Hanya 22% Pemandu Malaysia Memakai Tali Pinggang Keledar, Ini Amat Menyedihkan!!!
Hanya 22% Pemandu Malaysia Memakai Tali Pinggang Keledar, Ini Amat Menyedihkan!!! |
Hanya 22% Pemandu Malaysia Memakai Tali Pinggang Keledar, Ini Amat Menyedihkan!!! Posted: 18 Jul 2014 07:48 PM PDT Salah satu perkara WAJIB yang Abang Nara akan buat sebelum memulakan pemanduan kereta ialah memakai tali pinggang keledar atau dalam bahasa omputihnya 'seatbelt'. Abang Nara juga akan turut pastikan wife dan anak tercinta masing-masing sudah mengenakan 'seatbelt' sebelum menekan minyak menggerakkan kereta. Tak kiralah nak pergi kedai mamak depan rumah atau nak balik kampung, Abang Nara cukup geram kalau ternampak mereka yang memandu tanpa menggunakan 'seatbelt'. Lagi-lagi kalau yang bawa anak kecil. Sila tengok statistic yang dikeluarkan oleh Toyota di atas. Sedih gila kan? Hanya 22% pemandu Malaysia yang menggunakan 'seatbelt' ketika memandu kereta. Rendah sangat-sangat kesedaran memakai 'seatbelt' ini . Sedih Abang Nara. Pelik juga kenapa ramai tak suka pakai 'seatbelt' sedangkan tak sampai 5 saat pun nak 'buckle up'. Cuma tarik, masukkan dan Insya Allah nyawa kita akan lebih selamat sepanjang perjalanan. Abang Nara pernah mengalami kemalangan dulu dan Alhamdulillah tak tercampak daripada tempat duduk kerana memakai 'seatbelt'. Pemandu yang melanggar Abang Nara tue terhempas daripada tempat duduk pemandu ke tempat duduk penumpang sebab tak pakai seatbelt. Sedih kan?' Untuk menambah kesedaran para pemandu di Asia Tenggara amnya dan Malaysia khasnya, Toyota kini menganjurkan 'SeatBelt Art Contest' yang terbuka untuk rakyat Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam dan Malaysia. Satu inisiatif yang bijak, menarik dan lain daripada yang lain. Terbahagi kepada 2 kategori iaitu 'public' dan 'professional', para peserta hanya perlu mereka 'seatbelt pad' sekreatif yang boleh dengan tidak melupakan ciri-ciri unik budaya negara masing-masing. Untuk kategori 'public', sesiapa sahaja boleh menyertainya dan tiada sebarang had umur. Untuk kategori ini, Toyota akan memilih 2 pemenang dari setiap negara untuk membawa pulang iPad Air 32GB dan juga 10 'seatbelt pads' yang terpilih sebagai rekaan terbaik. Sementara untuk kategori 'profesional' pula , ia terbuka untuk 'design students', 'design teachers', blogger dan sesiapa sahaja yang ada kaitan dengan bidang 'design' juga tanpa sebarang had umur. Seorang pemenang daripada setiap negara akan dipilih dan berpeluang membawa pulang Canon EOS 60D Kit II serta 10 'seatbelt pads' berdasarkan rekaan pemenang itu. Meh sini Abang Nara terangkan satu persatu caara nak sertai 'Seatbelt Art Contest' daripada Toyota ini. Disebabkan Abang Nara seorang 'blogger', maka kategori yang Abang Nara layak masuk ialah 'profesional'. Pertamanya Abang Nara akan 'download template' yang telah disediakan dan juga THUMS yang wajib dimasukkan ke dalam rekaan Abang Nara kelak. Kemudian dengan gunakan software yang berkaitan, Abang Nara mula membuat rekaan sekreatif yang boleh dengan menggunakan ciri-ciri unik budaya negara kita, Malaysia. Paling penting jangan lupa masukkan THUMS yang disediakan. Mungkin korang tengok gambar kat bawah nie lagi senang nak faham kot. Lepas Abang Nara dah siap membuat rekaan dan berpuas hati (rasa boleh menang), maka dengan pantasnya Abang Nara mendaftarkan diri menerusi Facebook di laman SeatBelt Art Contest. Pilih kategori yang sepatutnya dan isikan maklumat peribadi selengkapnya. Pastikan email yang diisi betul, manalah tahu menang nanti. Langkah seterusnya ialah 'upload design' yang telah direka tadi. Letakkan tajuk yang menarik dan sedikit penerangan yang mampu memikat hati juri. Inilah rekaan Abang Nara yang berdasarkan batik Malaysia. Abang Nara percaya anda boleh buat lagi hebat. Abang Nara memang tak pandai sangat bab-bab 'design nie'. Boleh vote rekaan Abang Nara dengan link disini: http://www.besafetyleaders.com/seatbeltart/professional_category_detail.php?d=YjY0MTdAOTM= Bermula dari 30 Jun dan akan tamat pada 31 Ogos ini, 'Seatbelt Art Contest' menawarkan hadiah-hadiah yang sangat menarik. Kalau tak join, memang rugi amat. Mana tahu ada rezeki boleh dapat iPad dan kamera Canon baru. Paling best dapat gunakan 'seatbelt pad' yang direka sendiri. Memang terbaik!!! Jadi tunggu apa lagi? Sertailah peraduan 'SeatBelt Art Contest' daripada Toyota ini sekarang. Jangan lupa sebarkan kepentingan memakai 'seatbelt' kepada ahli keluarga, rakan-rakan, awek-awek dan pakwe-pakwe anda. Suruh diorang join sekali sekali contest ini untuk tingkatkan kesedaran. Tak gitu? Info lanjut layari www.besafetyleaders.com/seatbeltart Yang Ini Pun Best Jugak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment