Muat Naik Gambar Bersama Shila Amzah, Peminat Johan As’ari Berbelah Bahagi
Muat Naik Gambar Bersama Shila Amzah, Peminat Johan As’ari Berbelah Bahagi |
- Muat Naik Gambar Bersama Shila Amzah, Peminat Johan As’ari Berbelah Bahagi
- Hiasi Muka Depan Majalah Cosmopolitan, Peminat Berbelah Bahagi Penampilan Yuna
- Teguran Di Facebook Imam Muda Hassan Buat Wartawan Tersinggung
Muat Naik Gambar Bersama Shila Amzah, Peminat Johan As’ari Berbelah Bahagi Posted: 22 Jul 2014 02:36 AM PDT Johan As’ari ini pada pandangan Abang Nara seorang yang pandai mencuri tumpuan orang ramai. Tak kiralah tumpuan peminat ke, media ke, pengguna laman sosial ke, Johan As’ari ada cara untuk mendapatkan publisiti. Terbaru, nama Johan As’ari kembali disebut-sebut apabila dia berkongsi gambar dirinya bersama bekas kekasihnya, Shila Amzah di Instagram. Dengan caption “aku tanya apa khabar.???? @shahilaamzah #respect #keepsmiling #keepshining #always” gambar mereka berdua ini telah menyebabkan peminat-peminat mereka berbelah bahagi. Ada yang mahu melihat bekas kekasih ini kembali bersama, ada yang kata Johan As’ari umpama jilat ludah sendiri dan macam-macam lagi reaksi yang diterima. Kalau sekadar berkawan, Abang Nara tak nampak mana silapnya. Namun kalau ingin kembali bercinta, Abang Nara nasihatkan agar Shila Amzah fikir sedalam-dalamnya. Jangan pisang berbuah 2,3 kali. Lagi-lagi anda seorang wanita yang nilai harga diri amat tinggi. Jangan mudah menerima cinta lelaki yang pernah mengecewakan anda. Amboi!!! Power tak ayat Abang Nara? Hehehe. Baca Yang Ini Pulak:- |
Hiasi Muka Depan Majalah Cosmopolitan, Peminat Berbelah Bahagi Penampilan Yuna Posted: 21 Jul 2014 08:33 PM PDT Ok ini agak kelakar juga sebenarnya. Ada peminat yang menyamakan fesyen yang digunakan oleh Yuna untuk muka depan majalah Cosmopolitan adalah serupa dengan kartun Barney and Friends. Kasar juga persamaan yang diberikan. Mentang-mentanglah Yuna memakai baju serta tudung berwarna ungu. Abang Nara tengok nampak bergemerlapan je. Klasik!!! Namun setiap kali Yuna tampil menghiasi majalah atau berkongsi imej terbarunya, pasti ia membuatkan para peminat penyanyi hebat ini berbelah bahagi. Ada yang menyokong, ada yang membantah dan ada yang menjadi orang tengah. Yang menyokong gembira dengan gaya ‘international’, yang membantah kecewa Yuna tidak seperti dahulu dan macam-macam lagi. Secara jujur, walaupun dulu Abang Nara pernah menyatakan rasa tidak gemar dengan imej ‘international’ Yuna ini. Setelah difikir-fikirkan balik, mungkin gaya sebegini yang diterima oleh masyarakat luar sana. Sekali pandang memang nampak ‘up to date’, mengikuti perkembangan fesyen dan ada tarikan tersendiri. Mungkin Yuna lebih mengerti apa yang dimahukan oleh peminat luar negaranya. Jadi kita selaku peminat, sokonglah setakat mana termampu. Apa pun Abang Nara suka dengan video klip lagu ‘Come Back’ daripada Yuna. Sempoi je. Lagu pun best. Memang boleh layan. P.S: Cepat-cepat beli baju raya untuk dipakai pada hari raya 3, ke 4 dan seterusnya di www.hidy.com.my. Selesa sangat kain yang digunakan. Kalau pergi berjalan raya tak adalah melekit peluh. Yang penting kecantikan anda tetap terserlah. Cepat-cepat beli untuk ia dihantar sebelum korang balik kampung. Banyak lagi di www.hidy.com.my. Baca Yang Ini Pulak:- |
Teguran Di Facebook Imam Muda Hassan Buat Wartawan Tersinggung Posted: 21 Jul 2014 08:06 PM PDT Abang Nara rasa ‘valid’ juga teguran dan persoalan yang telah dikemukakan di Facebook Imam Muda Hassan ini. Abang Nara pun ada tertanya-tanya benda yang sama. Apabila menemuramah ahli keluarga mangsa nahas MH17, soalan wajib para wartawan ialah “ada perubahan sikap tak”. Walaupun si ahli keluarga dah cakap tak ada, soalan yang sama diulang beberapa kali. Sedih jugak tue. Secara jujur, Abang Nara memang rasakan soalan tersebut tiada faedah. Namun daripada segi kewartawanan, tak tahulah pulak kan. Mungkin mereka mahu mencari cerita yang menarik untuk menyedapkan lagi cerita. Tak boleh salahkan wartawan juga lebih-lebih dengan persaingan yang sengit sekarang. Namun mungkin di masa hadapan, bolehlah ‘slow-slow’ kurangkan soalan-soalan sebegini. Apa-apa pun, kesian Imam Muda Hassan sampai terpaksa meminta maaf kerana persoalannya telah membuatkan para wartawan sentap, tersinggung dan bengang. Rasanya apa yang ditegur di Facebook Imam Muda Hassan tak adalah sampai merendahkan kredibiliti dan skil para wartawan. Kali ini, Abang Nara setuju dengan Imam Muda dalam hal ini. Apa pula kata anda? P.S: 10 lokasi sekatan JPJ sempena Hari Raya Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment