Dokumen Asal Perkahwinan Ramli MS & Alyah Di Batam Akan Diserah Kepada Jais Selasa Ini
Dokumen Asal Perkahwinan Ramli MS & Alyah Di Batam Akan Diserah Kepada Jais Selasa Ini |
- Dokumen Asal Perkahwinan Ramli MS & Alyah Di Batam Akan Diserah Kepada Jais Selasa Ini
- (TAHNIAH)Farhan AF4 Langsung Perkahwinan 10 Oktober Ini
- Peminat Kecewa TV3 Tidak Hormati Permintaan Terakhir Allahyarham Sharifah Aini
- Astro Buka Semua Saluran Sebagai Tanda Penghargaan
- Bakal Timang Cahaya Mata, Bade Masih Suami Erma Fatima
- Sharifah Sakinah Akui Bercinta Dengan Juruterbang Sejak Awal Tahun
- Datuk Ramli MS dan Alyah Sah Sudah Nikah!
- Ini Perkara Remeh – Sharnaaz Ahmad
Dokumen Asal Perkahwinan Ramli MS & Alyah Di Batam Akan Diserah Kepada Jais Selasa Ini Posted: 28 Aug 2014 04:37 AM PDT Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah pun mengesahkan yang mereka telah pergi menjalankan siasatan di rumah Datuk Ramli MS di Bandar Kinrara, Puchong untuk mengesahkan desas-desus perkahwinan komposer terkenal ini dengan Alyah. Secara ringkasnya, JAIS telah diyakinkan baahwa pernikahahan antara Ramli MS dan Alyah telah berlaku di Batam, Indonesia.
Sekali lagi Abang Nara ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada Alyah dan Ramli MS. Kalau beritahu awal-awal kan lagi bagus. Namun pasti mereka berdua terutamanya Datuk Ramli MS ada sebab tersendiri untuk merahsiakan perkahwinan mereka. Nampak gayanya lepas ini kenalah panggil Alyah ‘Datin’. Hehehe. Tak gitu? Sumber asal Berita Harian. Yang Ini Pun Best Jugak:- |
(TAHNIAH)Farhan AF4 Langsung Perkahwinan 10 Oktober Ini Posted: 28 Aug 2014 02:01 AM PDT Desas-desus berakhirnya pertunangan antara Farhan AF4 dan kekasihnya, Ahmad Rashdan yang bertiup kencang selama ini ternyata hanyalah palsu semata-mata. Pasangan merpati 2 sejoli ini akhirnya bakal mendirikan rumahtangga yang diidamkan selama ini pada 10 Oktober 2014. Untuk makluman, Farhan dan Rashdan telah mengikat tali pertunangan pada 12 Februari 2012. Mereka berdua akan diijabkabulkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Selepas itu ajlis persandingan pasangan ini akan diadakan pada sebelah malam di Dewan Seri Endon, Putrajaya. Semoga segala persiapan berjalan lancar. Tahniah Abang Nara ucapkan atas perkahwinan anda. Semoga berbahagia sehingga ke syurga. Amin. P.S: Imej pertama Suzuki Vitara 2015 didedahkan Baca Yang Ini Pulak:- |
Peminat Kecewa TV3 Tidak Hormati Permintaan Terakhir Allahyarham Sharifah Aini Posted: 28 Aug 2014 01:50 AM PDT Pada 25 Ogos 2014 lalu, TV3 telah menyiarkan kisah biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini menerusi program Majalah 3. Dokumentari tersebut memang amat menarik kerana ia menyiarkan kisah perjalanan hidup Allahyarham dari mula ketika beliau menceburi industri hiburan. Sayangnya di dalam dokumentari tersebut, gambar Allahyarham ketika tidak menutup aurat turut sama disiarkan sedangkan ketika hidupnya, Allahyarham Sharifah Aini telah meminta pihak media agar tidak menggunakan gambarnya sebelum bertudung. Berikut ialah video Allahyarham ketika ditemuramah oleh Prof Dr Muhaya di sebuah rancangan di TV9. Beliau jelas memohon jasa baik agar gambarnya sebelum berhijrah tidak dipaparkan dalam mana-mana media. Semoga rancangan ini tidak akan disiarkan lagi oleh TV3. Semoga ia jadi pengajaran buat mana-mana media di masa hadapan. Apa pun, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Sharifah Aini. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin. Baca Yang Ini Pulak:- |
Astro Buka Semua Saluran Sebagai Tanda Penghargaan Posted: 27 Aug 2014 11:12 PM PDT Baru-baru ini pelanggan Astro telah mengalami masalah untuk menonton saluran yang dilanggani kerana terdapat gangguan perkhidmatan. Berdasarkan penerangan di Facebook Astro, gangguan itu berpunca daripada kebakaran di premis Astro di Bukit Jalil. Sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggannya yang bersabar sepanjang gangguan perkhidmatan tersebut, Astro akan membuka kesemua saluran bermula daripada 6 petang, 29 Ogos (Jumaat) ini.
Maka hujung minggu inilah marilah kita bersantai sambil menonton Astro beramai-ramai di rumah sekiranya tidak melakukan sebarang aktiviti luar. Maklumat lanjut boleh layari www.astro.com.my. Baca Yang Ini Pulak:- |
Bakal Timang Cahaya Mata, Bade Masih Suami Erma Fatima Posted: 27 Aug 2014 10:24 PM PDT Setelah sekian lama berdiam diri, akhirnya Bade tampil untuk menjelaskan status perkahwinannya dengan Erma Fatima. Kalau selama ini hanya Erma sahaja yang tampil membuat penafian mengenai desas-desus penceraian antara mereka, kali ini Bade juga menjelaskan yang dirinya masih lagi suami kepada Erma. Diharap dengan penjelasan ini, semua pihak berpuas hati dan tiada lagi khabar angin mengenai penceraian 2 pengarah hebat ini. Abang Nara juga ingin ucapkan tahniah kepada Bade yang bakal menimang cahaya mata dengan isteri keduanya tidak lama lagi. Semoga dengan kehadiran si comel ini, bukan sahaja akan mengeratkan hubungan Bade dan isteri kedua, malah Bade dan Erma juga. Kata Bade mengenai status perkahwinannya dengan Erma:-
Diharap Bade terus menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami kepada kedua-dua isterinya dengan adil dan saksama. Abang Nara percaya Bade seorang yang bertanggungjawab dan tidak akan melupakan isteri pertama walaupun sudah berkahwin dua. Apa pun, tahniah diucapkan kepada Bade kerana bakal menimang cahaya mata. Semoga segalanya dipermudahkan. Baca Yang Ini Pulak:- |
Sharifah Sakinah Akui Bercinta Dengan Juruterbang Sejak Awal Tahun Posted: 27 Aug 2014 09:55 PM PDT Yeah~~ Ada sesiapa di sini yang menyimpan niat untuk mengorat Sharifah Sakinah? Bolehlah terus simpan niat anda itu dan buang ke dalam tong sampah. Ini kerana Sharifah Sakinah telah mengakui hatinya kini telah menjadi milik seorang juruterbang. Menariknya, mereka berdua telah menyulam cinta sejak awal tahun ini. Pergh~~ Hebat juga Sharifah Sakinah merahsiakan percintaan sehingga tidak dapat dihidu oleh para media. Sebelum ini Abang Nara telah berkongsi beberapa gambar Sharifah Sakinah dan kekasihnya itu untuk tatapan anda semua. Memang hensem dan macho juruterbang tersebut. Jambang smart mengalahkan Wak Doyok. Apa pun, Sharifah Sakinah enggan menggembar-gemburkan hubungan mereka berdua kerana menghormati privasi kekasihnya. Kata Sharifah Sakinah:-
Baguslah tak canang-canang sangat. Yang penting kalau nak kahwin nanti, hebahkanlah kepada orang ramai. Jangan sorok-sorok pulak. Bercinta tak apa senyap-senyap. Semoga kebahagiaan yang dicari oleh Sharifah Sakinah ditemui dalam si juruterbang ini. Semoga percintaan anda akan berterusan sehingga ke jinjang pelamin. Sama-samalah kita doakan. Sumber Harian Metro. P.S: Warna warni lampu neon di Hong Kong. Awesome sangat Baca Yang Ini Pulak:- |
Datuk Ramli MS dan Alyah Sah Sudah Nikah! Posted: 27 Aug 2014 08:45 PM PDT Akhirnya segala teka teki telah pun terjawab. Datuk Ramli MS dan Alyah sebenarnya sudah bernikah. Mereka berdua adalah pasangan suami isteri. Tahniah diucapkan. Mereka berdua dikatakan telah bernikah di Batam, Indonesia tetapi belum mendaftar perkahwinan mereka di negara ini. Perkahwinan ini disahkan apabila JAIS mengunjungi kediaman mewah komposer ternama Datuk Ramli MS di Bandar Kinrara, di sini awal pagi ini, dipercayai bagi menyiasat status hubungan beliau dengan penyanyi Alyah. Semoga dengan berita ini, Alyah tidak lagi tertekan dengan soalan-soalan daripada para media. Tahniah Alyah dan Ramli MS. Semoga perkahwinan anda berkekalan ke akhir hayat. Berikut adalah laporan daripada Berita Harian mengenai perkahwinan kedua-dua selebriti ini.
Selamat pengantin baru diucapkan buat anda berdua. Semoga cepat-cepat menimang cahaya mata. Amin. P.S: Jom dapatkan koleksi TELEKUNG TRAVEL POCKET terbaru keluaran Gudang.my! Keistimewaan telekung ini ialah begnya yang unik. Begnya bila dibuka menjadi telekung yg ada Pocket di depan! Harga pun sangat MURAH, RM29!!! Boleh click: facebook.com/Gudangmy Baca Yang Ini Pulak:- |
Ini Perkara Remeh – Sharnaaz Ahmad Posted: 27 Aug 2014 08:39 PM PDT Perbalahan antara Sharnaaz Ahmad dan Azwan Ali sememangnya satu perkara remeh dan kecil. Tak perlu diperbesarkan seolah-olah masalah dunia. Boleh diselesaikan tanpa bantuan mana-mana pihak. Itu yang Abang Nara pelik apabila pihak Karyawan berniat untuk memanggil mereka berdua. Rasanya banyak lagi perkara penting yang boleh didahulukan. Keremehan perbalahan ini diakui sendiri oleh Sharnaaz Ahmad.
Abang Nara sokong kata-kata Sharnaaz. Setakat gaduh-gaduh manja macam ini, tak perlulah Karyawan ke Seniman ke nak campur tangan. Benda boleh setel. Cuma perlu mesej atau telefon sahaja. Jumpa lepak sambil minum teh tarik. Salam tangan minta maaf dan selesai. Kalau nak atur pertemuan kena buat majlis la apa bagai. Habis pulak duit. Tak gitu? P.S: Mercedez Benz GLA 250 dilihat Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment