Pasangan Pengantin Nafsu Sonsang
Pasangan Pengantin Nafsu Sonsang |
- Pasangan Pengantin Nafsu Sonsang
- Leez AF4 Pakai Baju Renang Yang Sungguh Mengancam!
- Alif Satar dan Sha Dila Umum Nikah 15 September Ini
- Sakit Saraf Lydiawati Angkara Khianat Orang
- Enot Jawab Dituduh Pura-Pura Sakit
Pasangan Pengantin Nafsu Sonsang Posted: 24 Aug 2014 04:14 PM PDT Pasangan Pengantin Nafsu Sonsang | Cinta memang tidak mengenal sesiapa, termasuk jantina dan kegilaan nafsu. Di Russia, negara yang mengharamkan perkahwinan sejenis dan menganggap amalan itu sebagai penyakit mental, sepasang suami isteri semalam melafazkan ikrar untuk bersama ketika pengantin lelaki berpakaian seperti wanita. Ia dianggap satu daripada perkahwinan paling kontroversi di negara berkenaan. Namun, pasangan Dimitriy Kozhuhov, 23, dan Ellison Brux, 21, mempunyai cara tersendiri untuk membolehkan ‘cinta’ mereka disempurnakan. Kozhuhov kini dikenali sebagai Alina Davis kerana bermekap serta berpakaian seperti wanita. Dalam keadaan begitu, ketika mereka disahkan sebagai ‘suami isteri’ hadirin melihat ada dua pengantin perempuan bergaun melalui detik menggembirakan. Kozhuhov mengaku dia gemar berperwatakan serta bermekap seperti wanita dan keadaan itu menimbulkan kekeliruan kepada banyak pihak. Namun, kata Kozhuhov, dia dan Ellison amat mencintai satu sama lain. Kami juga tidak menghadapi masalah ketika menghantar permohonan perkahwinan kepada pejabat pendaftar walaupun kami menjangkakan masalah akan berlaku, katanya. Selepas melalui urusan pendaftaran, kata Kozhuhov, dia dihubungi ketua pejabat pendaftar dan diberi ingatan berkali-kali supaya dia tidak memakai gaun ketika dikahwinkan. Kata Kozhuhov, undang-undang Russia menetapkan hanya lelaki boleh berkahwin dengan wanita. Perkahwinan di Pejabat Pendaftar Kutuzovsky Prospekt itu kemudian tetap berlangsung dengan kedua-duanya hadir berpakaian gaun pengantin. Namun, ia tidak berjalan tanpa halangan. Pada peringkat awal Kozhuhov dan Ellison dilarang masuk melalui pintu depan, sebaliknya terpaksa ‘diseludup’ melalui pintu belakang. Kata Ellison, ketua pejabat berkenaan cuba menyembunyikan mereka kerana ia akan memalukan masyarakat setempat. Akhirnya, selepas dibawa masuk melalui pintu belakang, Kozhuhov dan Ellison dikahwinkan di pejabat berkenaan. Kini saya gembira kerana gambar perkahwinan kami dikongsi dan dibincangkan. Saya berharap kami dapat memberi inspirasi kepada pasangan lain untuk mencabar undang-undang ketat ini dan berkahwin secara terbuka, katanya.- Agensi |
Leez AF4 Pakai Baju Renang Yang Sungguh Mengancam! Posted: 24 Aug 2014 04:06 PM PDT Leez AF4 Pakai Baju Renang Yang Sungguh Mengancam | Jika korang peminat setia rancangan Akademi Fantasia, pasti korang kenal gadis ini. Leez atau nama penuh Leez Rosli merupakan seorang peserta AF4 yang mempunyai suara yang sememangnya merdu. Mempunyai raut wajah yang comel dan manja. Apa yang mencuri perhatian penulis, beberapa keping gambar leez hangat diperkatakan di laman sosial kerana memakai baju renang yang serba ketat dan menampakkan bentuk tubuh yang sangat seksi! Cuba anda lihat sendiri raut wajahnya sungguh berbeza sekali sewaktu memulakan percintaan nya bersama Zizan Razak.. Kepada produser2 diluar sana, apa lagi sambarlah dia jadi pelakon memandangkan dia mempunyai pakej yang menarik! saksikan foto dibawah…
|
Alif Satar dan Sha Dila Umum Nikah 15 September Ini Posted: 24 Aug 2014 03:49 PM PDT Alif Satar dan Sha Dila Umum Nikah 15 September Ini | Apa yang jadi penantian kami selama ini akhirnya kami dapat jawapan. Tarikh Alif Satar dan kekasihnya, Sha Dila untuk bergelar suami isteri telah pun ditetapkan 15 September ini, mereka berdua akan bernikah. Jutaan tahniah diucapkan kepada Alif Satar dan Shadila atas berita gembira ini. Majlis pernikahan akan dibuat secara sederhana dengan jemputan terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak sahaja. Tahniah Alif dan Sha Dila. Kami di pihak Kamithemedia mendoakan agar semoga segala persiapan berjalan dgn lancar.- sumber - |
Sakit Saraf Lydiawati Angkara Khianat Orang Posted: 24 Aug 2014 03:33 PM PDT Sakit Saraf Lydiawati Angkara Khianat Orang | Pelakon Lydiawati memberitahu salah satu punya penyakit saraf dan reumatik yang dialaminya selama ini adalah disebabkan perbuatan khianat seseorang. Lydiawati atau nama sebenarnya Salina Saimon, 48, berkata, dia menyedari perkara itu selepas bertemu dengan beberapa orang ustaz yang memaklumkan perkara berkenaan.
Pada Mei lalu, Lydiawati dilaporkan diserang penyakit saraf dan reumatik selepas berasa kebas dan bisa pada bahagian kiri kaki dan tangan sehingga menyukarkan pergerakannya. Bagaimanapun Lydiawati memutuskan untuk tidak menjalani sebarang rawatan hospital selepas mendapati kos rawatan yang perlu dibayar agak mahal. Dalam pada itu, Lydiawati berkata, ini merupakan kali kedua dia mengelami perbuatan khianat seperti itu selepas kejadian disantau pada tahun 1997.
Sementara itu, Lydiawati berkata, dia bersyukur apabila salah seorang peminatnya menawarkan bantuan membiayai kos rawatan penyakitnya itu.
Dalam perkembangan lain, Lydiawati kini sedang menjalani penggambaran Menghitung Rahmat Tuhan terbitan Zeel Production. |
Enot Jawab Dituduh Pura-Pura Sakit Posted: 24 Aug 2014 03:28 PM PDT Enot Jawab Dituduh Pura-Pura Sakit | Pelakon dan pelawak Enot berasa kesal apabila ada pihak menuduhnya sengaja berpura-pura sedang bertarung dengan kanser usus yang kritikal. Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 36, berkata, dia terkejut dengan tuduhan itu apabila ada pihak berkata kansernya berada pada tahap empat sedangkan ia baru pada tahap dua.
Sebuah akhbar mingguan menerusi ruangan pojok melaporkan seorang artis dikatakan menipu kononnya dia sedang sakit kanser tahap empat dan perkara itu menjadi tanda tanya kepada rakan-rakan baiknya apabila artis berkenaan masih dilihat sihat dan mampu bekerja. Keadaan itu membuatkan rakan-rakan baiknya itu mula menjauhkan diri daripada artis itu kerana tidak tahan dengan sikapnya yang suka menipu. Lebih pelik lagi, rakan-rakan artis itu turut mempertikaikan sebab-sebab dia enggan mendapatkan rawatan di hospital, sebaliknya lebih percayakan rawatan tradisional. Sementara itu, Enot berkata, sepatutnya keputusan enggan menerima rawatan di hospital perlu dihormati kerana dia mempunyai sebab-sebab tertentu berbuat demikian.
Dalam pada itu, Enot mengakui, sejak dia sakit, teman-teman baiknya semakin menjauhkan diri daripadanya dan dia terpaksa menerima hakikat itu. Malah dia bersyukur, tanpa bantuan daripada sesiapa pun, kudratnya masih kuat untuk menguruskan perniagaan kek selain menjahit manik pada tuala dan pakaian.
Pelakon yang dikenali menerusi drama Mat Despatch itu pernah berkahwin dengan Zainul Abidin Mat Noor, 42, pada 21 November 2008 dan bercerai pada Mac tahun lalu. Sebelum itu dia juga pernah bercerai pada tahun 2006 selepas mempunyai dua orang anak iaitu Andriana Balqis, 13, dan Ariana Qaseh Qistina yang berusia tujuh tahun. -mStar- |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment