Zizan Dedah Punca Sebenar Menangis Ketika Mengacara Melodi
Zizan Dedah Punca Sebenar Menangis Ketika Mengacara Melodi |
- Zizan Dedah Punca Sebenar Menangis Ketika Mengacara Melodi
- Isu Pukul Isteri, Awie Kini Dalam Suspek Polis
- Video Isteri Simbah Petrol Dan Bakar Kekasih Gelap Suami
- Nina Iskandar Jawab Isu Kongsi Gambar dan Video Tak Bertudung
- Punca Zizan Razak Digugurkan Dari Program Melodi Tersebar?
- Azwan Ali Maki Hamun Juadah Berbuka Di Bazaar Ramadan Rasa Sampah
- Datuk Sharifah Aini Dikejarkan Ke ICU Sekali Lagi
Zizan Dedah Punca Sebenar Menangis Ketika Mengacara Melodi Posted: 01 Jul 2014 03:32 PM PDT Zizan Dedah Punca Sebenar Menangis Ketika Mengacara Melodi | Sepertimana yang kita maklum, pada Ahad lalu adalah hari terakhir Zizan Razak bertugas sebagai pengacara program Melodi. Ketika mengacara program berkenaan, Zizan telah mengejutkan banyak pihak kerana menangis. Zizan dilihat gagal mengawal perasaannya sehingga terpaksa ditenteramkan gandingannya, Awal Ashaari. Pelbagai tanda tanya timbul apakah pelakon, pelawak dan pengacara popular itu menangis? Memetik sumber Murai, Zizan akhirnya mengakui punca sebenar dia mengalirkan air mata ketika mengacarakan program Melodi adalah kerana sedih di mana itu adalah episod terakhirnya bersama program hiburan itu.
- sumber - |
Isu Pukul Isteri, Awie Kini Dalam Suspek Polis Posted: 01 Jul 2014 03:22 PM PDT Isu Pukul Isteri, Awie Kini Dalam Suspek Polis | Kecoh juga beberapa hari lepas dengan penyebaran gambar seorang wanita dibelasah suaminya yang juga merupakan penyanyi rock popular. Sebelum itu sudah kecoh dengan cerita penyanyi rock popular memukul isterinya dikhalayak ramai. Selepas penyebaran gambar itu, Awie telah menuntut bukti sekiranya dia yang dikaitkan sebagai penyany rock berkenaan. Kiranya seperti menafikan lagi la ni…
Awie yang mengakui telah dipanggil pihak polis untuk membantu siasatan mengenai dakwaan itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai tiga keping gambar wanita yang tersebar diinternet didakwa sebagai isterinya Rozana Misbun. Menurut Awie lagi, dia sendiri masih belum melihat gambar-gambar yang disebarkan tersebut. Menurut Awie, jika benar gambar itu tersebar dia serahkan kepada pihak berkuasa untuk sebarang tindakan. - sumber - |
Video Isteri Simbah Petrol Dan Bakar Kekasih Gelap Suami Posted: 01 Jul 2014 03:15 PM PDT Video Isteri Simbah Petrol Dan Bakar Kekasih Gelap Suami | Seorang wanita bertindak di luar akal yang waras apabila telah menyimbah petrol dan membakar perempuan simpanan suaminya sebelum cuba membunuh diri. Sebuah rakaman video memaparkan seorang wanita dalam keadaan terbakar dengan bunyi jeritan yang sangat menakutkan. Mangsa kemudiannya rebah dan mati di tempat kejadian.
Tanpa sempat menjawab, Shi terus menyembur serbuk lada ke muka mangsa dan menyimbah wanita itu dengan baldi berisi petrol lalu membakarnya.
- sumber - |
Nina Iskandar Jawab Isu Kongsi Gambar dan Video Tak Bertudung Posted: 01 Jul 2014 03:10 PM PDT Nina Iskandar Jawab Isu Kongsi Gambar dan Video Tak Bertudung | Syukur Alhamdulillah. Semakin ramai kalangan selebriti yang mula berhijrah untuk bertudung. Antaranya yang terbaru adalah pelakon Nina Iskandar yang kini juga sudah bertudung. Bagaimanapun, baru sahaja bertudung beliau sudah terpaksa berdepan dengan pelbagai kritikan dan tohmahan dari peminat. Ia gara-gara selepas dia memuat naik gambar dan video yang menampakkan rambutnya menerusi laman sosial Instagram peribadinya. Ada kalangan peminatnya mempersoalkan kenapa dia masih menayangkan rambutnya dan berkongsi gambar dan video begitu walaupun sudah bertudung. Oleh itu, memetik laporan mStar Online, Nina Iskandar atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar, 23, menerusi laman Instagramnya telah memberikan penjelasan mengenai isu berkenaan. Menurutnya, gambar dan video yang dimuat naik itu merupakan beberapa babak lakonannya sebelum bertudung yang dilakukan sebagai tujuan promosi.
|
Punca Zizan Razak Digugurkan Dari Program Melodi Tersebar? Posted: 01 Jul 2014 02:57 PM PDT Punca Zizan Razak Digugurkan Dari Program Melodi Tersebar? | Seperti yang kita maklum, pelakon, pengacara dan pelawak popular Zizan Razak kini sudah sah meninggalkan program Melodi. Namun menjadi tanda tanya banyak pihak apa punca Zizan tiba-tiba meninggalkan program berkenaan sedangkan beliau begitu serasi bergandingan dengan Awal Ashaari. Dalam pada itu tersebarnya khabar angin mengatakan kontrak Zizan Razak tidak disambung kerana isu peribadi yang tidak berkesudahan termasuk kontroversi hubungan dengan Emma Maembong. Selain itu ia juga kerana Zizan sudah pun menandatangani kontrak untuk berada di bawah pengurusan Astro. Bagaimanapun menerusi laporan Berita Harian hari ini, Zizan Razak tampil menafikan isu peribadi beliau termasuk hubungan dengan Emma Maembong menjadi punca beliau digugurkan dari Melodi. Zizan menjelaskan dia meninggalkan Melodi ekoran kontrak yang sudah tamat dan tidak disambung oleh pihak TV3.
|
Azwan Ali Maki Hamun Juadah Berbuka Di Bazaar Ramadan Rasa Sampah Posted: 01 Jul 2014 11:35 AM PDT Azwan Ali Maki Hamun Juadah Berbuka Di Bazaar Ramadan Rasa Sampah | Ramadhan baru masuk hari keempat, adik kepada Azmin, Azwan Ali semalam mengamuk di Twitternya. Entah apa yang dibelinya semalam, kemudian beliau terus meroyan mengutuk-ngutuk jualan juadah di bazaar Ramadan yang dianggapnya sebagai sampah. Antara twit yang di tulisnya adalah seperti di bawah:
Selepas dikecam beberapa pengikutnya, beliau tetap mempertahankan kenyataan awal di atas. Beliau turut mempersoalkan keihklasan peniaga-peniaga yang dianggapnya menipu dengan juadah yang tidak setimpal dengan rupanya dan rasanya. Memang ada benar apa yang dikatakan beliau, namun cara teguran beliau mungkin menyebabkan semua peniaga di bazaar Ramadan rasa terkilan, tapi apa nak heran, memang itu cara beliau bercakap kaaan?
- sumber - |
Datuk Sharifah Aini Dikejarkan Ke ICU Sekali Lagi Posted: 01 Jul 2014 11:11 AM PDT Datuk Sharifah Aini Dikejarkan Ke ICU Sekali Lagi | Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini atau Kak Pah telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara. Biduanita itu yang akan genap 61 tahun esok dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu. Menurut pakar yang merawatnya, Datuk Dr Zainudin Md Zain, fibrosis paru paru mengakibatkan paru paru mengeras dan berparut. Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin. Menurut Dr Zainuddin keadaan beliau stabil dan hanya menerima lawatan ahli keluarga terdekat.
Datuknya seorang pemandu teksi dan kehidupan mereka keluarga bukanlah senang. Kak Pah sewaktu kecil pernah mengambil upah menggiling cili dan menjual buah nangka serta kuih. Namun seperkara yang jelas, Kak Pah memang pandai mengaji dan berqasidah dengan suaranya yang merdu. Titik tolak Kak Pah menjadi artis adalah selepas menjuarai pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura dengan lagu Tiga Malam. Beliau kemudian disunting menjadi artis rakaman EMI dan terus bertahan dengan label itu selama 38 tahun. Hasilnya, nama Kak Pah terukir dalam The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi paling lama dengan sesebuah syarikat rakaman dan memiliki 135 album. – sumber - |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment