(GAMBAR)Baby Schawal Lahir Semalam. Tahniah!
(GAMBAR)Baby Schawal Lahir Semalam. Tahniah! |
- (GAMBAR)Baby Schawal Lahir Semalam. Tahniah!
- Pengacara Baru Melodi Tak Digemari Penonton?
- Saya Tak Gila Nak Kacau Hubungan Mereka – Ramona Zamzam
(GAMBAR)Baby Schawal Lahir Semalam. Tahniah! Posted: 22 Jul 2014 09:04 PM PDT Melalui akaun Instagramnya, Awal Ashaari sebentar tadi mengumumkan yang anak pertama dari perkahwinannya dengan Scha Al-Yahya telah lahir semalam di Pusat Perubatan Prince Court.
Menurutnya, keadaan ibu dan anak baik-baik saja. Tak sabar nak tengok kecomelan wajah baby Schawal ni. Tahniah diucapkan! Yang Ini Pun Best Jugak:- |
Pengacara Baru Melodi Tak Digemari Penonton? Posted: 22 Jul 2014 06:30 PM PDT Pemergian Zizan Razak sebagai pengacara Melodi baru-baru ini menyaksikan tempatnya digantikan oleh Sherry Alhadad dan Zulin Aziz. Jangan tanya Abang Nara siapa mereka berdua ini. Memang Abang Nara tak tahu dan tak kenal. Namun yang pasti gandingan Awal Ashaari dan 2 orang pengacara baru ini telah pun ke udara untuk 2 episod. Nampak gayanya daripada maklum balas yang diberikan secara online, ia adalah satu gandingan yang mengecewakan. Diakui bukan senang untuk mengacarakan program hiburan nombor 1 Malaysia lebih-lebih lagi jika anda adalah muka baru dalam dunia hiburan. Awal Ashaari sendiri mengakui agak sukar untuk mencari keserasian dengan Sherry dan Zulin. Menariknya komen-komen pedas dan kritikan padu yang diberikan oleh penonton Melodi telah membuatkan Sherry tersinggung. Kata Sherry menerusi Mstar Online:-
Secara jujur, Abang Nara akan bagi Sherry dan Zulin peluang sehingga 5 episod untuk melihat sejauh mana keserasian mereka berganding dengan Awal. Sekiranya tiada peningkatan, diharap pihak TV3 akan mula serius berfikir untuk mencari pengganti. Kalau boleh panggil balik Dira Abu Zahar pun bagus jugak. Abang Nara suka melihat gaya Dira mengacarakan Melodi dulu. Apa pula kata anda? Siapakah calon paling sesuai untuk mengacarakan Melodi bersama Awal? P.S: Proton keluar model baru akhir tahun ini Baca Yang Ini Pulak:- |
Saya Tak Gila Nak Kacau Hubungan Mereka – Ramona Zamzam Posted: 22 Jul 2014 05:50 PM PDT Memang satu tindakan yang gila sekiranya Ramona Zamzam berniat untuk mengacau hubungan Dazrin Kamaruddin dan Amyra Rosli yang bakal berkahwin dalam masa 2 minggu ini. Tak masuk akal betul untuk Ramona menjadi pemusnah untuk bakal rumahtangga yang dibina. Ini semua gara-gara Ramona memuat naik gambar dirinya bersama Dazrin menerusi Instagram baru-baru ini sehingga menimbulkan kemarahan para peminat. Abang Nara faham ‘concern’ para peminat. Ramona Zamzam memang cantik orangnya. Memang boleh bikin hati para jejaka cair orangnya. Namun Abang Nara percaya Ramona dan Dazrin tak akan buat kerja gila untuk jatuh cinta di saat ini. Pastinya kemesraan yang ditampilkan sekadar tuntutan kerja. Terang Ramona menerusi Harian Metro:-
Diharap penerangan Ramona Zamzam ini akan dapat menenangkan hati para peminat Dazrin dan Amyra Rosli. Untuk makluman, Dazrin dan Amyra akan bergelar suami isteri pada 8 Ogos ini. Insya Allah semuanya akan berjalan lancar. Sama-samalah kita doakan. P.S: Kiki didenda RM5,000 dan 240 jam kerja komuniti Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment