Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
- Azwan Ali Dibayar Astro ‘Bikin Panas’ MasterChef
- Video Detik Cemas Sebuah Treler Merempuh Penjalan Kaki
- Mengamuk Sakan Penyanyi Dafi AF Dengan Celcom
- Berang Bumper Kereta Pecah Langgar Kucing, Langgar Lagi Sekali
- Surat Nikah Awie Dan Rozana Misbun Tidak berdaftar
- Kenyataan ‘Long Live Hitler’ Bung Mokhtar Tidak Boleh Diterima, Kata Duta Jerman
Azwan Ali Dibayar Astro ‘Bikin Panas’ MasterChef Posted: 10 Jul 2014 03:25 PM PDT Azwan Ali hari ini mendedahkan bahawa dirinya dibayar oleh pihak Astro untuk mencetuskan suasana panas dan kecoh ketika beliau menjadi salah seorang peserta MasterChef musim kedua. Azwan Ali berkata, bagi tugasan tersebut beliau dibayar ribuan ringgit, hanya untuk 'memaki hamun' peserta lain. "Sudah 25 tahun saya jadi artis. ALLAH itu Maha Mengatur semuanya. Saya pernah naik, saya pernah jatuh. Tapi di saat saya jatuh, saya tak terduduk. Orang saja anggap yang saya terduduk. Saya tahu pada ketika itu, musuh-musuh saya semua bertepuk tangan. "Tapi hakikatnya orang tak tahu yang rezeki saya tidak pernah putus. Bila agak lama saya tidak muncul di mana-mana program TV, orang bertanya pada saya, "Kau dah lama tak keluar tv. takde 'job 'eh, kau buat apa? Memang itu soalan yang berbisa untuk saya telan. "Saya akui saya memang pernah tidak dapat apa-apa tawaran. Tapi ALLAH Maha Kaya. Pihak Astro pernah tawarkan saya tugas memaki hamun para peserta MasterChef Selebrti untuk musim dua tahun lepas. Untuk' job' itu saja, saya dibayar ribuan ringgit," katanya pada Sidang Media Program-program Astro Sempena Aidilfitri dan Majlis Berbuka Puasa bertempat di hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur semalam. Jelas Azwan lagi, beliau tidak kisah dengan pandangan orang ramai yang tidak menyukai caranya dan cuba menjatuhkannya. "Pihak Astro siap bagi saya Astro On The Go lagi. Saya tak perlu susah-susah nak ke Astro, nak keluar TV. Saya duduk rumah jer, duit masuk. Malah program-program saya seperti Sembang Teh Tarik mendapat rating yang tinggi. "Jadi saya tak kisah, kalau orang tak suka, benci dan menyampah dengan saya, saya tak peduli semua itu," katanya. Terdahulu baru-baru ini menerusi laman Twitternya Azwan Ali pernah mencetuskan kontroversi di mana beliau telah menulis yang berbunyi, "juadah yang dibelinya di bazar Ramadan kebanyakan rasa macam sampah". Hinaan itu, telah membangkitkan kemarahan di kalangan perniaga bazar. Malah mendapat kecaman orang ramai. posted@malaysiasensasi.net |
Video Detik Cemas Sebuah Treler Merempuh Penjalan Kaki Posted: 09 Jul 2014 05:21 PM PDT Adalah saat yang menakutkan apabila sebuah lori treler merempuh sekumpulan pejalan kaki di lintasan zebra, menyebabkan mereka berselerak tetapi mereka semua terselamat. Kumpulan penjalan kaki seramai 6 orang itu, baru selesai membeli-belah cuba untuk menyeberangi lebuh raya yang sibuk di M3 , jalan utama yang menghubungkan Moscow ke sempadan Rusia dengan Ukraine, apabila sebuah lori treler gagal untuk berhenti. Pemandu lori Dmitriy Mihalov, 39, dalam perjalanan dari Kaluga ke Moscow, memberitahu polis, dia hanya terganggu untuk satu saat semasa menukar saluran radio, dan tidak menyedari kereta di hadapannya berhenti untuk membiarkan pejalan kaki menggunakan lintasan zebra. Video |
Mengamuk Sakan Penyanyi Dafi AF Dengan Celcom Posted: 09 Jul 2014 04:29 PM PDT Menerusi satu status di Twitter miliknya beliau meluahkan rasa marahnya kepada peminat-peminat terhadap syarikat telekomunikasi Celcom. Turut diminta untuk sebarkan perkara ini kepada rakan-rakan serta keluarga. Marah benar ya nampaknya Dafi AF kepada syarikat tersebut kerana mutu perkhidmatan mereka yang tidak memuaskan beliau. Sebenarnya SK tidak hairan kalau Dafi amat marah dengan telco tersebut kerana sebelum ini juga banyak komen-komen negatif berkaitan pekhidmatan mereka. Selain itu, menerusi page RotiKaya juga ramai yang komen bersetuju dengan apa yang diluahkan oleh Dafi. Semoga perkara ini sampai kepada pihak telco tersebut sebelum nama mereka lebih menjadi buruk. ─ SK posted@malaysiasensasi.net |
Berang Bumper Kereta Pecah Langgar Kucing, Langgar Lagi Sekali Posted: 09 Jul 2014 04:26 PM PDT Gara-gara bumper bahagian depan kereta pecah, seorang remaja sanggup membunuh kucing yang tidak berdosa. Menerusi laman sosial pada 2 Julai 2014, tindakan seorang remaja lelaki yang memuat naik status langgar kucing sampai mati telah mencetuskan kemarahan orang ramai. Punca suspek berbuat demikian hanya kerana bumber bahagian depan kereta pecah akibat terlanggar kucing. Lebih menyayat hati apabila kucing yang masih bernyawa akibat impak pelanggaran pertama dilanggar buat kali kedua sehingga mati. Tinjauan terkini mendapati status tersebut sudah pun dipadam. Namun, ramai pengguna kini melemparkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan suspek menerusi laman sosial miliknya. Sekarang ini, menurut suspek, post asal itu memang dia yang buat tetapi akaun FB dia telah digodam dan diubah post tersebut. Dia juga telah membuat laporan polis berkenaan itu, katanya. Tetapi yang menghairankan SK jika betul post tersebut telah diubahsuai mengapa tiada pula tertera perkataan "Edited" pada post tersebut. Sumber: Melvister.com posted@malaysiasensasi.net |
Surat Nikah Awie Dan Rozana Misbun Tidak berdaftar Posted: 09 Jul 2014 04:19 PM PDT Pihak Rozana kini menghadapi kesukaran dalam mendapatkan salinan sijil nikah Rozana Misbun dan Ahmad Azhar Othman (Awie) yang dipercayai dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) bertarikh 20 Jun 2005. Segala usaha yang telah dilakukan akhirnya menemui jalan buntu berikutan MAIS yang dikatakan tidak mempunyai sistem pengkomputeran itu membayangkan kesukaran untuk mengesan sijil berkenaan. Lebih memburukkan lagi keadaan, menurut sumber yang layak dipercayai, banyak dokumen yang hilang apabila mereka berpindah ke pejabat sekarang beberapa tahun yang lalu. Justeru kami mohon campur tangan dari pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Malaysia selain Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bagi membolehkan surat nikah asli dapat diperolehi dan dikenalpasti kesahihannya. Ini adalah kerana, tanpa surat nikah yang dikeluarkan oleh MAIS serta pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla, Thailand, pernikahan tersebut tidak dapat didaftarkan di Malaysia dan ini mengakibatkan peguam yang dilantik bagi mewakili Rozana tidak dapat berbuat apa-apa. Buat masa sekarang, hasrat bagi memohon Interim Custody (hak penjagaan sementara) terhadap Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha terbantut di tengah jalan. Hasrat bagi memohon Interim Custody (hak penjagaan sementara) terhadap Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha terbantut di tengah jalan. Larangan berjumpa anak Awie dikatakan telah menghantar satu surat arahan kepada Adni Islamic International School, Taman Melawati dan Smart Reader, Ukay Perdana pada 21 Jun 2014 yang melarang Rozana dari berhubung samada menerusi telefon atau berjumpa dengan anak-anak mereka di sekolah-sekolah terbabit. Bagaimana mungkin pihak sekolah membenarkan perkara ini berlaku? Mengikut undang-undang kekeluargaan, surat larangan untuk berjumpa ibu atau bapa hanya sah diperakui dengan adanya perintah makhamah. Sumber aku-tak-peduli posted@malaysiasensasi.net |
Kenyataan ‘Long Live Hitler’ Bung Mokhtar Tidak Boleh Diterima, Kata Duta Jerman Posted: 09 Jul 2014 04:15 PM PDT Duta Jerman ke Malaysia, H.E Holger Michael mengatakan kenyataan "long live Hitler" daripada Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin sempena kemenangan pasukan bola sepak pasukan Jerman dalam persaingan separuh akhir menentang Brazil malam tadi sebagai tidak boleh diterima. Duta Jerman itu bagaimanapun mengalu-alukan sokongan yang diberikan Bung Mokhtar kepada pasukan bola sepak Jerman. "Kami mengalu-alukan sokongan kepada pasukan Jerman tetapi kami menolak menyamakannya dengan rejim Adolf Hitler," kata Michael dalam satu kenyataan hari ini. Bung Mokhtar mencetuskan kontroversi awal hari ini dengan mengaitkan kemenangan Jerman membelasah Brazil 7-1 dalam perlawanan separuh akhir bola sepak Piala Dunia 2014 awal pagi tadi dengan Hitler. Melalui laman mikro blog miliknya, Bung Mokhtar memuatnaik status:"Well done...Bravo...Long live Hitler..." Kenyataannya itu kemudian mencetuskan pelbagai reaksi pihak yang tidak menyokong tindakannya itu. Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Prof P Ramasamy bagaimanapun tidak terkejut terhadap kenyataan Bung Mokhtar "pergi minum todi" yang kontroversi berserta "long live Hitler" awal hari ini. "Itu jenaka India. India minum todi...(dan) datang daripada ahli Parlimen seperti (Datuk) Bung Mokhtar Radin. Itu tidak mengejutkan," katanya di Pulau Pinang hari ini. Beliau turut berkata, Bung Mokhtar juga terkenal sebagai ahli Parlimen yang membuat jenaka berunsur perkauman, seksis dan kenyataan tidak sepatutnya. – 9 Julai, 2014. themalaysianinside posted@malaysiasensasi.net |
You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment