Jom Temui Pelakon Drama ‘Raya Ni Mesti Kahwin’ Dengan Berbelanja Di Watsons
Jom Temui Pelakon Drama ‘Raya Ni Mesti Kahwin’ Dengan Berbelanja Di Watsons |
- Jom Temui Pelakon Drama ‘Raya Ni Mesti Kahwin’ Dengan Berbelanja Di Watsons
- Desas-Desus Keberantakan Rumah Tangga Adi Putra Tidak Berasas?
- Tulisan Neelofa Ini Pasti Buatkan Anda Mahu Memakai Tudung Saat Ini Juga
- Hubungan Umie Aida & Suami Kembali Pulih
- (18 GAMBAR)Aksi Selebriti Tonton Perlawanan Akhir Piala Dunia 2014
- Baju Melayu Dicetak Rompak, Aaron Aziz Kesal
Jom Temui Pelakon Drama ‘Raya Ni Mesti Kahwin’ Dengan Berbelanja Di Watsons Posted: 14 Jul 2014 02:05 AM PDT Dulu masa bujang, setiap kali balik kampung dan berkumpul satu keluarga, antara soalan wajib yang ditanya kepada Abang Nara ialah "kau bila nak kahwin?". Hehehe. Abang Nara percaya korang pun ada pengalaman macam ini terutamanya kaum Hawa. Itu yang bila Abang Nara tahu Watsons Malaysia bekerjasama dengan TV3 dalam drama ekslusif "Raya Ni Mesti Kahwin" sempena kempen Hari Raya. Mereka, terus secara automatik senyuman terukir di bibir. Teringat disoal bertubi-tubi oleh makcik-makcik ketika sedang enak memakan rendang. Hehehe. Dibintangi oleh Azlee Khairi, Amar Asyraf dan Nina Iskandar, drama "Raya Ni Mesti Kahwin" menceritakan mengenai Nana (Nina Iskandar) yang cuak apabila housematenya nak kahwin 3 minggu lepas raya sedangkan dirinya pakwe pun tak ada lagi. Tidak mahu kelihatan seperti tidak laku, Nana berazam untuk mencari lelaki idaman dan berkahwin pada Hari Raya kali ini. Jeng, jeng, jeng. Siapakah lelaki yang akan berjaya mencuri hati Nana? Adakah Nana akan menemui cinta sejati? Berjayakah cita-cita Nana untuk berkahwin di Hari Raya tercapai? Menarik kan drama ekslusif TV3 dan Watsons Malaysia ini? Ingin mengetahui cara untuk menjawab soalan kahwin, sekarang anda boleh saksikan drama Raya Ni Mesti Kahwin di TV3 pada setiap Sabtu dan Ahad pada 9.30 malam. Bersempena dengan tayangan drama ekslusif "Raya Ni Mesti Kahwin" ini juga, Watsons Malaysia akan memberikan hadiah berupa pakej penginapan 3H2M di Holiday Villa Cherating dan pakej kecantikan dari Facial First dan Bizzy Body untuk dua orang dengan hanya memuat naik gambar bersama pasangan ke Facebook Malaysia Watsons atau Instagram dengan #watsonssiapanakkahwin. Letaklah gambar-gambar anda dengan suami/isteri yang romantik-romantik sikit. Kalau belum kahwin pun boleh join jugak. Menang nanti boleh terus berbulan madu kat Cherating. Yang best sekali, bersempena dengan tayangan drama ini dan musim perayaan, Watsons akan mengadakan Jualan Raya Mega Sale sehingga 50% bermula sekarang sehingga 6 Ogos. Selain daripada itu, dengan pembelian RM30 dan ke atas, anda boleh mendapat Paket Raya Watsons eksklusif sementara stok masih ada. Selain daripada itu, anda juga berpeluang bertemu pelakon-pelakon utama drama "Raya Ni Mesti Kahwin" dengan membelanjakan RM80 dan ke atas dengan jenama tertentu di Watson Malaysia. Peluang ini terhad kepada 1,000 orang sahaja dan juga mereka yang terpilih akan berpeluang memenangi voucher RM200 dan peluang membeli belah di Watsons Malaysia bersama dengan pelakon-pelakon drama ini. Best gak tue kan? Jadi pastikan anda tidak terlepas menonton drama "Raya Ni Nak Kahwin" di TV3 setiap minggu, Sabtu dan Ahad pada jam 9.30 malam. Drama ni akan disiarkan sehingga 26 Julai sahaja. Jangan lupa juga untuk sertai peraduan #watsonssiapanakkahwin dan membeli-belah di Watsons Malaysia dengan harga diskaun 50% untuk peluang bertemu pelakon-pelakon drama 'Raya Ni Nak Kahwin'. Maklumat lanjut singah di kedai Watsons terdekat anda atau layari Facebook Watsons Malaysia dan laman web Watsons Malaysia www.watsons.com.my. Ada juga beberapa tips daripada Watsons Malaysia mengenai cara-cara penjagaan kesihatan, kecantikan, kulit dan keperibadian. Menarik informasi yang diberikan. Tengok video di bawah. 1. Kekal cergas dengan Watsons Baca Yang Ini Pulak:- |
Desas-Desus Keberantakan Rumah Tangga Adi Putra Tidak Berasas? Posted: 14 Jul 2014 12:21 AM PDT Terkejut Abang Nara membaca ruangan Miss J di Pancaindera semalam. Mana tidaknya, pelakon kacak Adi Putra dikatakan sudah tidak tinggal serumah dengan isterinya, Aida. Kesibukan Adi Putra menguruskan pakej umrah milik syarikatnya menyebabkan Adi tidak mempunyai banyak masa bersama keluarga. Iyerlah, asyik terbang ke sana ke mari kan. Hmmmm. Abang Nara mengambil keputusan untuk tidak mempercayai desas-desus ini dan menganggap ia tidak berasas sama sekali. Daripada pemerhatian Abang Nara, Aida baru sahaja berkongsi gambarnya dengan suami tercinta di lapangan kapal terbang. Aida ke situ untuk menghantar Adi terbang menguruskan umrah di Tanah Suci. Malah ada juga gambar mereka berdua melayan peminat di majlis berbuka puasa. Nampak bahagia, mesra dan gembira. Sebenarnya apabila melibatkan diri dalam perniagaan, inilah pengorbanan yang harus dilakukan. Masa untuk bersama keluarga memang akan jadi terhad. Namun itu semua untuk masa depan yang lebih gemilang. Awal-awal ini memang confirm Adi Putra sibuk gila. Lama-kelamaan bila dah biasa, Insya Allah akan ada lebih masa bersama keluarga. Buat Adi, semoga perniagaan anda bertambah maju. Kalau ada masa terluang, jangan lupa habiskan bersama isteri dan anak. Mereka itu pembawa rezeki buat kita. Tak gitu? P.S: 10 bandar paling teruk traffic jem Baca Yang Ini Pulak:- |
Tulisan Neelofa Ini Pasti Buatkan Anda Mahu Memakai Tudung Saat Ini Juga Posted: 14 Jul 2014 12:02 AM PDT Tulisan Neelofa pada setiap hari Ahad di Harian Metro memang sangat menarik untuk dibaca. Berbakat juga sebenarnya Neelofa ini dalam bidang penulisan. Apa yang menarik ialah perkongsian mengenai perkara peribadi yang terjadi kepada dirinya menyebabkan si pembaca merasa rapat dan dekat dengan Neelofa. Seolah-olah Neelofa itu adalah kawan baik/adik/kakak/awek kita. Itu bermakna teknik penulisan Neelofa adalah sangat ‘power’. Masih bercerita mengenai penghijrahannya pada minggu ini, Abang Nara tertarik untuk berkongsi kata-kata yang mampu menjadi perangsang buat muslimah di luar sana yang ingin berhijab tetapi terlalu memikirkan pendapat orang sekeliling. Tulis Neelofa:-
Menarik bukan? Abang Nara pasti kata-kata ini sedikit sebanyak akan meresap ke dalam hati Muslimah di luar sana yang membacanya. Mungkin akan ada yang terbuka hati untuk menutup aurat selepas membaca kata-kata ikhlas dari Neelofa itu. Menariknya Neelofa juga telah terbang ke Bangkok untuk mencari material membuat baju sendiri. Tak sabar Abang Nara nak tengok hasilnya kelak. Pasti bombastik. P.S: Bukti teknologi tak boleh gantikan kasih sayang Baca Yang Ini Pulak:- |
Hubungan Umie Aida & Suami Kembali Pulih Posted: 13 Jul 2014 08:20 PM PDT Alhamdulillah. Berkat bulan Ramadhan dan penghijrahan Umie Aida memakai hijab, khabarnya hubungan pelakon ini dengan suaminya, Datuk Paduka Khairuddin telah kembali pulih. Sebelum ini desas-desus bertiup kencang yang mereka tidak lagi sehaluan dan telah berpisah bantal untuk memberikan ruang kepada diri masing-masing. Namun menurut Metro Ahad semalam, hubungan mereka kini kembali terjalin setelah ditunjukkan jalan olehNya. Kelibat Umie dan suami telah kelihatan ketika menghadiri majlis pengkebumian Allahyarham Sharifah Aini. Malah Umie juga dilihat telah mula berkongsi gambar dirinya bersama suami di media sosial. Sebelum ini memang tiada langsung gambar mereka berdua. Khabarnya juga mereka berdua akan terbang menunaikan umrah untuk melahirkan rasa syukur kerana hubungan telah kembali pulih seperti sediakala. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Gaduh itu perkara biasa. Kalau tak gaduh itu yang tak biasa. Paling penting ialah kedua-dua pihak mesti melapangkan dada untuk berbincang segala masalah dengan terbuka. Jangan menyalahkan antara satu sama lain. Sama-samalah kita doakan agar hubungan Umie dan suami semakin mesra. Semoga dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat ini. Amin P.S: Nak balik kampung raya ini? Servis kereta dulu dengan Carama by Castrol. Cuma RM128 je. Baca Yang Ini Pulak:- |
(18 GAMBAR)Aksi Selebriti Tonton Perlawanan Akhir Piala Dunia 2014 Posted: 13 Jul 2014 07:03 PM PDT Pagi tadi telah menyaksikan pasukan German dinobatkan sebagai juara Piala Dunia 2014 selepas menewaskan Argentina dengan 1 gol berbalas 0. Abang Nara telah menonton perlawanan terhebat ini di Rasta TTDI bersama KIA. Memang penuh orang. Antara selebriti yang hadir di situ ialah Diana Danielle dan Elfira Loy. Memang meriah tak ingat. Seronok sangat-sangat. Memang menarik tengok ratusan manusia menjerit menyokong pasukan kegemaran masing-masing. Macam-macam gaya. Apa pun rasanya memang ‘best team’ dah menang. Bila la agaknya nak merasa dapat sokong pasukan negara sendiri kat Piala Dunia. Mesti syok gila perasaan tersebut. Mungkin Maya Karin yang berdarah German memahami keseronokan melihat negara darahnya mengalir menjulang Piala Dunia. Sama-samalah kita berharap agar Malaysia sempat masuk Piala Dunia sebelum dunia ini berakhir. Lagi beberapa gambar aksi selebriti tempatan menonton perlawanan akhir Piala Dunia 2014 dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Post by DesaKreativ.
Baca Yang Ini Pulak:- |
Baju Melayu Dicetak Rompak, Aaron Aziz Kesal Posted: 13 Jul 2014 06:23 PM PDT Hebat sungguh Malaysia ini. Ingatkan hanya CD cetak rompak dijual di pasaran, rupa-rupanya baju Melayu cetak rompak pun ada. Yang jadi mangsa ialah Aaron Aziz yang bekerjasama dengan Jakel untuk menghasilkan “baju Melayu Aaron Aziz”. Pasti “baju Melayu Aaron Aziz”.ini rekaannya amat unik, menarik dan menyerlahkan kemachoan si pemakainya sehingga ada orang yang mahu mencetak rompaknya. Biasalah kalau dah femes mesti semua benda yang berkaitan dengan diri anda akan ditiru. Kalau anda seluar dalam Aaron Aziz pun confirm kena cetak rompak punya. Kalau Abang Nara jadi Aaron pun pasti sedih. Iyerlah, baju cetak rompak itu sedikit sebanyak akan merendahkan jualan baju asli. Kuranglah keuntungan yang boleh diperolehi. Kata Aaron:-
Secara jujur, Abang Nara cari juga apa keunikan “baju Melayu Aaron Aziz” ini. Selain daripada sampinnya yang agak menarik, tak nampak pulak ciri-ciri unik yang membezakan dengan rekaan baju Melayu biasa. Mungkin kena beli satu dulu dan pakai untuk rasa sendiri. Entah-entah bila pakai badan terasa ‘tough’ macam Aaron kot. Hehehe. Apa pun, sabarlah Aaron Aziz. Abang Nara yakin peminat setia pasti akan beli yang ‘original’ sebagai tanda sokongan kepada anda. Info asal Mstar Online. P.S: Korea Utara umum mara ke final World Cup 2014 Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment