(11 GAMBAR)Arissa, Anak Perempuan Abang Nara Daripada Camora Arts
(11 GAMBAR)Arissa, Anak Perempuan Abang Nara Daripada Camora Arts |
- (11 GAMBAR)Arissa, Anak Perempuan Abang Nara Daripada Camora Arts
- Sangsi Dengan Pemberian Wang RM80,000, Umie Aida Tarik Diri Jadi Duta YSLM
- ‘Brother/Sister,Lower Your Gaze’, Projek Sulung WhiteCoat Bantu Mangsa Kunak, Sabah
- Isu Bikini, Kritikan Peminat Persenda Agama – Maria Farida
- Azwan Ali Dibayar Oleh Astro Untuk Maki Hamun Peserta MasterChef
(11 GAMBAR)Arissa, Anak Perempuan Abang Nara Daripada Camora Arts Posted: 10 Jul 2014 05:22 AM PDT Ya memang betullah kata orang kita akan ‘over’ sedikit apabila menerima kehadiran cahaya mata perempuan. Selepas mengabadikan detik-detik awal kelahiran Arissa, anak kedua Abang Nara dengan The Photolicious baru-baru ini, Abang Nara telah menggunakan khidmat Camora Arts untuk merakamkan detik Arissa di rumah pulak. Hehehe. Excited tak ingat jugak diri ini rupanya. Khas untuk anda yang berminat mendapatkan khidmat fotografi untuk anak yang bakal lahir, Camora Arts sekarang ini sedang mengadakan promosi yang amat hebat. Sangat berbaloi-baloi pada pandangan Abang Nara. Hanya dengan RM1,100 anda akan dapat mengabadikan detik-detik awal kelahiran si comel anda. Maklumat lanjut bolehlah hubungi mereka di www.facebook.com/Camora.Arts. Lagi beberapa gambar anak Abang Nara yang comel hasil bidikan mereka dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Baca Yang Ini Pulak:- |
Sangsi Dengan Pemberian Wang RM80,000, Umie Aida Tarik Diri Jadi Duta YSLM Posted: 09 Jul 2014 09:17 PM PDT Fuh~~ RM80,000 tue. Memang boleh kelabu mata dibuatnya. Namun nasib Umie Aida dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena apabila menerima wang token sebanyak itu daripada syarikat YSLM. Walaupun pada awalnya Umie telah bersetuju untuk menjadi duta kerja amal syarikat tersebut, rasa sangsi mula timbul apabila dirinya diberikan wang RM80,000 ini. Nasib baiklah Umie Aida rasa sangsi dan menolak tawaran syarikat YSLM ini. Mana tidaknya, menerusi pendedahan suratkhabar The Star, YSLM ini adalah sebuah syarikat MLM dan skim cepat kaya yang menipu. Setelah kantoi di negara asalnya China, YSLM kini cuba mengorak langkah di Malaysia. Papan iklan yang amat besar telah pun digunakan di Pulau Pinang untuk membuat promosi. Diharap pembaca BeautifulNara juga berhati-hati. Terang Umie Aida menerusi portal Murai:-
Memang taktik skim cepat kaya/MLM menggunakan artis agar produk mereka mendapat perhatian dan penyertaan ramai. Kalau artis yang tak kuat iman, memang akan mudah tergoda dengan tawaran wang ringgit. Nasib baik Umie Aida bukan orang yang sebegitu. Duit boleh dicari, tetapi maruah diri dan imej kalau dah tercalar, memang sukar untuk diganti. Tahniah kepada Umie Aida kerana membuat keputusan yang bijak.
Post by DesaKreativ. Baca Yang Ini Pulak:- |
‘Brother/Sister,Lower Your Gaze’, Projek Sulung WhiteCoat Bantu Mangsa Kunak, Sabah Posted: 09 Jul 2014 08:48 PM PDT Gembira Abang Nara melihat usaha daripada Dr. Anwar Fazal dan Dr.Aizzat dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kunak dan dalam masa yang sama dapat memberi kesedaran betapa pentingnya menjaga pandangan,tidak kira lelaki atau perempuan. Keuntungan akan disalurkan kepada mangsa tragedi Kunak di Sabah. Tragedi menyayat hati ini kurang diketahui umum. Tragedi yang berlaku pada 29 Jun 2014 ini memusnahkan sebanyak 150 rumah termasuk setinggan dan rumah kedai dengan anggaran mangsa mencecah 2000 orang.Bantuan yang mereka terima sangat terhad dan sangat-sangat memerlukan bantuan. MIMPA ( Malaysian Integrated Medical Professionals Association ) telah menjadi antara badan yang menyalurkan bantuan kewangan & kesihatan kepada mangsa-mangsa kebakaran. Moga projek sulung WhiteCoat kami "Lower Your Gaze" ini dapat membantu dalam segenap ruang. Tempahan dibuka hari ini sehingga 28 Julai 2014. Untuk Lelaki – "Sister,Lower Your Gaze" di hadapan. Untuk Perempuan -"Brother,Lower Your Gaze" di belakang.Di panjangkan 2 inci ke bawah. Jenis kain – Custom Made grade AAA Cotton. Harga – RM70 (Termasuk Kos Hantaran dalam negara). Untuk menempah, hantarkan email kepada Whitecoatenterprise@gmail.com. Yang Ini Pun Best Jugak:- |
Isu Bikini, Kritikan Peminat Persenda Agama – Maria Farida Posted: 09 Jul 2014 08:09 PM PDT Hahaha. Tergelak besar Abang Nara apabila membaca kata-kata Maria Farida ini. Susulan isu bikini yang dikongsikan menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini, Maria Farida mempersoalkan komen para peminat yang menyuruhnya solat istikarah untuk membuat pilihan tepat. Bagi Maria, komen tersebut mempersendakan agama kerana solat istikarah dilakukan bukan untuk tujuan sebegitu. Kelakar kan?
Namun sekurang-kurangnya Maria Farida tahu juga tujuan sebenar solat istikarah. Manalah tahu kerana kejujurannya, Maria betul-betul buat solat istikarah seperti yang disarankan. Tak ke kes berat tue? Hehehe. Buat Maria, pesanan Abang Nara, lain kali kalau nak minta pendapat para pengikut, mungkin boleh kongsikan benda lain selain pakaian dalam. Kang tak pasal-pasal kena komen solat istikarah sekali lagi. Hehehe. Baca Yang Ini Pulak:- |
Azwan Ali Dibayar Oleh Astro Untuk Maki Hamun Peserta MasterChef Posted: 09 Jul 2014 07:00 PM PDT Dasyat. Siapa sangka mulut puaka Azwan Ali sebenarnya pembawa rezeki. Maki hamun, ayat-ayat pelik dan carutannya itu rupanya bukan kosong. Sebaliknya dibayar. Fuh~~ Rugi pulak Abang Nara tak belajar teknik-teknik memaki hamun daripada diva AA ini. Kalau tak confirm Abang Nara pun boleh dapat ‘job’ dari Astro jugak. Hehehe.
Sebenarnya karekter Azwan Ali ini adalah sangat menarik dan membuatkan orang tidak jemu. Namun adat kita selaku orang Melayu kan penuh beradab dan sopan-santun. Jadi bila Diva AA carut dan asyik keluarkan perkataan tak sopan, memang orang menyampah lah. Namun Abang Nara suka bekas pengacara Muzik-Muzik ini. Kalau Azwan muncul dalam mana-mana rancangan, mesti ‘havoc’ dan tak hambar. Sekurang-kurangnya Abang Nara bergelak ketawa juga berbanding bila artis lain yang asyik nak ‘cover’ macho dan ‘control’ cun. Tak gitu? P.S: Nasihat agar berhati-hati dengan Courts Mammoth Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment