat, 42, berkata, bayi yang belum diberi nama dengan berat badan 3.31 kilogram dilahirkan secara normal selepas isterinya, Sarjan Jamaliah Mohd. Diah, 39, dimasukkan ke hospital tersebut pada pukul 8 pagi kelmarin. - sumber - |
Kontroversi Datuk Ramli MS, Alyah Sah Sudah Nikah! Posted: 27 Aug 2014 05:24 PM PDT Kontroversi Datuk Ramli MS, Alyah Sah Sudah Nikah! | Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengunjungi kediaman mewah komposer ternama Datuk Ramli MS di Bandar Kinrara, di sini awal pagi ini, dipercayai bagi menyiasat status hubungan beliau dengan penyanyi Alyah. Dalam tinjauan pada jam 7.30 pagi oleh sembilan pegawai JAIS yang lengkap beruniform itu dikatakan mendapati mereka sudah berkahwin. Alyah dikatakan berada di banglo berkenaan ketika pegawai JAIS datang menyiasat.
Menurut sumber JAIS, pasangan itu sudah berkahwin sejak setahun lebih lalu. Katanya, Ramli dan penyanyi lagu Tak Mungkin Kerna Sayang itu akan ke JAIS dalam masa terdekat untuk berikan kenyataan serta bukti perkahwinan bagi tujuan pendaftaran.
Difahamkan pasangan itu bernikah di Batam, Indonesia tetapi belum mendaftar perkahwinan mereka di negara ini. Ramli yang berpakaian kemeja T berwarna ungu dan seluar melepasi paras lutut kelihatan tenang. Malah, beliau dilihat mengiringi pegawai JAIS keluar dari kediaman itu sejurus siasatan selesai sambil ketawa sesama mereka. Perkembangan ini dijangka menamatkan teka teki mengenai status mereka selepas sebelum ini masing-masing enggan mengesahkan desas desus mereka telah berkahwin. - sumber - |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment